Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

30 Syaaban / 21 Ogos (Jumaat)

Saturday, August 22, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 3:15 AM

Pagi
Sepanjang hari ini, aku cuba selesaikan transkrip. Tetapi, belumlah menampakkan riak-riak hasilnya lagi. Ada sahaja gangguan seperti sisa kantuk dan keletihan yang entah dari mana datangnya.

Nak kata letih berjalan tidak juga. Bosan agaknya kot.

Rendra-UI, 1977


Petang - Malam
Fikiranku mula diserang pelbagai ilham. Idea datang menerpa, pelbagai usul menerkam tangkas, menyergah nurani. Malam ini, malam berpuasa, hatiku berpesta dan aku semakin sedar bahawa bulan Ramadhan yang bakal menjengah tiba ini membikin kita semua menjadi semakin sibuk!

Aku terfikir mahu ke opis, ambil cek daripada Alo. Selepas Maghrib dah sms, konon dah jalan ke opis dari Kg Baru. Apa nak buat? Motor demam kepenatan akibat tuannya tidak pandai nak jaga dia. Tapi, perutku menuntut ketatapan yang memang tersedia oleh Tuhan untuknya.

Perutku mula protes menuntut makanan! Aku singgah di sebuah kedai setelah tempat asal lepak iaitu di Warung An-Nuur ditutup oleh taukehnya. Aku sempat bertanya seorang pekerjanya.

"Kami cuti sebulan ni," kata pekerja itu menjelaskan kedudukannya. Taukehnya itu mahu fokus amal ibadat kot? Atau, mungkin dia nak cari duit dengan cara lain. Orangnya, memang akrablah dengan Masjid Jamek Kg Baru itu. Dengar je solat, terus dia pi ke masjid.

Pakcik dan makcik pun singgah di sini dulu ketika nak berjumpa aku di Kg Baru. Aku tak faham kenapa mereka tak nak singgah ke BLC? Akhir-akhir ini, timbul suara baru dalam batinku.

"Di situ rasa 'panas'" kata pakcik, ringkas. Aku rasa bahawa kalimah 'panas' tu ada maksud lain.

"Mungkin tuan punya kedai BLC tu rapat dengan masjid, tapi tak pi masjid agaknya. Boleh jadi taukeh kedai ni, kerap ke masjid. Dengar je azan, terus ke masjid," hati kecilku berspekulasi.

Selesai terawih 8 rakaat, ketika rancangan Nur Kasih hampir tamat, selepas orang mula keluar, baru aku pi solat. Terasa indah, aman damai sekali di sini. Selesai terawih, aku menapak ke opis.

Tiba di Rafiyah, jumpa ALO dan Azmi. Kami bergebang panjang. Almost about Beng Hock. Daku mengetahui banyak cerita mengenai Khir Toyo yang didedahkan ALO dalam bualan kali ini.

Memang ALO ada kawan-kawan dan kaki dalam SPRM, (dulunya BPR). Pegawai-pegawai inilah yang selalu dok bocorkan rahsia Khir Toyo kepada ALO.

Aku dengar beberapa ekar tanah, dengan harga pasaran, RM150,00 seekar telah diberi kepada beberapa pegawai BPR pada saat itu.

"Ada mutual understanding antara mereka, sebab itu susah nak settle rasuah ni," kata ALO.

Khir Toyo dok bela pegawai BPR dan BPR melihat setiap aduan rasuah tu adalah kunci untuk dia bodek Khir Toyo. Lagi banyak aduan, lagi pegawai tinggi BPR tu seronok sebenarnya.

Hampeh betul pegawai-pegawai BPR dan SPRM ni. Tapi, akhir-akhir ini sejak tersiarnya warkah misteri yang kononnya dicetak oleh orang dalaman SPRM sendiri, maka aku yakin dengan surah Yusuf, ketika Zulaikha menfitnah Yusuf yang berkehendakkan kepadanya.

"Wa shahida shahidun min ahliha..." demikian ayat al-Qur'an itu merakamkan peristiwa.

Ada saksi dalam kalangan ahli-ahli yang rapat dengan Zulaikha sendiri yang memberi maklumat berhubung kejadian Zulaikha berusaha membujuk rayu Yusuf itu. Mungkin, ada kalangan orang di istana itu dapat melihat Zulaikah menarik baju Yusuf lalu terkoyak di belakang.

Tapi, pada mula-mulanya mereka diamkan sahaja. Sehinggalah al-Aziz tiba di pintu istana, baru orang-orang dalaman ini berani bersuara. Dalam kes Beng Hock pun ada kemungkinan juga telah berlaku perkara yang lebih kurang sama.

Semoga Gusti Alloh menambahkan ilmuku dan semakin meningkatkan ketaqwaanku di bulan ini dan pada bulan-bulan yang berikutnya, ameen yang rabbal 'alamin.

Selesai makan-makan, ALO serahkan cek yang dia maksudkan itu. Aku kehairanan. Daku belum sempat mengirim tuntutan honorarium Julai, tetapi kenapa sudah dibayar? Ish, macam-macam.

Aku akan cuba siasat kemudian. Aku turun ke bawah, tingkat 1. Rasanya, dalam bulan ini, mahu mengarang tafsir dan juga mahu mengirim surat kepada Najib Razak. Dulu aku mengarang surat kepada Pak Lah. Aku namakan surat itu Wakalah (Warkah Kepada Abdullah).

Tak lama selepas tu, aku lihat Najib Razak yang umumkan blog Surat Kepada PM. Cis! Surat aku pun Pak Lah tak baca. Ini kan pula surat seluruh rakyat Malaysia?

Sekarang zaman Najib Razak pula. Entah berhasil atau tidak, entahlah. Semoga Allah s.w.t akan memberkati segala usaha sebelum ini, segala amalan terkini dan pekerjaanku selepas ini. Amin.

Currently have 0 comments: