Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

10, 11 Syaaban / 1, 2 Ogos (Sabtu & Ahad)

Monday, August 03, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 5:50 AM

Saya bukak streamyx di rumah kami apabila melihat abah sedang membuka leptopnya. Seketika kemudian, aku dapati, Wi Fi leptop abah berfungsi dengan baik.

Lalu, aku ajar abah tentang cara menggunakan leptop itu apabila Wi Fi sudah siap terpasang. Semoga dia boleh mengarang dengan baik nanti. Amin.

Apabila makan malam pun, abah dok tanya mengenai 'falsafah' mengarang. Nampaknya, dah ada sedikit sebanyak falsafah mengarang yang masuk ke dalam kepalanya.

"Nak mengarang ni kena tengok apa yang orang suka baca ka atau mengarang apa yang kita rasa apa yang orang perlu baca?" tanya abah ketika aku menyenduk nasi ke dalam pinggan.

"Ada bezanya menulis untuk surat khabar dan menulis buku," aku jawab secara mudah. "Akhbar ni kena menulis untuk lariskan jualan sebab sifatnya harian. Buku tak macam akhbar. Akhbar ni, kita kena tulis mengikut apa yang orang nak baca."

Sejauhmana pandangan seperti itu dapat membantunya mengarang, aku tak tahu. Mungkin dia perlu banyak meneliti contoh memoir Shamsiah Fakeh, Ahmad Boestmam, Said Zahari juga. Jika sekadar meneliti memoir Kassim Ahmad (Universiti Kedua), rasanya tidak mencukupi.

Kalau aku balik kg sekali lagi, mungkin aku perlu letakkan lebih banyak jenis-jenis memoir untuk memudahkan abah buat rujukan.

Proses penulisan yang baik itu bermula dengan membanyakkan peniruan ke atas gaya penulisan pengarang terdahulu sebelum kita berhasil mendapatkan rentak dan gaya yang tersendiri dalam usaha mengasah daya kepengarangan kita.

Demo ISA, abah bangkitkan isu bughah Ustaz Ibrahim Libya
Ketika aku berada di rumah, sempatlah aku meninjau keadaan di ibu kota lewat kaca tv. Di Sogo, Jalan TAR dan lain-lainnya, telah wujud kekecohan demi kekecohan, percekcokan-percekcokan, beberapa siri pergolakan antara demonstran dengan FRU.

"Nasib baik Ali dok rumah, tak dok sana. Jangan-jangan kalau tak balik kampung, Ali pun pi sana tak?" tegur mak ketika kami menyaksikan kejadian hitam itu lewat siaran berita.

Aku diam dan tak banyak respon. Aku balik sebab adik aku tak dapat selesaikan masalah leptop. Dan, aku perlukan leptop tu sangat-sangat untuk melicinkan pekerjaanku kelak.

Sakit jiwa tengok Buletin Utama, TV3 menyiarkan keluhan demi keluhan para peniaga yang rasa kurang senang dengan demonstran. Aku percaya polis yang suruh depa tutup premis perniagaan dan kemudiannya, media melaga-lagakan terus antara demonstran dan para peniaga ini.

Satu cara dan kaedah baru kerajaan, media pro BN dan polis. Sungguh bijak mereka tipu rakyat. Aku kena 'counter-attack' balik polis, media pro BN. Rakyat kita, khasnya Melayu sangat mudah diperbodohkan oleh Umno. Kena dakyah propaganda di TV ja, terus leher kena pulas, terlentok!

Apasal media tak siarkan bahawa polis yang mengarahkan premis itu ditutup? Tidak diceritakan bahawa kalau polis tak ganggu perhimpunan itu, nescaya tak akan jadi apa-apa, insya Allah.

Malam itu juga aku menaip isu Ustaz Ibrahim Libya yang pernah hampir ditahan ISA. Jadi, daku berasa abah dah baca masa 'story' baru di'up', dan terus dia datang ke tempat aku menaip. Terus aku jadi segan, sebab aku meriwayatkan pengalaman kami sekeluarga lewat tulisan tersebut.

"Abah tak cerita lagi ka pasai pa Ibrahim Libya tu bukan bughah?" tiba-tiba sahaja dia datang dari arah belakangku lalu membuka cerita lama. Ketika itu, aku baru selesai menaip.

"Arwah ustaz Fadhil kata, Sultan Kedah pun mai ziarah kubur dia," aku jawab ringkas.

"Yang tu saja ka?"

Aku terdiam. Lalu, dia bercerita panjang lebar. Ada tiga perkara. Tapi, aku tidak berhasrat mahu mencurahkan semuanya di sini. Nanti, jadi panjang pula perbahasannya. Namun, Pak Su Mid tak 'iktiraf' mereka itu syahid. Ada sedikit kontra antara orang tua itu dengan orang Pas sendiri.

Kot mana pun, dia bukanlah Umno ketika dia mengambil sikap berkontra dengan agamawan Pas ni. Aku rasa sikapnya ini lebih kepada anti sikap sombong orang-orang yang berjubah serban. Ini juga antara masalah Pas yang belum selesai.

"Pak Su lahir di tengah-tengah orang yang pakai jubah dan serban," kata lelaki tua dari Kuala Pai, Bukit Tembaga ini. "Jadi, sebab tu Pak Su kerap tegur depa tu. Sombong sangat!"

Kena ada seseorang yang tampil ke depan guna 'membelasah' kesombongan agamawan Pas. Jika tiba masaku dan Tuhan telah buat keputusan untuk melantik seseorang untuk lawan agamawan yang sombong, berlagak dengan serban, jubah dan janggut mereka, maka aku harap seseorang itu adalah aku sendiri!Amiin.. Ya Rabbal 'Alamin, Ya Mujiib as-Saa'iliin...

My Heart (Hati Aku)


Tiket bas hilang, kisah Yasmin Ahmad
Aku jadi gelabah biawak. Biawak pun tidak segelabah aku. Tapi, aku 'cool' saja. Gabra yang gubra meniti di atas hati saat tiket bas nak balik ke Pudu Raya dah hilang. Mak basuhbaju pagi tadi. Di situ, segala nota, catatan kecil yang penting, nombor akaun bank ALO untuk menjadi Introducer aku dah hilang. Hai, ada saja rintangan dan aku mesti lawan segala rintangan dan halangan ini.

Malam ini, ada siaran mengenai Yasmin Ahmad. Aku rasa kita kena fight isu ni. Nama dia Zulkifli Ahmad. Tiba-tiba, boleh tukar jantina. Kita sanjung dia atas ketokohannya dalam filem, itu tidak mengapa, tapi kenapa Marina Mahathir marahkan Kosmo gara-gara penyiaran berita mengenai Yasmin Ahmad sebenarnya adalah Zulkifli Ahmad? (Selepas ini, Yasmin dipanggil Zulkifli)

Kita tak perlu malu mendedahkan Yasmin Ahmad sebenarnya adalah lelaki. Dia buat filem yang macam-macam tu, tak malu pun? Pasai pa tetiba Marina Mahathir boleh kata hal ini memalukan dia dan ahli keluarganya. Kita tak perlu malu. Pembedahan itu adalah sah.

Kita dah iktiraf budaya yang cuba dipancarkan arwah Zulkifli Ahmad itu. Jadi apa salahnya kalau kita buat filem yang menunjukkan babak seorang lelaki menukar jantinanya kepada wanita?

Kalau ditakdirkan Zulkifli Ahmad masih hidup, dia mungkin akan menulis sebuah lagi cerita yang mengisahkan seorang lelaki Melayu Muslim yang menukar jantina kepada wanita ketika beliau menyambung pengajiannya di luar negara.

Kemudian, lelaki yang sudah menukar jantina itu kembali semula ke tanahair dengan mengguna nama baru. Cerita itu tentu juga akan menceritakan tentang bagaimana kad pengenalan itu telah ditukar namanya. Adakah filem biografi arwah Zulkifli Ahmad itu akan sembunyikan fakta ini?

Sesiapa pun tak tahu apakah proses yang perlu Zulkifli Ahmad lakukan sebelum ini untuk daftar nama Yasmin Ahmad itu. Bolehkah kita tukar jantina dan kemudian, tukar nama, tukar identiti?

Kalau negara kita dan Marina Mahathir mengesahkan bahawa hal itu dibenarkan maka saya pun teringat kepada sebuah kisah di dalam al-Qur'an mengenai kaum Lut di negeri Sadum.

Apabila negara Sadum itu mengiktiraf hal-hal sebegini, negara itu tunggang terbalik dan air telah tersimbah ke atas mereka. Tempat itu dikenali sebagai Laut Mati.

Sebuas-buas saya, senakal-nakal saya yang ada hati nak mengurat Megan Fox, masih menaruh harapan dan cita-cita ke atas Lindsay Lohan dan kakaknya Ali Lohan, aku masih lelaki sejati dan normal. (Ish, dok gelak-gelak apa? Tak bolehkah daku bercinta dengan depa tu?)

Kalau bujang lajang berzina, dia dirotan seratus sebatan. Jika orang yang dah berkahwin berzina, maka hukumannya direjam sampai mati.

Tapi, ketika sesebuah negara dah ada ramuan seks bebas, ditambah amalan lesbian homoseksual maka tiada lagi hukuman rotan, rejam dengan batu sampai mati. Malah hukumannya langit akan merejam dengan batu sehingga seluruh penduduknya musnah dan langit mengeluarkan air hujan yang akhirnya menenggelamkan seluruh isi penduduk negara tersebut. Demikian kisah Sadum.

Kalau negara dah iktiraf homoseksual seperti dalam paparan filem dan tiada pula penapisan oleh LPF (Lembaga Penapisan Filem) yang diwujudkan oleh NEGARA, bermaksudnya negara sudah menerima hal ini sebagai suatu yang sah. Maklumbalas dialu-alukan.

Matahariku


Lain-lain cerita
Hujan memanjang pagi membawa ke petang. Akhirnya Sabtu dan Ahadku terbuang begitu saja. Tak jadi jumpa Pak Su Mid, tak jadi pi Aloq Setaq, tak jadi buka akaun syarikat di Bank Islam. Yang aku berjaya satu saja - beli sekeping dinar emas di Aloq Setaq.

Hari-hari yang berlalu, aku berpesta movie-movie saja. Hai!! Berfoya-foya sungguh nampaknya. Antara yang aku tengok - Seven Pound, Don't Mess With Zohan (kisah pengganas Yahudi diarah dalam bentuk komedi yang aku sifatkan menghina pejuang pembebasan Palestin.)

ALO sms, "Bila nak balik, kita kena percepatkan buku ISA." Aku sedar, iddah ISA masih wujud dan aku mesti segera bertindak. Balik ni pun untuk memudahkan urusan kerja. Ingat senangkah bekerja tanpa leptop di sisi? Aku balik pun bukannya nak seronok, melainkan urusan kerja juga.

Tapi sambil menyelam minum air jugak la. Takkanlah tak rjumpa sedara-mara. Kaum-kaum ibu di Jalan Pahang Barat asyik berspeku (ringkasan spekulasi) mengenai situasi aku balik kampung.

"Nak bertunang ker?" tanya salah seorang daripada mereka.

"Eh! Apasal yer setiap kali saya balik, asyik-asyik speku ini yang saya dengar?" daku bertanya dengan penuh kehairanan yang menikam di dada.

"Ye lah, awak kan tak selalu balik," kata mereka lagi. "Kalau sesekali balik, jadi kita orang rasa syak. Jadi, kami pun mulalah berspeku."

Tak baik berspeku-speku ini. Nanti akan menyulitkan siasatan pihak polis. Marah Musa Hassan nanti. Tunggulah sehingga habis siasatan polis. Jangan buat sebarang speku. He.. he..

Tapi aku tak perlu kenyataan media sangat untuk menjawab speku ini, kerana aku seorang yang telus dan terbuka, menyediakan laporan lengkap daripada semasa ke semasa lewat blogku ini.

Dan, aku rasa isu yang sepatutnya kita berspeku kini adalah isu dua tiga komen yang bergayut di ranting blog aku ini. Ada tulisan Cina, siap dengan pautan ke laman-laman yang entah apa-apa.

Pernah aku nampak pautan itu membawa ke Taiwan. Hai!! Amoi mana pulak la yang sudah jatuh berkenan dekat aku nih!? Ada ke sesapa yang tahu kaedah untuk buang komen-komen yang tak berkenaan nih?! Wassalam ...

Currently have 0 comments: