Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

9 Syaaban / 31 Julai (Jumaat)

Friday, July 31, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 12:41 AM

Hari ini abah balik ke Pendang. Selesai solat Jumaat tadi, baru dia tanya aku tentang leptop yang sedang 'dibedahsiasat' oleh Imran.

"Harddisk rosak, Imran try perbaik di KL tak siap, jadi dia bawa balik ke Sg Petani," jelasku lagi.

"Abah pun nak suruh Imran beli leptop juga," katanya, lalu dia menyambung, "Petang ni nak pi Sg Petani, nak suruh dia beli satu."

"Pasai pa? Abah nak buat apa?"

"Abah ingat nak tulis buku, macam memoir tu..." kata abah lagi.

Bagus! Hajatnya nak tulis buku tu aku andaikan bermula dengan pembacaannya ke atas memoir Kassim Ahmad, Universiti Kedua. Aku bawa balik buku tu ke rumah sebelum ini dan dia hadam buku itu habis! Aku pun baca main-main dan selak-selak saja. Tak sempat.. serius!

"Nanti Ali cuba deraf buku tu ikut standard PTS," jelasku lagi dengan panjang lebar mengenai buku yang mungkin dia cuba karang tu. Memang PTS ada peruntukkan ruang bagi orang-orang tertentu yang ingin menceritakan pengalaman hidupnya masing-masing.

Kalaulah PTS tawarkan aku tulis catatan pengalaman aku masa bergaduh dengan HEP dulu kan bagus? La ni nak kena contact YB Nizar... hai satu kerja pulak dah. Tapi, tak pa, aku perlu terus berjuang, mengolah masa dan menyusun waktu, insya Allah.

My Heart


Watch the Trailer for 'The Twilight Saga: New Moon'


Tak jadi jumpa Pak Su Mid
Selesai solat tak jadi pergi ke Kuala Pai, Bukit Tembaga untuk bertemu Pak Su Mid. Dulu, beliau ini pernah bagi aku satu amalan dan aku alpakan, aku tinggal sebab berat banget!

Pak Su Mid bukan orang tarekat, tapi aku iktiraf dia sebagai salah seorang guru kerohanianku. Dan, yang kedua, pakcik of Kelang.

Antara lainnya hajat hati nak pergi sebab nak tengok kalau-kalau dia boleh tengok, apa yang dah berlaku dalam kes kematian Teoh Beng Hock.

Sejak awal lagi, berdasarkan surah Yusuf, aku dan rakan-rakan tak pernah yakin kalau pemuda itu membunuh diri. Dia mesti - sama ada dibunuh atau dibunuh tanpa niat.

Ertinya bukan mereka nak bunuh dia. Mungkin nak ugut, mungkin nak ancam, tapi akhirnya dia terjatuh daripada bangunan di Plaza Masalam itu.

Terbaru, para penyiasat dan pihak yang membuat bedah siasat kematian Beng Hock telah temui DNA di belakang baju kot lelaki malang itu.

Betul tak? Ada orang lain dan ada ditemui kesan jejak DNA lelaki misteri tu. Tak apa, kebenaran akan tersingkap kemudian, insya Allah. --- 4:00 petang.

########

Abah, Mak, Ibah baru balik. Alhamdulillah... syukur leptop sudah siap. Semakin bertambah kuat semangatku untuk terus bekerja demi agama, bangsa dan tanah air.

Aku fikir nak rangka deraf untuk memudahkan apa-apa yang abah nak karang tu. Sebagai salah seorang pegawai kerajaan, abah mesti tahu cerita program pemutihan.

Dia mesti tahu bagaimana cara-cara pendatang asing ini dimasukkan ke dalam negara ini. Mesti juga dia nak ceritakan hal pentadbiran universiti yang banyak membawa masuk pelajar asing ke dalam negara kita hanya kerana semata-mata ingin meraih gelaran universiti bertaraf dunia.

"Bila ramai pelajar asing, universiti tu akan dapat gelaran universiti bertaraf dunia," kata abah kepadaku tak lama dahulu. Dalam pengalaman peribadinya, dia pernah berurusan dengan pihak UUM, Sintok, Kedah.

Kalau nak dicerita semuanya, pasti banyak yang dia nak cerita. Aku harap abah berani bercerita mengenai Saifudin Nasution yang terpaksa ke Selatan Thai untuk memohon doa daripada tok-tok guru pondok di sana sebelum dia nak bertanding di Lunas dulu.

"Terpaksa bawa dia keluar waktu Maghrib masa kawan-kawan Imigresen lain sibuk solat," demikian abah merawikan kisah lamanya usai solat Jumaat.

Abah ada peranan yang agak besar juga, tapi dia membantu secara terpencil di sebalik tabir. Kini, dah pencen, harapnya dia tak kisah nak meriwayatkan keakrabannya dengan Siddiq Fadhil, Fadhil Noor, Ustaz Nikmat dan beberapa tokoh politik lagi.

Aduh... politik manjang... bosannya, dengarkan lagu 'gf' saya Agnes Monica pulaks...

Matahariku

Currently have 2 comments:

  1. Anonymous says:

    提供最佳的十大生活資訊與分享:
    你知道哪裡有好吃的蛋糕嗎!
    你知道白蟻如何防治嬤!
    汽車隔熱紙一定是越貴越好嬤!
    哪一種棧板是具有環保!
    台中哪一家整形醫師縫雙眼皮最讓妳滿意!
    關鍵字的搜尋行銷要領
    如果要高雄旅遊,讓我告訴你高雄縣旅遊觀光景點
    會計事務所到底是做哪些事!
    長期照顧老人看護要如何選擇
    哪裡可以選到價廉物美的服飾批發!

  1. Unknown says:

    Esk 1.12.2011, sy brsma Paksu Mid akn berangkat ke Manjung, Perak.. Perancangan awal akn mrnginap di sana selama 2 hari, Sabtu 3.12.2011 Insyaallah akn berangkat pulang.. Jika ada sahabat berdekatan yg ingin ketemu Paksu,silakan... add sy di FB... El-Sham.. utk maklumat lanjut.