Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

8 Syaaban / 30 Julai (Khamis)

Wednesday, July 29, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 5:42 PM

Sepatutnya, hari ini aku perlu pergi ke Alur Setar untuk beli emas. Tetapi baru teringat bahawa hari ini perlu kusiapkan bahan-bahan terjemahan. Nak beli esok pun tak boleh sebab Kedah cuti Jumaat.

Apalah malangnya nasibku. Hanya dapat berputih mata melihat harga emas jatuh di pasaran sekarang :(

Ah! Cuma ada satu sahaja langkah lagi. Iaitu, aku gadaikan emas yang kubawa balik dari KL dan duitnya akan kupindahkan ke dalam akaun salah seorang agen Public Dinar. Hanya itulah satu-satunya urusniaga yang masih ada.

Oke teman-teman, aku mahu mengarang dan mengirim terjemahan sebelum lewat petang. Jika sempat siap sebelum tutup waktu pejabat, boleh buka akaun syarikat di Bank Islam Alur Setar!

Sejak kelmarin termasuk hari ini nak mengadap pc pun susah sebab terpaksa 'mengasuh' kedua-dua orang keponakanku di kampung.

Jangan 'tension-tension'. Lelagu ini kutujukan kepada para pengunjung blog ini. Dengarkan...

Irwansyah - Pecinta Wanita (Woman Lover)









Irwansyah feat. Acha Septriasa - My Heart








Doakan semoga daku berjaya ... 9:03 pagi, Sekolah Pemikiran Pendang.

####### 1:32 petang #######

Tadi ALO call, bertanyakan hal terjemahan. Dan, dia minta aku terus menamatkan terjemahan dalam Harakah edisi cetak.

Elok juga. Dah masuk bab 11. Bab 15 akan tamatlah kelak. Aku jangka, selepas raya, terjemahan itu mungkin akan tamat sepenuhnya. Kali ini, Jinda sudah terlibat dengan mesyuarat bersama para mahasiswa di Universiti Thammasart.

Ada dua kelompok mahasiswa yang berlainan mazhab. Ned tidak sukakan kekerasan, sedangkan Kamol memang panas baran dan suka bertindakbalas ke atas kekejaman pihak tentera Thai.

Saya baru selesai terjemahan 70 peratus. Tapi, apabila melihat graf emas menjunam, hati terasa tidak tenteram dan jiwa pun rasa tak tertahan. Aku terus call Ar-Rahn Alur Setar, bertanyakan harga emas untuk 1 dinar, 4.25 gram.

"RM469 untuk 1 dinar," jawab kerani Ar-Rahn cawangan Alur Setar di Jalan Kota itu.

"Harga tu sekali sarungnya yang RM2 tu ker?" tanya saya semula meminta pengesahan.

"Tak.. kalau sekali dengan sarungnya, RM471, tambah RM2."

"Dekat Pusat Dakwah Alur Setar ke Ar-Rahn ni?"

"Ya, ya, dekat situ, dekat Public Bank.."

Aku lantas teringatkan cek kelmarin dulu yang mungkin sudah masuk ke dalam akaun.

Agaknya dah masuk dalam akaun bank. Kena cepat bertindak sebelum terlambat. Kalau sempat, boleh buka akaun syarikat juga!

Ah! Dah dapat akal. Aku mesti ke Alur Setar sekarang. Kerja terjemahan aku kena stop sekejap.

Inilah dia, lagu yang kutujukan kepada teman-teman ... (1:49 petang)

Sayang - Menara







####### 5:41 petang #######

Baru tiba di Pendang. Bank Islam dah berubah tempat, so tak dapat nak selesaikan urusan buka akaun syarikat. Bagaimanapun, berjaya juga kudapatkan 1 Dinar dengan harga RM469... yeah!

Aku sempat berangan-angan juga-kalau aku berpetualang di Langgar, mungkin di sinilah tempat aku akan selalu datang hampir setiap bulan.

"Dalam bulan Ramadhan selalunya harga emas jatuh," kata seorang kerani di situ.

Aku teringatkan sesuatu. Sekarang bulan Sya'ban. Entahlah betul atau tidak tekaan dan ramalan mereka itu. We will wait and see.. Apa-apa pun, jumlahnya sekarang sudah 15 keping. Yeah!

Ish, sepatutnya saya patut kata syukur ... alhamdulillah.. tapi dialog tu nampak macam iklan Hai O yang ramai kawan-kawan aku dok menyampah tu.

Depa bantai gelak kaw-kaw apabila tengok iklan tersebut. Hangpa rasa macam mana dengan iklan Hai-O tu? Rasa melugai tak?

Apa-apa pun, aku bersyukur juga kerana dapat beli sekeping hari ini. Selepas mengadap sembah di depan pc, kulihat ada peningkatan balik harga emas tu. Mujur dapat beli pada harga rendah!

Di Alur Setar, tadi aku terserempak pejabat Utusan dan beberapa tempat yang ada kekuatan lokasi yang tersendiri. Juga aku terserempak dengan Fuad, rakan lamaku di Maahad.

Dia masih ingat bahawa aku bekerja di Siasah. Kami tak dapat berborak lama memandangkan dia dah ada urusan dan aku harus pulang segera untuk selesaikan urusan Harakatul Maut.

Aku dah beli tiket bas. Dijadualkan pada 3 Ogos pagi, baru aku balik ke KL insya Allah. 1 Ogos di KL ada perhimpunan ISA, terpaksa aku korbankan. Juga, rencana ke Astro tergendala juga.

Tadi, aku hubungi Bro Shy. Dia baru turun dari Gunung Ledang selepas selesai pemasangan kabel di gnung lagenda itu. Dia baru nak masuk lebuh raya, menghala ke ibu kota.

"Kirim salam kat Puteri Gunung Ledang," demikian aku bergurau. Aku rasa sang puteri lagenda tu dah tak da kat situ dah, sebab pakcik dengan makcik dah halau dia dah dulu sampai ke suatu tempat di Indonesia. Tak taulah kalau-kalau PGL tu boleh jadi datang balik.

"Saya pun ingat nak cari Hang Tuah tadi," balas Bro Shy kembali.

"Tak payah carilah, nanti dengan kita-kita pun hilang sekali.." kami berbalas ketawa.

Aku terus pulang ke rumah. Siapkan terjemahan dan lepas tu layan DVD atau rancangkan acara untuk keesokan harinya. Yeah...!!! ### 6:20 petang ###


Currently have 0 comments: