Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

5 Rejab / 28 Jun (Ahad)

Sunday, June 28, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 6:09 AM

Malam

Baru tiba di rumah. Dua malam saya bermalam di Taman Berlian, Gombak. Semalam, ekoran keletihan, saya terlelap begitu mudah. Letih berfikir. Berfikir memerlukan tenaga.

Sebelum tidur semalam saya tengok Astro, mengisahkan kemelut yang dihadapi Lindsay Lohan. Keluarganya punah-ranah. Patut dia ada masalah. Michael Jackson akhirnya mati dalam Islam. Saya terfikir kalau Barat berkiblat kepada amalan Yoga untuk menenangkan diri, apakah amalan kerohanian Islam seperti solat, puasa boleh diamalkan oleh manusia Barat ini?

Madonna dan Demi Moore telah memilih Kabbalah, sejenis amalan 'kerohanian' Yahudi sebagai suatu jalan menenangkan diri. Yoga (Hindu) termasuk amalan meditasi Buddha telah diamalkan guna mencapai ketenangan hidup. Islam amat mewah rohani, bolehkah diperkenalkan di Barat?

Akhirnya.. saya terlelap... zzz...

Jam 5:00 pagi saya terbangun ketika alam masih tidur berdengkur. Ada sebuah Al-Quran terjemahan di sebuah meja. Apabila saya selak sekali imbas, terus mata tertancap pada surah At-Taubah: 112.

"(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian)."

Pertama kali saya dengar ceramah Dr Siddiq Fadhil, terus saya terpikat pada ulasan beliau. Pada pandangan beliau, inilah antara ciri-ciri negara Islam, pemimpin Islam.

1. Orang yang bertaubat
2. Orang yang beribadat
3. Yang memuji Allah
4. Berjiwa pengembara mengembangkan Islam
5. Orang yang rukuk
6. Orang yang sujud
7. Menyuruh berbuat kebaikan dan melarang kejahatan
8. Menjaga batas-batas hukum Allah.

Pagi ini saat menonton filem Laskar Pelangi yang mengisahkan kemiskinan anak-anak Indonesia di Pulau Belitong, saya menerima panggilan daripada dua orang rakan.

Seorangnya bertanya khabar mengenai master. Saya perlu berterus-terang. Laluan untuk buat master ini sudah lama dan banyak kali tergendala kerana saya kerap-kali ada halangan yang tak terduga. Saya sendiri tak dapat nak elak daripada halangan yang datang secara tiba-tiba ini.

Mak pun dok tanya juga pagi tadi, termasuk juga rakan-rakan yang selalu bertanya. Tapi, tidak ramai yang tahu apa masalah yang saya hadapi. Dan, saya pun tak fikir mahu bercerita banyak benda kerana tidak ramai yang dapat dan mahu membantu kecuali sedikit sahaja.

Rakan kedua dari Johor melontarkan pandangan peribadi mengenai sikap orang-orang Pas yang tiada wala', merujuk kepada isu SIS baru-baru ini.

"Depa ni dulu, orang-orang dari jemaah lain...bukan ana nak kata jemaah dalam jemaah ni tak bagus... " kata beliau. Sekurang-kurangnya, ada dua isu di sini.

Ulasan
Isu jemaah dalam jemaah - kita kena berlapang dada. Bukan dalam Pas sahaja, dalam Abim dan Jim pun ada jemaah dalam jemaah.

Dalam PKPIM, Abim ada jalur pemikiran yang melihat NGO ini perlu banyak menumpu kepada kerohanian dan kurangkan pendekatan politik, kepartian. Ada yang menumpukan isu-isu umat, menggunakan pendekatan politik, lalu kerohanian sedikit terabai.

Dalam Jim, dengar kata ada aliran salafi dan macam-macam lagi. Dalam Pas ada syiah, Erdogan, Khalid Samad dan lain-lain mazhab yang tak sempat saya teliti.

Tapi, untuk apa saya teliti semua ini? Untuk bergaduh dan membuang masa?

Isu Wala' - Haji Hadi telah bercakap sesuatu yang telah diputuskan secara kolektif, khususnya yang terbaru-Kerajaan Perpaduan. Hal ini diakui oleh Ketua Biro Penerangan PKR sendiri dalam chat peribadi saya dengannya.

Ust Fadhil lebih konsisten dengan idea berbanding Hj Hadi, demikian menurut Tian Chua kepada saya. Kalau ada sesuatu yang telah diputuskan dalam mesyuarat, maka Ustaz Fadhil konsisten di dalam keputusan tersebut. Tapi, hal itu tidak sama dengan Haji Hadi.

Muktamar di Ipoh memutuskan untuk mengukuhkan dan berjanji setia dengan Pakatan Rakyat. Tetiba ada idea untuk bergabung dengan Umno pula. Ini bukan mesyuarat bersama Non Muslim tapi bersama orang-orang Pas sendiri, merujuk Muktamar di Ipoh dulu.

Kalau sikap begini jadi di peringkat bawahan, tak dak masalah sangat. Tetapi, apabila melibatkan pimpinan tertinggi, memang azab sengsaranya sampai ke peringkat bawahan macam kita.

Sememangnya tak tepat jika nak dibawa isu wala' dalam konteks isu-isu yang telah disepakati di dalam Pakatan Rakyat. Isu Wala' nampaknya relevan dibicarakan dalam konteks jemaah Islam - Pas, Abim dan Jim. Tapi, bagaimanapun, ungkapan wala' ini boleh diterjemahkan dalam istilah lain - kesetiaan untuk memudahkan bincangan.

Dalam perjuangan, kesetiaan sangat penting. Orang yang tidak setia akan dipanggil pengkhianat. Saya pun dalam dilema. Tak suka nak menulis sebegini. Tapi, kata orang, katakanlah yang benar walaupun pahit kedengaran.

Insya Allah, dengan banyak berdebat, makin dekat dan akrab kita kepada kebenaran. Jangan cakap benda yang kita tak tahu, ragu-ragu dengan penuh keyakinan. Sangat merbahaya.

Untuk berdakwah, jangan bergantung rezeki kepada ornag lain
Di rumah Gombak, saya bertemu dengan Sirah Nabawiyyah, Insan Teladan Sepanjang Zaman. Seperti biasa hal pendidikan Tuhan yang sama berlaku. Saya menyelak lembaran dan terus saya terjumpa Perkara 71 - elak dari termakan budi.

Dalam nota tuan guru itu, disebutkan bahawa pendakwah itu seharusnya bersifat merdeka dari kewangan dan tidak bergantung kepada orang lain. Kalau kita bekerja dengan orang, kita sangat mudah ditakut-takutkan dengan ancaman penarikan rezeki.

Saya fikir, ini antara hal yang penting difikirkan oleh pencinta kebenaran. Cuba elakkan bekerja dengan orang dan pilihlah untuk bekerja sendiri.

Selain itu, itu saya nak tambah - dalam perjuangan ini, kalau terfikir nak masuk jemaah ini untuk kuasa, maka batalkan saja hasrat itu. Kuasa akan datang sendiri apabila kita ikhlas. Batal hasrat, tidak bermaksud, keluar dari perjuangan.

Masuklah dalam perjuangan seperti biasa, tetapi batalkan hasrat itu. Kerana, ramai yang terlalu inginkan pangkat dan jawatan dan akhirnya tidak berani mengeluarkan kenyataan kerana risau kenyataannya bercanggah dengan presiden. Baik tak usah pegang jawatan.

Semua orang berhak mengeluarkan fikirannya sendiri. Tapi, adakah mengeluarkan fikiran telah menyebabkan seseorang itu hilang wala, kesetiannya?

Atau watak Sang Rajuna Tapa yang membuka gedung kota sehingga musuh telah menyerang itu boleh diangkat sebagai penderhaka, hilang wala' dan tak setia kepada rakyat, negara?

Kesetiaan itu kepada Tuhan, Rasul dan kebenaran. Kalau rasa pemimpin tak betul dan kita cuba menyatakan buah fikiran yang berbeza, adakah hal itu boleh dikatakan tak wala'?

Apa yang terjadi dalam jemaah ni, rasanya, pemimpin yang di sekeliling presiden takut bercakap untuk membantah pandangan presiden kerana bimbang jawatannya terjejas. Then akibatnya, di sini pandangan jemaah telah menjadi pandangan presiden.

Tiba-tiba, apabila keputusan jemaah (keputusan presiden) dizahirkan, lalu ada ahli-ahli bawahan membantah, maka timbul isu wala'.

Saya yakin, hal seperti ini perlu dibahaskan dengan lebih kritis, jujur, berani dan tak takut untuk dikritik. Cara berfikir kita banyak masalah. Apabila banyak masalah dalam cara berfikir, banyak tindakan kita yang tersilap secara tak langsung. Wallahu'alam...

Currently have 2 comments:

  1. Azman says:

    Jemput ke http://malaysianonline.seacem.com/

  1. terima kasih atas perubahan...