Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

3 Syaaban / 25 Julai (Sabtu)

Saturday, July 25, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 7:24 AM

Selepas aku tulis blog semalam, maka aku pun terus ke Masjid Bukit Indah kerana ingin jumpa kawanku di sana. Dia mahu hantar orang rumahnya mendengarkan ceramah di masjid itu.
Maka, kami memilih berbual di sebuah restoren yang berdekatan dengan masjid tersebut.

Syahadan, adalah kisah gelapnya itu seperti berikut adanya...
Isnin lalu, dalam mesyuarat di Kedah, ALO telah membentangkan kisah tentang bagaimanakah bermulanya kes 'pemecatan' secara bersih itu. Lebih kurang begini kisahnya ...
Kawanku membentang ideanya untuk mengukuhkan laman web di depan ahli lembaga pengarah - M.A, H.R, U.A.R dan beberapa orang lain.

"Lepas kita bentangkan proposal kita, rupa-rupanya ana yang kena tendang," katanya. Saya pun bantai gelak kaw-kaw depan dia.

"Sorry.. ana tak dak niat nak gelak kat enta," demikian kataku setelah kembali kewarasan.

"Memanglah kartun benda ni, tapi itu yang berlaku," katanya lagi. "M.A pun kata, kita ambik idea anta."

Apa yang aku tak puas hati secara peribadi ialah, terdapat unsur yang tak sihat di sini. Lazimnya orang yang banyak bagi idea itulah yang akhirnya diangkat untuk melaksanakan idea tersebut.

Tapi, berbeza dengan kesnya. Ideanya diambil lalu dilaksanakan orang lain. Lembu punya susu, kambing dapat nama! Orang yang menggantikan tempatnya itu pun, orang yang aku tahu sangat kehampehannya bekerja.

Mana ada dalam dunia ini, editor akhbar yang balik awal? Editor yang cuma tengok suratkhabar di bahagian depan dan belakang, lepas tu terus balik, apa kes editor macam ni?

Ahli-ahli lembaga pengarah pun lebih kurang jer macam Umno dengan Utusan. Mana depa ambil pusing pun soal untung rugi akhbar dan Umno pun macam tu juga. Mana Umno peduli tentang untung naik Utusan, demikian yang aku dengar daripada rungutan wartawan Utusan sendiri.

Ahli-ahli lembaga pengarah akhbar patut sedar sabda Rasulullah s.a.w. Apabila tanggungjawab itu diberi kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran.

Aku percaya 80 peratus bahawa dengan kehampehan orang baru ini bekerja, laman web tu akan jadi hampeh.

Well, 'kesilapan' rakanku itu cuma satu. Seperti yang dia akui. Sikapnya macam aku juga dalam hal ini. Dia dan aku tak suka menempel-nempel dengan pimpinan politik, membesar-besarkan politikus ini. Aku sendiri enggan memberi saham kepada ketakburan politikus Pas.

Ini kerana aku tak mahu kerap memuji, mengampu dan membodek politikus Pas kerana aku tak mahu mereka dirosakkan wartawan seperti mana wartawan aliran perdana yang telah rosakkan pimpinan Umno sendiri. Tapi, apa nak buat. Nampaknya, politikus Pas lebih kurang saja dengan musuh politik mereka selama ini, iaitu Umno sendiri.
Munajat Cinta


Munajat Cinta in a Classical Style


Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang, menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah, sudah

Hati ini, selalu sepi,
tak ada yang, menghiasi,
seperti cinta ini,
yang s'lalu, pupus

(Chorus)
Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya

Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus

The Rock feat Ahmad Dhani - Munajat Cinta - with lyric




Megan Fox talks dirty

Syura Don di Astro
Malam ini, aku pergi ke kampus Astro di Taman Technology Park bersama Don F dan Don Shy. Tapi, akhirnya kami pulang awal ke Pusat Fikir Seksyen 6. Ini kerana, kerja itu sudah tamat jam 2 pagi. Dalam perjalanan pulang, aku makan-makan dengan Don F di Restoren Aliff.

Esok, mereka ada kuliah di UiTM.

Currently have 0 comments: