Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

7 Rejab / 30 Jun (Selasa)

Tuesday, June 30, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 9:24 AM

Tengah hari

Rupa-rupanya ALO tak datang pagi. Puas saya menunggu. Tengah hari tadi dia call, ajak saya makan di Restoren Kudu. Tetapi, sebab saya lambat akhirnya dia pulang dan kami 'lunch' kat Jalan Pahang Barat juga akhirnya.

Ada beberapa rumusan saat makan tadi sambil saya dibasuh, dibalun secukupnya. "Enta jangan argue banyak sangat," katanya lagi. "Jangan hingga enta kelihatan menggodek bahan mudah-mudah."

Sukar juga mahu menyantuni emosi orang. Banyak betul kita sudah mengalah. Tapi, sabar je la. Bosku itu meminta aku berjumpa orang-orang juga, dana menulis hal yang bukan bersifat parti, politik. Satay Kajang, tempat-tempat makan, tokoh-tokoh.

Bagaimanapun, aku gembira mendengarkan perkembangan terbaru. Sastera daily telah pun ada diusulkan dalam mesyuarat. Buku kursus penulisan Harakah akan diperluas kepada orang-orang yang ada kaitan dengan sastera, bukan politician dan ... alamak!

"Kot mana pun, 1 Ogos, buku ISA tu mesti dilancarkan!" kata ALO lagi. Banyaknya...

Selesai sesi makan bersama bos, naik opis, bayar kutu kepada Kak Sal. Selesai satu bab. Balik ke SPKB dan mula mendaftar sebagai ahli KBI, RM100. Semoga nanti dapat buat pinjaman!

Ke Court Mammoth, ambil balik deposit RM92 sebab tak jadi beli leptop. Ketika aku membuang penat di gerai bawahan itu, tetiba bejumpa 'berlian'. Aku simpan dalam plastik putih. Jika benar ia berharga, barangkali memang ada rancangan baru dari Tuhan untukku.

Tengah susah ni, macam-macam benda datang. Aku tidak tahu apakah ia baik atau sebaliknya.

Mija call, minta datang ke opis Abim Kg Melayu. Dalam perjalanan, aku ralit, singgah Pustaka P. Ramlee. Di situ aku terlihat tulisan Pak Shukor Harun yang menulis mengenai P Ramlee dalam Berita Harian sekitar 1970-an.

Mungkinkah Pak Shukor ini pun aku boleh interview untuk bahan pengajianku kelak!?

Berdasarkan laporan Pak Shukor itu, aku tahu bahawa tajuk asal filem Semerah Padi adalah Bulan Sabit, Matahari?? Setelah berbual dengan Arenawati, akhirnya nama itu berubah kepada - Semerah Padi. Arenawati tanya P. Ramlee, "Kenapa Semerah Padi?"

Kata seniman agung itu, ini kerana ada sebuah kampung di Aceh yang benar-benar menjalankan perintah Islam. Aku rasa, P Ramlee ni lain macam sikit pemikirannya berbanding pelakon lain la. Ada banyak lagi rupa-rupanya kisah putihnya yang tak tersingkap.

Aku terus ke Kg Melayu Ampang kerana mahu bertemu para rakan-rakan lama Abim di sana. Di sana, aku mungkin bekerja sebulan, sempena muktamar Ogos depan. Jumpa Kak Jun. Aku pun telah mengambil beberapa ketetapan dan persetujuan untuk 'memenjarakan' diriku sekali lagi setelah kupenjarakan diriku sebulan di Malaysiakini.

Aku ingat, selepas tamat Malaysiakini, boleh teruskan usaha menyambung master. Nampaknya, tak jalan juga. Ada saja rintangan. Bulan Julai sudah tiba. Tak pa, perlahan-lahan aku hantar juga nanti segala dokumen. Kalau tak sempat sem ini, sem sekali lagi.

Biar lambat asalkan buat sikit-sikit, perlahan-lahan... doakan daku berjaya kengkawan sekalian...

Pulang dari Kg Melayu, Ampang, aku ke PSN mencari rumah kosng. Dapatlah beberapa nombor untuk dihubungi. Ketika minum-minum teh di cafe, aku terfikir nak buat sedikit tekanan ke atas broker di Damansara. Tekanan ini mesti bersifat harian. Tak boleh aku biarkan mereka senang-lenang sahaja kali ini. Aku yang banyak tertinda, tertindas dan tertekan.

Laskar Pelangi 1

Ulasan: Sebuah filem yang patut ditonton oleh Najib, Muhyiddin Yassin dan para pendokong PPSMI di negara tercinta ini. Mereka anak-anak Pulau Belitong yang miskin, namun berbakat, pintar. Lintang contohnya dapat menyelesaikan masalah matematik hanya dengan memejamkan matanya.

Kenapa blog ini tiba-tiba melonjak?
Kalau tak salah ingatanku, semalam baru 21900 saja counter di blog ini. Malam ini melonjak ke 22300! Sekitar 300 ke 400 lawatan dan kunjungan! Di sini ada sedikit kehairanan. Mengenai tajuk apakah, maka dengan tiba-tiba ia melonjak naik?

Kerana Megan Fox of Transformers ker? Atau, nak mengikuti politik dalam salah sebuah akhbar pembangkang yang terkemuka? He... he... he...

Mohon pandangan. Nak tahu juga, apa sebabnya kalian masih setia berada di blog ini. Aku hanya akan menulis pandangan peribadi, kegelisahan hidup, meriwayatkan kegagalan demi kegagalan.

Bukannya ada perkara-perkara yang istimewa pun. Semakin banyak aku menulis, makin banyak rahsia dan tembelangku terbongkar. Tapi, aku tak hasrat nak tutup. Aku tulis guna menyukakan hatiku yang pedih, dilanda dukalara, guna merawat jiwa yang sedih berdukacita, gundah gulana, bermuram durjana dengan segala kesibukan duniawi.

Maka, apabila saya menyelak laman stat, maka keputusan adalah seperti berikut:-

Statistic range: Tuesday 30 June
Total page views 391
Total visitors 307
First time visitors 301
Best hour 5

Sekitar jam 3 ke 5 petang (eh, ke waktu malam?), ia mencatatkan jumlah yang tertinggi. Kalian baca blog pada waktu itu ker?

Currently have 0 comments: