Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

27 Rejab / 20 Julai (Isnin)

Monday, July 20, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 12:50 PM

Sastera Harakah pada Isnin dan Jumaat?

Aku berasa gembira mendapat berita bahawa sudah wujud kolum sastera di Harakah pada Isnin dan Jumaat. Demi sesungguhnya ini perkembangan yang menarik.

Ketika pulang ke opis, kami berbual lagi mengenai hal buku. Di Rafiyya tadi, dah ada kemajuan sikit. ALO dah bagi nombor-nombor hp Syed Ibrahim dan Kak Laila.

Ada pesanan daripada bos bahawa tugas kali ini mencabar. Ia tak seperti tahanan ISA lain yang bersifat tahanan politik.

"DAP tak berminat sebab ada rekod jenayah. Ia tak seperti tahanan politician. Pembunuh atas kes murtad, melibatkan Fernandez memang ada kaitan dengan mereka," kata bekas tahanan ISA ini. Tambahnya memang afidavit menunjukkan bahawa ada jenayah yang disabitkan dengan kesalahan mereka itu.

Bunuh Fernandez! Aku teringatkan Wira yang kini bekerja di sebuah kementerian kat Putrajaya. Mantan aktivis PKPIM Pusat ini pernah menyebutkan hal ini kepadaku selepas tamat seminar PPSMI di KDH, Kolej Darul Hikmah, Kajang dahulu.

"Memang ada perbicaraan atas kesalahan mereka itu," kata Wira. "Karpal Singh tahu hal ini."

Maka, tugasan ini semakin sulit dan bertambah sukar. Tapi, aku sukakan cabaran! Sebenarnya, aku boleh jawab hujah Wira itu. Tapi, biarlah aku mencari ruang dan waktu yang lain pula.

Dewi Puspitaku (P. Ramlee & Rubiah)


Berkhutbah kepada rakanku, M
Mulanya di YM, M mengajakku menonton filem Public Enemies, sebuah filem yang mengisahkan bagaimana FBI mula diwujudkan di Amerika sejak 1930-an.

Akhirnya tak jadi. Tapi, kami tetap bertemu di Kg Baru. Dalam bualan tadi, ada tawaran kerja di Trolak, Perak. Tawaran itu memang menarik. Tetapi, kekhuatiran tetap berbungkus di dada.

Aku terlupa beritahu M bahawa aku ada tanah di Langgar yang perlu aku jaga. Aku harap adalah juga amal baktiku di sana yang akan diiktiraf Allah sebagai amal solehku kepada kedua ibu bapa.

Semoga usaha mengerjakan tanah itu akan termasuk dalam perhitungan - berbuat kebaktian ke atas orang tuaku. Ini pun tergolong dalam pahala yang amat besar juga.

Dalam bualan juga, turut hadir 'kritikan' halus ke atas Said Zahari. Mati-matian aku pertahankan wiraku yang seorang ini. Kena banyak bersabar bersembang dengan orang perempuan. Ramai la sungguh yang tidak memahami.

"Tak kesian ke dekat keluarga, isteri dan anak-anak bila kena tahan?" tanya M dulu. 17 tahun dia dalam penjara, apa yang dia dapat? Demikian kata teman-teman perempuan lagi.

Akhirnya, dalam pergelutan kita membela kebenaran dan melawan kezaliman pemerintah, maka kita pula yang dipersalahkan oleh teman-teman. Kalau Umno yang cakap begini tak terasa pedih amat sehingga tertikam di hujung hati. Tak dinafikan bahawa mereka berniat baik juga, prihatin dengan nasib dan masalah kita. Tapi, jangan tanya lagi soalan begini.

Kalau nak tolong. Tolong zip mulut dan terus bantu keluarga kita yang menderita. Beri barang basah agar dapur mereka berasap. Tolong keluarkan sedikit belanja agar anak-anak mereka itu dapat sambung belajar di IPT. Itu saja. Jangan keluarkan lagi soalan yang melemahkan fikiran.

Soalan seperti itu (tak kesian ker kat keluarga, mak bapak, anak bini...) hanya layak dimajukan kepada penjenayah seperti perogol, perompak, penyamun, penagih dadah dan sebagainya.

Tidak perlu ditanya lagi soalan itu kepada seorang 'penjenayah' yang mahu melawan kezaliman pemerintah. Aduh, kena banyak sabar. Ini zaman masyarakat tempang fikiran, cacat falsafah.

Lelaki kurang sangat bercakap tentang hal ini. Memang ada yang berfikir begini. Tapi, amat sikit berbanding wanita. Aku letih nak menjawab sebab depa memang sukar nak difahamkan.

Awat tak kata..buat apa la Ashabul Kahfi dok berjuang sampai berlindung dalam gua sampai 700 tahun? Bukankah kita boleh tanya soalan macam tu? Apa yang Ashabul Kahfi dapat? Ketakutan?

Tapi Allah s.w.t mengangkat nama mereka dalam Al-Qur'an dan Rasulullah menyeru kita semua agar seboleh-bolehnya membaca Al-Kahfi setiap Jumaat atau malam Jumaat.

Sesiapa yang membaca Al-Kahfi, tentu menyebut dan mengulang-ulang kisah mereka ini di lidah dan meresaplah api kesedaran di dalam dada terhadap perjuangan mereka bagi menyelamatkan iman itu. Bukankah mereka telah menjadi wira yang diangkat kisah sebagai pengetahuan umat Nabi Muhammad s.a.w? Mereka menjadi iktibar kepada umat terbaik; umat Muhammad!

Ashabul Kahfi terlepas dalam gua selama 700 tahun itu jauh lebih lama berbanding terpenjara di Outram, Singapura selama 17 tahun. Itu yang dialami Pak Said Zahari, seorang tahanan ISA. Dia wira saya. Kisahnya telah kuhadam saat aku bertarung HEP USM. Kisahnya menyebabkan daku berasa tidak perlu kita peduli lagi dengan segala ugutan dan gertakan TNC!

Mungkin dalam kalangan pemuda Ashabul Kahfi itu sudah ada yang beristeri. Mungkin ada yang masih bujang juga. Mereka pun meninggalkan anak-anak dan isteri mereka di rumah tanpa ada sebarang pembelaan. Hanya Allah yang melindungi keluarga mereka ketika mereka ditidurkan.

Surah itu dinamakan Al-Kahfi dengan sebab wujudnya kisah mengenai mereka walaupun dalam surah berkenaan termuat kisah Zulkarnain yang hebat, kisah Khidhir mendidik Musa yang mana kedua-duanya bertaraf nabi. Tapi, surah itu dinamakan Al-Kahfi dengan sebab kehadiran watak pemuda Ashabul Kahfi itu juga. Agak-agaknya kenapa?

Sebabnya, bagi Tuhan... mereka itulah 'wira yang sebenar', 'pejuang yang tulen' walaupun Raja Zulkarnain itu kelihatan gagah di sudut pandang mata kita, yang meluaskan empayar Tauhid!

Pemuda Al-Kahfi tidak mahu berkompromi dengan kezaliman raja, enggan tunduk kepada sikap kekejaman raja pada zaman mereka. Lalu, mereka melarikan diri, hidup terasing daripada mata manusia. Ditidurkan selama berapa ratus tahun.

Rakan baik yang memahami sukar dicari. Mereka baik dan memang nak bantu aku. Hanya sikap aku yang enggan berkompromi dengan kemungkaran politikus itulah yang ramai orang tak suka.

Tolonglah jangan tanya lagi soalan ini, otherwise kita akan berdebat sampai pagi esok. Kalau aku pencuri, perompak, penyamun, maka berbaloi juga kalian tanya soalan begitu. Daku hanya akan menadah telinga saja dan tak akan melawan. Tapi, kalau aku betul, jangan harap aku tunduk!

Kemungkaran orang bawahan senang dihukum dan diadili. Kemungkaran pemerintah, sapa yang nak hukum? Siapa lagi kalau bukan rakyat? Tapi, kalau kita takut, jangan kita takutkan manusia yang berani mati!!!

Hamidah (Ibu)


Gagal perjumpaan di Bangsar
Pertemuan dengan Amy sepatutnya berlaku di Bangsar hari ini bersama jemaah Don-Don. Saya dapat rasakan bahawa era kesibukan mereka telah bermula.

Aku sendiri, tak dapat kemaskinikan laman berita. Dulu pun pernah ada seorang kawan ajak nak buat laman berita dan akhirnya usaha ini tidak menjadi.

Ramai orang silap anggap. Mungkin mereka ingat, seorang penulis boleh menyebabkan laman itu berkembang dengan cepat dan mengaut lebih ramai pembaca.

Salah satu masalah ialah kedudukan kami yang amat jauh dan semua ini menjarakkan hubungan antara kami. Ini kes pertama dalam Malaya Merdeka. Hanya dua tenaga pekerja. Tak cukup.

Dalam kes laman yang baru kami bina ini, ia akan membuahkan hasil jika wujud pertemuan demi pertemuan, bagi mengkaji beberapa kelemahan.

Iblis dan syaitan amat banyak melemahkan motivasi. Ini perkara biasa. Bukan senang nak dapat iklan. Kena banyak-banyak sabar. Ini semua ujian.

Projek satu lagi, ialah rancangan menerbitkan akhbar dengan pakcik dan makcik. Idea ini datang dari pakcik. Salah anggapan berlaku lagi di sini. Seolah-olah, akhbar ini memadai dengan wujud seorang penulis sahaja.

Kelemahan di sini ialah, jarak Kg Baru ke Kelang begitu jauh. Kedua, aku tak dapat melihat usaha bersungguh-sungguh untuk mencari rumah untukku di sana. Sepertinya, semua itu terbeban di atas bahuku seorang sahaja.

Ketiga, ketika aku minta agar aku dapat berterusan di pejabat itu selama tiga hari untuk siapkan akhbar, maka hal itu pun tidak mendapat perhatian sewajarnya.

Dan, inilah yang paling tak best nak sebut...Apabila nak dinamakan orang-orang di dalam akhbar itu, pakcik mengundur dan kelibatnya seboleh-bolehnya ditiadakan atas hal yang tak dapat saya nak terima - takut SB dan Bukit Aman dok kacau dia!

Well, kesetiakawanan adalah penting - susah sama-sama susah. Senang sama-samalah tanggung bersama. Once bila dah mula hadir perasaan begitu, masalah akan mula berlaku.

Hal yang sama berlaku dalam usaha nak membikin video. Susah aku tanggung sendiri sedangkan mereka senang-senang saja bagi arahan untuk tidak siarkan. Aku serik kerja begini.

Aku mohon kekuatan dari Tuhan supaya suatu hari masanya akan tiba untuk aku 'sound' orang yang aku hormati ini supaya dia faham apa sebenarnya kesilapan dia.

Lagikan Nabi Muhammad s.a.w penghulu kita ada buat silap dan ditegur oleh sahabat dan isteri-isteri baginda, inikan pula pakcik. Ya Rabb, aku mohon kekuatan dan waktu yang sesuai...

Di Burger King
Petang tadi ketika makan-makan di Burger King kat Masjid Jamek, aku melihat kelibat peminta sedekah yang menipu. Mula-mula dia berkain pelekat. Kemudiannya, dia menyarungkan seluar jeans sekitar jam 5 petang.

Ramai orang memerhatikan gelagatnya. Bagaimana kita mahu kurangkan penderitaan orang dan menyeru peminta sedekah ini bekerja?

Aku rasa, kita kena wujudkan mekanisme untuk bantu orang-orang yang tidak tahu bagaimana untuk berusaha mendapatkan harta kekayaan seperti peminta sedekah ini.

Selamat Panjang Umur (Antara 2 Darjat)


Golongan penasihat peminta sedekah yang bergerak secara berkumpulan ini perlu diwujudkan. Hanya golongan jemaah Tabligh saja yang memanfaatkan kaedah ini.

Mereka pergi, bergerak dari rumah ke rumah untuk mengajak masyarakat setempat bersolat di masjid dan surau-surau di tempat kediaman masyarakat setempat itu.

Peminta sedekah ini mungkin terlibat dengan dadah dan tiada siapa yang peduli nasib mereka ini dan bagaimanakah aku harus bermula? Aku tak dapat memulakan kegiatan ini bersendirian...

Currently have 0 comments: