Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

2 Rejab / 25 Jun (Khamis)

Thursday, June 25, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 9:34 AM

Hari ini terjemahan punya pasal, tergendala semua perkara. Tak jadi jumpa rerakan di Bangsar. Tak jadi pi ke UM.

Tamat terjemahan sekitar jam 10:30 malam. Selepas tamat sedikit ketegangan, aku pun online Yahoo Messenger. Tiba-tiba menderu datang kengkawan daripada pelbagai daerah, berselirat masuk ke dalam YM, mengajak chat.

Rasa-rasanya nanti nak kena buat konferens jugaklah untuk tubuhkan Seminar Masa Depan Malaysia ni. Kita patut wujudkan kabinet bayangan. Nak tunggu Haji Hadi, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, depa ni mungkin ada malu alah sesama depa. Macam mana Yop!

Bolehkah kalian meletakkan kabinet bayangan PR nanti, siapa PM, TPM dan sebagainya?

Walaupun banyak urusan tergendala, tetapi, kejayaan pun ada juga. Iklan dah nampak jalan. Bila berbual dengan kawan-kawan. Website berita pun hampir menemui kejayaan.

Tadi, terserempak dengan Facebook seorang rakan penulis. Dia memberi cadangan agar pekena kopi Old Town kalau tension mengarang.

Sekarang dah masuk Rejab rupanya. Aku jadi keliru. Ada orang kata, puasa Rejab, Syaaban itu bid'ah. Tapi, kalau kalian nak teruskan juga, silahkan.

Bagiku, puasa atau tidak, aku dah biasa hidup mengikat perut he he.. Semoga Allah menjauhkan diriku daripada gastrik. Amin...

Perut tengah lapar. Tiba-tiba ilham tiba menyeru aku mencari Roti John. Chaw! Nanti sambung la balik, Insya Allah Ta'ala. (Malam Jumaat, 2:10 a.m)

Currently have 0 comments: