Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

26 J. Akhir / 21 Jun (Ahad)

Saturday, June 20, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 11:07 PM

Malam

11:52 p.m - Kami ke Westin Hotel di Bukit Bintang sekitar 4:30 petang. Sedikit terlewat. Ada perkembangan menarik mengenai pelaburan tanah di Texas, Amerika Syarikat. Aku minat beli tanah di sana.

"Berbeza dengan Malaysia, tanah di sana kita ada hak ke atas minyak, gas dan mineral yang ada di dalamnya," kata Azlina, seorang pegawai syarikat hartanah itu.

"Kalau ada emas dalam tanah itu, kita ada hak juga?" aku bertanya.

"Ya betul," jawabnya ringkas. Pantang betul aku bila dengar tentang emas ni.

Mereka yang ingin mengetahui lanjut mengenai hal itu boleh melayari laman Kingsbury International. Don Shy dan Don F masih memikirkan hal-hal risiko. Entah kenapa, aku tidak terfikirkan hal itu. Harus kuakui, kadang-kadang aku terfikir juga - barangkali cara berfikirku ini mungkin akan mendatangkan bahaya ke atas diriku sendiri.

Selepas bermaghrib di Masjid Jamek Kg Baru, kami makan-makan ala Western di Chip & Steak. Ketika itu, seorang rakanku call, bertanyakan hal ehwal hidupku, juga hal Haji Hadi.

"Ingatkan kita boleh bermuzakarah dengan Haji Hadi tentang Kerajaan Perpaduan," gurauku lagi. Sejauh pengetahuanku, debat mengenai UG ini telah menyebabkan wujudnya perbalahan di antara pelajar universiti juga.

Adakah Gamis boleh mewujudkan Kerajaan Perpaduan bersama Aspirasi menjelang pilihan raya kampus? Aku tak fikir mereka boleh terima untuk bergabung dengan Aspirasi dalam keadaan di mana Auku masih menekan dan menyekat kebebasan berpendapat mereka.

Sedang makan-makan tadi, Don F sentuh hal seorang wartawan Indonesia yang mati terbunuh & segala catatan hariannya telah dibukukan. Nauzubillah, aku tak mintak aku mati muda.

"Rasanya pada masa depan, abang Ali akan jadi orang buruan," kataku bersungguh-sungguh.

Aku mesti bersedia menghadapi apa jua kemungkinan pada masa depan. Anwar bolehlah Dia ada ramai kawan. Boleh berlindung kat Kedutaan Turki. Kalau aku tak ada kawasan perlindungan di luar negara, macam mana aku nak survive?

Idea dalam Umno pun tak boleh masuk. Dalam Pas jadi terpinggir. Aku pun tidak minta menjadi orang buruan. Tetapi tiada siapa pun boleh meneka dan meramal, nasib mereka pada masa akan datang. Apa yang penting, kita mesti bersedia.

Di Dataran Merdeka kami cuba jelajah Kapsul Masa Kelab Rotary sekali lagi. Ada lagi orang yang tidur di situ. Jadi, tak dapat kuteliti semuanya.

Gambar gereja sempat kami rakam walaupun sedikit kabur. Ia didirikan pada tahun 1894. Siapa yang hadir di situ dan sejarah pembinaannya di tengah-tengah kota itu menarik perhatianku.

Sedang berjalan-jalan, seorang rakanku call lagi. Kali ini aku disoal pelbagai hal mengenai catatan dalam blog ini. Susah juga apabila kita catat terlalu rinci dan banyak hal dalam blog ini. Tapi, aku sekadar mahu menguji sejauhmana ketelusanku.

Ketika pemimpin parti mahu sembunyikan hal dalam kain, siasah di sebalik tabir, maka catatan lewat blog ini sedikit sebanyak dapatlah menyiarkan gambaran sebenar mengenai sikap perilaku mereka. Politikus-politikus sekalian, kalian kena banyak bersabar dengan tulisanku.

Rumusan / muhasabah malam ini bersama teman-teman ...
Isu Kewujudan Tuhan
1. Bukti bahawa Tuhan itu wujud sudah ada. Tapi, hati kita sahaja yang mungkin tak nak terima. Makanan sudah terhidang, juadah telah tersedia. Hanya kita saja yang tak mahu makan, lalu kita 'declare' makanan itu tidak wujud.
2. Jikalau Tuhan itu bagaikan 'ayah' dan 'ibu' kita. Maka, kewujudan kita sendiri adalah lambang kepada wujudnya ibu bapa kita. Tetapi, kita telah mewujudkan 'format pertanyaan' kita sendiri - kalau Tuhan wujud, kenapa apa yang kita mintak, tak pernah dapat-dapat?
3. JAWAPAN-Kita ada seorang ayah yang penyayang. Kita faham bahawa kewujudan kita adalah hasil percantuman benih ayah dan ibu. Kewujudan kita adalah bukti kewujudan ayah dan ibu.
4. Ayah dan ibu yang penyayang akan beri apa yang terbaik dan tak akan beri permintaan yang buruk ke atas kita. Barangkali, demikian juga sikap dan sifat Tuhan. Wallahu'alam...
5. Apa yang kadangkala terjadi - ketika kita minta, dan Tuhan bagi, kita anggap Tuhan ada. Tapi, apabila kita minta dan tak dapat-dapat, mula membenih keraguan-apakah Dia wujud atau tidak?
6. Bolehkah kita kata, ayah dan ibu kita tidak wujud apabila permintaan kita terhadap ibu, bapa itu tidak mereka tunaikan?
7. Ibu bapa yang penyayang akan memberi benda yang lain sebagai ganti ke atas apa-apa benda yang kita hajatkan selama ini, tetapi mereka tak dapat nak tunaikan.
8. Barangkali kita sudah lupa-bahawa kita pernah berdoa untuk diberikan anugerah terindah itu kepada orang lain lalu doa tu termakbul. Kenapakah doa yang termakbul tadi (tapi tidak menjadi anugerah terindah buat kita) tidak dianggap sebagai bukti sebagai wujudnya Tuhan?
9. Ramadhan akan menjelang lagi 2 bulan. Maka, setiap malam, selepas Tarawih, cubalah tadah tangan ke langit, minta dan seru Tuhan-moga anugerah terindah itu kembali semula kepadamu.
10. Inilah khidmat nasihat daripada pemuda di ibu kota yang pernah jatuh berkali-kali dan tidak pernah berputus asa daripada rahmat Tuhannya walaupun penulisan, pemikiran dan rezekinya telah disekat oleh insan yang tidak jujur dan selalu dengki, dendam dan irihati terhadapnya.

Isu Kerajaan Perpaduan
1. Talak adalah satu-satunya perkara halal, tetapi dibenci oleh Tuhan. Demikianlah sabda nabi.
2. Perpisahan perlu dielakkan, tapi jika sudah perlu perpisahan, maka ia diharuskan kalau hal itu yang lebih baik kepada umat, keluarga dan PARTI.
3. Ada kuman, bakteria, virus yang telah menyerang anggota tubuh kita sehingga ia tidak boleh dirawat lagi.
4. Ada buah pinggang, jantung, hati yang rosak dalam tubuh kita perlu diganti semula.
5. Ketika memajukan idea untuk memisahkan antara Pas Nik Aziz dan Pas Haji Hadi ini, aku pun harap mereka tak akan berpisah. Tapi, kalau itu yang lebih baik, maka lebih baik berpisah.
6. Tapi, sebelum kita mahu buat keputusan penting ini, perlu ada muktamar khas, debat terbuka yang membolehkan Haji Hadi bercerita A hingga Z tentang kenapa beliau mahu sangat Kerajaan Perpaduan itu diwujudkan antara Umno dan Pas.
7. Punca yang menyebabkan masalah ini berlaku ialah-kerana Haji Abdul Hadi tidak jelaskan apa yang ada di dalam fikirannya. Kemudian, apabila orang cuba nak tanya, berdebat, Cikgu Pa pulak yang minta ditutup perbincangan mengenai Kerajaan Perpaduan ini.
8. Percubaan membawa Ketua Pemuda Pas Nasrudin Tantawi dalam Debat Kopitiam menemui kegagalan. Sampai ke sudah, kita tak tahu apakah sebenarnya yang ada dalam fikiran Haji Hadi, Cikgu Pa dan rakyat akan mula berspekulasi, membuat andaian yang bukan-bukan apabila sang pemimpin dihinggap penyakit enggan mengulas ketika ditanya wartawan.
9. Memang susah mahu faham idea, hati, jiwa dan perasaan politikus ini. Alang-alang Nik Abduh, sedang berbual sambil makan-makan dengan ayahnya (Nik Aziz) pun gagal meneroka pemikiran Mursyidul Am Pas dalam hal Kerajaan Perpaduan itu, ini kan pula kita.
10. Apa-apa pun, sebuah debat, pentas dan majlis terbuka perlu disediakan untuk Hj Hadi dalam usaha menerangkan dan berdebat dengan ahli-ahli Pas berhubung UG ini.
11. Hal ini tidak sebegini kronik, jika sejak awal-awal lagi Haji Abdul Hadi, Mustapha Ali dan Ust. Nasharudin cuba menjelaskan dan bersedia berdebat dengan ahli-ahli sendiri dalam satu pentas khas. Tapi, hal ini tentu bermasalah. Buktinya, Cikgu Pa dah minta kita tutup mulut isu UG.
12. Kalau ada pentas terbuka, debatkan, tanya betul-betul Haji Hadi, adakah benar beliau risau suara bukan Islam begitu kuat dalam Parlimen PR dan lain-lain hal.
13. Kita nak tahu juga; adakah Nik Aziz berkongsi pandangan yang sama dalam hal ini (iaitu, Nik Aziz pun risaukan suara majoriti bukan Islam dalam PR). Tapi, hakikatnya hal itu tak berbangkit dalam Nik Aziz agaknya. Sebab, Nik Aziz Pro-Pakatan yang dilihat terdiri daripada ramai bukan Islam dalam kerajaan PR.
14. Debat UG ni memang panjang dan saya memang terlalu bersedia. Politikus sahaja yang tidak bersedia berdebat. Selepas debat secara terbuka, maka buatlah keputusan sama ada parti mahu teruskan niat bergabung dengan Umno yang masih setia meneruskan dasar PPSMI, ISA, Auku dan lain-lain dasar gelap itu. Wallahu'alam...

Isu Kahwin Lari
1. Kahwin lari dilihat dan dianggap biadap dalam adat-istiadat Melayu. Sekali peristiwa, ada juga ibu-bapa yang menolak pinangan seorang lelaki hanya kerana lelaki itu bekerja sebagai peguam.
2. Kita mungkin boleh menolak lelaki itu jika jelas tanda-tanda bahawa lelaki itu penagih dadah, pemabuk, dan lain-lain sikap buruk yang boleh mendatangkan bahaya ke atas wanita itu jikalau mereka jadi bernikah kelak.
3. Dalam kes ibu bapa yang menolak perkahwinan atas dasar yang tidak munasabah, maka saya rasa kahwin lari adalah jalan penyelesaiannya.
4. Seorang bekas mufti Pulau Pinang, (kini tenaga pengajar di USM) berkata, "Mujurlah tiada lagi orang yang lawan kes mereka di mahkamah syariah, jika tidak mereka akan menang dan hal kahwin lari ini akan disahkan."
5. Negara kita menerima keempat-empat mazhab. Mazhab Abu Hanifah (Hanafi) dan menerima perkahwinan tanpa wali. (Penjelasannya panjang. Nak sembang, kena 'open-table').
6. Cinta itu amat suci. Jangan dikotori dengan bom peledak C4 yang telah membunuh Altantuya of Mongolia. Cinta itu suci, anugerah terindah daripada ALLAH. Kenapakah masih ada ibu bapa yang menolak lamaran cinta daripada seorang lelaki yang bekerja sebagai peguam?
7. "No, no, no.. why.. why.. why??" (baca intonasi mengikut rentak tutur bicara Rafidah Aziz ketika beliau sedang cuba memujuk Dr Mahathir agar tidak letak jawatan dalam Perhimpunan Agung Umno yang lalu.)
8. PERHATIAN, kahwin lari di sini hanyalah terhad kepada kes penolakan lamaran cinta seorang lelaki yang bekerja sebagai peguam, magistrate, doktor. (ikut skrip Mak Daro dalam filem Ibu Mertuaku yang menolak lamaran cinta Kassim Selamat)
9. Kalau lelaki itu seorang ahli muzik, maka nampaklah juga relevan penolakan tersebut.
10. SPKB hanya mengiktiraf 'kahwin lari' di atas kes-kes istimewa seperti yang telah disebutkan di atas. Pihak saya bertanggungjawab sepenuhnya jika ada mana-mana pihak yang ingin kahwin lari setelah terpengaruh dengan fatwa 'kahwin lari' SPKB ini.
11. SPKB cuba berikhtiar memperjuang dan mempertahan cinta murni 'kahwin lari' (sekali lagi, perhatian-cuma kes penolakan nikah akibat pekerjaan lelaki sebagai peguam etc atau alasan yang dangkal), walau terpaksa hidup dilambung badai, di samudera bergelora! (2:26 a.m)

Petang
2:00 p.m - "Don Shy kata, ada kursus pelaburan percuma kat Bukit Bintang," kata Don F kepadaku tadi dalam bualan telefon. Aku memang minat ilmu pelaburan. Jiwa pun kapitalis kembali semula dan wajah kapitalis Abel Rovnovski hadir kembali menyinggah di fikiranku.

"Pukul berapa?"

"Jam 3:30 petang lebih kurang," kata beliau. "Nanti saya call saya untuk pengesahan."

Aku mengiyakan dan menunggu ketibaan mereka di SPKB. Sama ada jadi atau tidak, semuanya ketentuan Allah s.w.t. Aku kapitalis beriman.

Bicara politik kenegaraan
Menyelak laman Malaysia Kini, aku bertembung laporan - ABIM: K'JAAN PERPADUAN PAS-UMNO TIDAK MUSTAHIL. Laporan seperti ini tidak mungkin keluar di Harakah Daily.

Aku ternanti-nanti respon, kenyataan maklumbalas pimpinan berhubung hal ini. Apa-apa pun, dengan kenyataan Abang Yusri Abim ini, mengingatkan aku tentang sms abang Amidi yang terus menyatakan bahawa ada 'berita baik' sebelum ini.

"Ada berita baik. Ana kat Parlimen. MP BN kata Sdr Yusri akan ditawarkan kerja di pej PM - sms drpd shab," demikian lafaz petikan daripada sms tersebut.

Kalau tidak salah ingatanku, shab ini brother PKPIM yang sezaman dengan Syed Munawar RTM dan Amidi juga.

Shab atau Shabrimi Sidek sekarang sudah pun menjadi orang kuat Anwar dan bekerja dengan Anwar di balik tabir. Mungkin dia adalah P.A kepada Anwar dan orang-orang Anwar.

Tapi aku masih tak tahu-maklumat yang Shab dapat ni daripada MP BN yang siapa? Adakah MP BN itu pun orang Anwar juga yang mungkin akan melompat dalam 16 Sept. yang lalu? Adakah lepasan madrasah PKPIM juga? Saifudin Abdullah? Atau... Entahlah...

Sebagai wartawan aku akan menceritakan segala perkara yang terselit, terselindung dengan apa yang kulihat, apa maklumat yang aku dapat lalu kupersembahkan dengan sejujur-jujurnya tanpa prejudis dan tanpa memihak.

Sekarang, di atas bahu dan pundak kalian, terletak keputusan segala! (2:21 p.m)

Currently have 5 comments:

  1. D'Rimba says:

    Ayuh,bongkar segala kesamaran dengan penuh ketelitian............

  1. D'Rimba dan rakan..

    seminar masa depan PR akan memberi ruang kepada anak muda untuk memberi pandangan mereka terhadap politik masa depan Malaysia.

    Harap hebahkan kepada rakan-rakan kelak. Sekian, terima kasih.

  1. muhmmad says:

    pembetulan: sy tidak kaitkn bukti kwujudan tuhan dgn pmakbulan doa. sy cuma ingin bukti kwujudan tuhan smata2 tnpa dikaitkn doa. sy sllu cri bukti, n menanti jwpan mana2 manusia lain lg. insyaAllah, klu tuhan ada, mesti ada jwpn n pghujahan mutlak di bibir salah sorg makhluknya brkenaan bukti kwujudanNya.

  1. he he, jangan marah muhammad..

    abg ali cuba jawab sebaik mungkin. dan kerap juga abang ali terfikir kenapa ada seorang hamba Allah kerap dok tanya, mengenai bukti Tuhan itu wujud.

    Dan, Muhammad nak cari satu jawapan mengenai bukti kewujudan Tuhan itu supaya jawapan itu boleh diterima oleh semua orang pulak tu.

    Cuma, abg ali rasa kalau betul ada jawapan itu, nescaya semua orang dah masuk Islam ATAU semua orang dah yakin tuhan itu ada, selepas itu tak akan ada lagi ATHEIS.

    Tapi, Tuhan sendiri dah cakap, klu Dia nak, semua manusia dah masuk Islam tapi hakikatnya tak berlaku seperti itu. Itu lumrah...

    Nabi Ibrahim pernah cari Tuhan. Dan akhirnya dia jumpa dan kenal. Barangkali, memadailah dgn kenal Dia seadanya.

    Abg Ali takut kita bagi ruang yg terlalu byk kepada musuh (Iblis) dan kita jadi ragu-ragu terus nanti, nauzuubillah...

    Lewat perbincangan yang lalu, kita pernah sepakat, bersetuju bahawa kemiskinan itu sangat merbahaya.

    Lalu, kita mesti segera keluar dr lembah, daerah yang parah ini. Tp dalam kes abg ali, orang dok sekat penulisan sebab dengki & akhirnya dah habis duit, abg ali pun x tau nak buat macam mana?

    Dan editor pun kadang2 letih nak memihak kepada kita, dia jd sakit berdepan dengan semua karenah ni, lagi parah. Sebenarnya, kita ini diuji, lalu sedikit sebanyak rasa tenang sedikit.

    pernah cuba cari kerja, tak dapat-dapat. Kawan2 pun tahu hal ini.

    Nasib baik modal iman ada dan kwn2 pun support. Abg Ali tak akan bagi ruang yang byk kepada 'roh gelap' (iblis, syaitan).

    Kalau kita terlalu layan sgt benda ni, takut ada lubang-lubang untuk roh gelap ni masuk ke dalam jiwa kita.

    Antara lubang-lubang tu KEMISKINAN seperti yg telah kita persetujui bersama.

    Lubang kedua ialah setelah terlalu banyak bertanya setelah tiba yakin dalam beramal.

    Sedangkan sekarang masa untuk kita beramal. Tanya ni bila kita rasa sangat2 perlu sahaja.

    Tuhan itu bagaikan 'secret admire' kita. (Pulak dah.. SPKB sudah nak menjahanamkan pemikiran orang lain pulak)

    Seorang 'secret admire' seperti Tuhan ini, dia akan mengirim tip, hint, dan mungkin sejambak bunga kepada kita. Lalu, kita sedar bhw kita sedang diperhatikan olehNya.

    Dia mengirim kesusahan, kesenangan dan semua itu untuk menguji adakah kita akan selalu teringatkanNya?

    Kadang-kadang dia bagi bunga, dan kadang-kadang dia bagi sengsara sekadar ingin menguji.

    Tapi yang lebih sengsara ialah Dia tak call kita langsung sebab kita pun tak call DIA (melalui solat).

    Nombor-nombor panggilan 'secret admire' kita itu 24434 (2 rakaan Subuh, 4 rakaat Zuhur dan Asar, 3 rakaaat Maghrib dan 4 rakaat untuk Isyak)

    [Bagi yg suka buat jamak tu cerita lain sikit, he he he]

    Jadi, perjalanan kita mengenali si SECRET ADMIRE kita yang teragung ni mmg sulit bagi tahap kerohanian masing2. Ada org kenal Tuhan dgn cepat dan ada orang kenal lambat.

    Bergantung kepada tahap penerimaan masing-masing.

    Wallahu'alam. idea menyamakan DIA sebagai SECRET ADMIRE ni tercetus tiba-tiba apabila dok terbaca tulisan Muhammad lewat blog ini.

    SPKB sedia dan setia membantu di mana-mana saja anda berada, insya Allah Ta'ala...

    [Maaf, jika jawapan tak memuaskan]

  1. muhammad says:

    tmaksih ats perusahaan jwpn yg tak pernah kenal putus asa..alhmdulillah. tenang sket hati sy..Smg Allah kayakan a.ali n kita n cpat2 kuarkn a.ali n kita dr daerah merana tu..aduh.. :)

    smg Allah berkati nafas n nadi SPKB n sidang don, ats sgla ksabaran, kesetiaan, kesediaan, n ketelusan. Bila sy mbaca knyataan trakhir rektor SPKB tu, sy trus tringat knyataan Dr.Yusuf al-Qaradhawi yg seirama senada smaksud smakna bunyinya di bahgian luar kulit blakang kitab 'fatwa-fatwa terkini'nya yg monumental, trtulis lebih kurg begini seingat sy:

    "sy sanggup membantu (memberikn jwpn) kpd org yg dtg brtnya kpd sy asalkn si penanya pulang dg brpuas hati wlaupn jwpn itu akn menyedihkan hati sy.." ---smg Allah terus mnolong kita lantaran kita suka mnolong para hambanya, amin3. :)