Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

4 Syaaban / 26 Julai (Ahad)

Sunday, July 26, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 12:57 PM

Lalu aku pun megirim sebuah nota kepada seorang Minah Salleh di Amerika Syarikat itu. Seperti yang telah kalian tonton semalam itu maka inilah kiriman mel-e yang kuterima daripada si dia itu.

Ketika menulis ini, baru bermotor dari Gombak dan kini sampai di SPKB dan langsung aku buka internet. Maka, hasilnya, inilah yang aku dapat...

Subject: Munajat Cinta girl
Monday, July 27, 2009 12:13 AM
From: "Lindsey Lustig"
Add sender to Contacts
To: ibnuamir@yahoo.com

Hello Ali,

I am flattered that you are considering writing an article about me. Of course you can!! I don't know how interesting I am, but I would be happy to answer any questions that you have. Wishing you well.

Peace,

Lindsey Lustig

Jadi, minah salleh yang menyanyikan lagu Munajat Cinta itu bernama Lindsey Lustig!

Munajat Cinta


Alkisahnya semalam, sebelum tiba di Kampus Astro di Taman Technology Park, kami melabuh tubuh di UiTM selepas aku menunaikan solat Maghrib - Isyak di Masjid Shah Alam.

Dari masjid Shah Alam kami kemudiannya makan 'cokelat meleleh' dan terus ke UiTM kerana di sana memang ada akses internet. Sebenarnya seharian di Kampus Astro semalam, aku dikagumi oleh suasana dalam taman teknologi tersebut.

Dalam berjalan melangkah ke ruang kampus itu, kepala hotak yang berjambul ini tak henti-henti memikirkan - tanah hutan mana lagi yang perlu aku teroka untuk menubuhkan SPKB seperti ini. Besar sungguh cita-citaku ini. Maka ini juga yang sering kufikirkan untuk merakyatkan SPKB ke seluruh penjuru buana ini.

Syahadan, ketika mengarang di sebuah bilik turotial UiTM semalam saat minggu orientasi dalam kampus sedang berlangsung itulah, maka Don F dan Don Shy meminta aku taip kalimat Munajat Cinta dalam YouTube.

Maka, tetiba kami terjumpa klip video minah salleh di bawah ini yang sedang menyanyikan lagu Munajat Cinta karangan Ahmad Dhani. Aku hairan, apakah yang menyebabkan wanita ini banget suka terhadap lagu ini. Dia faham sangat ke? Dia tahu ke apa makna munajat tu?

Maka, daku pun mengirim mel-e kepadanya untuk mahu menemuramahnya. Kalian rasa, soalan apakah yang sesuai untuk dimajukan kepada minah salleh ini? Ada gambar tokong Hindu dekat belakangnya. Adakah dia seorang penganut Hindu?

Aku nampak gambar tokong itu berubah-ubah antara kedua-dua video klip itu. Huh! Banyaklah yang perlu aku fikirkan. Semalam ingat dapatlah pergi ke Plaza Masalam, untuk siasat kematian Beng Hock, tapi rezeki kami belum ada. SPKB perlu berfikir dan bertindak macam CSI jugak!

Aku rasa aku mesti tasykil minah salleh ini habis-habisan. By the way, kalau bernasib baik boleh ditubuhkan sebuah lagi cawangan SPKB dekat USA, kah! kah! kah!

Munajat Cinta in a Classical Style


SPKB mesti ada kawasan seperti kampus Astro
Aku terfikir nak tebas kawasan hutan untuk wujudkan tapak permulaan SPKB. Jadi, teman yang makan sepinggan, minum secawan boleh mengirim pendapat tentang kawasan mana yang sesuai untuk dijadikan kawasan tapak permulaan HQ SPKB ini.

Teman-teman... Silahkan kalian beritahu, kawasan hutan mana lagi yang perlu aku tebas untuk diwujudkan pusat kegiatan cambahan debat fikiran kampus SPKB ini?

Kelmarin juga, Najib Razak mengisytiharkan penubuhan Kelab Mahasiswa Damai Hadhari dalam UiTM. Maknanya, Najib datang selepas kami keluar dari UiTM. Ish, selalu macam tu. Setakat ini dah dua kali aku keluar ketika Najib baru datang ke tempat yang baru aku tinggalkan.

Sebelum ini, ketika Najib baru mula dinobatkan sebagai Perdana Menteri, Najib pernah melawat ke Vista Angkasa. Kebetulan waktu itu, aku baru selesai menziarahi adikku di sana. Memang aku nampak kelibat polis ramai sangat. Aku tanya seorang pak guard tentang kejadian itu.

"Ada menteri nak datang," katanya tanpa memberitahu siapakah menteri itu. Dan, hatiku bagai terkunci untuk bertanya lanjut darihal gerangan siapakah menteri yang akan membuat lawatan itu. Tanpa berfikir panjang, aku pun pulang ke Bangsar, menuju ke Malaysiakini.

Saat itu, aku bekerja sementara di Malaysiakini bersempena Muktamar Umno dan pilihan raya di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Jadi, pabila kupulang ke rumah, aku buka siaran tv. Berita melaporkan bahawa Najib yang tiba di Vista Angkasa tadi. Ceh! Dia rupa-rupanya.

Tapi, yang aku hairan kenapa Najib tiba selepas aku pulang. Ini dah masuk kali kedua, Najib tiba ketika aku dan rakan-rakan baru keluar dari UiTM.

Salah satu teori yang rancak menari-nari dalam fikiranku ialah-Allah tak mahu aku dihina Najib. Jangan sesekali aku hadir acara Najib. Jangan aku hadir di tempat yang pernah disinggahi Najib. Tempat itu dah jadi 'bekas' Najib. Jangan aku singgah di tempat 'bekas' Najib.

Biar Najib singgah di tempat yang aku sampai dulu pada hari yang sama. Biarlah aku orang yang terawal pergi ke suatu tempat dan pulang tanpa perlu bertembung dengan kelibat Najib.

Tadi malam, apabila berkunjungan ke MPH Jusco Wangsa Maju, selesai membelek Tafsir Mimpi karya Ibnu Sirin (Don F) yang syorkan aku membaca buku itu, aku terserempak dengan tafsiran ke atas mimpi melihat laut. Huraian ke atas tafsirannya agak panjang.

Tapi, aku nukilkan apa-apa yang sempat aku ingat sahaja. Kununnya laut itu lambang kekuasaan dan apabila termimpi laut, kita berada di atas laut, maka kita akan beroleh kekuasaan sama ada daripada penguasa atau mungkin ada kaitan secara tak langsung dengan penguasa.

Antara aku dan Najib, 'confirm' memang tak ngam. Hal ini boleh kalian telusuri lewat tetulisanku di mana-mana yang kalian pernah baca. Asyik-asyik...mesti Najiblah yang terkena. Aku memang nak buat Najib berasa 'tension' membaca tulisanku itu.

Maka, aku perlu kuasai media, emas dan cara berfikirku tidak boleh lagi sama dengan orang kat Jalan Pahang Barat. Mesti berfikir dan berprotokol secara Pendeta Yahudi, bertindak mesti juga menurut acuan agama kita. Mana boleh lari dari kompas panduan kehidupan.

Salah satu kaedah mendapat kekuasaan ialah mencari tapak permulaan untuk meletakkan kuasa di atas tapak itu. Atas sebab-sebab inilah, maka SPKB perlu ada kawasannya yang tersendiri.

Muktamar GPMS dan Kelab Mahasiswa Damai Hadhari?
"Nanti abg Ali tengok depa guna istilah 'Muktamar' GPMS," kata Don F kepadaku apabila kami sedang berkereta, menuju ke UiTM semalam.

Hal ini mengingatkan aku kepada abang AZ yang tinggal serumah denganku. Dia dulu Pas, begitu yang kerap disebutkannya kepadaku apabila dia mengecam Pas. Aku pun kecam Pas juga, bukan sebab aku PKPIM dan aku anak orang Abim.

Aku kecam sikap orang-orang Pas sebab sikap-sikap mereka yang pernah aku lihat. Lebih baik seorang pemuda yang nakal dalam penguratannya seperti daku daripada membuat kezaliman ke atas isterinya yang berasal dari Kemboja.

Setidak-tidaknya, penguratan malu-malu cipanzi seperti aku ini, tidak mengundang derita batin sengsara buat kaum wanita. Jiwa Fahri yang bertapak dalam jiwaku ini menolak penindasan ke atas kaum wanita. Baru-baru ini ketika aku dengar ada kes rogol di Malim Prima dekat Upsi, aku terus jadi panas baran. Tetapi, hal itu perlu aku siasat lanjut juga.

Abang AZ ini adalah orang nombor satu Damai Hadhari. Kalian boleh membaca tulisannya dalam Berita Harian. Malah, gambarnya berbaju Melayu merah dan bersongkok itu, yang tersiar lewat kolumnya di BH itu, akulah yang mengambil gambarnya.

Sengajalah aku menulis ini sebab, pagi tadi, Don F minta aku menulis mengenai travel log macam Zainuddin Maidin yang menulis riwayat gelap HUSSIN YAAKUB (IBNU MUSLIM) hari ini.

"Nanti kami boleh cerita kat anak-anak tentang pengalaman abg Ali duduk serumah sekali dengan orang-orang berkedudukan dalam Umno," kata Don F. Aku senyum saja. Tak apa. Aku pun fikir begitu juga. Kalau ada masa, aku cerita pengalamanku dengan orang-orang tertentu di dalam Umno, Abim, Pas, Jim, PKR dan beberapa rahsia, kisah terpencil mereka, insya Allah.

Ya, memang benar. Aku tinggal serumah dengan abang AZ yang menjadi pengerusi Dewan Amal Islam Hadhari (Damai). Muka dia pernah masuk MHI, TV3 dan dia pernah bagitahu aku bahawa dia akan ke udara di TV3 sambil menyuruhku agar jangan lepas peluang menonton dia di tv.

Tapi, bagiku itu semua cerita terpencil. Perkara yang paling besar dalam hidupku ialah memang suatu kebetulan dan memang dah ada dalam perancangan Tuhan untuk aku berkenalan dengan orang-orang macam ini. Untung benar dalam kes hubunganku dengan abang AZ.

Seperti Najib yang hadir selepas aku balik dari sesuatu tempat, maka begitu juga abang AZ. Dia datang lebih lewat, menyewa rumah SPKB ini berbanding aku yang lebih awal mendahuluinya.

Jadi, aku menang sekali lagi, he.. he.. he..

"Kita kena aktifkan surau di Mutiara Damansara untuk SPKB" kata Don Shy tadi, apabila kami baru menghantar Don F ke LRT.

Jika betul ada surau yang sangat baik di Mutiara Damansara tu, maka aku perlu fikirkan semula untuk beli rumah di Mutiara Damansara itu. Semalam, dalam perjalanan menuju ke Astro, kami singgah sekejap ke Masjid Sri Petaling dan aku syor dibuat kuliah SPKB di masjid itu.

"Sat lagi depa orang-orang tabligh mai dok tasykil kita pulak macam mana?" kata mereka. Ya tak ya juga. Idea mewujudkan kuliah SPKB ini terbit mendadak secara serius ketika kami makan di Jusco Wangsa Maju tadi.

Period dan jangka waktu ini, aku rasakan memang sudah tiba saatnya untuk diwujudkan kuliah itu secara serius setelah berlangsung tempoh menulis nota-nota kuliah SPKB di Harakah Daily.

Aku kerap terima kiriman mel-e yang banyak juga daripada pelajar Al-Azhar di Mesir sana yang bertanyakan tentang kuliah SPKB itu. Dahulu ketika dakwah nabi mula berkembang, gerakan itu berkembang dengan penuh kerahsiaan.

Lama-kelamaan, selepas Isra' Mikraj, maka bermulalah period mengembangkan dakwah secara berterusan. Kini, aku rasa pemikiranku secara terang-terangan sudah hampir tiba pada saat dan ketikanya! Pergolakan yang bakal berlaku dalam masyarakat ini sudah tiba pada kemuncaknya!

Currently have 0 comments: