Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

28 Rejab / 21 Julai (Selasa)

Wednesday, July 22, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 11:46 PM

Saya ke TTDI pada sebelah petang setelah selesai beberapa hal di rumah. Pagi ini saya telah berjaya menemui iklan untuk filem The Taking of Pelham 123 di akhbar Malaysian Today.

Ketika minum-minum di Kluang Station, One Utama, baru sempat sms Don F dan Don Shy. Malangnya, kali ini mereka tak dapat nak datang. Sudah tiba waktunya, masa-masa kesibukan. Dah dapat tiket, baru berani sms depa.
Akhirnya, kita terpaksa akui bahawa akan tiba masanya, waktu-waktu yang kritikal di mana apa yang ingin kita laksanakan, terpaksa kita tangguhkan buat sementara.

The Taking of Pelham 123 Trailer

Saya suka menonton filem ini kerana watak jahat; Ryder (lakonan John Travolta) adalah watak seorang broker, atau mungkin remiser di Wall Street.
Dia pandai memanipulasikan kejadian rampasan keretapi bawah tanah sehingga menyebabkan Dow Jones dan Nasdaq merudum akibat wujudnya ketidakyakinan para pelabur dengan sebab insiden rampasan keretapi Pelham 123 itu.
Ryder menggunakan tebusan itu untuk mendapatkan wang tebusan USD1,000,000.01. Dan, dia benar-benar mendapatkan wang tebusan itu.
Pada akhir-akhir babak, dalam laptop Ryder ditunjukkan keputusan akhir - nilai dollar jatuh lalu nilai emas melonjak! Ryder, seorang yang arif tentang matawang tersenyum girang dan senang sekali ketika melihatkan kejadian itu.
Akhirnya, Garber berjaya ditembak oleh Garber (Denzel Washington), iaitu polis yang mengawal laluan keretapi bawah tanah.
Sebenarnya, Ryder telah dikhianti sistem kapitalis New York dan dia hanya ingin balas dendam. Demikianlah juga Garber - beliau juga adalah mangsa kepada sistem ekonomi kapitalis Amerika.
Menonton filem ini, aku mendapat beberapa pengajaran daripadanya ...
a. Hendaklah mengumpulkan emas sebanyak-banyaknya. Emas adalah kekuatan sebenar!
b. Mesti menguasai media guna mempengaruhi pemikiran khalayak umum. Kekuatan perompak Ryder antara lainnya ialah, beliau menggunakan komunikasi dengan komunikator yang dianggap sebagai yang terbaik, iaitu Garber sendiri. Ertinya, aku perlu menjadi komunikator terbaik!
c. Saya sebagai kapitalis cerah mestilah membuat perancangan yang rapi ketika sedang berjuang mencabar sistem kapitalis gelap.
Emas, emas dan emas ... aku Abel Fansuri Rovnozski, akan memerintah dunia ini dengan emas, media dan perancangan protokol rahsia yang rapi!

Late Late Show - Paris Hilton's Cleavage


Megan Fox Talks About Dancing in a Bar, and Transformers: Revenge of the Fallen


Di mana boleh dapat buku mengenai emas?
Jumpa L di TTDI untuk serahkan bahan buku terjemahan emas dari bahasa Indonesia. Aku dah bayar dia RM8. Baki RM71 akan aku bayar kemudian.
Sebenarnya emas jati memang sudah ada dalam kepalaku. Fikiran bergeliga itulah hartamu yang tulen! Bagaimana kita mahu kemaskinikan pengetahuan mengenai tanah, rumah?
Seronok, bagus dan amat berfaedah sebetulnya berbincang tentang hal ini. Kalau mahu berjuang tapi tak ada duit, terpaksa kita tunduk di bawah sistem kapitalis yang menekan kita.
Apabila sosialis, rupa-rupanya, mereka pun naik Mercedez. Anak-anak muda pada saat itu telah kurang minat kepada sosialis pula. Sosialis menekan Islam. Tapi, aku fikir ini bukan pertarungan antara sosialis, kapitalis dan Islam.
Ini sikap manusia sebenarnya. Al-Quran menjenamakan perangai insan sebagai Mustakbirin dan Mustadh'afin. Sosialis itu memang memihak kepada si miskin. Tapi ada sosialis kaya dan mereka akhirnya berjiwa penindas pula.
Huh! Yang Islam pun apa kurangnya? Orang Pas pun dah ada yang berkereta mewah. Ini adalah contoh Muslim kapitalis yang menindas golongan buruh dan kelompok bawahan.
Sombong nak mampus! Ya Allah jadikan kami kaya dan tidak sombong pula dengan orang-orang yang lemah dan tertindas! Wariskan bumi ini untuk kami makmurkannya dengan KEBENARAN, agar kami dapat mendandannya dengan KEADILAN, menghiasnya dengan berjuta keindahan!

Currently have 0 comments: