Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

29 Rejab / 22 Julai (Rabu)

Thursday, July 23, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 12:46 AM

Seharian ini saya tidak keluar. Ingin membalas dendam kerana tak dapat mengarang sejak semalam.


Ingatkan dapatla menulis tiga bahan. Rupa-rupanya, yang terlekat cuma dua bahan sahaja.
Ke opis Jln. Pahang Barat baru-baru ini, bertemu ALO dan di sana, kami berbual mengenai buku juga. Dia pecahkan beberapa kisahnya yang lalu bagaimana dia dapat beli rumah. Aku argue, dia bernasib baik kerana ada kerja tetap, tapi aku tiada.
Lalu, aku minta dia menjadi introducer kepada akaun syarikatku untuk memudahkan aku untuk buat pinjaman kelak. Dia tak bagi kata putus. Aku ingat dia ada kerja tetap dulu, rupa-rupanya...
"Tahun 1998, memang nasib ana baik. Pegawai bank semuanya penyokong Reformasi. Depa yang berbangga dapat jumpa kita, sebab kita penulis politik!" begitu jelas ALO.
Cait! Rupa-rupanya pegawai bank tu yang luluskan loan walaupun dia tiada kelayakan. Jadi, aku ni memang nasib malang kerana cuba gatal-gatal memohon pinjaman mortgage pada 2009.
Kalaulah berlaku Reformasi pada 2009, dan aku mengarang pada waktu ini, mungkin nasib daku baik jugak kotz? Tak pa lah. Rezeki masing-masing. Lani kena kukuhkan kewangan syarikat dan perlu ada keluar masuk wang dalam akaun. Alahai, susahnya hidup...
Keperitan hidup Ahmad Boestamam
Apabila kuteliti garis kehidupan Ahmad Boestamam lewat memoir beliau, aku sedar bahawa, dia pun terpaksa merana jauh lebih teruk. Ada kemujuran juga, dia mempunyai sebidang tanah dan rumah pusaka di Kampung Behrang Ulu.
Jadi, dia kembali ke kampung untuk memulakan tradisi kehidupan nenek moyang kita dahulu, menebas dan bercucuk tanam sehingga demam-demam dan melecet tangan.
Aku punya rumah pusaka di Utara. Aku perlu balik. Mesti! Memulakan reformasi tanah, warisan nenek moyangku yang terdahulu.

Sekarang, akhir penghujung bulan Rejab. Esok, masuk awal Shaaban. Kemudian Ramadan. Umat Islam akan berpuasa semuanya. Aku cuma meminta waktu untuk merasai kemanisan berpuasa di Jalan Raja Alang, Kg Baru. Jalan Bazaar Ramadhan di sini dan solat terawih di Masjid Kg Baru dan mengambil bubur lambuk menjelang Asar. Semoga muka aku masuk paper! He! he! he!
Ini perasaan gembira, sangat sukar aku gambarkan. Sambil berjalan, dapat 'cuci mata' mengusha aweks-aweks (Astaghfirullahal Azhim!!!) dan membeli kuih-muih, sedikit lauk, nasi tomato, Roti John, nasi lemak dan kemudian menonton Jejak Rasul, Syahadah sambil menunggu Maghrib!

Fuh! Tuhan... hamba bersyukur kerana dapat menikmati keindahan di bulan Ramadhan ini. Aku mempunyai sejuta alasan untuk terus kekal hidup. Dan, kalau hamba mati, biar satu antara dua, sama ada mati dalam perang di Palestin atau mati ketika berada dalam keadaan sujud.

Biar dosaku seberat Gunung Qaf, seluas Lautan Kalzum, setinggi 7 petala langit sekali pun, tetapi jangan Engkau matikan daku melainkan dalam dua keadaan ini. Amin, ya Rabbal 'Alamin...

Anwar sekali lagi bidas SPRM yang bias


Satu Malaysia Ragu Kenyataan Polis dan SPRM

Currently have 0 comments: