Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

4 Rejab / 27 Jun (Sabtu)

Friday, June 26, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 8:28 PM

9:07 malam - Kami baru saja ingin beredar dari Sabaking setelah semuanya hampir selesai di sini. Rasa puas ati. Agenda selanjutnya setelah Ganas berjaya menamatkan polemik Kerajaan Perpaduan ialah-berusaha keras agar rakyat bawahan akan terus berpolemik untuk bercakap mengenai Kerajaan Perpaduan ini.

Beberapa buah laman sesawang telah pun dikenalpasti sebagai laman yang cukup berpotensi & bertenaga dalam menyalurkan maklumat sebagaimana yang telah kami kehendaki.

Kami bertindak dengan penuh licik seperti Freemason, tapi nawaitunya bertunjangkan kebaikan berpaksikan kebenaran dan keadilan. Segala sekatan dalam menyalurkan idea kami mesti juga dipatahkan. Hanya dengan cara ini sahaja boleh menyebabkan pemikiran rakyat bawahan akan dapat berjalan, mengalir pantas dengan sihat dan sejahtera.

Sekian, laporan Ganas (Gerakan Anti Najib Semalaysia) berhenti. Laporan tamat. (9:15 p.m)

6:31 petang-Telah selesai syura The Battle of The Don di Sabaking bersama Don Shy dan Don F. Akhirnya, setelah bertungkus lumus sejak tengah hari tadi, kami berjaya melakukan urusan transfer, bagi tujuan memudahkan usaha menggulingkan kerajaan Najib Altantuya. Keputusan syura adalah rahsia!

Sesiapa yang membaca coretan ini adalah kumpulan Resistance (Nak tahu apa itu kumpulan Resistance, sila tonton Terminator Salvation di pawagam, nanti anda akan faha
m, insya Allah. Ini adalah pesanan daripada John Fansuri Connor).

Kata laluan untuk bergabung dengan kumpulan Gerakan Anti Najib Semalaysia (Ganas) adalah GAN. GAN adalah singkatan untuk Gerakan Anti Najib.

Kumpulan kami telah bergerak untuk menghancurkan idea Kerajaan Perpaduan. Hari ini, tersiar dalam akhbar mengenai Obama menelefon Najib untuk membebaskan tahanan Guantanamo.

Najib mengada-ngada! Menyampah betul!
Nampak sangat Najib mengada-ngada, sambil tangannya mengangkat telefon, seolah-olah beliau berbangga nak menunjukkan bahawa Obama pun di bawah telapak kakinya, untuk melepaskan tahanan Guantanamo itu.

Kenapakah sejak dulu lagi, Najib tidak berbuat demikian, tidak berusaha keras untuk bebaskan para tahanan tersebut? Semuanya dilakukan guna memulihkan imejnya yang tenggelam, karam dengan isu pembunuhan Altantuya dengan bom peledak C4.

Ketika di Giant Batu Cave tadi, Azmi call, menyatakan bagaimana A Samad Said membaca puisi Peludah Bahasa di depan Tun Dr Mahathir. Dr Puad Zarkasyi turut hadir.

"Dr M kata, kenapa baca puisi begitu dalam majlis penyampaian anugerah HKSU di Istana Budaya?" kata beliau lagi. Saya tak ingat sangat apa kata A Samad Said setelah Dr M kata begitu kepadanya. Maka, jalan rawi pencatat laporan ini adalah seperti di bawah.

Aku mendengar Azmi Al-Kelantani berkata, bahawa dia mendengar Rozais al-Anamy berkata.. Ni adalah senarai rawi-rawi. Boleh check dengan mereka sendiri.

Kalau benar Pak Samad membaca puisi Peludah Bahasa di depan Mahathir dan Puad Zarkhisyi, ini petanda baik. Kalau anak-anak muda boleh baling kasut lagi baik. (7:17 p.m)

(7:45 pagi) - Lena pagiku ditikam bunuh dengan ‘kejamnya’ oleh seorang rakan wartawan, dari Sekolah Pemikiran Jalan Riong, NSTP (he he), “Hei, orang kat sekolah pemikiran mana boleh tidur pagi-pagi..Lepas Subuh mana boleh tidur.”

Aku gelak saja. Sebenarnya, dia mahu mengajakku ke Shah Alam, di sana ada acara Pembina melibatkan pemansuhan PPSMI.

“Ungku Aziz bagi ucaptama 8:30 pagi ni,” katanya lagi. Suaraku lagi serak-serak. Semalam, aku tidur di rumah kawan Gombak, kerana menguruskan hal pembinaan web berita kami.

Semalam tak menjadi urusan keluar ke Le Blanc, ‘berfoya-foya’ di Jalan Yap Ah Shak sebab Don F memanggilku ke Gombak. Ingatkan, bila dah sampai Gombak, boleh kami terus pergi ke Sabaking untuk meneruskan kerja membeli hosting.

Semalam, sebenarnya berlangsung acara pemansuhan PPSMI di Dewan Perniagaan China yang melibatkan GMP (Gerakan Memansuhkan PPSMI). Aku tak jadi pi. Dr Alinor dan Hasni DBP ada sms. Cuma, aku pula tiada kesempatan kerana terpaksa menguruskan hal-hal aku sendiri. Ini masalahnya bila banyak tugas terpundak di atas bahu seorang saja. (8:48 a.m)

Ketika sedang menterjemahkan Dinar Solution (Muhaimin Iqbal, seorang penulis Indonesia) di rumah sewa Don Shy, aku tertarik dengan Syamil al-Qur’an. Mungkin sesuai bagi mereka yang ingin mendalami agama. Don Shy menjadi agennya.

Aku rasa, buku teks ini sesuai menjadi rujukan terpenting SPKB. Aku akan mula menyusun nota-nota kuliah Sekolah Pemikiran Kg Baru dan akan memulakan kelas pengajian kepada umat ini dengan kadar seberapa segera insya Allah, sejurus selesai terbinanya laman berita kami kelak.

Kalau ada sesiapa yang nak beli denganku, harganya Cuma RM150 sahaja. Ia adalah tafsiran kata demi kata (word by word); iaitu kaedah pengajian tafsir, al-Qur’an yang mungkin mirip kaedah pembelajaran Shamsiah Fakeh; tokoh wanita komunis (PKM) sebelum terjebak dalam perjuangan gerila yang menuntut perjuangan dalam hutan.

Di atas meja Don Shy ada majalah Personal Money yang menyiarkan artikel – 6 ways to invest in gold, turut menambat perhatianku. Pelaburan emas… nafsuku terhadap emas marak menyala-nyala ketika ada gempa bumi dan ledakan gunung berapa dalam perutku kini.

Apabila kuselak sekilas terjemahan Syamil Qur’an tadi, terserempak dengan ayat Quran yang berbunyi seperti yang biasa aku dengar dalam filem Schindler List. – “Sesiapa yang bunuh satu nyawa seperti dia membunuh manusia seluruhnya dan sesiapa yang menyelamatkan suatu nyawa, maka dia seperti menyelamat manusia seluruhnya…”

Menurut ayat al-Qur’an itu sendiri, Tuhan berfirman bahawa ayat tersebut memang telah pun dirakamkan dalam Taurat Nabi Musa. Dalam dialog filem itu jelas disebut bahawa di dalam Taurat pun ada disebutkan ayat tersebut. Nanti, aku cuba semak jika ada kelapangan.

Maka, Schindler seorang kapitalis Yahudi yang hidup di celah-celah kekejaman Nazi Jerman dianggap sebagai ‘Musa baru’ kerana telah menyelamatkan nyawa Yahudi Jerman yang telah diancam bunuh oleh Nazi dahulu.

Setiap kali Schindler keluar berjalan dan menemui Yahudi di kota Jerman, dia akan keluarkan sekeping nota dan mencatit nama mana-mana Yahudi, lalu dia akan memasukkan nama orang Yahudi itu sebagai pekerja kilangnya. Maka Nazi tidak akan membunuh Yahudi yang bekerja sebagai pekerja kilangnya.

Di Gombak Taman Melewar ni, setelah tersiarnya artikelku-Thai atau Siam: Mana lebih tepat sudah ada seorang pakcik yang menelefonku, mengajak aku bertemu, mempelawaku bertamu ke daerah ini.

Aku fikir, sebagai langkah awal, aku mesti bertindak macam Schindler – ada buku khas yang kunamakan sebagai buku merah yang akan merekod nama orang-orang tertentu yang boleh kuhubungi di Selatan Thai dan yang berada di sini yang boleh bekerja demi memerdekakan daerah bergolak itu, insya Allah. (9:00 pagi)

Saat ini, aku sudah berada di Mc Donald, mengemaskinikan lama web berita. Di sini ada internet, senang sikit buat kerja. Tengah menunggu kereta Don Shy diperbaiki dekat area Petronas Taman Melati, Gombak. Mesyuarat battle of the Don sedang bermula daripada sekarang. (11.37 p.m)

Currently have 0 comments: