Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

28 J. Akhir / 23 Jun (Selasa)

Monday, June 22, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 11:21 PM

Malam
Ketika bersantaian di kamar mandi, tatkala air mencurah di ubun-ubun, menuruni pipi, ilham pun datang bertandang, 'wahyu' tiba berlabuh di dasar hati. Iklan, iklan dan iklan...
[Sesiapa saja yang berminat mengikuti program iklan Garap Maju Enterprise (GME)-majukan pertanyaan anda kepada ibnuamir@yahoo, dengan subjek: Pengiklanan GME]
Di USM dulu, Pusat Pengajian Komunikasi terpecah tiga bahagian - Kewartawanan, Pengiklanan, dan Perfileman. Rasa rugi pulak tak ambik minor dalam bidang pengiklanan dan perfileman. Jika tidak, aku dah ada asas penulisan skrip filem, drama dan sedikit terlatih dalam pencarian iklan.
Selepas makan-makan, aku ke opis Jalan Pahang Barat. Syukur kaum ibu bukan boikot aku. Aku la rupa-rupanya dok silap paham dan salah anggap. Terdengar bualan yang kurang enak. Walau hidupku agak kelam, gelap dan suram-terasa juga dalam jiwaku yang paling dalam-ingin hidupku cerah sebagai watak rabbani - AKU INGIN KEHIDUPAN SUFI.
Tapi, tak menjadi. Seorang sufi cuba mengelakkan matanya daripada melihat hal-hal yang tidak elok. Tapi mataku?? Seorang sufi mesti memelihara telinganya daripada mendengar keburukan orang lain, tapi telingaku secara tidak sengaja telah menadah ucapan, gosip liar ke atas keaiban orang-orang. Yang boleh kulakukan ialah tak ambik pot sangat dengan masalah yang ada.
Semoga selamat hendaknya jika aku terus mengambil pendirian sebegitu. Tapi aku terpaksa juga mengkritik dengan keras, menyebarluaskan garis gelap dan jalur hitam politik Jln Pahang Barat sebab hal ini menyangkut sekatan ke atas idea dan pemikiranku termasuk rezeki aku.
Kalau libatkan orang lain, malaslah nak berperang. Alang-alang berperang, biar berbaloi-seperti isu Mongolia, C4, PPSMI UG dan lain-lain yang sama waktu dengannya. Perang seperti ini, nilai syahidnya sangat tinggi, luar biasa untungnya di dunia ini. Manakala pahala jihadnya lebih akbar lagi afdal adanya di akhir nanti. Wallahu'alam... (1:09 a.m)

Petang
Alhamdulillah. Syukur.. elok tersiarnya artikel Thai atau Siam, mana yang lebih tepat, saya dah dapat dua kawan. Terus saya menerima panggilan. Kalau mahu harapkan orang lain 'up' bahan, nampak gaya, tak berjalanlah perjuangan mahu membela nasib umat, rakyat dan masyarakat.


Berikut, saya sertakan isi kandungan surat mel-e yang telah saya terima itu.
salam berkenalan sdr

saya meneliti/mengikuti dan membaca dengan penuh minat tulisan sdr berkaitan isu tersebut. pada asasnya, perkembangan ini boleh dilihat spt pepatah 'nasi dah jadi bubor'. pun begitu, rasanya tidak salah kita menyelusuri akan keadaan ini demi atas dasar 'kesejagatan' ummah. molek jua kiranya sesi bersama kopi panas dpt diaturkan. saya sangat teruja dgn isu ini samada tersurat maupun tersurat. masih ramai kunta kinte saya disana. selalu jua saya hubungi mereka. banyak dapat info juga. tapi utk sekadar pengetahuan saja.
2. Berbalik pada isu thai atau siam..perkara ini menarik untuk di perkatakan. Ada pro dan kon mengenai nya. Pengalaman sendiri yang sempit ini boleh menjelaskan kedudukan akan perkara ini. Sebelum di pilih sama ada thai atau siam, ianya memerlukan kita sebagai peminat/mengkajikan perkara ini dengan memahami tentang sosio budaya orang-orang di sana. pengalaman saya, bergaul- dengan hampir keseluruhan lapisan masyarakat di sana juga berbelah bagi mengenai isu ini. Sebagai bahan perbincangan, sememangnya terdapat dua pendekatan: satu pihak menyokong untuk menggunakan nama panggil thai dan dipihak lain, dengan nada penuh patrotik sangat bersetuju untuk mengguna pakai perkataan siam untuk nama panggil negara mereka. Mejoriti dilihat lebih selesa dan bersedia untuk menggunakan Siam (Kingdom of Siam) sebagai nama negara mereka.
3. Seperti yang saudara jelaskan, sejarah telah dilakarkan melalui perjanjian Inggeris - Thai 1909 - yang memisah pecahkan entiti politik seperti yang ada sekarang. Empat Wilayah bersempadan - Naratiwat, Yala, Pattani dan Satun telah di letak sebagai sebahagian daripada Wilayah negara Thailand. Sementara Kedah, Kelantan dan Perlis di bawah pengawasan Kerajaan British melalui persekutan tanah melayu. Jesteru, di mulai saat ini lah bermulanya lakaran sejarah dan berlaku kancah pergolakan isu ini bermula. penduduk keturunan Melayu di Wilayah-Wialayah ini semacam kehilangan identiti. bagi mereka, sama ada mahu atau tidak, mereka terpaksa menerima nya. Kalangan penduduk di sini mahukan identiti asal mereka kekal sebagai orang Melayu yang mengamalkan sosio budaya melayu dan sekali gus mereka juga terpaksa dan di paksa tunduk pada arahan kerajaan pusat Bangkok. Komflik budaya ini menghantui way of life mereka. Maka itu lah titik katalis yang membawa kepada kancah seperti yang ada sampai ke saat ini.
4. Salah seorang kenalan saya, bernama Somnak Perjrim (tidak pasti samada masih ada atau tidak), seorang peguam, sama belajar dan seangkatan@semasa belajar undang-undang di UK bersama Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia Pertama, dulunya menetap di Hatyai dan cergas dalam NGO - selaku Pesuruhjaya Pengakap (Sea Scout) pernah berkali-kali menjelaskan pada saya bahawa beliau adalah sangat meyokong dan mahukan supaya nama negaranya di panggil sebagai Kingdom of Siam. Dikala itu beliau telah menunjukan bukti-bukti yang menunjukan penggunaan nama Siam untuk Negara Siam itu lebih sesuai dan tepat. Dan salah satu bukti kukuh baginya ia lah nama Teluk Siam - tidak dipanggil nama Teluk Thailand. Sewaktu itu, bila berbicara dgn nya, beliau lebih suka saya menggunakan Siam sebagai merujuk kepada negara Thailand. sangat tinggi dia punya semangat kecintaan pada negara nya. huraian saudara yang menunjukan diakhir akhir ini, terdapat kalangan para ilmuan/ahli akedemi Siam cuba untuk kembali mengguna pakai perkataan Siam sebagai nama panggil negara Siam, bagi saya adalah sesuatu yang long over due.
5. Sementara itu, bagi menangani masaalah yang berlaku di wilayah tersebut, bagi saya tidak dapat di tangani menggunakan pendekatan ketenteraan. maknanya tidak boleh sama sekali. Kita, perlu bahkan wajib akui bahawa perkembangan yang berlaku di wilayah tersebut adalah isu Politik dalaman Thailand. Kita hanya mampu mengawal sepanjang sempadan kita sahaja. itu saja yang termampu dilakukan. Sekiranya terdapat unsur-unsur keterlibatan pihak kita, ianya boleh disalah tanggap dan dikira mencampuri urusan dalaman negara orang dan semestinya bertentangan dengan semangat setia kawan dalam Asian. Natijahnya akan ditudoh dengan pelbagai tuduhan yang tidak setimpal dgn hasrat dan tujuan sebenar kita.
6. Sebagai pengenalan awal, untuk makluman saudara, saya teruja dengan kandungan tulisan saudara. Sekiranya ada keizinan Allah, saya tidak keberatan dan sangat mengalu alukan untuk terus menerus berbincang mengenai perkara ini. walaupun mungkin dalam pertemuan itu, sekadar sesi minum kopi.emailkan saya (muring3@gmail.com) Saya yakin ianya akan dapat membantu kita untuk terus mengikuti dan memahami akan perkara ini dgn lebih jelas. Saya menunggu respon dari saudara. Wallahuallam. Terima Kasih

Itu surat yang pertama. Siap telefon lagi. Orang Taman Melewar. Dia ajak saya jumpa di Markaz Pas. Kira oke lah. Ada juga kawan-kawan yang lama, boleh berkongsi pengalaman yang ada. Dan, ini pula adalah kiriman surat yang kedua...

Assalamualaikum, Saya tertarik dengan artikel terbaru tuan di Harakah daily. Tuan tentu sudah maklum dengan kewujudan lam web http://sejarahnagarakedah.blogspot.com. Jika belum cubalah melayarinya.Banyak fakta yang boleh dipertimbangkan.Saya rasa nama Siam itu sangat berkait rapat dengan sejarah negara kita sendiri.Pergolakan di selatan Thai boleh dilihat sebagai bibit-bibit kebenaran yang akan timbul.

Huh! Makin bergolak darah Champa dan semakin bergolak darah Yala dalam tubuhku ini. He he. Tak pa, sabar. Perjalanan makin jauh dan sulit. Orang yang bersabar, Tuhan akan menyertainya, bak 'pepatah' Tuhan sendiri, "Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar."

Catatan Harian
Agen Kingsbury call, memberikan maklumbalas mengenai pinjaman untuk membeli tanah Texas dan seperti biasa, dalam proses rundingan itu, saya kerap berdepan dengan masalah, kebuntuan untuk mendapatkan pinjaman jika tiada sebarang pekerjaan tetap.

"Tak pa, nanti saya cuba tanya pihak koperasi sama ada baucer boleh diterima atau pun tak sebagai gantian kepada pay slip," kata Ina of Kingsbury Int., Jalan Yap Kwan Seng.

Teringat 'amaran' Yong' semalam. Maka, aku pun terus mengirim mel-e kepada Prof Bakar. Dan, minta persetujuan bertemu untuk bincang tajuk proposal Master. Kali ini, komunikasi politik yang terkait dengan ucapan tokoh-tokoh politik terdahulu.

Sabar Yong, sabar, nak sambung mengaji ni prosesnya banyak sekali. (3:06 p.m)

Currently have 0 comments: