Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

29 Syaaban / 20 Ogos (Khamis)

Thursday, August 20, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 4:19 AM

Bro Shy tak jadi pergi ke Gunung Pulai. Aku baru selesai mengirim bahan terjemahan ke Harakah.

Selepas ini nak selesaikan suatu tulisan yang ALO pun sudi siarkan di Harakah - latarbelakang kenapa aku jadi berminat menterjemah Rice Without Rain. Lepas tu, terus selesaikan transkrip Merdeka Centre.

Eh! Malam ni dah start terawih agaknya?

Huh! Sejak semalam, aku jadi ketagih mendengar laungan W. S Rendra lewat puisinya, Sajak Pertemuan Mahasiswa. Dengarkan suaranya yang padu, menggegar dinding istana, pagar-pagar keraton ningrat Jawa.

Rendra-UI, 1977


"Sajak Pertemuan Mahasiswa" ini dibacakan Rendra di UI pada 1 Desember 1977, sekaligus menjadi adegan awal film "Yang Muda Yang Bercinta" karya Sjumanjaya yang dilarang peredarannya.

Yang ini pula "Sajak Sebatang Lisong" dipersembahkan Rendra buat mahasiswa ITB dan dibacakan pada 17 Agustus 1977, sekaligus menjadi salah satu adegan fil "Yang Muda Yang Bercinta" karya (alm) Syumandjaja yang dilarang peredarannya.

Rendra-ITB, 1977


Jika ada rakan-rakan di Indonesia yang ada dalam simpanan mereka filem Yang Muda Yang Bercinta itu, harap dapat hubungi saya di talian berbayar - 014-3233287. Sekian, terima qasih!

Soekarno


Terjumpa pula ratib pidato Soekarno. Jasa Sukarno menumbangkan penjajahan tetap ada. Tapi, sebagai mana kalian tahu, pada setiap pimpinan itu, tetap saja ada kelemahannya.

Sukarno berpidato di depan rakyat Jakarta


Aku rasa, SPKB - Sekolah Pemikiran Kg Baru perlu bikin seminar pemikiran Rendra la. Tapi, oh, duit, duit, di mana kau duit!

WS Rendra - part 4


Dalam acara bual bicara ini, Rendra bicara mengenai soal segala jenis bentuk hukum.

WS Rendra - part 5


Ada bentuk hukum alam yang tak boleh ditentang. Ada hukum masyarakat yang tak boleh juga kita remehkan dan boleh diubah jika menganjurkan kezaliman.

WS Rendra - part 6


Rendra membacakan sebuah sajak panjang yang mengkritik pemerintahan pada zamannya yang melibatkan pemusatan kekayaan oleh Soeharto.

WS Rendra - part 7


Rendra meminta kita menyemak semula hukum-hukum masyarakat tinggalan penjajah. Dalam konteks Indonesia, penjajah itu adalah Belanda.

Malam
Mulanya, ALO ajak aku keluar makan, tapi kehujanan dan semua itu menyekat perjalananku ini. Ketika nak keluar, aku terdengar Buletin Utama menyebutkan bahawa kita akan berpuasa pada Sabtu ini. Aku menarik nafas lega. Maknanya, bukan kena solat terawih lagi malam ni.

Antara sebab teragak-agak nak keluar ialah sebab terfikirkan terawih. Rasa macam seronok jer dengan terawih kan? Nakal-nakal macam mana pun, tapi akar budaya dan nilai jangan buang.

Akhirnya, bos call, minta aku keluar. Ketika mahu keluar, motor buat hal. Salah satu masalah di kampung baru ni, ialah seolah-olah tiada perusahaan bengkel motor milik Melayu.

Shairun, rakan serumahku tadi bertanya kalau-kalau aku ada jual kredit lagi. Ya, aku pun tak da juga kredit hp ni. Dia merungut sebab di tempat kerjanya tak ada kedai jual kredit.

"Jadi, ada sebuah kedai ni ambil kesempatan," kata pelukis pelan itu, "Dia jual kredit RM10.50 kat kita. Sebabnya, di situ dah tak ada pesaing."

Kurang betul orang Melayu berniaga. Nak cukupkan keperluan asas pun tak boleh. Aku dah rasa ada modal sikit nak bercakap sekarang tentang keperluan asas kita ni.

Dalam kes beras, makanan ruji kita sendiri misalnya, kita masih lagi import dan belum lagi cukup makanan ruji kita dalam negara. Inilah perjuangan kita; mencukupkan bahan makan kita sendiri.

Aku keluar makan dan ALO pun faham keadaanku itu. Balik ke rumah sambung transkrip. ALO call dua kali. Pertama, dia bercerita mengenai kes Beng Hock dalam Detik Daily.

"Dalam sejam ana up story tu, dekat 600 kali dah dibaca," katanya. "Jadi, yang enta punya artikel tu kawan kita naikkan semula."

Surat misteri mengenai kematian Beng Hock itu boleh dicapai DI SINI dan juga DI SINI.

"Semalam enta tulis berapa ramai yang baca?" tanya beliau lagi.

"190 lebih kurang," balasku. Aku tulis isu Muhyiddin tuduh Anwar khianati Melayu.

"Campur hari ni dah dekat 400 kali ratingnya, jadi campur semua 600 rating. Kiranya, ada la pengikut lagi la," katanya sambil ketawa.

ALO call kali kedua. "Ni satu lagi.. duit cek enta dah ada. Lebih RM6xx.xx," kata beliau.

Syukur, Alhamdulillah. Semoga rezekiku bertambah meluas.

Sweet Charity - Teratai

Currently have 0 comments: