Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

25 Rejab / 18 Julai (Sabtu)

Sunday, July 19, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 12:09 AM

Selepas solat, dinihari ini saya melangkah ke Restoren Buharry dekat Le Blanc, kali ini malam yang benar-benar mencabar. Tuhan mahu mengajarku sesuatu. Kenalan baru yang saya kenal - M, R, Abang Zack, Dato' M & TM.

Mujur juga saya solat. Kalau tidak, keadaan kerohanian dan spiritual tidak menentu. Saya dapat belajar beberapa perkara di situ.

Bonzer ini kebanyakannya polis atau bekas tentera. Cerita bermula ketika sedang makan-makan, seorang aweks anak mami, dalam lingkungan 20-an mengambil kerusi di tempatku itu.

"Ada orang tak?" aweks itu bertanya. Aku mengangkat wajah sekilas. Fuh! Cun!

"Err... tak ada," balasku kembali. "Ambillah..."

Abang Zack rupa-rupanya tiba bersama segerombolan wanita pelayan. Dan, gadis yang baru saja menegurku tadi, hadir bersama gerombolan wanita-wanita itu. Dia nampak yang paling senyap berbanding gadis-gadis lain yang liar dan manja dengan Dato' M.

Abang Zack, pembantu Dato' M duduk di sebelahku kerana tidak mahu mengganggu ketenangan majikannya yang sedang bergembira dengan wanita-wanita itu.

Ketika TM dan R belum masuk join bualan kami, Abang Zack barangkali dapat melihat riak rupa parasku yang penuh kesucian dan kedesaan seorang anak teruna sunti. Jadi, dia bagi nasihat.

"Jangan pernah cuba masuk clubbing," nasihatnya. "Nanti kau ketagih dan lepas tu duit keluar banyak." Aku jadi seram sejuk dan berdiri bulu roma tengkuk mendengarnya.

"Kau tengok Dato' M ni. Dia habiskan RM700 - RM800 dalam satu malam untuk berseronok!" kata lelaki yang baru aku kenali ini. Dato' M politician dan dia buka klinik. Abang Zack bawa dia dari Pelabuhan Klang.

"Pompuan ni semua, abanglah yang bawak kat dia," katanya lagi. Politikus ini berbangsa India dan semua wanita muda yang bergaya ini berbangsa Melayu. Apa nak jadi duhai bangsaku?

Kemudian, baru TM dan R datang ke meja kami. Kami bersalaman. TM ini bekas polis, atau pun bekas tentera kalau aku tak silap. R dahulunya seorang tentera dan selepas tamat, dia bekerja di Istana Negara dan kemudian terus bekerja di sini. Isterinya kini bekerja di Istana Negara.

Kata R, setiap Jumaat, Sabtu, Ahad dan beberapa hari tertentu Dato' M akan singgah ke sini. R sepertinya telah menghafal jadual Dato' M. Lelaki ini tak kahwin dan hidup bergelumang dengan wanita cantik. Dalam fikiran tersembul pertanyaan - macam mana dia dapat Dato'? Apa jasa dia?

"Khamis malam Jumaat dia tak datang," kata R lagi.

"Mungkin dia buat amal ibadat kot?" aku memintas perkataannya. Kami ketawa.

"Mungkin dia tak buat ibadat," katanya lagi, ketawa, "Tapi, dia hormat hari tu kira oke la."

Masih bicara hal kerohanian
Paling aku tertarik, ketika Abang Zack berbicara dengan TM mengenai suatu amalan kerohanian dan wirid. Maknanya, ada kebarangkalian yang besar lagi untuk diubah kawasan ini sebagai satu kawasan latihan zikrullah, Al-Ma'thurat, Ratib al-Haddad pada suatu hari nanti, insya Allah.

"Aku dapat kat orang tadi dalam club, baca Subhanallah, Alhamdulillah, La Ilaha illallah, Allah Akbar dan Bismillah, tiap-tiap satunya 100 kali, nanti kau dapat anugerah macam-macam," kata Abang Zack kepada TM.

"Dia yang bagitau kau tu minum (arak) tak?" tanya TM kepada Abang Zack, seperti meminta pengesahan.

"Tak minum."

"Kalau tak minum, aku nak cuba amalkan. Kalau dia minum, aku tak pakai."

TM kemudiannya mengalihkan pandangannya kepadaku. "Hang pernah minum?"

"Tak pernah," balasku kembali, sedikit gugup. Dia bonzer tua, tetapi tubuhnya masih tegap.

"Habis tu, yang hang minum ni apa dia?" dia buat loyar buruk pulak dah.

"Ah! Saya ingat abang maksudkan Carlsberg," jawabku lagi. "Kalau yang tu saya tak minum."

Serius TM cakap nampaknya. Dia tak percaya dekat lelaki yang berdahi hitam juga. Ada bezanya mengikut jalan fikirannya itu. Bila aku tanya kenapa, TM jawab ...

"Dahi hitam ni boleh jadi dahi dia kotor. Dia bukan ahli syurga. Dia mungkin ahli fikir. Sebab tu aku tak tanya dahi dia hitam ke tak."

Dalam dewan Wali Songo, terpecah dua mazhab dakwah. Kumpulan putih dan kumpulan hitam. Kumpulan hitam diwakili Raden Mas Said (Sunan Kalijaga), seorang anak tempatan yang sangat mengerti manhaj dakwah ke atas penduduk pribumi.

Lalu, Sunan Kalijaga tidak membina pesantren, sebaliknya dia berjalan merentasi Tanah Jawa untuk menyebarkan Islam ketika para sunan yang lainnya membina pesantren di pergunungan.

Ketika sunan lain berjubah serban putih, Sunan Kalijaga berpakaiam hitam dan tidak berjubah seperti para wali, sebaliknya berpakaian seperti rakyat tempatan.

"Iman itu bukan terletak pada pakaian," jelas Raden Mas Said ketika seorang sunan menegur, kenapa anak muda itu tidak berpakaian seperti pakaian para sunan.

Aku perlu ikut mazhab Raden Mas Said, Sunan Kalijaga walaupun terpaksa menempuh dugaan. Politikus kini kebanyakannya berada di lapangan pentas dan agamawan berada di masjid, bukan bertukar-tukar pandangan dengan orang-orang seperti mereka.

Aku hairan bagaimana Ikhwan Muslimin bertukar-tukar pandangan dengan masyarakat dekat warung-warung kopi dan tindakan itu ternyata berjaya.

Tetapi, berapa ramai sangat yang berfikir seperti aku ini?

"Kita mungkin dapat mimpi-mimpi yang benar. Kena amalkan selalu, baca dalam hati zikir ni," kata Abang Zack lagi.

"Abang dapat ni dari mana?" tanyaku lagi.

"Heh! Tak payah tanya soalan macam tu," TM mencelah.

Malam itu ada wartawan dan jurugambar yang ambil gambar TM sedang berada dengan seorang Tengku yang menyamar. Kalau aku tak silap, begitulah ceritanya...Sebab itulah TM boleh berada di meja aku. Jangan-jangan, dia kena buat laporan polis di Sentul pulak.

Sememangnya, malam itu aku asyik terdengar orang-orang club ni bercerita tentang kehadiran seorang Tengku. Tengku penipu, kata mereka, berasal dari Terengganu.

Awek anak mami yang tadi terdiam, sibuk menjawab smsnya itu mungkin sedang pasang telinga agaknya. Ketika TM bertanya, apakah Abang Zack yang bawa aku ke mari, lelaki yang punya 5 anak perempuan itu menafikannya.

"Aku pun baru jumpa dia di sini," kata Abang Zack merujuk diriku yang macho ini. "Dia dari Kg Baru." Serta-merta aweks anak mami itu beralih ke arahku. Aku mengangguk sekilas dan kami berbalas senyuman.

Aduh! Aku dah jatuh cinta pandang kali ke-3, 456. Kemudian, aku perhatikan lagi wanita-wanita yang sedang terlentok di atas dada Dato' M, aku dah jatuh cinta untuk pandang kali ke-3,457 dan untuk kali yang ke berapa ribu entah?

Bergetar jiwa gelapku serta bertarung, berperang sengketa pula dengan jiwa malaikat yang lama tertanam ke dalam tubuhku. Seperti bonzer yang masih tertancap iman di dada mereka ini, saya pun naik syeikh sama. Betul kata Rasulullah s.a.w, kaum Hawa ini fitnah ke atas kaum Adam.

Mungkin, sebab aku solat dulu dan bertaubat apa lebih kurang kot sebelum datang ke sini, maka jiwa romeo beriman dan casanova bertaqwa masih tertancap di nurani ini.

Orang Arab pun tak guna!
Bualan kami terganggu tiga kali disebabkan seorang pemuda menguatkan deruman enjinnya. Enjinnya yang mengaum itu mendatangkan maki hamun orang di sekitarnya.

"Sapa tu?" tanya Abang Zack kat seorang temannya.

"Budak Arab," katanya ringkas.

"Huh! Kalau dia mai lagi bila-bila, harus motor dia aku kerjakan!" bebel lelaki anak kelahiran Pahang ini. Tak guna betul orang Arab. Kenapa kita mesti hormat pada mereka. Arwah Usman Awang dulu, lewat cerpennya, banyak kritik golongan syed yang membuntingkan gadis Melayu.

Nanti aku cari balik cerpen-cerpen tu kalau aku jumpa, insya Allah. Aku tulis dalam H Daily. Jadi kalau nak bebaskan Palestin, jangan ada sapa-sapa dah yang dok kata lebih kurang macam ni...

"Kita nak bantu Palestin tu macam mana, sedangkan orang Arab, jiran depa sendiri tak buat apa pun?" Alah, tok sah dok berkira sangatlah dengan orang Arab ni. Depa ni memang hampeh pun! Yang hangpa dok pi bertawakal kat depa sangat-sangat ni pasai pa?

Jadi, berbalik kepada asal. Awat.. Salahuddin Al-Ayyubi tu Arab ka Kurdis? Dia pun bukan orang Arab dan dia boleh bebaskan Palestin apa? Aku rasa yang nak bebaskan Palestin tu Melayu dan bukannya bangsa lain lagi pada akhir zaman ini. Ini masa untuk kita bangkit segera!

Dua tiga kali jugaklah pemuda Arab ni dok buat hal sampai ganggu bualanku dengan Abang Zack.

"Benda ni, jangan sampai dia langgar orang sudahlah, kalau dia langgar orang, gerenti kena," katanya lagi.

Abang Zack ini, sekitar 1990-an, ketika Celcom baru nak masuk, dia sewa rumah di Langgar. Dia cakap, dia yang menjadi perintis masa line Celcom mula nak masuk Malaysia. Betul ke tidak, aku tak tahulah. Mungkin dia kontraktor kot?

"Abang yang pasang kabel di seluruh Kedah," katanya lagi. Aku agak, dia ni kontraktor juga dan caranya mencari makan memang macam tu. "Murah sungguh di Kedah. Rumah sewa RM100 ja sebulan. Abang gajikan budak-budak diploma RM800 sorang. Murah."

Jam 5 pagi. Dato' M mahu balik ke Pelabuhan Klang dan dengar kata di Concorde ada lagi tempat untuk bersosial sampai jam 7 pagi. Wanita-wanita Melayu itu pun ikut sahaja Dato' M. Dan, kami berpisah lepas aku salin nombor hp mereka. Cuma tinggal aku yang berputih mata.

Ohh! Aku terlupa bercerita tentang M, seorang gadis Melayu yang tiba-tiba datang ke meja kami dengan wajahnya penuh kemurungan. Dia baru putus dengan teman lelakinya.

"Dia dah ada pompuan lain, bang," katanya dengan penuh kesedihan. R dan TM menumpukan perhatian terhadapnya. Aku rasa dalam kepala mereka ada satu benda. Perempuan muda yang sedang sedih ni macam-macam benda dia boleh buat. Bunuh diri, bla, bla, ... mintak simpanglah!

"Baru tadi dia bawak pompuan lain. Depan-depan i dia bawak pompuan lain bang!"

Itulah dunia mereka dan masyarakat sekeliling yang beransur-ansur ke gerbang kehancuran. Gadis itu mungkin perlu disantuni. Kulihat R dan TM sedang berusaha memujuknya.

TM menghulurkan rokok kepada M dan mencucuh rokok di bibir gadis itu. M dah berada dekat sangat dengan aku dan aku pula seram sejuk. Aku teringat Lebuh Chulia di Pulau Pinang, sebuah daerah penuh kegelapan dan syukur masih lagi daku ini seorang taruna sunti, he he.. Yes!

Daerah-daerah yang parah ini sentiasa ternganga mulutnya, menjelirkan lidah muslihatnya dan menghadiahkan kelaparan, mengirim derita, melontar kepedihan yang amat dahsyat ke dalam jantung hati kita sehingga merosakkan perasaan, mongoyakrabakkan sengsara di hati insan lain.

Dan, mereka yang singgah dengan gersang modal iman, yakin serta percaya diri, nescaya mudah terperangkap dan terjebak dengan mudahnya.

Ketika R dan semuanya belah, tinggal aku dan M saja dekat meja tu. Aku jadi gabra dan gelabah. Dengan penuh ketertiban dan rasa bersalah, aku mengangkat pertanyaan bodoh, membebaskan rasa kekampungan yang membelit jiwaku dan kucuba menyesuaikan diri dengan keadaan.

"Tinggal kat mana?" demikianlah soalan bodoh yang terpacul lewat lidahku. Tergagap-gagap. M memandang sekilas dengan mengirimkan sebuah renungan tajam. Hati dan jantungku semakin berdebar, nafas bergolak keras manakala peparu seakan-akan terhenti.

"Taman Seri Cahaya," jawab ringkas, kemudian dia minta diri. Aku menarik nafas lega. Entah betul atau tidak nama tempat tu, atau aku yang tersilap dengan, entahlah. Ah! Aku peduli hapa!

Tak apa. Yang itu bukan penting sangat. Janji, dapat cuci mata menyaksikan pandangan mereka itu berlaga dengan pandanganku, bertukar-tukar pandangan dan ... ahem berbuat dosa untukku bertaubat pada keesokan hatinya. Semoga Tuhan sentiasa memberikan kesempatan.. he.. he..

Aku pulang dengan puas hati. Nasi lemak dan tek panas yang aku makan malam tu Dato' M yang belanja. Cuma duduk bersama puak-puak depa dan secara tak langsung, apa yang aku makan tu pun terbayarlah sudah. Janji, save dan safe budget!

Walter Cronkite meninggal dunia
Walter Cronkite, salah seorang peneraju dunia kewartawanan, 'yellow journalism' telah pun mati, meninggalkan dunia yang fana ini. Berikut adalah beberapa rakaman mengenai beliau.

Walter Cronkite - On his "that's the way it is" signoff


In a 1968 documentary, the "most trusted man in America" spoke out against the Vietnam War, effectively turning public opinion against the war. President Lyndon B. Johnson is reported to have said that night, "If I've lost Walter Cronkite, I've lost the American people."


1968 King Assassination Report (CBS News)

Walter Cronkite had almost finished broadcasting the "CBS Evening News" when he received word of Martin Luther King's assassination. His report detailed the shooting and the nation's reaction to the tragedy. (CBSNews.com)

Currently have 0 comments: