Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

13 Syaaban / 4 Ogos (Selasa)

Wednesday, August 05, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 12:56 AM

Saya hantar sms kepada Dr A, mengesahkan persetujuan untuk menjadi R.A. Tidak lama selepas itu, beliau mengirim sms ringkas, "Ok."

Saifullah call, menyatakan ada program dialog anjuran Merdeka Centre bermula Jumaat hingga Sabtu ini. Khamis dah mula bertolak dari pejabat MC di Bangi.

"Ada elaun sikit. Minta abang jadi transciber. Dapat 2 sen untuk sepatah perkataan," katanya.

Aku rasa bagus juga ditimba pengalaman bekerja dengan NGO ni. Pernah dengar nama Merdeka Centre. Tapi, tak pernah sampai ke pejabatnya. Aku diminta menaip isi perbincangan mereka.

Saya ke opis Harakah sebelah petangnya membawa buah dokong dan rambutan dari kampung.

"Buah-buah ni semua dari kebun bakal pak mertua ka?" salah seorang dari kaum ibu di opis menyapa.

"Dari kebun pak mertua adik saya," aku membalas balik. Kerap sangat mereka speku (spekulasi) ke atas diri ini.

La ni baru aku faham kenapa Hishammuddin Hussein dan Musa Hassan dan juak-juak mereka berasa kurang senang dengan spekulasi.

Dewiku (P Ramlee)


MEDIA MERDEKA!
TMJ dan ALO sudah mula nampak jalan - kononnya mereka mahu wujudkan media sendiri seperti Minda Rakyat, KL Pos, Malaysian Insider antara laman portal yang menarik perhatian mereka.

Bualan itu tercetus di Rafiya tatkala mutakhir ini segolongan pengamal media haluan kiri berasa cemas dan sedikit 'tension' dengan politiking orang-orang partai yang tidak peduli hal Harakatul Maut ini.

Seperti biasa telinga lintahku banyak mainkan peranan sementara lidah aku, kukunci rapat. Segan juga banyak cakap depan mereka yang dah pun banyak pengalaman mengarang hidup melebihi aku ini.

Mereka dah sarat dengan muatan hidup, berkenalan dengan tokoh politik sedangkan aku tak punya banyak pengalaman berbual dengan politikus.

"Ana ada laman, dan nama laman tu ada ungkapan Malaysia jugak.." aku memulakan dengan bos di biliknya selepas tamat sesi borak-borak dan minum-minum di Rafiya.

"Memang kalau boleh kita kena letak nama Malaysia jugak.." dia memberi respon yang memberangsangkan. "Sebab, nanti orang nak akses sesuatu maklumat mengenai politik Malaysia, dia orang akan taip Malaysia dalam Yahoo, Google."

"Jadi, tak kisahlah kalau Malaysia atau Malaysian??"

"Ya, tak kisah. Janji ada Malaysia.."

Minda Rakyat, KL Pos tiada jenama Malaysia. Yang ada Malaysian Insider dan mungkin ada beberapa portal lain. Tadi TMJ buat lawak, "Kita buat pulak, Malaysian Outsider ka?"

Kah! Kah! Kah! Apa-apa pun, yang pentingnya, golongan pengamal media ni dah mula bosan dengan gelagat politikus yang dok gesa mereka membuat itu dan ini. Mereka nak menulis tentang Manohara pun tak dapat, takut Pas marah sebab hubungan parti itu dengan Istana Kelantan pun nak kena jaga beb!

Berita Harian dan Utusan Malaysia akan memilih untuk memihak Istana Kelantan sebab isu itu membabitkan maruah Malaysia dan secara tersiratnya, hal itu akan dikaitkan dengan kes Najib Altantuya pula. Ini kerana, Manohara itu model seperti Altantuya. Bezanya cuma negara. Seorang dari Indonesia, seorang dari Mongolia.

Tidak sama cara Harakah menolak isu Manohara dengan cara BH dan UM mengambil pendekatan untuk mengkritik Manohara. Hal inilah yang sukar difahami oleh masyarakat kita, khasnya Melayu yang kulihat masih lemah berfikir ini.

Apabila Pas mula mendendangkan Negara Islam, tidak sama cara DAP menolak Negara Islam dengan cara Umno menolak Negara Islam itu. DAP tolak Islamic State atas dasar mereka bukan Melayu dan bukan Islam.

Walhal Umno tolak atas slogan, "Negara Islam itu Negara Islam acuan Pas... Hudud itu Hudud Pas dan bukan Hudud Islam."

Akhirnya, Umno isytihar juga Malaysia sebagai Negara Islam dalam bentuk yang hampeh. Sedangkan DAP tolak Negara Islam ini sampai ke sudah, sampai kiamat mereka tolak konsep Negara Islam.

Umno dan DAP sama-sama tolak Negara Islam tajaan Pas. Nampak kelihatan seperti sama. Tapi sebab penolakan itu berbeza dan aku tak fikir ramai orang khasnya Melayu yang dapat berfikir seperti mana cara aku berfikir selama ini.

Ya, adakah umat Melayu akan faham perbezaan ni? Harakah tak sokong Manohara atas sebab tertentu. BH dan UM tak sokong Manohara atas sebab yang lain pula. Kedua-duanya mengambil sikap yang sama - mereka ini tak akan menyokong Manohara. Hanya, sebab mereka tak sokong itu yang berbeza.

Yang akan dapat menulis isu Manohara ini ialah Malaysiakini. Itulah untungnya sebuah media yang bebas dan merdeka!

Bila aku cakap dan sentuh sikit perkara yang dalam-dalam, mengajak berfikir lebih halus sedikit, budak-budak jemaah - Gamis, PKPIM dan lain-lainnya tak sampai makam lagi kot? Kot mana pun, aku tak boleh kecewa. Kena banyak bersabar.

Nabi-nabi, rasul-rasul dan ratusan ahli-ahli falsafah selaku guru bangsa pun terpaksalah berdepan dengan kegelapan berfikir dalam kalangan umatnya sendiri.

My Heart [Hati Aku] (mantan 'gf'ku Acha vs 'adik'ku Irwansah)


RANCANGAN GELAP
Di Rafiya malam ini, banyak betul rancangan gelap yang tak dapat kusebutkan satu persatu. Sampai waktunya nak tulis macam autobiografi, insya Allah akan kudedahkan semua. Ini semua kita gariskan dalam satu kalimah - politik wartawan.

Aku tak dapat jadi Joker macam dalam filem Batman disebabkan watak-watak konspirator belum dapat bersedia mengamalkan falsafah Gandhi; Non-Violence Movement (gerakan tanpa bekerjasama). Falsafah kejahatan Joker menarik minatku - kalau kita jahat dengan sebab miskin, tak cukup wang, maka kita bukan orang jahat. Mereka ini masih orang baik.

Kata Joker, "Kita jadi jahat dengan sebab kita memang secara semulajadinya jahat!"

Aku teringat dalam perbincangan antara Puan Ainon dengan beberapa orang pensyarah ketika aku hadir program Asasi dulu ketika Puan Ainon bentangkan Teori Surah Yusuf.

"Dalam cerita yang baik, para pesalah dan penjenayah dalam kalangan adik-beradik Nabi Yusuf itu tidak dihukum kerana mereka ini asalnya baik dan ia cenderung memperihalkan kisah penjahat yang berpeluang untuk bertaubat," kata beliau.

"Ya benar," kata seorang pensyarah lagi. "Sebabnya, adik-beradik Yusuf itu sendiri menjadi jahat dengan sebab terkena hasutan dan tipu daya syaitan. Dan, kejahatan itu bukan bermula daripada mereka."

Ini yang cuba diceritakan oleh Joker dalam filem Batman. Jika jadi jahat dengan sebab ada desakan dan dorongan luaran seperti kemiskinan, maka itu bukannya jahat. Jahat itu bermakna, kita jadi jahat dengan sebab kita ini memang sukakan kejahatan. Aku dimaklumkan falsafah ini melalui adikku sendiri.

"Batman sebenarnya dah kalah dengan Joker. Satu-satunya musuh Batman yang terhebat adalah Joker dan Joker ni bukannya ada kelebihan luarbiasa macam musuh-musuh Batman yang lain.

"Orang yang pegang watak Joker ni akhirnya mati bunuh diri. Ada orang kata, selepas penggambaran ni, watak Joker ni sampai meresap masuk ke dalam jiwa pelakon tu, sampai dia ter'obses' dengan watak tu dan akhirnya dia membunuh diri," demikian riwayat adikku lagi.

Tamat sekilas kisah Joker. ###

Tiba di bilik bos malam ni, aku dipinta menggelapkan semula catatan di blog aku. Well, siapa pun boleh saja berunding dan meminta aku menghapuskan beberapa catatan di sini. Tak kisah.

Aku cuma mahu meriwayatkan hidupku di sini, di samping membuat terapi ke atas nasib diri ini yang naik timbul di ibu kota ini.

Aku mula dapat mengesan pergelutan baru di opis. Ada juga yang bertanya sama ada aku nak masuk 'daily' atau 'print'. Mulanya aku tak dapat tangkap, sebab aku bukannya 'man behind the screen', dalam banyak kes, aku bukan pencatur, tapi aku yang dicaturkan ke tempat-tempat tertentu. Aku hanya juara main catur (chess) saja dulu.

Tak ramai orang boleh tumbangkan aku melalui papan catur, chess itu. Tapi, dalam realiti kehidupan sebenar, aku yang banyak dicaturkan. Lebih baik aku keluar dari sistem ini untuk elakkan menjadi bidak catur lagi. Dan, akhirnya, baru aku faham apa maksud mereka apabila mereka sebut apakah aku akan masuk 'print' atau 'daily' itu.

Depa semua pakat-pakat tak mahu ke daily dan memang ada usaha pun untuk membawa orang-orang tertentu di print untuk diletakkan di daily. Mutakhir ini, 'sms war' dah mula berlaku. Perang sms, mengirim maklumat bersimpang-siur di sana sini. Orang-orang tertentu mula meminta dirinya diberi belas kasihan. Sengketa tembak-menembak sms dah bermula!

Huh! Aku pun memang tak fikir sikit untuk masuk ke daily dan print. Sejak tamat di Malaysiakini, aku sudah kosongkan fikiran untuk kerja sebagai wartawan di mana-mana akhbar pun, walaupun ada gesaan daripada rakan-rakan untuk berbuat demikian.

Apa-apa pun, di sebalik 'kejahatan' musuh, aku berpuas hati dengan beberapa keputusan Tuhan mutakhir ini. Doaku dan sumpahku diambil kira oleh Tuhan juga akhirnya.

Orang yang merungut mengenai tulisanku selama ini akhirnya diturunkan pangkat. Paling penting, bukan aku yang 'desak' Tuhan berbuat demikian. Tuhan sendiri yang membuat pilihan dan menjatuhkan keputusan yang memuaskan hatiku sendiri.

Aku cuma minta suatu pembalasan yang setimpal berikutan halangan yang mereka lakukan ke atas minatku untuk mengarang di daily. Cuma itu saja pintaku. Mereka diberi kuasa oleh Tuhan, maka kuasa itu mereka guna dengan penuh kesombongan.

Nah! Rasakan...dulu masa diberi kuasa oleh Tuhan, dok berlagak sombong sangat. Gunakan kuasa untuk hukum tulisan aku, pindah tulisan aku kat sana-sini. Pendamkan tulisan aku sampai orang tak boleh nak baca.

Dengki dan khianat ke atas pekerjaan orang lain, padahal aku bukannya lingkupkan hasil kerja depa. Tuhan Maha Adil. Mereka fikir, bolehlah nak dibuat sesuka hati kat apa-apa anugerah Tuhan ke atas diriku ini.

Tuhan tak memberi aku kerja yang membolehkan aku menikmati skim EPF, KWSP, Socso macam orang lain. Tapi, aku tetap diberikan kekayaan ilmu yang menyebabkan dadaku tak pernah kering, lenyap dengan idea dan buah fikrah baru.

Ini jalan yang aku tempuhi. Hangpa buat kerja hangpa, aku buat kerja aku dan tidak perlulah kita cemburu, khianat, dendam dan iri hati ke atas sesama kita. Buat kerja masing-masing. Cukup, habis..

Aku berlindung dengan Tuhan daripada sikap mengkhianati pekerjaan orang lain. Aku berlindung dengan Tuhan daripada suatu kuasa yang mana dengan wujudnya kuasa itu ke atas diriku, maka aku pergunakan kuasa itu untuk melakukan pengkhianatan ke atas periuk nasi orang lain.

Terima kasih Tuhan kerana mendengar sumpah dan doa orang yang dizalimi dan memang sungguhlah Engkau ini tidak memungkiri segala janji!

Currently have 0 comments: