Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

24 Rejab / 17 Julai (Jumaat)

Friday, July 17, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 10:23 AM

Akhirnya saya berjaya menonton Transformers, The Revenge of The Fallen. Terubat juga kempunanku nak tonton 'ex-girl friend' saya; Megan Fox! Aku tonton di Cap Square tadi.

Dalam kisah tersebut, 'anak didik' saya, Shia LeBeouf selalu nampak simbol-simbol purba. Konon cerita, simbol-simbol itu terkait dengat Transformers yang pernah wujud pada zaman dahulu.

Namun, akhirn pertarungan itu membawa mereka ke Tanah Arab, Mesir Purba. Memang kaum Freemason ni tertarik dengan amalan Mesir Purba sebab Bani Israel; nenek moyang mereka ini pernah menerima penjajahan Fir'aun, Mesir Purba.

Aku rasa ada penipuan secara halus - simbol-simbol ini bukan milik Transformers serta makhluk asing. Mereka tiada apa-apa keperluan ilmiah di dunia, malah makhluk asing ini asalnya tak ada pun. Ia diwujudkan dengan tujuan menenggelamkan isu sebenar daripada pengetahuan kita.

Aku rasa, USA sembunyikan banyak kajian dan pencapaian mereka di Area 51, New Mexico. Kat situ, bukannya ada makhluk asing pun rasanya. Tapi, entah apa benda tak tau, mungkin senjata dan penemuan terbaru berhubung ketenteraan.

Ah!!! Kita dah kurang 'penyelidik jalanan'. Sesiapa pun boleh menjadi penyelidik jalanan, bloggers pun boleh mnejadi penyelidik jalanan. Aku namakan mereka ini sebagai 'Street Researcher' yang dah korbankan wang dan waktu mereka untuk mencerahkan pemikiran masyarakat lewat blog!

Mereka tidak seperti R.O, R.A yang gaji mereka dibayar oleh pihak universiti. Siswa kita pun tak ramai yang jadi 'Street Researcher' sebaliknya, ramai yang jadi 'Street Fighter'; pahlawan jalanan yang mudah dilaksanakan melalui demonstrasi.

Tadi aku terbaca kisah siswa-siswa berdemonstrasi di depan Kedutaan Thailand. Agak menarik- mereka dah lama dan terbiasa berdemonstrasi, tapi apa yang kita perlukan sekarang ialah kaum pelobi. Mereka bagi tempoh selama tiga hari kepada wakil kedutaan, demikian laman itu dipetik.

Bagi tempoh 3 hari ini, bunyi macam nak jumpa lagi. Tapi, adakah mereka nak berjumpa dengan wakil kedutaan itu dengan sifat pelobi? Bertemu, berbual, berbincang dan memulakan rundingan untuk membentuk beberapa keputusan?

Macam mana cara aku nak masuk berbincang dengan siswa-siswa ini? Mereka tahu demonstrasi saja. Nak jadi pelobi, belum capai tahap lagi agaknya.

Kasihan, umat Melayu Muslim di Selatan Thai dibunuh dan penyerangnya masih misteri hingga ke hari ini. Begitu juga dengan kes-kes serangan yang lain. Kekal sebagai misteri tak terungkap.

Misteri tak terungkap? Macam pernah kudengar nama ini. Tapi... di mana ya?

Teo mati, seluarnya terkoyak?
Salah seorang mangsa yang terbunuh, (atau dibunuh) adalah Teo yang didakwa melompat (atau mungkin ditolak?) keluar daripada bangunan SPRM.

Sebelum ini, kita pernah dengar kisah SPRM serbu pejabat. Agak brutal. Tak mustahil si brutal ini boleh melakukan apa saja termasuk menolak orang jatuh ke bawah bangunan.

Bak pepatah Fansuri, jika tiada tolakan, masakan ada orang yang jatuh bangunan? Hal ini macam pepatah Melayu dahulu - kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang. Menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin pula 'bermadah' helah dengan niat menghina demonstran Bersih, 'kalau tiada beruk, masakan pokok bergoyang?'

Dalam surah Yusuf, baju koyak di belakang. Jika koyak di depan, bermakna Yusuf bersalah. Di sini, daerah punggung (belakang) terkoyak. Masakan mangsa ada kekuatan untuk mengoyak daerah belakang punggungnya sendiri?

Aku teringat Salahuddin Ayub berkata mengenai gangster yang dah menguasai polis di Johor itu. Jika demikian, gangster mungkin ada jugakkah dalam sesi bersama Teo?

Kalau gangster wujud dalam pejabat PR dan dalam masa yang sama gangster hadir dalam dunia kepolisian, ertinya gangster akan cuba mangaut faedah daripada pelbagai keadaan.

Biar macam mana pun, maklumat gangster jangan sampai terdedah kepada umum. Biar sapa mati pun tak pa, baik Teo, polis atau sapa saja, asalkan rahsia gangster selamat.

Kematian Teoh Penuh Tandatanya


Rakanku beri nasihat, "Jangan menulis hal yang masih dalam siasatan polis ni.. timbul fitnah."

Masalahnya, saya dah tak percaya kepada polis, khasnya dalam isu politik. Saya yakin depa akan buat lengai, lambat tindak balas dan kemudian tutup kes, jadi kes X-Files. Mudah bukan?

Nak buat macam mana? Dalam hal ini, saya tetaplah berdegil. Menurut kajian Fadhilah Kamsah, orang yang lahir dalam bulan Januari macam saya ni memang ketegar, degil dan keras hati.

Melayu masuk Gereja: Jangan tutup mata melihat kemungkaran
Kita tidak boleh melihat sesuatu di depan mata dan kita diam, tak berbuat sesuatu. Dulu, pernah saya suarakan isu Aishah Bukhari, Natrah dan rakan-rakan kita yang dah masuk Kristian sama ada mereka suka, terpaksa, terjebak atau tertipu.

Sekarang ini, saya terjumpa lagi kes yang seperti itu. Kali ini amat mengaharu-birukan. Melayu kita yang terkena HIV, hidup terbuang lalu disisihkan daripada masyarakat Melayu Muslim kita sendiri. Bayangkan, di mana mereka mahu pergi? Akhirnya, terpaksa pergi ke gereja akhirnya!

Mujurlah ada seorang ustaz yang bertindak. Ustz Amin namanya. Semoga Allah s.w.t merahmatimu ya ustaz...

Gereja boleh tempatkan pesakit Melayu Muslim untuk rawat HIV. Apa??? Masjid kita tak boleh ker? Masjid Malaysia hidup masa azan saja. Sepatutnya, masjid kenalah beroperasi 24 jam untuk membantu kerja-kerja kebajikan, merawat pesakit dengan bantuan hospital dan sebagainya.

Menjadi tempat orang-ramai yang buntu masalah untuk mendapatkan khidmat nasihat di dalam kehidupan sehariannya. Ish.. tak patut betul masjid kita jadi lengang berbanding gereja!

Currently have 0 comments: