Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

20 Rejab / 13 Julai (Isnin)

Monday, July 13, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 1:34 AM

Pagi ini kuterima sms dari bos, yang meminta dibanyakkan tulisan yang bersifat temubual orang-orang tertentu dan hal itu tidaklah bersifat politik sangat pun.
"Kena interviu tokoh-tokoh bukan politik...walaupun guna nama lain, tapi orang kenal," kata bos.
Tapi, aku harap manusia di sekeliling akan memahami dan bersifat realistik juga. Mana mungkin nak call tiap-tiap hari dengan telefon sendiri. Lain macam kaum wartawan yang ada kemudahan telefon di pejabat. Dan, sekarang aku bukan di ibu kota, tapi di kampung. Sini, sapa ada?
Takkan nak guna telefon sendiri untuk call sumber. Bil telefon sapa nak bayar kalau kita nak call sumber atas alasan nak bekerja untuk syarikat?
Kalau tiap-tiap hari nak keluar untuk cari sumber, susah juga sebab kadang-kadang sumber pun sibuk dan kalau nak keluar cari sumber, minyak motor kena ambil kira juga. Syarikat nak bayar dan tanggung ke minyak motor kita tu?
Dulu, pemblog Penarik Beca pun tulis berita juga dan akibatnya dia pun dikritik juga akibat dah terlalu banyak berita dia keluar.
Maka, rasanya ini bukanlah kerana alasan-penyumbang seperti aku jarang menulis berita, tetapi sebab lain. (Sangka buruk ini berkali-kali kucuba tendang keluar, tapi tak pernah berhasil...)
Aku fikir (semoga aku tersilap hendaknya) jika orang 'pelik' macam aku dibiarkan sedikit ruang untuk bebas berkarya apa saja.
Jadi, 'kedengkian' (sekali lagi, semoga aku silap agaknya) orang ke atasku dapat dimanfaatkan dengan cara mereka terpaksalah rajin menulis untuk mengusir dan menendang bahanku keluar perlahan-lahan. Aku boleh terima cara ini. Yang tak boleh terima ialah - sikap suka memunggah bahanku ke ruangan Surat Pembaca tak pasal-pasal.
Kalau aku tak dibenarkan mengarang, laman tu pakat-pakat tak bergeraklah nanti. Lepas tu Pas Pusat bising, hangpa juga yang gadoh nanti kalau orang atasan tengok laman tu tak bergerak.
Jadi, manfaatkan 'kedengkian' orang terhadap diriku ini. Bukannya kita tak nak buat berita langsung. Oleh kerana kemampuan, minat dan kecenderungan kita lebih kepada pemikiran, maka
Kawan baik yang 'memahami', seribu payah satu
Betullah kata Akmal, memang ramai kawan baik, tetapi nak cari kawan baik yang MEMAHAMI, 'dalam seribu payah satu' (ayat 'dalam seribu payah satu' ini aku tiru dari dialog Salleh Ghani, si penarik beca yang sedang berbicara kepada P. Ramlee dalam filem Keluarga 69).
Memang betul, kawan baik memanglah ramai. Tak semuanya memahami. Ada yang tanya pasai pa tak kahwin tanpa MEMAHAMI faktor kewanganku sendiri. Ada yang tanya kenapa tak buat master tanpa MEMAHAMI ruang masaku yang terbatas untuk membuat urusan tertentu.
Dan, ramai juga yang suka buat 'judgement' tanpa mendahulukan soalan kenapa dalam keadaan tertentu, aku berbuat tindakan tertentu. Contoh ini, banyak sekali kedapatan ketika bergelut dengan HEP di USM dulu. Memang ramai kawan-kawan PKPIM, PMI, Gamis yang baik, tetapi yang begitu MEMAHAMI, dalam seribu payah satu.
Kenapa aku bertindak lawan HEP? Tidak kasihankah pada ibu bapa awak yang takut awak kena buang universiti? Banyak lagi timbunan soalan yang sampai sekarang aku tak sempat nak jawab.
Dalam seribu watak kawan-kawan yang baik ini, cukup payah nak dicari walau seorang yang nak memahami. Proses untuk cuba memahami ini perlukan kejujuran untuk bertanya dan kekuatan menadah telinga untuk dengar apakah masalah orang itu. Adakah kita dapat lakukan semua ini?
Kenapa orang suka sangat membebel dan marah-marah kat aku ni? Apa yang dah aku buat kat depa ni? Berkurangkah duit depa dengan sebab aku menulis ni? Sedikit pun tidak kan?
Apa masalahnya aku bekerja di M'siakini dulu dan aku membantu Harakah lewat penaku ketika permit penerbitan Harakah digantung? Pantang aku tulis pasai masalah Harakah sikit, dan kena.
Sampainya hati call aku untuk halang aku masuk ke opis. Ini lambang sikap Islam ke?
Aku takut betul kalau Pas menang dan perintah negara dalam keadaan sikap dan watak macam ni masih wujud, berleluasa dan bermaharajalela.
Fuh.. sudahlah membebel. Sekarang, waktu bekerja...
Tiket bas telah kubeli
Sudah kubeli tiket pulang ke Kuala Lumpur. Rabu pagi jam 11:00. Harga tiket ada peningkatan. Dah RM39 rupa-rupanya. Tapi, tak mengapa. Aku pilih 'single seat'. Dijangka tiba di KL, 5 p.m.

Currently have 4 comments:

  1. Anonymous says:

    Kawan yang baik memang ramai tetapi kawan baik yang memahami memang tak ramai...

    memang betul pernyataan itu cumanya usah salahkan mereka, sekurang-kurangnya mereka berusaha dan prihatin sungguh untuk membantu kita. Mereka mungkin tidak tahu kaedah atau " cara yang sebenar yang boleh saudara ali boleh rasa difahami", sebab itulah yang datang pertolongan itu dalam keadaan yang kita sendiri tidak selesa.Bersangka baiklah wahai saudaraku.

    Kadang-kadang cara bertanya tu mungkin salah dan kita tak boleh terima, tetapi niat mereka ikhlas membantu saudara untuk mendapatkan tempat yang lebih baik. Tak dapat banyak, sedikit mungkin boleh mereka sumbangkan. Sekurang-kurangnya doa iaitu senjata orang beriman.

    Cuba fikirkan kita sendiri pun kadang-kadang tidak dapat memahami diri kita sendiri.Tak mengapalah saudara, sabar dan terus ikhlas.

    Apa penting KITA PERLU BERUSAHA MEMAHAMI ORANG DISEKELILING KITA DAHULU UNTUK KITA DIFAHAMI.

    "TRY TO UNDERSTAND IN ORDER TO BE UNDERSTOOD"

    Maaf jika hujah saya ini agak kasar. Sekadar pandangan saya. Nilailah dengan penuh kesarjanaan dan rasional.

    Wa Allah Hu A`lam.

    -Abdullah Ahmad

  1. terima kasih saudara Abdullah Ahmad

    saya kerap diasak dengan pelbagai soalan di universiti dahulu.

    saya tak kisah kalaulah kata-kata itu terbit daripada musuh seperti HEP, Aspirasi dan Umno.

    Tetapi, kawan-kawan sendiri...

    Persoalan yang semacam itu memang masih wujud dalam fikiran orang-orang kita, hatta selepas keluar universiti pun, saya masih juga bertembung dengan fikiran yang semacam ini.

    Hal sedemikian menyebabkan saya jadi marah-marah.

    Kita berdepan dengan Najib, rasuah dan ilmu hitam Rosmah, tapi masih ada soalan-soalan remeh yang juga masih bertanya, "Hang tak takut ka ditahan FRU? bla.. bla.. dan mcm2 soalan lagi yang seangkatan dgn nya." --- Ini yang memenatkan.

    Sepatutnya, tak perlu tanya dah..

    Terus bekerja. Kena tangkap nasib lah. Kena bunuh nasiblah.. Jangan tanya.Ini semua membunuh keyakinan terhadap perjuangan serta menanam benih keraguan dalam hati.

    Rugi... sungguh banyak kerugian..

    Yang bernama pejuang itu tak perlu banyak songeh, lawan tetap lawan, sama ada demonstrasi jalanan, dok atas pentas intelektual, menulis blog, mereka tetaplah pejuang ...

    Mereka ini dah tak banyak songeh. Terus je bekerja. Kena tangkap, nasiblah, kena bunuh nasiblah, anak bini yang tak terbela nasiblah..

    Masyarakat sekeliling yang selalu bertanya, apa nasib keluarga awak dan anak-anak, sepatutnya mereka itulah yang jangan banyak cakap & sebaliknya terus menghulurkan bantuan untuk tahanan ISA dan para pejuang yang ditahan dalam penjara

    Masyarakat yang banyak songeh tadi sepatutnya tak perlu tanya. Beri duit, taja anak-anak tahanann ISA untuk belajar ke peringkat tinggi seperti di universiti...

    Saya dengan sesungguhnya sangat mengerti bahawa memang ada dalam kalangan kawan-kawan saya tu yang sebenarnya memang nak ambil peduli terhadap saya sebenarnya.

    Golongan yang seperti ini, yang pernah saya marah-marah, maka saya minta maaflah banyak-banyak. Saya harap, mereka yang jujur, ikhlas datang bertanya ini akhirnya akan perlahan-lahan mengerti bagaimana cara, sikap dan pendirian saya selama ini terhadap sesuatu isu.

    Kalau nak menulis macam-macam kat H Daily, ingat pimpinan Pas boleh ke terima kesemua? Tak boleh. Dia orang pun bukannya berani sangat.

    Macam-macamlah halangannya. Kena kritik juga depa ni. Sombong sangat

    Jadi, kawan-kawan yang bertanya dengan penuh kejujuran ini tidak saya jauhi mereka malah saya pun beri nasihat dan penerangan juga.

    Tapi, yang tak bestnya, saya pun beri 'nasihat' tu dalam keadaan marah-marah. Biasalah tu...

    Jadi, janganlah ambik hati sangat dengan orang yang angry young man macam saya ni. Saya bersedia juga untuk dimarahi. Ini perkara biasa.

    Yang mengecewakan saya ketika di kampus dulu adalah kalangan orang yang 'sembang kemaih' tidak takut HEP, last-last diam saja, tinggal saya sorang2 dok fight. Apa kes?

    Ada yang takut ke depan sebaliknya tolong dari belakang, mereka ini juga termasuk dalam kategori yang saya suka.

    Mereka ni ikhlas dan jujur mengaku takut, tapi masih support daripada belakang. Saya tak marah langsung kat depa ni. Malah saya hormat!

    Terima kasih saudara Abdullah Ahmad kerana menyebabkan saya tergerak menulis darihal kisah di masa silam...

    Kalau buat novel dan cerpen best jugak ni. Anyway, kawan2 sekalian.

    Inilah blog saya.. rupa paras dan wajah hati nurani saya. Yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruk itu terbit daripada PPSMI, Abdullah Ahmad Badawi, Najib Razak dan Tun Mahathir.. he.. he..

    [tak dak aih, lawak saja. yg buruk itu memang dari tabiat buruk saya sendiri...]

  1. Anonymous says:

    Sama-sama, Kalau nak best lagi, Apakata kita sama-sama doakan mereka yang tak " berani" atau bermasalah tu...moga-moga mereka diberikan hidayah dan petunjuk. Mudah-mudahan mereka insaf dan betindak sewajarnya mengikut landasan agama.

    Doa itu power!.

    -Abdullah Ahmad

  1. ye, boleh juga doa tu..

    cuma, bagi yang masih lagi belum bersedia ini, mereka perlu diberikan penerangan lebih lanjut supaya lebih faham kenapa kita perlu berjuang.

    Perjuangan ini hadir bersama pakej kefahaman ke atas perjuangan.

    Sebab itu, Al-Banna menjelaskan bahawa RUKUN PERTAMA BAIAH itu adalah FAHAM.

    Yang dok jadi lemah, kalah dan takut semua ini, semuanya bermuara dengan sebab tak faham kenapa kita perlu berjuang, ditambah penyakit tak ikhlas, sombong, nak menonjol diri dan lain-lain.

    Ish, jadi panjang pulak ceritanya nanti.

    Tapi, paling mudah begini sajalah.

    Cuba tengok senior-senior yang dulu bukan main ganas di kampus.

    Mereka pergi ke mana? Itu salah satu cara mudah untuk kita buat penilaian walaupun penilai seperti ini kurang tepat. Tapi, memadailah untuk dijadikan sebagai ukuran.