Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

5 Syaaban / 27 Julai (Isnin)

Sunday, July 26, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 11:10 PM

Amy sms, "Ali, we got a campaign here for those people who died under the custody, it is average three in two days. May I invite your organization to join us for the campaign from your respective of views? Thanks!"

Aku membalasnya dengan meminta Amy menyusun semula laman sesawang MO yang dah pun 'bersawang' tu untuk ditukarkan namanya kepada SPKB.

"Then, you tolong install Joom la. Nanti, kami boleh belajar," demikian kataku. Malamnya, dia baru jawab, "Kita akan bincangkan hal ni tru emel."

Imran call, ajak makan tengah hari. Adik iparku turut hadir bersama keponakanku, Sarah! Depa bermalam di Cheras, di rumah abang kepada adik iparku itu. Errr.. teman-teman, abang kepada adik ipar ini kita nak panggil apa ya? Biras ker? Ipar duai ke? Tapi, takkan sahabat handai kotz?

Uncle J call, mampus daku. Tak dapat nak siapkan bahan lagi. Urgh!

Maria Hertogh part 1

Ini adalah kisah dokumentari ringkas mengenai Natrah. Ada juga orang yang panggil dia sebagai Nadra atau Nadrah. Yang mana satu betul dan tepat, tak tahulah aku.

Maria Hertogh part 2

Ketika aku berkuliah di USM dulu, memang ada seorang lelaki tua, tetapi masih kuat dan sihat di sebuah perkampungan nelayan di Pulau Pinang yang mengawal Natrah ketika dia muda.

"Pakcik tak tahu yang kami kawal tu Natrah," katanya. "Hanya, lepas Natrah dibawa masuk dalam kapal terbang, barulah saya menyesal."

Dewi Puspitaku (P. Ramlee & Rubiah)

Lagu P Ramlee terbaik yang pernah aku dengar. Saksikang ...

P.Ramlee - Hamidah

Ini antara lagu favourite - Hamidah. "Oh buunga... kelopak terbuka, Hamidah, oh Hamidah!"

P.Ramlee - Selamat Panjang Umur (Antara Dua Darjat)


Yang ini pula time Gazali nak ngurat Tengku Zaleha. Kisah cinta romantis aku mengurat Natalie Imbruglia, Shania Twain tidak ramai orang yang tahu. Yang sedehnya mutakhir ini, cinta kami (aku dengan Megan Fox) terhalang dek Paparazi. Owh, sungguh menyedihkan...

Bincang hal sastera
Sekali lagi aku diserang rasa bersalah. Ini kerana, menurut D'Rimba, Dr Siti Zainon asyik sebut nama aku di rumahnya hari tu sebelum dia berangkat ke Acheh.

Tadi petang, sebelum aku bank-in cek, D'Rimba minta bertemu. Lalu, kami akhirnya bertemu di Bujang Lapok Cafe. Dia bercerita mengenai hajat mantan pensyarah UKM itu yang nak buat satu perkumpulannya yang tersendiri.

"Sanggar Sanjung Siti Zainon - 3SZ," demikian kata anak muda itu. Katanya lagi, buku-buku di DBP tak banyak bergerak di pasaran. Jadi, kena ada suatu kaedah tentang cara bagaimana mahu menggerakkan buku-buku terbitan DBP ini di pasaran.

Aku minta alamat rumah Dr SZ dan rumahnya dekat Padang Balang, dekat pula dengan rumah Haji Ishak Surin, seorang tokoh PKMM yang tidak dikenali anak-anak muda kini.

Rupa-rupanya mereka ini ada hubungan kekeluargaan. Aku hanya menyedari hal ini setelah aku bertegur sapa dengan Dr S.Z lewat Facebook aku sendiri.

Sungguh tidak kusangka! Patutlah, ketika pergi ke Samarinda dahulu, ada sekali aku terdengar Dr S.Z menyebut Taman Melewar, Dinsman, kegiatan puisi sejak zaman Reformasi.

"Kau tau, Dr SZ ni termasuk dalam kelompok kritikal juga orangnya," kata Cikgu Sahrunizam, sahabatku, seorang guru dari Bera, Pahang itu.

Apabila tamat Dr SZ berucap, aku cuba rapatkan diri lalu bertanya beliau, "Betulkah Dr Zulkifli Muhammad, pimpinan Pas itu pun terlibat aktif dengan sajak dan puisi."

"Ya betul..." katanya, lalu dia menyebutkan beberapa bait patah perkataan sajak Dr Zulkifli.

Tak sangka pula beliau ada hubungan kekeluargaan dengan Hj Ishak Surin.

Berbual dengan anak muda dari Unikl (Universiti Kuala Lumpur) itu membuahkan beberapa hal yang penting juga untuk menggiatkan lagi warna-warni kesusasteraan di ibu kota ini.

Aku lontarkan syor kepada anak muda ini supaya ditubuhkan Kelab Sastera, Budaya Unikl serta diadakan acara mingguan di sana. Kami bertukar nombor telefon para pegawai HEM di IPT itu.

Aku berjanji akan memberi komitmen sampai terhasilnya acara wacana diskusi sastera di Unikl. Di sini, akan ada sebuah lagi pusat cawangan SPKB cawangan Unikl insya Allah. Aku cuba 'guide' depa ni. Laut bergelora dalam mimpiku.. Jika itu bayangan kuasa, maka buktikanlah hai Tuhan bahawa anugerah kekuasaan itu kini sedang menjalar ke sebuah daerah baru di ibu kota ini.

Beli hard disk leptop di Low Yatt
Adikku tiba di Low Yatt dan kami bertemu di sana. Selesai urusan membeli hard disk leptop. Maka, kami pun bersedia menjalankan operasi pembedahan leptop adikku yang akan diberikan kepadaku untuk memudahkan urusanku mengarang kelak.

Berjam-jam juga diusahakan dan akhirnya hampir 1 pagi adikku mengalah, "Nampak gayanya kena bawak balik leptop ni ke rumah jugak la."

Aku segera menyahut dengan pantas, "Kalau macam tu, abang akan balik ke rumahlah."

Tak boleh putus asa walaupun leptop ini tidak boleh kugunakan lagi. Hidup dan perjuangan perlu kita teruskan juga. Janganlah cepat mengalah. Hidup kita pantang menyerah. Berilah sebanyak-banyaknya dan bukan untuk menerima sebanyak-banyakknya.

Antara lain kulihat ada perubahan kepada adikku ini. Dia amat risaukan anaknya, keponakanku; Sarah yang sangat comel itu.

"Dia tak mau makan," katanya lagi. "Kadang-kadang tu kesian, nampak tulang rusuk dia."

Aku terdiam. Dia dulu bukannya macam ni. Perlahan-lahan, nalurinya sebagai seorang ayah dah mula bertapak dengan jelas, terbenam jauh ke dalam jiwanya.

"Kita dulu pun mak susah nak panggil makan, sampai mak goreng sosej bagi muka sosej tu tersenyum," katanya lagi ketika mengenangkan perangainya semasa kecil dahulu.

Aku tak kata apa-apa. Maklumlah, alam rumahtangga ini belum kutempuhi. Apa yang seringkali hinggap dalam fikiranku ialah emas, emas dan emas.

Cuma selepas adikku bercakap tentang hal tanah, barulah aku jadi cerah mata. Adikku beritahu juga bahawa ada tanah kosong di Kuala Nerang yang dijual dengan harga RM5k. Betul ker?

Ingatanku mula terpanah kepada kawasan tanah lapang untuk pembinaan SPKB. Sekarang telah ada bas Kuala Nerang ke Kuala Lumpur. Boleh bina tapak madrasah.

Dulu di Kemboja kami buat lawak tentang nak beli tanah untuk tanam serai. Serai boleh lebatkan pendapatan dan tak susah nak dijaga macam pokok-pokok lain. Atau, boleh ternak ayam KFC..

Fuh! Jiwa kapitalis Abel Roznovsky bertapak lagi di hati sanubari ini!

Currently have 0 comments: