Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

26 Syaaban / 17 Ogos (Isnin)

Sunday, August 16, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 11:29 PM

Apabila balik dari Kuala Trengganu semalam saya kemaskinikan blog dengan ringkas. Kununnya, nak sambunglah. Huh! Mana ada. Tak sempatlah ya syeikh!

Letih betul, kemudian terlelap sekejap. Kemudian bangun balik, menulis, mengarang sambil menonton Pilih Kasih dan kemudian tonton filem Baik Punya Cilok, arahan Afdlin Shauki di TV2.

Bila tengok babak Wak menggadai kerongsangnya di sebuah kedai pajak gadai Cina, saya berasa filem ini dekat dengan jiwa dan hati ini. Saya pernah juga ke premis pajak gadai Ar-Rahn untuk pajak emas dan tebus semula emas tersebut.

Mujur kita berurusan dengan Melayu dan orang Islam sendiri. Kalau dengan bangsa lain, bangsa kuffar, rasanya banyak masalah. Insya Allah dalam tempoh terdekat, bolehlah saya tebus balik 2 keping emas dinar saya yang masih tersimpan di Jalan Raja Laut itu.

Majalah Solusi dan Ustaz AB
Hari ini tengok Ustaz Ahmad Baei, editor Majalah Solusi letakkan ucapan ringkas di Warong Kopi dan hati ini mula diserang rasa segan. Usia saya ni dah tua, tapi blog ini masih keanak-anakan.

Dalam keluarga saya, hanya saya seorang yang sekolah Arab. Kalau dilihat sepupu dan keluarga yang lain, nampaknya tak ramai yang nampak gaya macam ustaz dan ustazah. Saya pun bukan nampak macam ustaz sangat. He.. he.. he..

Ustaz AB ini saya mula mengenalinya pada suatu malam ketika rakan 'senior' saya Nik Khartina, (mantan wartawan Sinar Harian K'tan, kini penyumbang bahan kepada majalah QIADAH; sebuah majalah negeri Kelantan) telah memperkenalkan diri ini kepada Ustaz AB.

Saya masih ingat, pada malam itu, ada acara di Dewan Peperiksaan A, B dan C. Entah acara apa, saya tak ingat sangat. Daripada cara perkenalan itu, saya menduga bahawa Ustz AB pernah juga mendengar nama saya. Tapi, dari mana dia dengar, hal itu saya kurang pasti.

Tapi, ketika itu, saya baru berentap dengan Auku dan HEP di USM. Maka, ada kemungkinan kot Ustaz AB mendengar nama itu ekoran kontroversi tersebut.

Rakan-rakan yang ingin menulis di majalah SOLUSI, bolehlah menghubungi beliau kelak.

Semalam, saya buka Facebook, Ustaz AB mengirim mel-e dan meletakkan blog beliau. Dan, saya pun terpandang majalah SOLUSI dalam blog beliau itu.

Maka, sajalah saya 'promote' majalah Solusi ini kepada teman-teman. Ada seorang rakan sudah berbisik mengenai majalah itu sebelum ini. Tapi, saya sendiri tak tahu bahawa Ustaz AB pemilik majalah tersebut dan beliau ada peranan besar dalam majalah tersebut.

Bila Tuhan Tak Ditakuti


Sekatan yang belum hilang
Apabila menyentuh hal majalah, media, akhbar dan ruang kebebasan akhbar ini, maka saya rasa pengamal media seperti saya kini bukan berdepan dengan pemerintah, tetapi berdepan dengan 'rasoh' - rakan, tapi musoh. Kes saya pelik sikit berbanding pengamal media yang lain.

Tadi, saat melayari internet, saya terperasan mengenai 'orang lama' yang cuba meninjau-ninjau tulisan saya. Tulisan itu pulak telah dikunci. Saya tidak dapat nak kemaskinikan bahan tersebut sebab mengantuk. Hari ini, saya telah selesaikan bahan itu. Tak tahu apa nasib bahan itu.

Tuhan telah memberi peluang kepada kita untuk berkuasa dalam suatu tempoh, tetapi kita dah sombong, bongkak dan takbur dengan jawatan tersebut barangkali, jadi Tuhan cabut balik untuk kita bermuhasabah mengenai jawatan tadi.

Kepada pihak-pihak yang berkenaan, faham-faham sajalah mesej yang tersirat. Sempena bulan Ramadhan yang semakin mendekat ini, buangkanlah sifat mazmumah, dendam dan iri hati. Kita semua pakat-pakat berjuang dan cuba-cubalah jangan sekat rezeki orang lain.

Kalau kita sekat rezeki dan tulisan orang lain, nanti Tuhan sekat peluang kita mengarang dan Dia sekat rezeki kita sendiri, apa perasaan kita?

Kita mungkin tak sedar bahawa kita dah buat aniaya kepada orang sebelum ini. Tiba-tiba, ketika Tuhan baru tarik sedikit nikmatnya, dah mengeluh macam-macam hal peribadi dalam H Daily.

Saya pun ada masalah juga. Masalah kewangan dan lain-lain. Biasalah, manusia. Mana ada yang terlepas dengan ujian ini. Tapi, kita tulis dalam blog sebagai rawatan terapi. Ini perkara biasa.

Sapa-sapa nak baca, kita nak buat macam mana? Tapi, rasa-rasanya, macam tak kena gaya pula jika nak tulis hal-hal peribadi dalam laman milik umum. Dalam blog, oklah. Laman persendirian.

Nanti, kita akan malu sendiri dengan teman-teman. Itu sahaja. Contohnya, hari ini laman ini dah dikunjungi seorang ustaz. Tapi, adakah saya perlu berhenti mengarang mengenai masalah diri ini hatta dalam blog saya sendiri? Blog bagaikan rumah sendiri. Kita ada hak menulis apa sahaja..

Dan, pengunjung kena menerima kita seadanya.

Pelancaran buku TG Nik Aziz
Masri Soed of Anbakri Publika di Kota Damansara sms, "Pelancaran buku 'dengan namaMu aku hidup' oleh Tok Guru Nik Aziz, pada 23 Ogos @ Ahad, jam 11 pagi di KLCC @ Bookfest KL09. Jemput hadir."

Apabila dapat sms itu, aku terkenangkan ulasan buku yang Masri minta aku menulis tentangnya di H Daily. Aku rasa bersalah juga kerana seolah-olah turut menyumbang terhadap hal yang aku sifatkan boleh mengundang kemerosotan kerohanian kepada TG Nik Aziz.

Aku menulis ulasan buku isteri TG Nik Aziz itu ketika berada di Mersing semasa Bro Shy dengan rakan-rakannya sedang bertungkus-lumus membuat 'wiring' di sana.

Aku perlu berterus-terang dengan kalian. Kalau diberi pilihan, adalah lebih baik, aku tak menulis ulasan itu kerana bimbang tulisan semacam itu akan mengundang penyakit hati ke atas peribadi beliau. Tapi, aku mesti mengarang juga untuk mencari duit, isk, isk, isk.

Mendapat sms Masri, aku teringatkan permintaannya untuk aku terjemahkan buku Indonesia di dalam bahasa Jawa Solo kepada Bahasa Melayu Malaysia. Entah bila aku nak ke pejabatnya itu?

Kalau Tuhan Dikenali-Mawaddah


Aku tinggalkan kalian dengan sebuah lagu kumpulan Mawaddah - Kalau Tuhan Dikenali. Apabila mendengar lirik lagu ini, timbul keinsafan mendadak dalam diriku ini.

Kalau Tuhan dikenali dan difahami betul-betul, nescaya kita akan sanggup berkorban, berjuang dan sanggup mati keranaNya. Tetapi aku rasa tidak ramai kenal Tuhan kot? Sebab itu tak ramai yang sanggup mati kerana Tuhan... err termasuklah daku sendiri.

Terima kasih buat Yong MPB of Upsi yang sudi mengirim lagu ini semalam tatkala embun pagi dinihari sedang meluncur, membasahi bumbung atap SPKB.

Lelagu dan lelirik ini ditujukan kepada teteman dan rerakan yang menziarahi blog ini, yang juga sering mengunjungi laman blog ini dengan setia, sambil mengintip tabiat gelapku ini. He.. he..

Tak dilupa juga lagu ini, Karya Fansuri tujukan buat PM Najib Razak, Zahid Hamidi dan lain-lain menteri yang sedang berehat-rehat di Putrajaya dengan ucapan --- bertaubatlah kalian sebelum terlambat. Cintailah Tuhan wahai Najib, Tuhan itu cahayanya kehidupan. He.. he.. he.. Adios!

###

Petang tadi, Melu of Merdeka Centre call, "Transkrip di Kedah dan Penang dah siap?"

"Err.. belum siap lagi Melu," jawabku serba-salah. Dia adalah salah seorang kakitangan di sana.

"Abang Ali boleh hantar transkrip sebelum Jumaat? Nanti hantar kat mel-e saya"

"Ya, ya boleh, insya Allah, akan diusahakan." --- Syahadan, maka bertambahlah bebananku ini.

Akmal Kumpulan Prihatin call, ada perkembangan untuk Pusat Media Abim. Kata beliau, maybe akan ada penstrukturan baru dan aku dilibatkan sama.

"Semua kawan-kawan kita juga," kata beliau. "Jadi, kalau abang masuk, boleh kita bersama."

Dah kalau namanya pun media, tempat bereksperiman tentang penulisan, wadah cambahannya gedung fikiran, lembah menanam benih intelektual, maka sudah tentu aku suka. Tapi, aku butuh waktu untuk bersiap menemui pimpinan Abim yang baru.

Malam
Ketika ralit mengarang sambil menonton Ibu Mertuaku di TV2, bos sms, "Mai minum Rafiyah."

Ada beberapa topik dibincangkan. Hal mengenai media baru dirasakan agak sulit, tapi semangat nak membuatnya memang membara. Aku terus nyatakan kesediaan untuk tumpukan di situ.

"Sama ada kita kena kuat cari duit melalui iklan atau kena ada seseorang Dato' yang sponsor kita ni," kata bos ketika membicarakan kekalutan mendapatkan orang yang mahir dunia iklan.

Bidang pengiklanan ni aku mesti kuat juga menerokainya. Ruginya dulu, masa di USM tak ambik minor Pemujukan (Pengiklanan, Advertising) dan Broadcasting (Filem, Penulisan Skrip).

Padahal kedua-dua bidang itu berada di bawah bumbung Pusat Pengajian Komunikasi. Betul dah keputusanku mengambil jurusan major Journalism (Kewartawanan) tu.

Cuma, daku sepatutnya perlu lebih giat berusaha menceburi pengiklanan dan broadcasting juga seperti mengelolakan DJ konti macam Hot FM, Fly FM dan lain-lain. Cetek betul fikrah masa tu.

Rumah di Ampang?
Kak Zehan call. Katanya, ada rumah di Ampang. Berjiran dengannya, rumah lelong pada RM60K sahaja. Ada tiga bilik, blok C, Pangsapuri Sri Nilam.

"Baru dua tiga hari saja dia orang tampal notis ni," katanya lagi. Mata aku berpinar. Terkadang nak je ambil. Tapi, dalam hatiku ada keinginan nak pilih rumah di Gombak, supaya konon dekat dengan Abim dan Pakcik Halim di Taman Sri Minang, dekat Greenwood dan Taman Melewar.

Tapi risaulah juga rumah lelong ni. Takut-takut nanti, kalau ada hutang tertunggak dengan bank atau apa-apa bil yang belum berbayar dan tak terlunas lagi. Kitalah yang kena selesaikan semua.

Ya, rumah, rumah dan rumah. Siapa kata memiliki rumah bermakna kita materialistik? Bersifat kebendaan? Ada sepotong hadis yang pernah kubaca, kalau tak silap, Rasulullah s.a.w berdoa...

"Ya Allah, berikanlah rumah yang lapang ..." --- Tapi, aku tak ingat kat mana aku baca hadis ni.

Jadi, mencari rumah yang luas, lapang dan baik adalah suatu kewajipan dalam hidup beragama!