Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

14 Syaaban / 5 Ogos (Rabu)

Wednesday, August 05, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 1:26 AM

Mulanya saya sms Saifullah kerana bimbang tidak dapat pergi ke Merdeka Centre yang terletak di Bangi. Jauh sangat.

Mungkin kalau mereka on the way pergi ke utara tanahair, saya boleh tunggu mereka di Jalan Duta, dekat perhentian bas tu.

Selepas dapat panggilan Saifullah, saya terima panggilan dari Along of Merdeka Centre. Esok saya dijadualkan akan pergi ke Pulau Pinang dan juga Perak untuk menjadi 'transcriber'.

Tugasnya ialah merakam ucapan dalam suatu siri dialog anjuran Merdeka Centre. Saja nak cari pengalaman. Sesambil tu, nak cari duit lebih sikit ya syeikh!

Kelmarin dah gadai dua keping dinar emas untuk bayar segala macam tuntutan hidup. Kelmarin, dah bayar duit kutu, duit sewa rumah baru settle pagi tadi. Duit KBI, Digi dan TM Net streamyx belum selesai lagi. Oh, duit Malaysiakini belum dituntut lagi! Fuh!

"Saya akan tunggu di Jalan Duta dekat stesen bas," kata saya kepada Along.

"Baik, jam 12 tengah hari, baru kami bertolak dari Bangi," balas beliau.

Hari ini tak banyak pergi ke mana-mana sebab nak siapkan terjemahan cepat, agar esok tidaklah kalut sangat kalau jadi pergi ke Penang dan Kedah pada keesokan harinya, insya Allah.

Citer Incredible Hulk zaman 1970-an


H1N1
Orang PB dah buat medical check-up dan hasilnya dia bebas H1N1. "Tapi, dengar kata kat Parit Buntar dah kena teruk. Hari ini saja, dalam berita sebut dah 11 orang mati akibat H1N1."

Dia gembira sangat. Upsi ditutup seminggu kerana H1N1 ini. Pendidikan kita dah semakin goyah akibat serangan wabak selesema babi.

Semalam, ALO ke KUIS. Dia bersama Dr Abu Hassan Hasbullah dijemput menjadi panelis. Suatu ketika, selepas tamat forum tu, pensyarah tu menyarankan ALO agar ambil pot dan ambil peduli hal H1N1 ni. Katanya, H1N1 ni dah tenat banget.

"Kumpulan sukarelawan Zentrum dah buat kajian. H1N1 ni memang dah tenat," kata ALO. Dan, sejauhmanakah ketenatan itu, tiadalah pula aku ketahui. "Dalam kajian WHO, Malaysia ni sudah worst, dah teruk sangat dah!"

Ishh..kalau Harakatul Maut ni nak buat laporan tentang H1N1 ni, nak rujuk doktor Pas mana ni? Dr Hatta Ramli dah sibuk berdemo untuk ISA. Dr Lo' Lo' dah jadi Ahli Parlimen Titiwangsa.

Kegiatan kebudayaan di Kg Baru?
Jadi doktor Pas semua dah masuk arena politik, dah terjah wilayah gelanggang siasah. Tersentuh sekilas nama Dr Lo' Lo', maka aku jadi teringat kepada sms D'Rimba tadi.

"Salam, dah pi jumpa pegawai khas kg baru dengan Dr Lo' Lo' di pusat kebajikan baru st td. Org dah bagitahu secara kasar apa kita bincang hari tu. Dah beritahu dia nak pi jumla sekali lagi bawa ustaz sama."

Rabu minggu lalu, ketika aku 'bercuti' menulis di blog, memang aku sempat jumpa D'Rimba kat Bujang Lapok Cafe, dekat Masjid Jamek Kg Baru. Di situ, aku beritahu cara nak bawak Sanggar Siti Zainon ke Universiti Kuala Lumpur dan aku minta dia tubuhkan Kelab Budaya, Unikl.

"Bila dah ada kelab, mungkin boleh ikhtiarkan penajaan," demikian saranku kepada D'rimba.

P. Ramlee - Dengarlah Sang Ombak Berdesir (Penarek Becha 1955)


Semalam saya chat dengan Nas di UIAM. Mungkin, dia nak ajak Azree, Hani Salwah dan wujud lebih banyak rangkaian untuk kembangkan PPMN Ayer Keroh ke UIA.

"Saya lihat PPMN hari tu bagai kuliah. jadi tutorialnya kita kembangkan di universiti masing-masing," demikianlah daku berkhutbah.

"Yang penting ialah bajet," tambahnya lagi. Aku akui hal itu. Dia cadang agar ada hubungan juga dengan Sekretariat Penulis Muda Nasional (SPMN) yang dah ditubuhkan dalam resolusi tempoh hari di Ayer Keroh. Katanya, mudah mendapat tajaan kelak.

NOTA KEPADA SAIF: Saif DBP a.k.a Saif Biro Penulis Muda, Pena.. jika kau terbaca coretan di sini. Harap dapatlah kau segera menghubungiku kelak..

Turun naik emas hari ini
DINAR SELLING BUYING
2 Dinar 948.00 862.00
1 Dinar 481.00 437.00
1/2 Dinar 246.00 224.00
1/4 Dinar 130.00 118.00

1 dinar RM 479.00 RM 450.00
5 dinar RM 2386.00 RM 2255.00
10 dinar RM 4750.00 RM 4513.00
Last updated 05/08/09 2:21 PM

Semalam borak dengan Superkerangko. Dia asyik bertanya emas naik harga ke tak? Rasa sukar juga nak dipecahkan minda Melayu yang nak untung cepat ni. Ramai orang tak tahu ke manakah hala tujuanku dan cara aku berfikir.

Sekarang ini, 'period' aku beli dulu emas ni, tak akan kujual dalam tempoh terdekat. Mana-mana yang tak sabar nak kaya, nak untung cepat, jangan ditiru kaedah slow ini.

Bukan mudah nak ubah cara berfikir Melayu agar mereka membeli aset - tanah, rumah. Mereka ni suka MLM, skim cepat kaya dan semua ini asuhan Tun Dr Mahathir Mohamad!

Aku berasa, SPKB kini kena wujudkan samizat yang berterusan guna mematahkan idea revolusi ekonomi tajaan Dato' Senu Abdul Rahman sekaligus memutuskan rantaian falsafah ekonomi Tun Dr. Mahathir yang banyak melemahkan fikrah Melayu yang banyak mengabaikan tanah ini.

Tidurlah Wahai Permaisuri


Oh, Along baru call tadi sekitar jam 5:45 petang ini. "Encik Ali, turun di LRT Asia Jaya ya. Kami akan ambil encik di situ. Jumpa di sana sekitar jam 12 tengah hari."

Hmm... Lagi mudah nampaknya. Kengkawan yang makan sepinggan dan minum secawan...

Kalian baca blog ini sampai tertidur ya? Daku sertakan antara lagu favourite aku. Aku nak serius terjemah bahan sekarang dengan cepat, kerana esoknya ada hal lain yang menanti. Okey, Chow! Adios! Zzz...

Currently have 0 comments: