Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

28 Syaaban / 19 Ogos (Rabu)

Wednesday, August 19, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 3:01 AM

Dinihari
Sepanjang malam, selesai berbual dengan ALO kat Rafiyah, maka, saya bertapa lagi di opis Jalan Pahang Barat. TMJ minta aku jawab pandangan ahli-ahli Umno yang bangang dalam Facebook dia.

Banyaklah masa dia dok habis kat Facebook ja akhir-akhir ini. Err.. saya jugak yang dok ajaq dia berfacebook ni. Akhirnya, masa dia habis di situ. Lalu, saya terfikir sesuatu. Mungkinkah tulisan dia di FB tu boleh dibawa ke kolum Malaysia Bebas?

"Bila puak-puak Umno bengap tu tau enta ada kolum di Malaysia Bebas, secara tak langsung rating laman sesawang kita naik la sikit," demikian sarananku. Entah hal ni masuk atau tidak di dalam fikirannya, tidaklah aku ketahui.

Selesai melayani karenah puak-puak Umno bengap dalam FB, saya berhasrat nak habiskan satu hutang cerpen yang lama tertunggak dalam daily.

Rakan-rakan, Diari Ungu, Nasriah Salam, dan lain-lainnya ikut melontarkan pandangan setelah saya mengirim pandangan lewat FB saya itu.

Sesudah Subuh ingatkan dapat print senarai tulisan di daily untuk buat tuntutan bulan Julai, tapi printer pun bermasalah. Malam ini juga saya 'berkenalan' dengan buku Freemason di Malaysia.

Agak menarik, suatu topik yang memang menarik minat saya. Yusof Jalil, Dato' Nasron dan Abas dan semuanya orang-orang lama yang pernah berusaha keras menumbangkan Freemason dekat Malaysia ini. Yusof Rawa antara orang pertama yang bangkitkan isu Freemason di Parlimen.

Mahfuz Omar menang kes saman BH


Pagi
Sebagai yang dijanjikan, akhirnya saya bertemu Raimi, SUA Abim Pusat di Restoren An-Nuur di Kg. Baru. Saya dilamar bekerja dengan Abim Pusat, di bawah Pusat Media Abim.

Suatu tawaran yang menarik. Bayangan rumah kat Langgar, Kedah makin tenggelam. Apa yang harus kuterangkan kepada kedua ibu bapaku nanti?

Seriau juga lihat bebanan banyak. Transkrip Merdeka Center yang belum siap, permintaan Pak Jawahir yang belum kutunaikan. Bila peluang datang, ia akan datang macam ribut dan tak dan la aku nak tepis. Dan, kebiasaannya aku tak akan tepis peluang dan aku tak tapis peluang ini.

Ini semua hasil doa dan kesan munajat-munajat yang lalu ketika susah. Doa kita mungkin sudah terangkat ke langit dan Tuhan 'seolah-olah' menyimpan dendam. Barangkali di langit sekarang ni Dia (Tuhan) sedang berkata, "Nah! Ambik kau... nak sangat!"

Akhir-akhir ini menjelang Ramadhan, aku banyak merenung ke langit juga. Kapankah daku akan mengenali Tuhan dengan sebenar-benar pengenalan seperti yang Dia mahu aku mengenaliNya?

Kalau Tuhan Dikenali - Mawaddah


Kalau Tuhan Dikenali - Mawaddah

Kalau Tuhan kita kenali
kasih sayang dan perananNya
kalau Tuhan kita fahami
keagungan dan kekuasaanNya
kalau Tuhan kita rasakan
betapa Dia sangat cintakan hambaNya.

Kita akan sanggup berjuang
sanggup mati keranaNya
kita akan sanggup berkorban
apa sahaja keranaNya.

Kita akan sanggup berjuang
sanggup mati keranaNya
kita akan sanggup berkorban
apa sahaja keranaNya.

Kalau Tuhan Dikenali... (Chorus)

Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
korbankanlah apa sahaja keranaNya.

Cintakan Tuhan
cinta paling mahal
cintakan selain Tuhan
cinta murahan...

Haa.. Haa.. Haa.. Haa..

Kalau Tuhan
kita kenali
Dialah segala-galanya
kalau Tuhan
kita fahami
Dialah pengurus seluruh keperluan kita
kalaulah
kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya...

Kita akan sanggup menerima
ujian keranaNya
kita sanggup buat apa saja
demi cinta padaNya.

Kita akan sanggup menerima
ujian keranaNya
kita akan sanggup menderita
demi cinta padaNya.

Kalau Tuhan Dikenali... (Chorus)

Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
korbankanlah apa sahaja keranaNya.

Cintakan Tuhan
cinta yang abadi
cintakan selain Tuhan
cinta murahan...

Haa... Haa... Haa... Haa...

Mendengar lagu ini membuatkan aku terfikir dan termenung sendirian. Adakah aku sudah kenal dan faham, cinta dan takut kepadaNya dengan sebenar-benar pengenalan?

Kalau ikutkan lagu ini, kalau betul-betul kenal Tuhan, kita sanggup mati, sanggup berjuang serta tahan menerima segala bentuk ujian dariNya.

Ketika aku menyalin semula lirik lagu ini, air mata ini terpercik dan aku berasa aku belum kenal Dia agaknya, sebab itulah aku kerap mengeluh!

Petang
Selepas berbual dengan Raimi, aku berehat kerana letih bertarung dengan gedung fikiranku tak henti-henti memuntahkan buah fikir untuk berkarya.

Kak Jun dari Abim tiba-tiba call, "Minta Ali hantar CV, resume kat e-mel Kak Jun." Huiyoo, dah cepat maklumat itu tiba ke pengetahuan pentadbiran. Aku cuba hantar CV itu kelak.

Ingatkan dapat jumpa Mano pagi ini atau petang ini di M'siakini, ambik cek, jumpa FAO, jumpa Amy, tapi tidak berhasil lagi. Tapi, aku sempat berbual dengan Amy.

Aku minta dia ubah Malaysian Online kepada SPKB dengan memasang Joom La agar dapat daku berlatih menggunakan perkakasan Joom La pada masa depan.

"Baiklah, apa kata senior (aku la tu) saya akan ikut, boleh e-melkan saya," kata kerani Seacem itu. "Cuma, saya sekarang tengah prepare untuk ke Bangkok esok. Seminggu di sana, and then baru kita boleh set meeting balik."

Perut terasa lapar. Makan nasi Padang di Jalan Raja Alang. Saat itu Bro Shy sms, bahawa dia nak pergi ke Gunung Pulai esok pagi. Entah boleh atau tidak, tak tahulah aku.

Malam ni rasanya nak selesaikan terjemahan secepatnya then habiskan tanskrip untuk Merdeka Center. Lagi cepat siap, rasa berkurangan sedikit ketegangan yang menyengat di kepala ini.

Tuhan, bantulah hambaMu untuk meneruskan kehidupannya. Tuhan kirimkan daku pengenalan untuk aku mengenaliMu dengan sebenar-benarnya. Tuhan, berikan aku kekuatan untuk berikan Najib Razak dan Zahid Hamid sebuah pengajaran!

Currently have 0 comments: