Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

29 J. Akhir / 24 Jun (Rabu)

Wednesday, June 24, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 7:08 AM

Sejak semalam saya di opis. Balik awal pagi. Rasa tenang dan lega. Tuhan telah memberi ketenangan hati dan kelapangan jiwa.

Apabila pintu rezeki dibuka, agen bank tiba-tiba sms, bertanya semula apakah masih berminat nak buat loan bank. Yong, terima kasih di atas kiriman-kiriman nasihat selama ini.

Saya tak fikir mahu mengarang banyak sangat hari ni. Terima call dari kawan-kawan di sebelah petang dan malamnya. Bila fikir hujah-hujah rakan ini, saya menyimpulkan bahawa seminar masa depan PR, bengkel kelemahan Pas, bengkel kelemahan pergerakan dakwah mesti disegerakan.

Kali ini, biarlah suara orang bawahan pula yang bergema. Sudah terlalu lama kita membiarkan politikus kita bersuara. Jadi, inilah diwasiatkan beberapa formula, rumusan untuk membetulkan laluan berfikir dan jalan fikiran kita sendiri.

Nota kuliah 'call' petang
1. Kita WAJIB BERTINDAK, HARUS BERBINCANG berasaskan ilmu dan keyakinan. Kalau kita berbincang dengan mengguna andaian-andaian dan spekulasi, itu bukan termasuk dalam kaedah mencari kebenaran. Misalnya kita tak tahu kenapa Haji Hadi bawa isu UG dan tiba-tiba dia telah tarik balik idea UG tersebut. Elakkan membuat andaian dan cuba cari jawapannya.

2. Dalam istilah Melayu - ada istilah ANDAIAN, RAGU-RAGU, SANGKA sebelum sampai ke darjat TAHU. Dalam istilah kajian-ada HIPOTESIS (andaian) sebelum tiba ke peringkat TESIS (tahu). Dalam istilah 'Arab-ada SYAK, WAHAM, ZHON, sebelum tiba ke peringkat ILMU.

3. Kita perlu utamakan ILMU, TAHU, YAKIN dan TESIS dalam bertindak dan berpendapat dan elakkan berhipotesis, membuat andaian, cuba ikhtiar keluar dari daerah waham, berhijrah dari wilayah HIPOTESIS kepada daerah TESIS.

4. Kalau kita dah menerbitkan hipotesis, maka kita BERTANGGUNGJAWAB untuk mengangkat hipotesis kita tadi ke darjat tesis. Jangan sesekali percaya kepada orang lain dan meletakkan ke atas beban orang lain untuk mencari jawapannya.

5. Apabila kita sudah mempunyai jawapannya, maka hendaklah kita menghebahkan jawapan itu kepada masyarakat, rakyat dan umat, sebagai faedah dan kesejahteraan bersama.

Nota kuliah malam
6. Kita tak dapat mengelak daripada politik. Kita cuma boleh mengalak daripada parti. Kita boleh menanam padi, tapi akhirnya harga beras ditentukan oleh pemerintah. Politik yang menentukan harga. Kita boleh menanam bunga, tapi harga baja ditentukan oleh politikus, kita boleh berbicara hal resipi, tapi harga minyak, gula, bawangdan garam diputuskan, tetap dibincang di Parlimen.

7. Kita telah bertindak dengan jujur untuk mendekati orang-orang dakwah. Janganlah rasa sedih apabila dipinggirkan oleh mereka yang bertudung labuh, berserban jubah hanya kerana kita dah pakai seluar jeans, pakai tudung tiga segi.

8. Mereka yang pemakaian nampak alim, belum tentu hatinya sejahtera. Ada orang yang ibadat mereka hebat tapi membiarkan kucing peliharaannya mati kelaparan lalu ditempatkan di neraka dan ada juga pelacur yang memberi minum kepada seekor anjing, lalu dia masuk syurga.

9. Menurut Ibnu A'thaillah al-Askandari dalam Kitab al-Hikam-ada 'dosa yang baik' dan ada pula 'pahala yang buruk'.

10. Dosa yang baik bermakna, dosa yang menyebabkan seseorang itu sentiasa berasa rendah diri dengan Tuhan. Akhirnya, si pelaku dosa itu kerap bertaubat lalu mereka tidak menyombongkan dirinya sesama manusia.

11. Pahala yang buruk, ialah amal soleh yang menyebabkan berlabuhnya keangkuhan di hati kita lalu kita berasa sombong, takbur dan bongkak dengan sebab mewahnya amalan kerohanian kita selama ini. Orang yang pertama mendapat penyakit ini ialah Iblis - watak ini adalah guru kepada malaikat, ibadatnya tidak tertanding, akhirnya dia rasa tercabar apabila datang Adam a.s.

12. Jadi, berawaslah dengan amalan baik yang menyebabkan kita berasa angkuh hingga kita pun terlanjur menghina dan berasa sombong dengan orang yang kita rasa tak setaraf dengan kita.

13. Adapun saya ini, insya Allah tak akan pinggirkan siapa pun, malah sedia menerima tempahan soalan-soalan yang kritikal, pelik-pelik, aneh-aneh, ganjil-ganjil, hatta yang tak sanggup, tak sudi dijawab agamawan sekali pun. Silakanlah bertanya, bertukar-tukar fikiran. Saya akan berikhtiar menjawabnya, inso Alloh!

Anak muda bersemangat
###: asalamualaikum ibnuamir: w'salam
###: Allah bertempat ker tak
ibnuamir: wallahu 'alam
ibnuamir: bertempat kot?
ibnuamir: setidak2nya di dalam hati anda :)


Ada lagi debat-debat di YM. Tiba-tiba saja mereka nak tanya macam-macam seperti bergaduh. Tak pasal-pasal. Nasib baik saya pengikut mazhab Hasan al-Banna, cuma mengelak bertikai hal remeh. Syukur, ada yang sempat saya 'tasykil'.

Beliau, anak muda yang kini sedang belajar di Yala. Ketika dia ghairah berchating hal Syiah, saya pun tanya, apakah ada dalam simpanannya hadis-hadis dan nas al-Quran mengenai perang atas Kufar, sebab hal ini relevan dalam keadaan tentera Thai membunuh orang-orang di Yala, Patani, Narathiwat. Nampak seperti dia terfikirkan sesuatu.

Hmm.. baru ada sorang yang boleh kutasykilkan. Mereka kuat bergaduh tajuk syiah-wahabi ni. Isu-isu di sekeliling barangkali kurang diambil peduli.

Aku mesti merdekakan Selatan Thai! Khasnya Yala!
Aku teringat sesuatu...Sebagai keturunan Raja Yala, aku perlu bebaskan tanah kelahiran warisan nenek-moyangku. Mesti...!! Huh! Banyak betul urusan dan masalah yang belum selesai... Tetapi, orang yang nak buat kerja untuk pembebasan umat yang terjajah tak ramai.

Seminar masa depan PR mungkin adalah salah satu daripada kaedah mengumpulkan orang yang mahu membuat kerja untuk umat ini.

Tapi, bagaimanakah aku mahu ke Yala? Ikut jalan laut, darat, bawah tanah?

"Abe (abang) masuk Kg. Betong, Thai melalui Perak tu," kata seorang anak muda yang sempat chat denganku di YM tadi.

Jika benar begitu, aku teringatkan Betong yang terletak di sempadan Thai-Perak tu. Mesti kena lalu ikut Pengkalan Hulu, (nama lamanya Keroh), tempat aku habiskan zaman kanak-kanak dulu ni.

Tapi aku mesti mengadap Tuhan di Tanjung Tuan, Melaka macam Temudgin (Genghis Khan) yang mengadap Tuhan Tengri di Gunung Suci terlebih dulu. Harus terima pencerahan terlebih dulu sebelum memerdekakan Yala.

Aku mesti satukan orang-orang Yala yang berpecah-belah akibat sengketa syiah-wahabi, kaum tua dan muda seperti Temudgin satukan Mongol yang berpecah-belah. Kepada mereka yang 'tak dan' (tak sempat) nak tengok sejarah hidup Genghis Khan, saksikanlah klip video ini..

[Ish, banyak sangat aku tengok movie ni.. sebab tu kuat berangan-angan..]

Citer filem Mongol, saksikang...
MONGOL 2007 (GENGHIS KHAN) ENGLISH SUBTITLED PART 1


MONGOL GENGHIS KHAN ENGLISH SUBTITLED PART 2


MONGOL 2007 (GENGHIS KHAN) ENGLISH SUBTITLED PART 3


MONGOL 2007 (GENGHIS KHAN) ENGLISH SUBTITLED PART 4


MONGOL 2007 (GENGHIS KHAN) ENGLISH SUBTITLED PART 5


MONGOL 2007 (GENGHIS KHAN) ENGLISH SUBTITLED PART 6


MONGOL 2007 (GENGHIS KHAN) ENGLISH SUBTITLED PART 7


MONGOL 2007 (GENGHIS KHAN) ENGLISH SUBTITLED PART 8


MONGOL 2007 (GENGHIS KHAN) ENGLISH SUBTITLED PART 9


MONGOL GENGHIS KHAN ENGLISH SUBTITLED PART 10


MONGOL GENGHIS KHAN ENGLISH SUBTITLED PART 11


MONGOL 2007 (GENGHIS KHAN) ENGLISH SUBTITLED PART 12


MONGOL 2007 (GENGHIS KHAN) ENGLISH SUBTITLED PART 13


Akarku nenek moyangku di Cham?
Sejak di USM, ada rakan 'rohanii'ku telah menelitiku, kononnya aku ada darah Champa. Selepas itu, aku dapat offer ke Kemboja, buat liputan untuk Harakah. Di sebuah desa, aku lihat sebatang sungai yang mirip dalam bayanganku selama ini.

Barangkali dari daerah ini nenek moyangku berasal agaknya. Kampung itu dekat Sungai Mekong itu cukup luas. Yala mungkin disebut Jala. Adakah istilah Jala itu terkait dengan jala orang-orang laut, nelayan yang hidupnya di sungai dan laut? Wallahu'alam ...

Arafat lewat chatnya mengajakku bergabung dalam web Chamrise. Ada beberapa kenalan, orang Cham yang tinggal di Amerika. Mereka berpindah ke Amerika sejak 1970-an apabila USA sudah melanggar Vietnam. Kebanyakan Melayu Cham ini berasal dari Vietnam.

"Ramai Melayu Cham Islam," kata Arafat. "Cham bani tu pulak Muslim, percaya Tuhan, Nabi Muhammad, tapi mereka tak solat 5 waktu."

Semakin banyak hal-hal menarik yang aku tak tau dan perlu diteroka lagi. Bererti di sana, orang Islam Melayu yang mendapat kerakyatan Amerika.

Semakin lama, aku rasa memang kena beli jugak la tanah di San Marcos, Texas yang ditawarkan oleh Kingsbury International tempoh hari. Ada universiti di situ. Anak-anak kampus di universiti Texas itu barangkali lebih mudah menerima dakwah Islam agaknya.

Kan kubina masjid, surau dan madrasah di Texas. Mungkinkah orang Cham di sana dapat bantu perjuangan ini? Err.. tak salahkan kan Yop, kalau kita banyak menyimpan cita-cita? (1:55 a.m)

Currently have 0 comments: