Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

3 Rejab / 26 Jun (Jumaat)

Thursday, June 25, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 5:53 PM

Petang

'Kakak angkat saya', Farrah-Fawcett meninggal dunia baru-baru ini di California akibat barah atau kanker, menurut lidah, sebutan Indonesia. Turut meninggal dunia ialah 'abang angkat' saya, Michael Jackson.

Terus-terang saja ya, saya memang meminati Farrah-Fawcett. Lelaki yang menyatakan pelakon berambut perang ini tidak mengiurkan, memang bukan lelaki sejati. Kekadang, saya terfikir juga adakah orang yang bernama Farah ini memang ditakdirkan lawa?

Dalam negara kita ada pelakon Raja Farah, cun jugak. Ada penyanyi Farawahida, kira okay lah. Ada Fara Fauzana (Fafau), DJ Hot FM, bergetahlah juga. Jika ada yang nak batalkan teori ini, silakan. Tak kisah. Ini negara demokrasi yang kununnya menghargai kebebasan bersuara.

Charlie's Angel benar-benar telah melonjakkan nama Farrah-Fawcett itu. Walaupun sebelum ini, Farrah pernah berlakon dalam karya-karya lain sebelum itu.

Charlie's Angels Opening (First Season 1976)


Amacam?? Lawa kan Farrah-Fawcett. Tapi, Farrah telah meninggal dunia akibat penyakit barah. Dan kita pun, khususnya yang lelaki tak sempat nak berdakwah kepada beliau. Ahem...

Charlie's Angel, agak-agaknya memulakan siarannya pada 1976. Saya lahir pada 1977, dua tahun sebelum kematian arkitek revolusi Islam Iran, Dr. Ali Shariati dan genap setahun sebelum kematian ayah Najib, iaitu Tun Abdul Razak yang meninggal pada 14 Januari, 1976. (Saya lahir 14.1.1977!)

Setahun selepas Farrah-Fawcett memulakan langkahnya dalam daerah seni dan wilayah lakonan ini, khasnya dalam Charlie's Angel, maka saya lahir. Mana saya tahu apa-apa sangat saat itu lagi.

Saya yakin, orang-orang Pas, Abim dan Jim atau mereka yang seusia 50-an, 60-an (pangkat bapa kita) pun tergila-gilakan pelakon ini macam saya tergila-gilakan Kristin Kreuk (Smallville), Lindsay Lohan (Mean Girl), Kristen Stewart (Twilight) sekarang ini.

"Eh... yang mana satu Kristin Kreuk, Lindsay Lohan dan Kristen Stewart ni ya syeikh?" demikian petikan bunyi suatu suara yang mungkin menjengah setelah memantau lama, merenung lama-lama, merantau ke daerah blog yang serba-serbi lagho bersulam dakwah wal tarbiyyah ini. "Ana pun nak dakwah depa jugak ya syeikh."

"Nih hangpa ni, enta pa ni tanyalah kat Syeikh Yahoo wal Abu Google sendiri!" demikian bunyi jerkahanku kelak. He.. he..

Insya Allah, nanti enta akan diberikan 'petunjuk' dan 'hidayah'.

Malam ini, saya akan turun 'berfoya-foya' dekat Le Black, Jalan Yap Ah Shak lagi untuk menguji keimanan dan ketaqwaan saya, sambil berdakwah dan mentarbiyyah mereka lagi, insya Allah.

Saya yakin, dunia ini akan aman dan damai jika kita pakat-pakat dakwah sambil mengurat kaum wanita yang tercari-cari pedoman hidup ini. Err.. saya tahu bahawa saya akan dikutuk selepas ni khasnya daripada pengunjung blog ini dalam kalangan wanita. (Selepas dikutuk BH).

Apa lagi yang saya nak dalam hidup ini? Kebenaran dan kebenaran. Bak kata lirik dalam Sunnah Berjuang - Berjuang ertinya terkorban, rela terhina (eh, terkutuk) kerana kebenaran.

Jadi, tak apalah. Dakwah mesti diteruskan. Tanah di Texas, USA mesti dibeli termasuk hartanah dekat-dekat Florida, Kentucky dan sebagainya. (Err...tanah kat Senegal, Zimbabwe, Trinidad & Tobago tu, kome tak mau ka Yop!)

Lemas dan rimas juga kalau nak menulis perkara-perkara yang serius macam sebelum ni. Orang-orang politik ni kering, hati kering, cantas-mencantas sesama mereka. Kalau bahan sastera langsung tak mau, langsung tak ditolak.

Kegiatan kebudayaan, kesenian dan hiburan, menurut mereka tidak mendorong ke peningkatan agama. Habis, siapa nak dakwah Lindsay Lohan, Kristen Stewart dan Kritin Kreuk ni? Hai, aku la jugak yang terpaksa bersendirian mengurat (opss.. berdakwah sebenarnya) kepada mereka ini.

Mereka cuma suka 'dakwah' dengan jalan menikahi wanita-wanita dekat Kemboja dengan alasan maharnya murah. Ya, murah belanja kata mereka. Kemudian gadis-gadis ini ada yang diceraikan kemudiannya. Ish, jiwa seorang Fahri dalam Ayat-Ayat Cinta mula merebak ke tangkai hatiku.

Tak boleh betul melihat penganiayaan dan penindasan ke atas kaum wanita.

Megan Fox, sasaran 'dakwah' yang seterusnya!
Banyaknya dugaanmu ya Rabb... Yang terbaru, awek heroin Transformers Megan Fox yang didakwa sebagai gadis paling seksi di dunia. Para pelakon wanita yang saya sebut-sebutkan ini berada dalam senarai saya juga untuk 'didakwahkan' dan 'ditarbiyahkan'.

Ah! Semakin banyak bebanan dan tugasan dakwah yang perlu kita segerakan nanti di Hollywood. Ahem... Ahem...

Hollywood akan berterusan mencetak populariti gadis-gadis guna merosakkan dunia dan seisinya. Pertandingan sayembara Miss World, swimsuit, catwalk dan lainnya akan lebih banyak memporak-perandakan syurga dunia hari ini menjadi neraka adanya.

-----------------------IKLAN SEBENTAR-----------------------
[Ketika menaip ini, tetiba datang mesej dari FAO of Malaysiakini]
7:35:56 p.m - "Tanya kewangan, mereka cakap next week." - Mungkin duit hasil penulisan di Malaysiakini akan tiba minggu depan. Fuh! Lamanya menunggu. Tadi dah call, opis JPB, dah ada cek dari akhbar edisi cetak - Fuh! Lega sikit!

2. Iklan kedua - Sesiapa yang ada hajat nak buat umrah atau ada saudara mara mereka yang nak buat umrah boleh menghubungi saya di talian 014-3233287 sebelum 1 Julai ini. Cepat, dan jangan terlewat. Benda-benda baik ni jangan kalian tangguh-tanguh.

Err..macam buat master juga, jangan tangguh-tangguh. Tapi, dalam kes master, bukan tangguh, cuma tak sempat dengan bebanan tugasan itu dan ini.
-----------------------IKLAN SEBENTAR----------------------- (8:29 p.m)

Sesudah Subuh
Ketika menggodek internet, menggodam samudera fakta di pelabuhan maya, saya tersua dengan tulisan saya yang tersiar di bertajuk ISLAM BANGKIT SEMULA DI NUSANTARA?

Saya teringatkan kumpulan Al-Arqam ketika sedang belajar di Maktab Mahmud. Kuat sungguh pengaruh nasyidnya mendatangkan kesan kerohanian buat jiwa saya. Saya kenal seorang brader yang memberikan saya Aurad Muhammadiyyah untuk diamalkan.

Tetapi mungkin bacaan wirid zikirnya tidak memenuhi kehendak selera batiniah dan tidak serasi dengan rohani saya, maka ia tidak melekat. Ketika itu pun, memang sudah ada desas-desus yang Al-Arqam ini sudah masuk unsur penyelewengan.

Zabidi, salah seorang pengikut jemaah itu berkata - pada 1985, itulah 'turning point', titik-tolak kepada masuknya unsur-unsur negatif dalam jemaah tersebut. Bagaimanapun, saya mengambil hal-hal yang baik dan sudut-sudut yang positif sahaja dalam jemaah tersebut.

Manakala unsur gelapnya kita kesampingkan. Tidak ada sesiapa pun yang boleh nafikan bahawa, nasyid kontemporari yang ada pada hari ini berasal daripada Nadamurni, The Zikr yang dulunya adalah bekas kaderisasi jemaah yang bermuara di Sg Penchala itu.

Ketika dalam kesulitan dan kesempitan hidup, lagu-lagu mereka ini menambat jiwa. Perhatikan saja kepada kekuatan liriknya. Tempat-tempat yang saya 'bold'kan itu memang kena dengan kehidupan saya sendiri.

Antara lirik-liriknya
Rela terhina demi kebenaran (biarlah BH 'hina' walaupun saya nak bela depa, ahem). Berjuang menempah susah, menanggung derita menongkah fitnah (yang kena singkir, tersekat penulisan tu sapa dia? Bukan aku ka? Ahem, ahem lagi.)

Yang tak berapa nak sama satu saja - Malamnya bagai rahib, siangnya bagai singa. Dalam kontek kehidupanku, err.. lain sikit kot, hi.. hi..

Tapi, yang paling 'best' dan 'power' adalah ayat ni - Berjuang memang pahit ### Kerana syurga itu manis###-Memang betul, pahit harus kita harungi, kita tempuhi dan kita rempuh kerana nikmat syurga itu sangat manis terasa.

Tak pa, hangpa sekalian bukan nak dengar celotehku. Maka, saksikang dan dengarkang...

Sunnah Berjuang 2


Sunah Berjuang 2
Album :
Munsyid : Nadamurni
http://liriknasyid.com

Berjuang menempah susah ###
Menanggung derita menongkah fitnah ###
Itulah gelombang hidup samudera duka ###
Seorang mujahid memburu syahid. ###

Dibuang dia berkelana ###
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid ###
Namun jiwa tetap mara menuju cita ###
membara demi Allah dan Rasul-Nya. ###

Berjuang tak pernah senang ###
Ombak derita tiada henti ###
Senang susah silih berganti ###
Inilah sunah orang berjuang. ###

Malamnya bagai rahib merintih sayu ###
Diiring serta air mata ###
Siangnya bagaikan singa di rimba ###
Memerah keringat meluah tenaga. ###

Berjuang memang pahit ###
Kerana syurga itu manis ###
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar ###
Bukan sedikit pedih yang ditagih. ###

Berjuang ertinya terkorban ###
Rela terhina kerana kebenaran ###
Antara dua pasti terjadi ###
Tunggulah syahid atau menang. ###

Di lain kelapangan, insya Allah kita bicarakan tajuk, nasyid lain pula. (9:18 a.m)

Currently have 5 comments:

  1. Korakora says:

    syeikh, baru kena tegur sikit, dah kata kena hina. camner nak tiru perjuangan nabi ni :)

  1. Ya Nazmi,

    bukan kata dah kena hina :) tetapi diKUTUK sahaja kerana kita didakwa telah menyifatkan editor sastera takut untuk siarkan karya satira.

    Sebab tu, BH beri 'anugerah' mulut celupar. Dikutuk, diselar dan juga dimarahi, mungkin lebih tepat kot.

    Hina itu lain sikit koa. Tak pa ya syekh. Yang penting, adalah m'jadi tanggungjawab kita memberikan satu penjelasan semula agar orang tidak salah faham ke atas kenyataan hari tu.

    Terima kasih kerana beri maklumat awal ttg laporan BH tu baru-baru ini.

    Err.. kirim salam kat kak salbiah dan shiqah :)

  1. Rakan-rakan yang dikasihi ...

    Nazmi, Wanto dan semua pengunjung blog..

    Saya baru perasan tentang penggunaan kalimat BH 'hina' saya itu.

    Saya terlupa, memang saya sendiri yang guna kalimat BH 'hina' itu.

    Maka dengan ini, saya memohon maaf dan menarik balik kalimat tersebut ialah BH 'hina' saya.

    Mungkin ada ayat lain yang lebih sesuai. BH berselisih pandangan, pendapat dengan saya.

    Pengunaan perkataan yang saya guna sebelum ini ialah saya dikutuk BH. Dalam istilah yang sengkatan makna dengannya ialah diselar, dimarahi.

    Bagaimanapun hal yang paling utama ialah, saya mesti menjawab isu ni bertujuan memberikan kefahaman ke atas kedudukan sebenar ke atas hal ini.

    Kesilapan penggunaan istilah amat dikesali.

    Sekian, terima kasih. :)

  1. Anonymous says:

    jangan macam paham ok.
    jangan carik yang mati.. Carik yg Hidup..
    Muhammad Arab dah mati.. Carik Muhammad yang Hidup..

  1. jangan macam paham ok.
    jangan carik yang mati.. Carik yg Hidup..
    Muhammad Arab dah mati.. Carik Muhammad yang Hidup..

    apa maksudnya itu wahai Anynomous?