Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

27 J. Akhir / 22 Jun (Isnin)

Monday, June 22, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 3:06 AM

Malam ke dinihari
"The damage has been done," kata ALO kepada rakannya melalui telefon bimbitnya. Ketika itu kami sedang berkereta ke UKM.

"Walaupun tadi dalam sidang media, Pas dah umumkan bahawa dia tak nak bangkitkan lagi isu Kerajaan Perpaduan, tapi kecurigaan orang ke atas Pas tetap berlaku,"
jelasnya lagi.

Telinga lintahku berputar seperti radar, bagaikan pacat mencari darah. Sebelum kami bergerak ke UKM, kami berjumpa di Ampang Point untuk siapkan binding tugasan. Ketika tiba di rumah ALO, barulah aku tahu bahawa kawasan itu 'black area'.

Patutlah ada orang surau yang asyik perhatikan aku atas bawah ketika aku tiba di pintu pagar rumah ALO, sambil-sambil aku menantikan ketibaan bosku itu dan anaknya.

"Kami mesyuarat semalam, kami kena awasi orang-orang yang naik motor di sini," kata ALO, memberi respon ke atas hal itu. "Kemudian, kami nak wujudkan rukun tetangga."

Ketika itu juga, Mr R call, meminta aku bertemunya di Bangsar, Sabtu ini untuk berbincang lagi hal rumah di Damansara. Aku masih mahu berjumpa dan bermuqabalah untuk puaskan hati. Tak boleh jadi kalau deposit itu hangus, burn begitu saja.

"Biasanya, tuan rumah itu yang beri upah kepada agen, kenapa enta pulak yang beri duit tu kat agen?" tanya ALO dalam perjalanan ke UKM tadi ketika aku menceritakan masalahku itu.

Nak buat guano Yop!? Kesilapan telah berlaku, 'penipuan', 'kecurangan' dan 'perselingkuhan' dah terjadi. Lagi pun inilah pengalamanku yang pertama membeli rumah. Apa yang penting ialah kita teruskan perjuangan untuk mendapatkan semula RM1,400 tu walau apa pun yang terjadi. Aku mesti jadikan hal ini sebagai suatu isu besar.

RM1,400? Dah boleh beli leptop tu beb! Eh, dah boleh beli leptop tu Yop!

Biar aku seorang yang terkena dan jangan bagi orang lain lagi tertimpa nasib yang sama dengan hidupku. Jika semua orang mengambil sikap seperti aku, nescaya ramailah orang tak berani lagi, nak tipu duit orang. Ish.. geram sungguh. Kenapa ada orang yang sanggup buat begini? Aku cuba hidup dengan penuh kejujuran. Tapi, ada orang yang suka ambil kesempatan di atas kenaifanku.

Dalam perjalanan tadi Yong call, mencabarku supaya segera serahkan borang master. Tak boleh tangguh-tangguh lagi katanya.

"By hook or by crook, awak mesti serahkan esok," kata Yong. "Esok saya akan call semula."

Hek eleh... by hook or by crook? Apa kebendanya ni Yong? Bagaimana nak terjemahkan ayat ini di dalam bahasa Melayu? Ah! Satu kerja pulak dah. Siapakah orang yang pertama mencipta ayat ini? Shakespeare? H Fansuri? Oppss...

Aku sekadar mengiyakan. Tidak guna nak lawan dan berleter panjang lagi. Alang-alang melawan tu, biarlah melawan Najib, melawan isu Kerajaan Perpaduan, melawan isu Altantuya of Mongolia, melawan isu sekatan ke atas pemikiran dan penulisan dan lain-lain.

Menang kat awaklah Yong, he.. he.. he.. Jangan mare...

Dalam perjalanan pergi, balik ke UKM dan terus ke Jalan Pahang Barat, bosku itu membebelkan hal banyak perkara. Kekadang aku sindir dia dan dia perli aku. Tak apalah. Biar aku mengalah ja. Kang, dia drop aku kat mana-mana, mampuih aku nak kena berjalan kaki balik rumah, he he he..

"Memang susah nak bergerak H.Daily ni," bebelnya lagi; bebelan yang tak pernah sudah-sudah.

"Yang enta pun dok berurusan dengan depa lagi tu buat apa?" aku bertanya semula. Telah kita pun tahu masalah sikap watak-watak ini, rasanya tak perlu lagi kita berurusan dengan mereka. Tapi, mungkin tak semudah itu kot. Tak nak cakap lebih-lebih. Kita tak tahu banyak perkara.

Harapanku, apa yang aku tulis, up, up dan terus up. Kita pun nak hidup jugak Yop! He.. he..

Di opis, aku terdengar bicara antara ALO dan TMJ - esok mereka akan mengadap Seri Paduka Baginda Cikgu Pa. Mungkin sebab ketidakhadiran wartawan ke sidang media Pas. Mungkin juga ada isu-isu lain yang tidak aku ketahui.

ALO dah up suatu bahanku di H. Daily berkenaan nama Siam atau Thai. Isu ini dibangkitkan oleh Don F kepadaku dahulu dalam Bangkok Post. Baru 3 bahan bulan ini termasuk kali ini. Duit makin berkurangan. Adus!!!

Cek, duit dari Malaysiakini pun belum tiba lagi. Ya Razzaq, turunkanlah rezeki mencurah-curah dari langit tertinggi. Amin, Ya Rabbal 'Alamiin.. (4:14 a.m)

6:45 p.m-Terima panggilan dari ALO. Dia kurang sihat. Rupa-rupanya tugasan itu masih belum hantar dan inilah peluangnya untuk aku Ikram Muslimin sekali lagi. Mungkin malam ni atau esok pagi aku pergi ke UKM kot.

"Enta mai la Maghrib ni kat rumah," katanya lagi. Selepas ini aku akan ke Ampang, insya Allah.

Imran call, dia teringat nak bagi leptop lama dia kat aku yang masih boleh digunakan. Dia berasa gembira agaknya sebab dia dah berjaya pulihkan pc aku yang rosak akibat power supply itu. Aku tak harapkan sangat leptop adikku itu, tapi orang kata, rezeki jangan ditolak.

"Bukan kata tak penting leptop, perlu jugak. Nanti nak ke mana-mana macam ke Ayer Keroh hari tu, tak boleh dah nak mengarang berita," demikian kataku kepadanya. (7:15 p.m)

Petang
Hari ini resah gelisah bertandang lagi. Ada kecurangan dalam urusan pembelian rumah. Saya tak jadi beli rumah di Damansara ekoran hal kewangan yang tak mengizinkan, tapi, deposit tak dikembalikan.

Agen yang sepatutnya menguruskan hal itu membiarkan saya sendirian menguruskan dokumen kepada pihak bank. Ingatkan boleh dapat balik duit tu, tengah kesempitan wang sekarang. Tetapi, hangus dan 'burn'. Dahlah servis tak bagus.

Saja saya ceritakan pengalaman peribadi ini agar kita semua berhati-hati ketika berurusan dengan agen rumah. Pengajaran moral: Kita tak boleh harapkan semua orang buat untuk kita.

Mutakhir ini saya rasa kenyataan dan cara bercakap, mengarang banyak yang menyakitkan hati agaknya. Sebab itu, Berita Harian bagi anugerah 'mulut celupar' kepada saya.

Maaf kepada rakan-rakan debat yang tidak perlu saya sebutkan nama di sini. Semua itu adalah dari luahan hati aku sendiri. Terima kasih kepada rakan-rakan yang call, chat di YM hari ni yang memberikan pandangan dan nasihat.

Nabi kena berterus-terang dalam menyampaikan
Saya selalu menganggap bahawa saya adalah 'guru bangsa' dan 'nabi baru' kepada umat Melayu ini. Ini memang ego saya. Nabi Muhammad, sifatnya tabligh; menyampaikan dakwah.

Nabi Muhammad tak sembunyi-sembunyi. Al-Qur'an itu bagaikan 'blog' di masa yang silam.

Satu masa Rasulullah saw berdakwah kepada seseorang pembesar. Datang Ummi Maktum yang buta, mahu menerima dakwah baginda. Lalu, Rasulullah s.a.w bermasam muka dan mengalihkan wajahnya daripada lelaki tersebut.

Maka, turunlah surah Abasa - "Telah bermasam muka dia dan dia mengalihkan wajahnya."

Suatu surah, ayat dan 'blog' yang mengkritik sikap perilaku Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Jadi, Rasulullah s.a.w tidak menutup kesalahannya sendiri, malah dia menyampaikan wahyu itu terus kepada sahabat-sahabat baginda, biar pun hal itu memalukan baginda sendiri.

Ini kerana, wahyu itu telah memperihalkan sikap baginda. Sesuai dengan hadis nabi - addabani rabbi, fa ahsana ta'diibi... Tuhan telah mengadabkan aku, maka baiklah adabku.

Di dalam blog ini, aku mengkritik orang-orang yang telah bertindak membuat aniaya terhadapku dan saya jelaskan juga semua paras kehidupanku orang-ramai. Kalian adalah pembaca bijaksana, bijak menilai. Yang baik itu kalian ambil, yang buruk jadikan sempadan.

Kalau 'blog wahyu' pun, Nabi Muhammad s.a.w sebagai guru bangsa boleh memperihalkan sikap buruk sendiri, maka saya sebagai 'guru bangsa' mesti mengambil jalan yang sama. Tak boleh nak tutup-tutup. Nanti orang kata, yang baik-baik saja yang tersiar, kisah gelapnya di mana pula?

Nabi Muhammad s.a.w dengan penuh tanggungjawab telah menyampaikan kisah teguran Tuhan itu ke atasnya itu kepada para sahabat. Jadi takkanlah saya nak simpan dan peramkan saja yang segala bahagian wajah gelap dalam kehidupan saya?

Saya pengikut Muhammad s.a.w sehingga ke hujung nyawa!

Politikus-politikus Muslim pun tak sanggup nak dedahkan keburukan mereka. Contohnya, walau pun sekarang sudah tidak berbangkit lagi isu Kerajaan Perpaduan, adakah mereka nak bercerita mengenai sejarah asal mula, kenapa mereka nak sokong Kerajaan Perpaduan itu.

Dalam jangkaan saya, polemik tentang Kerajaan Perpaduan akan tetap berlangsung kerana (1) kita semua masih tertanya-tanya kenapa tup! tup! UG ini timbul. (2) Haji Abdul Hadi, Cikgu Pa, Ustaz Nasharudin masih belum minta maaf lagi atas keterlanjuran, kesalahan mahu buat UG ini. Percayalah, UG ini akan jadi api dalam sekam kalau watak-watak pendokong UG masih berdiam dan tidak menjelaskan kepada orang-ramai kenapa mereka sokong UG sebelum ini.

Fuh! Saya ingat nak sifarkan kenyataan bersifat politik dalam blog ini, ingat nak cerita mengenai kehidupan saya. Tapi kalau dah jiwa wartawan tu, tak boleh lari mana - politik juga akhirnya! (6:44 p.m)

Currently have 0 comments: