Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

6 Rejab / 29 Jun (Isnin)

Monday, June 29, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 8:10 AM

"Enta ada mana?" kata ALO. Ketika itu aku masih menaip. Dalam fikiranku masih bergolak dengan pelbagai perkara. Tadi, aku dapat sms darinya, tapi tak sempat kubalas.

Rupa-rupanya, dia cuma nak ajak sembang. Entah isu apa, tiadalah aku ketahui. Apa yang penting, esok dia nak jumpa aku di area Kg Baru.

"Tak pa, esok ana tak off hp," demikian aku berjanji. Bualan tamat. Entah kenapa, tiba-tiba rasa lapang dada walaupun masalah hidup masih bergayut di kepala.

Sebagai cara merawat hatiku, kupersembahkan beberapa buah filem dan lagu kesukaanku buat teman-teman yang makan sepinggan dan minum di cawan.

Transformers

Ulasan: 'Girl friend' saya; Megan Fox berlakon dalam Transformers. Tadi, dah selesai urusan di TTDI, saya ke Bandar Utama, Damansara, kononnya nak menonton di TGV One Utama. Penuh dah rupa-rupanya hall yang tayangkan Transformers tu. Haizz... Melepas!

Watch the Exclusive Trailer for '2012'

Ulasan: Dijangka, permulaan kiamat berlaku pada 2012, mengikut ramalan peradaban terawal; kaum Maya. Ada laporan mendakwa bahawa Melayu pun berasal dari situ; Maya. Wallahu'alam.

Bilakah hamba boleh menyanyi lagi macam lagu ini ya Tuhan? Bilakah rantai yang membelenggu hidupku akan terlepas dari bahu-bahuku?

RANTAI TERLEPAS

RANTAI TERLEPAS

(P Ramlee)

Dialog(hehe rap dolu2):
Ane boley tumpang kaa?
Boleyyy... thank you :)

Senangnya rasa di hati
Dah bujang kembali
Bebas ke sana ke mari
Hai tidaklah bimbang lagi

Kalau hidup seorang diri
Boleh buat suka hati
Walau tak makan sehari
Tidak peduli...

Sekarang hati gembira
Bercerai dengan mak bonda
Tak lagi bersusah payah
Hai tentang rumahtangga

Aku taubat berbini lagi
Walau mambang menyerah diri
Dah jemu basuh kuali
Sekarang aku nak joli

Oh... oh... rantai
Terlepas...
Hidupku mulai jadi bebas

Oh... oh... rantai
Terlepas...
Boleh melayang semacam unggas

Oh... oh... rantai
Terlepas...
'Rang bujang tak boleh malas2

Oh... oh... rantai
Terlepas...
Siapa ndak jandaku boleh kebas --- (12:53 a.m)

### ### ### ### ###

"Di MI ada kerja kosong," kata NY of Sek Pem Jalan Riong kat ku petang tadi saat aku makan, minum di Le Blanc, Jalan Yap Shak. Hal ini pernah diceritakan M of M'kini kepadaku lewat YM dahulu. Inilah antara masalahku. Apabila bertimbun masalah, amat sukar nak buat keputusan.

"Jim yang beritau mengenai kerja kosong itu," katanya lagi. Sambil itu bertanya mengenai gerakan Ganas (Gerakan Anti Najib Semalaysia) yang kuwujudkan itu. Aku gelakkan saja. Biar hal itu tetap kekal menjadi tanda tanya.

Dah settle bank-in cek dan aku terus jumpa L di TTDI, mengirim buku Indonesia yang perlu aku terjemahkan. Deadline semakin hampir. Dan, hal ini menyebabkan aku tak mampu nak selesaikan banyak perkara.

Hari-hari yang ditempuhi terasa semakin masyghul dan sibuk sekali. Aku tiada pembantu serta tak ramai orang-orang di sekeliling yang boleh memahami.

Banyak masalah dalam dunia ini tak dapat diselesaikan sebab ramai orang tak memahami. Kerja untuk memahamkan orang ini pula perlukan masa yang banyak pula.

Tetapi kalau selalu ada sekatan-sekatan saja untuk kerja memahamkan orang ni, sampai bilakah umat nak faham?

Kalau selesai terjemahan teragung buku Indonesia ini, rasa-rasanya barulah terlerai sedikit rasa beban bertan-tan di bahuku ini. Ya Allah bantulah aku.

Pada ketika kesempitan hidup ini, aku belajar satu perkara. Kegembiraan dan kebahagian adalah ketika bebanan tugas, amanah dan tanggungjawab telah berjaya kita selesaikan.

Juga kalangan manusia yang boleh (1) memahami dan (2) boleh bertindak untuk menyelesaikan masalah-masalah yang wujud di dunia ini.

Akhir-akhir ini masaku banyak terbuang dengan sebab tiada komputer di depanku. Kalaulah ada leptop, 80% masaku boleh dimanfaatkan untuk penulisan, insya Allah.

Tak ada manusia yang boleh faham. Adik-beradik pun tak dapat nak paham, kecuali mak. Tuhan sajalah yang betul-betul memahami. Tuhan, jadikan aku sahabatMu yang paling rapat dan paling setia. Amin... (12:13 a.m)

Currently have 4 comments:

  1. Korakora says:

    kau ni kira kronik... kira ada pemecahan identiti (ha ha ha).. tiba2 boleh mengidam megan fox pula!

    mana boleh pemikir mengidam megan fox, syeikh!

  1. he.. he..

    aku kerap juga dapat tiket wayang free.

    kalau nak join jom!

    err.. kat bh tu, kalau kau dengar ada peluang nak dapat tiket wayang free, bagi tau aku..

    begitulah daku, seorang 'syeikh', ingin meng'ustazah'kan Megan Fox..

    doakan daku berjaya .. he he..

    (ish, Astaghfirullah al-Azhimm...)

  1. muhammad says:

    megan fox = musang megan = mengustazahkn musang megan. hehe :)

  1. he he

    tak dak lah rakan-rakan sekalian.

    Sajalah saya bergurau saja tu. Susah nak mengustazahkan Demi Moore, Meg Ryan dan Kristin Stewart.

    Takut nanti ada orang ambik benda ni sebagai serius pula.

    Bagaimana dengan keislaman Michael Jackson? Saat dia meninggal dunia, apakah dia sempat mengucap?

    Farrah Fawcett tak sempat didakwah dan akan lebih ramai lagi yang tak menerima hidayah Islam.

    Klu kita dapat mengustazkan Steven Spielberg, Brad pitt, mungkin lain yang terjadi pada dunia hari ini.