Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

21 Rejab / 14 Julai (Selasa)

Tuesday, July 14, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 9:56 AM

Pertamanya saya minta maaf atas apa-apa sahaja tulisan kelmarin dan sebelum ni darihal ketidakwarasan saya saat menulis itu. Ini blog saya, tempat saya merehatkan isi kepala.

Saya sedia ditegur tak de masalah. Kalian tidak akan disekat, insya Allah kecuali ada kalimat &#%*&^%#$!!& yang menyakitkan mata yang membacanya. Makian dan carutan, tentunya tidak akan diterima.

Arakian, maka bermulalah catatan sulung tentang sebuah cerpen di laman daily. KLIK DI SINI.

Esok, saya dijadualkan akan pulang ke KL jam 11 pagi. Dalam masa yang sama, adik ipar saya akan berangkat ke Sarawak kerana ditugaskan di sana.

Lalu, tinggalkan Amirul Hakim ditemani ibunya (adik sayalah tu) bersama mak dan ayah serta toknya di Gunung Keriang, Kedah.

Malam tadi, mak dan abah bangkitkan lagi saranan untuk saya tinggal menetap di Langgar. Saya risau satu saja. Rumah di situ dah lama ditinggalkan. Kata orang kalau rumah ditinggalkan lama-lama, bukan anai-anai saja yang duduk, makhluk yang kita tak nampak pun duduk di situ juga.

Tapi, hal kerisauan itu tidak kuceritakan kepada mereka. Err.. ada sapa-sapa tak yang nak jadi Ghost Buster? Dok situ dengan saya, baca al-Qur'an di situ, surah al-Baqarah dalam sebulan ka?

Jual Dinar Emas Kelantan kat saya! Harganya tinggi sikit, insya Allah
Harga emas jatuh lagi baru-baru ini. Kelmarin RM468, hari ni dah RM470. Saya saja nak bagitau bahawa-jika ada sesiapa yang nak jual Dinar Emas Kelantan, juallah kat saya, i'Allah harganya tu lebih tinggi sikit berbanding harga di pasaran.

United States Gold Coin Type Set. $1-$20


How To Buy Gold Now

Di atas ini ada sedikit maklumat perkongsian mengenai kaedah membeli emas.

Investment Advice : How to Buy Gold
Dan, di atas ini ada sedikit panduan nasihat kepada mereka yang nak melabur dalam emas.
Darihal maklumat Cham
Tadi petang, termasuk kelmarin, saya dah berbual (chating) dengan beberapa anak Champa kat Malaysia. Antara beberapa rumusan awal yang saya boleh perturunkan di sini ialah:-
1. Ada golongan Champa bukit yang dijadikan tahanan oleh orang-orang Viet di Vietnam. Unesco pun cuba masuk campur, campur tangan, tapi masalah itu masih belum selesai.
2. Konon ada dakwaan bahawa mereka itu ingin masuk Islam, tapi hajat itu tidak kesampaian.
3. Ada satu kawasan di mana Champa di situ tidak mengerjakan solat 5 waktu, sebaliknya cuma menyerahkan atau tepatnya mewakilkan urusan solat itu kepada imam kampung. Champa Bani namanya, wallahu'alam...mungkin saya silap faham. Saya cuba korek maklumat lanjut kemudian insya Allah Ta'ala.

Currently have 0 comments: