Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

22 Rejab / 15 Julai (Rabu)

Wednesday, July 15, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 8:21 PM

Setiausaha Politik MB S'gor Nik Nazmi sms saya, "Salam sorry Ali, maaf lambat reply." Semalam, dia siarkan kenyataan media dalam Facebook. Dari situ aku buat sedikit laporan berita.

Aku tak sempat membalas sms tersebut kerana ketika aku sedang kalut ke stesen bas Pendang. Semalam dah 'up' news dia nak kirim surat kepada Rais Yatim berhubung sikap RTM tak benarkan dia bercakap dalam program Di Luar Lingkungan bersama Sayed Munawar. KLIK DI SINI.

Dalam perjalanan aku terfikir nak buat 'highlight' isu ini sebagai tajuk besar dan isu Ustaz Shazili lawan Ustaz Azizan dalam HARIAN MALAYSIA. Semua ini tentu perlukan komitmen tinggi!

Naik bas di Pendang pada 11:15 pagi. Keluarga saya dah menghantar adik ipar ke lapangan terbang Kepala Batas. Saya naik motor seorang diri dan letak motor depan Nelson's seperti yang dirancang keluarga.

Nanti mereka akan datang ambil semula motor tersebut. Di Pendang, saya terjumpa seorang awek yang barangkali sudah mahir sedikit alat solekan cara orang kota dan solekan itu, menipiskan bulu kening, menampal tebal bedak di muka, berpakain ketat sudah tidak mencerminkan cara berpakaian gadis-gadis di sini.

Pendang ketika saya tiba pada 1985, selepas tragedi pembunuhan Memali itu adalah tempat jin bertendang. Harga tanah di rumah kami di situ lebih kurang RM?? (saya tidak ingat). Sekarang, dah bukan main tinggi!

Dulu, masa saya berulang-alik dari Pendang ke USM, terpaksa ke Gurun sebab ketika itu belum ada susur keluar pi Pendang. Sekarang dah ada susur keluar itu dan mengikut kata orang, di situ tempat susur keluar yang tercantik di sepanjang susur keluar lebuh raya Utara Selatan.

Sebab, saujana mata memandang, kiri dan kanan terbentang kehijauan sawah bendang!

Tiba di Jalan Duta sekitar 5 petang. Solat di situ sekejap. Makan-makan dan terjumpa Yan yang dok berniaga di situ. Ayahnya masih bekerja sebagai pemandu Mustapha Mohamed (Tok Pa).

"La ni Tok Pa dah tukar ke MITI. Dulu ayah aku jadi driver dia sejak dia pegang Menteri Pengajian Tinggi," kata Yan.

Aku boleh korek rahsia Tok Pa kalau aku nak tapi tak selalu sangat aku jumpa Yan macam dulu waktu aku kerap balik ke Pendang melalui Jalan Duta.

"Tadi, ramai sungguh polis," kata Yan lagi. "Apa keputusan kes Anwar tadi?"

Apabila Yan bangkitkan hal itu, serta-merta aku teringat bahawa hari ini adalah hari perbicaraan kes Anwar di Mahkamah Jalan Duta. Patutlah dia kata polis ramai sangat. Takut reformasi jadi sekali lagi. Aku nyatakan bahawa aku tak tahu saja sebab aku pun baru pulang dari kampung.

Dari situ aku tahu bahawa rakyat sangat dahagakan maklumat. Cara Yan memandang aku sudah lain macam. Dulu, dia ingat aku orang biasa. Sekarang, dah ada dalam kepalanya macam-macam tentang aku. Dia tanya nama penuh aku dan dia kata nak tengok Harakah Daily dan lain-lain.

Susah nak menyamar kalau macam ni. Lebih banyak keburukan apabila orang dah kenal. Orang pun dah mula berhati-hati nak bercakap. Dan, sukar kita nak kutip maklumat apabila orang dah tahu latarbelakang kita.

Dalam surau di stesen bas, aku bertemu lelaki berwirid dan dia menghampiriku untuk meminta duit barangkali. Aku terpaksa buat bodoh walaupun itu bukan sifat aku yang sebenarnya.

Nampak seperti dia tiada cacat cela, bukan capek, cacat anggota, bukan wanita berusia lanjut dan bukan anak-anak kecil. Jadi hatiku tak tergamak nak bagi apa-apa, melainkan kalau yang datang itu adalah mereka yang kulihat memang ada kekurangan.

Baru aku tahu ISTAC itu di mana
Bila naik teksi apabila mahu pulang ke SPKB (kena RM11! Dulu sekitar RM7 jer, dah ada sistem baru) aku ternampak kelibat lelaki peminta sedekah yang masih muda tadi. Kali ini dia berdepan dengan sebuah van pula. Hatiku tumbuh syak wa sangka, khilaf wa ragu-ragu.

Adakah dia sedang meminta-minta pada tuan van atau bersubahat dengan tuan van dalam suatu usaha mencari duit pada orang-orang di sekitar itu? Semoga Allah mengampuniku atas perasaan yang tidak berasas ini. Ketika dalam teksi pun, aku rasa dia kenal muka aku. Nampak masam jer muka dia. Bukan tak nak bagi. Tapi, ada ketikanya hati terasa macam susah nak bagi.

Oleh kerana waktu petang, orang dekat nak balik, dan khuatir jalan 'jam', pakcik drebar teksi itu mengambil jalan ke Bukit Tunku, menuju Lebuhraya Mahameru.

Baru aku tahu, bahawa di Jalan Duta yang boleh masuk ke Institut Integriti Malaysia (IIM) situ rupa-rupanya ada ISTAC, tempat Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas dok mengajar dulu.

Tempat yang selama ini aku dok tercari-cari sudah lama. Ingatkan dekat area Damansara. Maka aku pun berazam mahu ke sana nanti, insya Allah. Luas dan cantik betul kawasan itu.

Patutlah kuliah al-Attas kerap dibuat di IIM, rupa-rupanya dah dekat sangat dah dengan ISTAC tu. Tetapi kalau nak berdepan dengan Al-Attas, ini pun suatu hal yang merumitkan juga. Macam mana dengan orang yang nak bawa aku?

Aku dengar dari Abang Sani Badron bahawa ada manuskrip buku sejak 1961 gagal diterbit sebab dia sendiri tak dapat nak buat kesimpulan terhadap kajiannya itu.

"Dia tak mahu ada orang pertikai kajiannya itu selepas buku itu diterbitkan," kata Abg Sani.

Buku itu, menurut apa yang aku faham, ia berkisarkan sejarah Melayu mengikut versi al-Attas sendiri. Tapi, sebagai yang diriwayatkan Dr Alinor kepadaku sendiri, segala peristiwa mengenai Melayu sejak 1,000 sebelum Masehi, tetap kekal sebagai misteri, 'blur' dan samar-samar.

Semua itu memaksa para pengkaji dan penyelidik membuat andaian, spekulasi dan hipotesis.

5 buah negeri dan 9 raja?
Aku merenung jauh ke dalam diri. Di Negara Champa ada lima buah negeri. Po Dharma itu amat pakar dalam sejarah negeri terakhir yang masih bertahan diserang bangsa Viet di Vietnam, iaitu negeri Panduranga.

Di Selatan Thai, ada lima buah negeri juga-Yala, Patani, Narathiwat...Juga mesti ada 9 raja Hindu yang terkenal itu. (Atau, mungkin Raja beragama Buddha!?)

Setakat ni, Raja Yala dan Pak Tani (Raja Patani terawal) aku dah tahu asal-usulnya. Pak Tani ini konon ada warisnya di UM, seorang pensyarah di Akademi Pengajian Melayu.

Kalau aku dapat 'trace' jejak mereka ini, sedikit sebanyak rahsia Alam Melayu dapat dibongkar! Setidak-tidaknya untuk menambah kefahamanku sendiri.

Akhir-akhir ini, aku terdengar kisah pelik mengenai 'naga' di Sg Muar pulak dah. Ingatkan 'naga' di Tasik Chini saja. Ada juga naga di Gunung Jerai, Kedah.

Dr Alinor kata, Chini adalah kerajaan lama. Apabila Kerajaan Funan jatuh macam komunis Soviet Union jatuh maka lahir Georgia, Ukraine dan lain-lain negara kecil. Kes Chini mungkin seperti itu juga. Jika demikian, Gunung Jerai mungkin pusat kerajaan lama juga.

Macam juga Gunung Ledang. Oleh kerana, sejarah Melayu sejak 1,000 tahun sebelum Masehi ini masih samar-samar dan gelap, maka penyelidik dan pengkaji bebas seperti aku seperti 'bebas' & seolah-olah diberi ruang dan hak untuk buat spekulasi, andaian awal, hipotesis berhubung hal ini.

Naga asalnya seorang 'pertapa' suci. Dan, mereka masih hidup hingga kini. Usia mereka panjang. Sejauh yang aku kesan berdasarkan cerita-cerita orang, Naga wujud di Tasik Chini, Sg Muar dan Gunung Jerai. Cuma, yang paling terkenal ialah di Tasik Chini itulah.

Wallahu'alam... sekian daku berkhutbah .. Nota kuliah SPKB yang entah hapa-hapa.. bersabarlah hangpa ketika membacanya...

Currently have 1 comments:

  1. Dylan says:

    Thanks greeat blog