Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

26 Rejab / 19 Julai (Ahad)

Monday, July 20, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 12:47 PM

Mutakhir ini, kerap sangat mimpi mengenai laut. aku terdengar juga kes sejadah terapung di Masjid Kristal dekat kawasan air itu.

Suatu ketika dulu, seperti yang pernah aku ceritakan, pakcik pernah nampak bayangan tsunami dalam bayangannya. Dia fikir Malaysia ini terkena musibah tsunami.

"Negeri-negeri di utara semenanjung akan musnah..." katanya lagi. "Khasnya di Kelantan!"

Akhirnya, baru dia sedar bahawa gambaran tsunami yang menerpa di ruang batinnya itu adalah gambaran kepada 'tsunami politik' selepas 8 Mac.

Memang Kelantan yang paling kuat dilanggar tsunami politik pun. Sebelum kejadian itu, pakcik ada call aku mengenai tsunami di bahagian selatan tanahair pula.

"Aku rasa Selangor pun akan terkena juga tempiasnya sedikit," katanya lagi. Dahulu, dia rasa yang sebelah utara tanahair saja yang teruk. Kini, bahagian selatan (Selangor) pun terkena juga.

Sungai Kota, Perahu Taqwa ('live' dari PPMN '09)

Find more videos like this on PENA


Apabila Umno mengambil keputusan untuk mansuhkan PPSMI pada 2012, bagi aku kerajaan itu sedang menunda dan menangguhkan lagi. Kalau begini sikap Umno, ombak tsunami akan terjadi lagi. Aku maksudkan tsunami politik dan bukannya tsunami yang menghempap Acheh, 2005 itu.

Aku terfikir juga mahu menggerakkan badai ombak tsunami di sekolah-sekolah. Aku perlu turun mengadap guru-guru dan murid-murid. GMP (Gerakan Mansuhkan PPSMI), setakat ini hanya bermain di tebing pentas pemerintahan. Aku sifatkan, mereka belum merakyat ke bawahan.

Antara persembahan terakhir arwah di PENA


Tahap teragung dalam tsunami pendidikan ini ialah aku perlu wujudkan suatu keadaan di mana, guru-guru dan pelajar-pelajar ini bersetuju untuk memulaukan kelas selama sehingga kerajaan setuju memansuhkan serta-merta. Ini tahap teragung!

Sebenarnya, untuk tindakan pertama, aku perlu mewujudkan keadaan supaya mereka serentak memulaukan kelas, memadai dalam sehari sahaja. Ini cukup untuk mengirim isyarat kepada BN bahawa warga pendidik dan umat menolak keputusan memansuhkan PPSMI pada 2012!

Tapi, bagaimana? Mampukah aku? Apakah aku ada kekuatan dan tenaga sebegitu? Tuhan, daku dambakan bantuan dan petunjuk daripadaMu...

PPSMI


Apabila kukenang-kenangkan, aku teringat kepada klip video 10 Tahun Sebelum Merdeka yang dibikin Fahmi Reza. Aku teringat idea utama yang mahu dipersembahkan lewat klip video itu.

HARTAL SEMALAYSIA ANJURAN GURU-GURU
Antara yang terpenting ialah mengenai suatu idea untuk mewujudkan HARTAL sebagai isyarat daripada rakyat untuk mengirim bantahan ke atas Perlembagaan Persekutuan tajaan Lord Reid.

PUTERA-MCAJA, kalau tidak silap aku telah menyiapkan Perlembagaan Rakyat sebagai gantian kepada Perlembagaan Persekutuan, hasil acuan penjajah, ramuan Reid tersebut.

Hartal itu, demi sesungguhnya, telah benar-benar berjaya!

Di mana-mana pun. Di ibu kota mana pun, pekan dan pusat kegiatan masyarakat telah lengang!

Rakyat tidak berjual-beli. Mereka tidak pergi ke kota dan ke pekan dalam tempoh sehari sebagai cara menunjukkan bahawa mereka menolak Perlembagaan acuan penjajah Reid itu.

Gapena bantah penggunaan bahasa Inggeris


Dan aku fikir... di sinilah guru-guru perlu bertindak! Apakah mereka bersedia memulaukan kelas dalam sehari secara serentak di seluruh Malaya, di seluruh negeri?

Currently have 0 comments: