Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

2 Syaaban / 24 Julai (Jumaat)

Thursday, July 23, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 10:16 AM

Ada berita yang mendukacitakan. Bos 'dipecat' Isnin lalu. Saat aku menulis ini, dia baru telefon.

"Depa semua dah tak suka kat aku dah," katanya.

"Habis tu, siapa ganti?"

"Ahem..." --- Ditulis pada 12:37 pagi, 24 Julai...

###
shabab_82: s.e kata,":ada penstrukturan semula Harakah Daily akibat merge dengan TV PAS --- Last message received on 7/24 at 1:06 AM
ibnuamir: enta baca kat mana kenyataan s.e tu?

shabab_82: kawan ana bagi tahu

shabab_82: dia pemuda klate

ibnuamir: ajamalis tu ker?

shabab_82: tak

shabab_82: a_f
Ulasanku: Ada merge antara TV Pas dengan Harakah Daily. Baca juga kenyataan Dr Lo' Lo' (KLIK DI SINI) yang dah mengundang kemarahan seorang rakan chatku itu --- Ditulis pada 1:21 pagi, 24 Julai.

Petang
Dah berjaya hantar borang untuk wujudkan akaun syarikat GME kepada dua introducer, ALO & En. Mokh. Semoga segala apa yang aku buat ini membuahkan hasil kelak. Biar lambat, tetapi kot mana pun kita buat jugak.

Dah dapat cek hono dari Kak Natrah, RM580. Fuh! Lega..Boleh bernafas sikit bulan ni, walaupun dapat kurasakan tempias 'pemecatan' ALO sedikit sebanyak akan mengundang rasa sengsara di lubuk jiwaku ini. Sebenarnya, rasa sakit ini bukan disebabkan rezekiku tergugat.

Tapi, isu utama di sini ialah - kenapa harus ada sikap nak buat seseorang itu hanya kerana orang itu tidak sependapat dengan kita? Belajar-belajarlah meraikan sikap kontra orang lain terhadap kita. Kalau tidak, apa bezanya antara Umno dengan Pas? Sama saja kan?

ALO baru call, dia ajak aku pi ke rumahnya di Ampang. Aku harus keluar dulu kawan-kawan...

Malam ini ada mesyuarat antara Don di Astro. Syura berlangsung hingga pagi. Sepatutnya, daku dijadualkan turun ke USM kerana esok ada seminar mengenai kekuasaan dalam sastera.

Tidak dapat turun ke USM Pulau Pinang, tempat daku berkuliah dulu, bermaksud tiada peluang untukku merasa nasi kandar Subaidah, Pelita dan nasi kandar Line Clear, waaaa...

Tapi, harus kutabah hati menempuh ujian akibat tak dapat pekena nasi kandar, berlabuh dekat Kota Lama dan juga di pantai Batu Feringgi sambil menjamu selera dan 'mencuci mata' ... Ahem!

Oke... saya keluar dulu ... - 7:23 petang

Currently have 4 comments:

  1. Aku Azman says:

    ok xdak masalah, HarianMalaysia.com sudi terima ALO jika dia sudi. Mungkin Editor Kanan.
    Camana Abg Ali?

  1. Unknown says:

    Wah, dahsyat gak nih. Abang Ali, ada masa ziarahlah blog saya. saya ada benda nak bincang. emel saya ibn_ali13@yahoo.com

    Saya fikir, baik abang lutfi , x perlu join bh, jadi media indie macam dulu, abg ali pun tolong sekali la. saya pun berminat juga la dengan indipenden, x perlu terikat dengan brirokrasi yang tak henti2

  1. Saiful,

    Tak pa, hal itu akan kita bincangkan dalam meeting Don di pejabat Astro malam ini insya Allah.

    ###

    Ibnu Ali,

    Politik antara wartawan adalah suatu hal yang sulit dibincangkan. Ibn Ali boleh invite abg ali di YM dan kita boleh chat di sana.

    Itu lebih mudah..

  1. w'slam.. CEE YEE ..

    terima kasih..

    Kontrak ALO itu, saya difahamkan akan tamat pada Februari, 2009.

    Tapi, dah jadi macam ni sebelum Feb tahun depan lagi.

    Isu ini bermula ketika sekeping nota surat pembaca telah disiarkan oleh Harakah dan surat pembaca itu tidak disukai oleh MB Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak.

    Dendam yang terkumpul lama-lama ini lama-lama berakhir dengan satu natijah-pembuangan dan 'pemecatan' editor2 yang tidak mereka sukai.