Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

19 Rejab / 12 Julai (Ahad)

Sunday, July 12, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 12:31 PM

Aku menonton DVD Memoir of A Geisha. Kisah ketika Amerika mula masuk menyerang Jepun. Ia kisah cinta, bersulamkan sedikit unsur politik.

T. S. Lanang, guru kewartawananku pernah menuliskan perihal Jepun dilanggar Amerika dalam surat panjangnya kepada Dato' Baha Zain.

Lalu, telah merasuk suatu lintasan dalam fikiranku, supaya mencari terjemahan novelnya dalam bahasa Melayu. Tapi, di mana nak dapatkan terjemahan dalam bahasa Melayu? ITNMB ke?

"Tapi, kalo nggak ada terjemahannya gi mana?" demikian hatiku berperang dengan akalku.

"Kau harus terjemahkan!" bisik suara hatiku lagi. "Segera!"

Aku menonton tak pernah habis kisah ni. Ada saja gangguan. Hampir semuanya disebabkan oleh disiplin mengarang.

Seharian suntuk, aku mengadap PC, leptop, PC, leptop...

Sarah dah balik dengan adik lelakiku dan adik iparku ke Sungai Petani. Aku dah tahu mengenai bagaimana mahu menambat hati budak-budak.

"Kena puji yang baju dia tuh cantik," kata mak dan abah, memberi petua. "Kena puji sikit, ceh... cantiknya baju dia."

Mungkin ada kebenarannya. Budak-budak kan sukakan pujian. Pujian ada kata-kata semangat dan pendorong, motivasi untuk mereka melakukan sesuatu sehingga berjaya!

Tadi Sarah bermain dengan tin. Aku cuba rebut, mula-mula dia bagi, buat tak kisah saja bila aku ambil tin itu. Kali kedua, dia rebut balik. Kali ini aku berikan pelajaran pertama walaupun dia tak faham apa perkataanku itu.

"Ini pelajaran pertama-jikalau hak kita dirampas, wajib kita mempertahannya!" demikian aku berkhutbah. Sama ada gadis kecil berusia setahun itu faham atau tidak, masa yang menentukan.

Currently have 0 comments: