Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

8 Rejab / 1 Julai (Rabu)

Wednesday, July 01, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 2:11 AM

Pagi

Saya menyedari ada sms ALO di ponsel. Isinya meminta aku menjadi 'penggerak' buku ISA menjelang 1 Ogos depan. Hatiku berbalah lagi. Makin kacau jadinya. Sukar membuat pilihan tepat.

Sepatutnya, ini hari pertama bertugas di opis Abim di Kg Melayu, Ampang. Tapi, perlu juga saya menemui Prof Bakar Hamid, apatah lagi Akmal ada kesempatan menemuinya di sana. Saya pun, maklumkan kepada Mija mengenai hal penangguhan itu. Kepada Kak Jun juga saya sms hal itu.

Selesai sarapan, saya ke UM dan sekitar 10:45 pagi, barulah kami dapat bertemu. Ada beberapa rumusan yang dapat saya teliti pagi ini.

1. Orang kuat Kumpulan Prihatin itu tiada masalah dengan usaha mewajibkan bahasa Inggeris, tapi dengan syarat - kedudukan guru bahasa Inggeris itu mestilah kuat.
2. Beliau mahu meneruskan penulisan mengenai idea berhubung apakah sebenarnya yang patut diketahui oleh rakyat Malaysia melalui pendidikan kebangsaan.
3. Kalau tidak, sesetengah matapelajaran kadangkala tidak diwajibkan dan kemudian diwajibkan semula. Misalnya, matapelajaran sejarah.
4. Ada suatu aliran yang sedang merancang untuk wujudkan suatu aliran pendidikan. Bahasa apa yang digunakan dalam pendidikan itu? "Sudah tentu bahasa Melayu," kata Prof Bakar. "Saya tak fikir bahasa lain akan digunakan."
5. Prof Bakar meminta saya membuat penyelidikan terlebih dulu di Memorial Tun Abdul Razak. "Cari bahan di situ dan baru you akan dapat gambaran mengenai tajuknya," saran beliau lagi.

Laskar Pelangi part 2


Saya dan Akmal berbual-bual sementara menanti hujan lebat teduh selepas selesai bualan kami dengan Prof Bakar itu. Setelah mengambil kira pendapat anak muda Kump Prihatin ini, saya pun mengambil keputusan untuk membatalkan rancangan untuk bekerja sebulan di opis Abim.

NY call ketika hujan mencurah-curah. Bualan kami sedikit terganggu. Rakanku itu dari BH, nak menuju ke DBP. Entah apa yang ada dalam fikirannya saat dia menghubungiku.

Akmal beritahu juga bahawa dalam blog S. M Zakir, ada 'kritikan mesra' ke atas NY - kes lebihan masa diberikan kepada Ummu, sedangkan masa untuk aku bercakap ketika membentang kertas kerja di Ayer Keroh tempoh hari amat sedikit.

Aku ketawa. Rasanya, S. M Zakir sengaja bergurau dengan NY, begitu aku beritahu Akmal. Dah aku pun tahu cara mereka bergurau. Alah, tak ada apalah tu.

Aku 'desak' Akmal untuk gunakan 'kuasanya' untuk bawa Zakir ke dalam Kumpulan Prihatin. Di situ mungkin dia boleh berperanan. Kamal Shukri dari PLM pun dah dipanggil lantaran lantang sangat mengkritik PPSMI. Kita perlukan lebih ramai orang!

"Saya pun bukan ada kuasa dan pengaruh apa sangat dalam Kumpulan Prihatin," katanya.

Limpahan air hujan mencecah kakiku. Aku beritahu Akmal mengenai mimpiku dalam dua tiga hari ini yang memang pelik. Asyik-asyik gelombang air laut dan putaran ganas yang terbayang di ruang mimpiku. Khuatir juga ada maksud dan peringatan lain dari Tuhan. Bagaimanapun, mimpi itu, aku isytihar sebagai merepek sajalah, walaupun aku rasa semacam jer.

Dulu pakcik cakap ada 'tsunami' menghempap 5 buah negeri di utara semenanjung. Selepas PRU barulah dia sendiri sedar bahawa tsunami itu adalah 'tsunami politik'! Kalimat 'tsunami politik' telah digunakan secara meluasnya dalam media ketika menggambarkan gelombang rakyat yang bangkit secara tiba-tiba itu.

Ketika berbual itu, ALO call, bertanyakan sama ada aku mahu menyertai penulisan buku ISA itu atau tidak. Aku iyakan. Saham untuk akhirat dan perjuangan memansuhkan ISA mesti ada juga.

"Kalau macam tu, malam ni datang rumah ana," katanya menutup bualan.

===================IKLAN 'LAGHO'=======================
How to date with Megan Fox

==================IKLAN 'LAGHO'=====================

Membatalkan urusan kerja di Abim

Ke Kg Melayu, Ampang, bertemu semula Raimi, Maria dan Jufitri termasuk Kak Jun berhubung hal aku yang tidak dapat berkhidmat sebulan di sana, sementara muktamar.

Aku jelaskan masalahku itu dan aku harap mereka faham dan dapat menerimanya. Rasa segan juga. Sebagai 'denda', Kak Jun minta aku bawa 20 orang peserta, he he.

Raimi juga sempat memberikan kenyataan berhubung tujuan dan matlamat, tema muktamar baru-baru ini - mencetak generasi Salahuddin al-Ayyubi.

Aku pulang dengan rasa berat hati dan berat kepala. Keletihan terasa mengalir di segenap tubuh dan kubertandang di Restoren Kudu, Jalan TAR selepas itu.

Selesai makan, Aqil call, bertanya sama ada dapat hadir ke mesyuarat Asasi di UKM, Jumaat ini, 3:30 petang.

"Kita nak meeting tentang laman web," katanya. Ini tentu ada kaitan dengan Kesturi.net. Yang terbaru, akan ada ceramah mengenai hubungan Champa dan Kelantan. Aku juga dah ada rakan Cham di USA lewat chat di YM. Sayang, mereka tidak fasih bahasa Melayu.

Kesturi, Asasi di UKM adalah jambatan penghubung yang maha luar biasa untuk aku mengenali susur galur kehidupan nenek moyangku pada zaman yang lalu. Bukan senang nak cari, menggali kebenaran ini. Kena banyak bersabar dan rajin, terus berusaha!

ALO akhirnya sms menyatakan agenda bertukar-tukar fikiran berhubung projek ISA malam ini batal, ditunda ke suatu hari yang lain pula.

Currently have 0 comments: