Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

27 Syaaban / 18 Ogos (Selasa)

Monday, August 17, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 11:03 PM

Dinihari

Di opis Jalan Pahang Barat, aku hanya merumuskan semula bualan yang lalu mengenai apa yang sepatutnya aku buat.

Di atas meja bos itu, aku terjumpa buku Agnes Khoo terbitan SIRD yang aku lihat isi baik dicontohi kalau mahu tulis buku mengenai ISA kelak.

Sekarang, sikit sebanyak dah nampak jalan. Aku hanya perlukan sedikit rangsangan MP3 Player untuk memudahkan aktiviti menemubual bekas tahanan ISA, isteri atau anak-anak mereka.

Bos juga bercakap tentang sikap perangai jaki orang-orang media yang mendatangkan kesulitan untuk orang-orang sepertiku mencari pendapatan. Aku jelaskan bahawa orang seperti aku, tidak perlu dijaki, diirihati dan didengki sebab aku tiada KWSP, Socso dan lain-lain kemudahan elaun.

Tetapi kenapakah manusia-manusia yang ada kelebihan ini semua, masih memenuhkan ruang di dalam hati mereka perasaan jaki, dendam kesumat yang amat mendalam sesama kita?

Dan.. seperti biasa, soalan bos seperti inilah yang kerap singgah ke benakku dalam setiap bualan kami, "Pasai pa depa jaki kat enta?" Ecelli, aku dak tak larat nak jawab. Andaian, hipotesis serta spekulasi yang berlegar di fikiranku cuma dua - pertama, populariti dan kedua, duit honorarium.

"Ana tak tahu, ana rasa ana dah korbankan populariti," kataku. Nama kita dah tak ada di situ, tapi kejakian masih berbekas di hati mereka. Dia nampaknya akur.

"Memang sampai satu tahap, segala hujah rasional yang kita bagi, akhirnya mereka tak boleh terima lagi," kata beliau. "Ini kerana, hal ini terkait dengan emosi."

Lalu, beliau mengambil sekeping kertas yang menunjukkan mengenai bagaimana sikap pemandu di Malaysia yang enggan memberikan ruang untuk kereta dari arah kanan yang mahu memintas masuk ke jalan kiri kita di sebuah simpang tiga.

"Kalau mereka berhenti bagi laluan, maka banyaklah manfaat yang boleh didapati oleh ramai orang lagi," katanya sambil melukis rajah atas sekeping kertas, hasil pengalamannya berkereta.

Kalau hangpa nak tahu macam mana orang jaki kat hangpa, tengok hujah mereka. Kalau hangpa boleh patahkan secara rasional sekali pun, akhirnya mereka tetap tidak mahu terima. Ini kerana, jaki yang terpateri di hati mereka itu, tetaplah mahu melihat musuhnya menderita.

Mereka itu berasa puas hati apabila melihat musuhnya menderita dan sengsara.

Allahumma inni a'uzubika minal JAKI, wal dengki wal iri hati wal khianat-mengkhianati...Ameen!

Aku tidak suka perangai seperti ini. Dan daku berdoa semoga perangai jelek ini tidak singgah dan dibertakhta di lubuk hatiku ini. Amiin..

Tengah hari & petang
Aku sms Amy, apakah dia sudah berada di Bangkok, atau masih di Bangsar.

"Masih ada lagi in Bangsar. Akan bertolak pada Khamis," demikian smsnya.

Hmm.. Perlukah aku ke Bangsar sekarang? Sambil tu boleh juga ambik cek di M'siakini, bertemu FAO untuk bincang tentang buku motivasi menulis, idea ALO tu. Eh, aku mesti pergi! Cek beb!

Lagi pun, ALO ada cakap semalam, "Kita pun nak tau jugak, M'siakini bagi berapa kat hang?"

Okelah, bersiap-siap dulu...Perut dah kenyang. Tadi pagi dah goreng keropok lekor yang aku beli dari Pasar Payang, Kuala Terengganu.

Aku goreng dengan memanaskan minyak di dalam rice cooker. Kah! Kah! Rang bujang lajanglah katakan. Sedap jugaks! Ahaks! Sebelum berundur diri, dengarkang lagu yang menginsofkan ini ...

Kalau Tuhan Dikenali - Mawaddah


Malam
Aku sms Mano of M'siakini. Dia kata okay kalau nak ambil cek, jam 10 pagi esok. Aku sms Raimi, jika dapat bertemu di markaz sementara Abim Pusat yang terletak di Kg Melayu, Ampang.

"Maaf syekh, ana ada interbiu kes murtad tadi, esok jumpa area kbmc, kg baru, kita breakfast sekali?" balasnya. Aku akur. Sejak minggu lalu tak dapat jumpa sebab aku kalut dengan program Merdeka Center di Pulau Pinang. Pagi Sabtu, 8 Ogos lalu dia call nak berbincang sesuatu.

Sedang aku menggodam bahan untuk sebuah laman web, ALO call minta jumpa di Rafiyah. Daku pun berjumpalah beliau seputar jam 10:30 p.m, walaupun janji asalnya nak jumpa dalam jam 10.

Tidak banyak bual bicara. Sekadar mengulang semula dan mengitar kembali bualan lalu, sambil mengukuhkan beberapa penegasan terhadap rancangan-rancangan kami.

"Kita mesti ada suatu produk yang menyebabkan akan ada orang ingatkan kita," katanya seperti selalu. "Tranungkite adalah produk Reformasi yang masih bertahan hingga kini."

Memang betul. MahaFiraun, MahaZalim, Free Anwar, dan lain-lain entah di mana. Da mati kut?

Apa produk aku sebelum aku mati. Takkan nak jadi pengikut yang setia. Aku perlu jadi pencetus dan bukannya makhluk Tuhan yang hidupnya sekadar mengekori apa yang orang lain buat...

Hangpa pikiaq macam mana? Nak jadi pengikut, mengekori peristiwa atau mencipta sejarah?

Currently have 0 comments: