Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

23 Rejab / 16 Julai (Khamis)

Wednesday, July 15, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 9:35 PM

Kononnya, aku berkira-kira kalau dah tiba di ibu kota, langsung saja capai motor dan terus ke KLCC, balas dendam untuk tonton movie Transformer. Huh! Mana ada? Aku terus tertidur keletihan.

Ingat nak masuk internet, check movie. Rupa-rupanya tidak boleh connect sampai ke malam. Tension betul. Call adik tak dapat-dapat untuk minta bantuan hal pc ni. Dalam usaha pencarian itu, aku tertidur lagi keletihan bersulam 'ketensionan'.

Ingat boleh pi KLCC menghilangkan kempunan yang lama berkubang di dada kerana tidak mahu 'miss' tengok Megan Fox, tapi lantaran kesukaran mendapatkan akses internet, hati ini teruslah dilanggar 'ketensionan' tahap dewa-dewa dan dewata raya.

Ikut rancangan, mahu habiskan masa petang di KLCC, dan malamnya nak membalun tv malam Rabu sepuas-puasnya di TV2. Tapi, apakan daya. Tertewas juga daku dikalahkan kantuk yang jauh lebih perkasa daripadaku... Zzz..

Malam tadi seorang rakanku call, bercerita darihal poligami, falsafah biar putih tulang jangan kita putih mata, melepaskan batok di tangga, dan sebagainya.

Ada rumusan yang aku jelaskan dan rasanya orang perempuan tak suka hal ini-iaitu, poligami ini adalah tanda kasih sayang Allah terhadap kaum wanita. Mereka masih boleh meraih kasih, cinta seorang lelaki yang mereka sukai.

Tetapi, salah seorang lelaki terpaksa memilih untuk berundur jika seorang perempuan telah pun memilih seorang lelaki dalam hidupnya. Tidak kuketahui sama ada hujah ini boleh kusumbatkan dalam pemikiran SIS atau pun tidak. Selagi tiada debat perdana sesama mereka hidup ini seperti tiada ertinya. Bagus juga ada ruang membalun Najib, hidup ini makin bererti bertambah berseri!

"Abang dok di Langgar sajalah!"
"Imran rasa abang dok dekat Langgar sajalah," kata adikku, Imran tadi. "Imran rela kawasan tu bagi kat abang long. Cuma, tak taulah macam mana dengan adik-adik yang lain."

Aku mula dok terfikir bagaimana nak hidupkan dan membangunkan kawasan tanah pusaka itu. Langgar itu asalnya kawasan pondok juga macam pondok Batu Hampar di Pendang juga rasanya.

Abah selalu berkenan sangat dengan seorang tok guru di Batu Hampar yang digelarnya sebagai Chu. Nama penuh Chu ini pun aku tak begitu pasti. Chu apa?

Langgar itu sendiri bermaksud pondok, daerah untuk belajar agama. Mungkin sesuai untuk aku bangunkan SPKB, macam ISTAC jugaklah lebih di situ. Tapi, aku perlukan modal yang banyak! Mungkin ternakan lintah, cacing bagus juga dimulakan di situ.

Di belakang rumah tok ada Sungai Langgar yang sudah tidak jernih airnya. Kekeruhan yang tiba bersama olakan air sungai yang perlahan itu, adakah sesuai untuk ternakan ikan Tilapia?

Fuh! Pemuda yang berwawasan sungguh daku ini!

Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) kenapa diteruskan?
Internet di rumahku bergerak macam roda kereta lembu! Kerja terjemahanku terbengkalai dan ini semua memaksaku ke pejabat jua akhirnya. Sebelum pergi, rakanku di Johor call...

"Kenapa enta rasa Dasar kebudayaan Kebangsaan perlu diteruskan? Kenapa harus Islam diletak sebagai tempat pertama sebagai asas dan tonggak kepada DKK?" tanya rakanku itu.

Aku yakin dia baru pulang berdebat dengan siapa entah. Mungkin dia mahu cari idea menjawab. Akhirnya, aku menjawab dengan suatu jawapan yang 'confirm' bakal mengundang kontroversi di antara agama dan kaum.

1. Nenek moyang kita telah menganut agama Hindu (pengalaman Champa dan Majapahit). Dan, kemudian mereka menganut Buddha (pengalaman empayar Sriwijaya). Selepas itu, mereka pun memilih Islam sebagai agama yang benar.
2. Dengan sebab Melayu adalah tuan dan pemilik tanah negara ini (hakikatnya diberikan negara ini oleh Allah), maka kita berhak meletakkan agama kita itu sebagai asas terhadap pembentukan kebudayaan kebangsaan itu.
3. Mustahil ada orang Cina Muslim, India Muslim yang akan pertikai kedudukan Islam di tempat pertama, sebagai asas kepada pembentukan kebudayaan kebangsaan tersebut.

"Tetapi, penjelasan begini mengundang kemarahan orang daripada bangsa, penganut agama lain syeikh!" katanya lagi.

"Apa nak buat? Mereka kena terima hakikat itu," kataku lagi, sambil itu aku sempat bercanda, "Ini semua akan selesai kalau ana jadi Perdana Menteri."

Champa itukah Kembayat Negara?
Radzi Shapie, penulis g Berpetualang ke Acheh pernah mengusulkan kepadaku untuk membaca Syair Siti Zubaidah dan menyemak semula apakah Kembayat Negara?

Peristiwa itu berlaku Mei lalu ketika masyarakat awam sedang berpesta ilmiah dengan deburan ombak samudera dan lautan buku-buku di PWTC. Aku bertemu Radzi Sapiee di situlah.

Aku sentuh tentang Champa kepadanya, lalu dia meminta aku membaca Syair Siti Zubaidah dan kisah Kembayat Negara. Ada hubungan ke Kembayat Negara dengan Gangga Negara?

Ada kaitan ker Kemboja dengan bunga Kemboja? Ada pertalian ke antara Champa dengan bunga Cempaka? Hmm.. menarik dibualkan. Tapi, umat kita lebih gemarkan politik dan Manek Urai.

Tadi, aku sempat berbual juga dengan seorang anak Champa lagi. Terbongkar cerita bahawa Che Bong Nga (atau Che' Bunga), Raja Merah, atau The Red King itu adalah orang yang sama dengan Sultan Zainal Abidin Syah yang ditangkap, lalu dibawa ke China.

Maka, salah seorang isterinya Siti Zubaidah, seorang puteri dari Tanah Melayu telah pun datang ke China lalu membebaskan suaminya yang telah ditangkap oleh kerajaan China itu.

Sebenarnya, masih ada banyak ruang dalam cerita purba kita untuk diangkat sebagai filem. Lord of The Rings tu cerita merapu, orang tengok jugak. Ini kan pula kisah benar mengenai Kembayat Negara. Mesti lagi berfaedah dan perlu dihadamkan oleh ramai pihak!

Dan, kita seolah-olahnya telah ketandusan orang untuk mengangkat kisah-kisah berat...

ALO dengan hal refinance rumahnya
Bercakap mengenai kisah berat ini, akhirnya bosku yang dulunya mengeluh mengenai refinance rumahnya yang tak berhasil ini. "Enta ingat senang ka nak beli rumah? Ana nak buat refinance rumah pun bukan main payah!" katanya kepada aku suatu tika dulu.

Ketika itu aku menyatakan hasratku untuk membeli sebuah rumah. Dia nampak kurang senang dengan keadaan faktor ekonomiku yang caca-merba begini.

Akhirnya, dia dah berjaya buat refinance. Gembira sungguh dia. Aku boleh baca bahawa dalam fikirannya itu mungkin ada rencana nak buat buku. Ramalanku ini mungkin hampir 80 peratus tepat berdasarkan gaya dan cara bercakapnya tadi ketika berbual di Restoren Rafiyya.

Cuma, aku nasihatkan dia supaya beli rumah sebijik lagi dengan 'cash'. Tak perlu pening kepala untuk bayar tetiap bulan kat bank lagi.

Then, rumah itu boleh disewakan dengan mudah kepada orang lain. Tapi, susah juga jiwa kapitalis seorang Abel Fansuri Roznovski mahu merasuk dalam liang fikirannya yang sekian lama tegar dengan permainan politik kewartawanannya itu.

[Abel Roznovski adalah suatu nama watak kapitalis lewat drama bersiri Kane & Abel]

Tapi, dia tak nampak semua itu. Tak apalah. Bukan senang kerja untuk mengubah fikiran orang ni. Lagi pun, dia ada rancangan untuk pergi menunaikan haji. Tak pa la. Itu keputusan dia.

Muktamar Abim semakin mendekat
Firdaus call, mengenai 'write-up' Abim. Begitulah... aku tiada kemahiran untuk menepis harapan orang ke atasku. Sebenarnya, aku rasa, perlu juga aku berjasa, menyumbangkan baktiku kepada NGO, jemaah yang telah banyak menyumbang ke arah aspek cerah dalam kehidupanku.

Daripada Abim, aku kenal ISTAC, Naquib al-Attas, aku masuk dalam muktamar secara curi dan melihat sendiri bagaimana al-Attas kondem Anwar dalam Muktamar ke-25 (1996, kalau tidak salah ingatanku). Semua ini mengajarku mengenai kedewasaan dalam hidup.

Semua ini menyumbang banyak perkara. Tetapi, aku tetap sukar menyumbang kepada Abim ini kerana jemaah ini tidak memperuntukkan ruang seperti majalah Risalah untuk aku mengarang.

Aku tidak pernah tahu mengenai untung rugi majalah ini yang pernah popular pada suatu ketika dahulu. Berapa ramai aktivis Abim Pulau Pinang berkali-kali dok suarakan hasrat nak ajak daku untuk mengerjakan Risalah edisi Abim Pulau Pinang. Aku angguk-angguk saja.

Aku tahu, memang tak jadi. Jiwa mereka ini bukan pengarang. Ah! Rasanya la ni, tiba ketikanya aku ceritakan suatu peristiwa kenapa aku anti agamawan dan rakan-rakanku sendiri.

Dan, inilah antara sebabnya, kenapa kalian terkejut dengan tulisanku yang agak keras baru-baru ini. Ada seorang pemimpin gerakan yang sampai hati berkata kepadaku dengan ayat ini ...

"Tak payahlah enta nak buat macam-macam lagi," katanya. "Biarlah mengaji sampai tamat dulu dan selepas ini barulah berjuang."

Ketika dia kata begitu, aku dah tunjuk salinan berita Malaysia mengenai tuduhan HEP ke atasku yang tinggal tak sampai seminggu lagi. Aku harap, Abim Pulau Pinang dapat berbuat sesuatu dan aku tak harapkan mereka berjaya ketika menolong aku itu.

Tapi, depa tak buat. Di mana ruh takaful, saling bantu-membantu? Dalam usrah, belajar konsep taaruf (saling berkenalan), tafahum (saling memahami) dan tafahum (saling bantu membantu).

Mungkin selesai bab taa'ruf dan mula jadi kawan baik. Tapi, belum sampai martabat kawan baik yang memahami (tafahum). Sebab itu aku membebel baru-baru ini, sulitnya nak cari kawan baik yang memahami. Sahabat baik memang ramai, tapi yang memahami, dalam seribu payah satu.

Tahap seterusnya, sahabat baik, yang memahami dan akhirnya sanggup tolong-menolong ketika salah seorangnya berada dalam kesusahan.

Dalam kes aku, ketua yang tertinggi di Pulau Pinang sendiri boleh cakap macam tu ketika dalam seminggu lagi aku akan dihadapkan dalam Jawatankuasa Tatatertib HEP.

Sepatutnya, ketika aku dalam kesusahan itu, perlu berbuat sesuatu walaupun kita boleh jangka bahawa kita tidak berjaya ketika sedang berusaha menyelamatkan kawan kita itu.

Aku pun tak akan salahkan mereka kalau mereka tak berjaya. Kita sedia maklum bahawa semua itu urusan Tuhan, berjaya atau kalah, hidup atau mati selepas peperangan. Tapi, mana semangat takaful, tolong-menolong? Ia cuma teori, konsep pengertian yang muluk-muluk dalam usrah.

Tiba-tiba hari ini, aku terdengar senior-senior Abim membebel semula di depan kawan-kawan - mana perginya kawan-kawan kita yang dulunya dalam PKPIM?

Amboi mak!!! Sembang deraih dan sembang kemaihnya hangpa.

Mailah try wahai abang-abang sekalian, bertanya soalan tu kat adinda hangpa ni kalau berani??!!

Maafkan daku wahai teman-teman kerani daku terlebih dan terlajak emosi. Tetapi, ini blog aku dan aku rasa aku berhak meratibkan kekecewaan aku terhadap mereka yang 'sembang deraih'!

Maafkan daku teman-teman. Hangpa juga berhak tahu kenapa aku jadi benci kepada agamawan dan terkadang aku lebih hormatkan Non-Muslim dalam hal perjuangan membela kebenaran ini.

Kini, aku sudah bagi hak kepada kalian dengan suatu catatan berdarah dan fakta merah - kenapa orang-orang semacam aku boleh jadi emosi sebegini rupa.

Ini baru satu kisah. Ada lagi kisah yang lainnya. Tapi, nanti jadi novel best-seller pulak :) he he..

Aku cerita begini supaya, nanti apabila anda ditanya, kenapa mamat ni jadi begini, maka hangpa dah ada jawapan kepada mereka yang mahu menagih jawapan mengenainya.

"Demi sesungguhnya, mengaku takut nak bela aku itu ternyata jauh lebih mulia dan sangatlah aku hormati daripada 'sembang deraih' nak bela Islam, tetapi bila berdepan dengan keadaan sukar begini, sukar nak bela saudaramu yang sedang ditindas kuasa-kuasa kezaliman." --- H Fansuri (1977 - 20??)

Currently have 3 comments:

  1. Aku Azman says:

    Kekosongan Jawatan Freelance Editor dan Penyusun Atur Huruf di PTS

    PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. membuka peluang kepada mereka yang berminat menjadi freelance di PTS.

    Skop Tugas:
    1.Menyunting manuskrip.
    2.Menyusun atur huruf (layout).


    Calon-calon yang berminat perlulah mempunyai kriteria seperti berikut:
    1. Mempunyai kelulusan akademik sekurang-kurangnya peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana bidang.
    2. Mempunyai peralatan komputer sendiri serta mahir menggunakannya.
    3. Mempunyai kemudahan akses internet dan aktif menggunakannya.
    4. Minat membaca, menulis dan membuat kajian.
    5. Sanggup menghadiri latihan di PTS dalam tempoh yang ditetapkan.
    6. Mampu bekerja mengikut tempoh yang ditetapkan.


    Sekiranya berminat, sila e-melkan resume kepada Puan Nurulhilyati Abdul Halim di nurul@pts.com.my.

    try la abg ali, kot2 leh memacu pitis....Don f pon leh gak...apply la

  1. urangCam says:

    1)Bunga Kemboja atau Bunga Campaka adalah bunga yg same, ncikAli. Itu adalah spesies Plumeria alba sp. atau jg dkenali sbg Frangipani. Bunga Campaka adalah bunga kbgsaan Campa, tp heran jgk i org2 kt Mesia pgl Bunga Kboja..? Mgkin itu adalah lanjutan identiti kami yg dah dicop Kemboja sejak azali..?
    Frangipani mmg tsohor di kawasan Indochina tmasuk Kboja dan Laos. Dan di Laos skg ni ada satu tempat tu nama Campasak, yg mana nama ini adalah antara nama kota di dlm Kerajaan Campa satu msa dlu. Mgkin sj Campasak di Laos skg ini adalah antara tanah jajahan Campa satu msa dlu?
    2) Nama lain bg CT Zubaidah ialah Dewi Nareswari yg bkahwin dgn Cei Bunga dr Kembayat Negara.
    3) Benar, i pon stuju, msh byk kisah purba dan kuno kita dlm rumpun Melayu ni yg perlu diangkat. Insyaallah pasti tb detiknya satu hari nt mgkin ada yg akan mgerakkan hasrat tu, sama2la kite bdoa'.

  1. 1. terima kasih Nai Champa kerana dah bagi sedikit penjelasan mengenai bungan Chempaka dan bunga Kemboja.

    Saya akan buat siasatan lanjut. Hal tentang Champasak juga sesuatu yang berguna.

    2. Ttg CT Zubaidah tu rasanya kita kena membuat pengkisahannya semula. Menarik untuk diketahui masyarakat.

    3. Boleh tak kenalkan saya dengan tiga lagi anak Champa untuk dibuat grup NGO pengkaji Champa?

    Merdeka Champa!