Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

18 Rejab / 11 Julai (Sabtu)

Saturday, July 11, 2009 , Posted by Ibnuamir al-Pendangi at 10:03 AM

Menjelang Maghrib semua ahli keluarga telah berkumpul. Emak dan abah gembira sekali kerana menantu dan cucu mereka telah bersatu.

Aku gembira juga kerana telah pun berhasil menyiapkan beberapa bahan dengan menggunakan leptop adikku.

Yang tak gembira satu sahaja - asyik-asyik hujan. Tak sampai 5 minit hujan berhenti, kemudian hujan balik. Antara pantang larang saya - jangan mengarang ketika hujan, takut dipanah kilat, he.. he..

Jadi, saya menambah satu lagi hal yang boleh menghalang saya mengarang - hujan yang disertai KILAT, PETIR dan GUNTUR.

Dulu, yang menghalang kita mengarang cuma tiga perkara saja-(1) Sakit (demam); (2) Sibuk; (3) Mati. Hal ini juga bermaksud, tiada unsur makhluk yang sepatutnya boleh menghalang kita dari mengarang. Yang boleh halang kita adalah Khaliq - Tuhan - Pencipta - Allah.

Sakit (demam), sibuk, mati semuanya terkait dengan ciptaan Tuhan. Auku dan sekatan manusia untuk tak mengarang, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan ini kita bolehlah mengatasinya dengan keberanian, kejujuran dan kebijaksanaan, insya Allah Ta'ala.

Maka, sekarang ada 4 perkara yang menghalangku mengarang-Sakit, Sibuk, Mati dan Kilat. Dan, semua itu ciptaan Tuhan belaka. Selain itu, tiada apa yang boleh menghalang aku kot?

Saksikan bahagian terakhir Laskar Pelangi, himpunan kisah manusia yang enggan menyerah dan pantang kalah kepada apa-apa sahaja tantangan hidup!

Laskar Pelangi - 12



Tadi, godek-godek internet, terjumpa lagu klasik Ayam Den Lopeh. Saksikang, dengarkang ...

Ayam Den Lopeh

Yang ini pula, lagu yang asal, nyanyian Elly Kasim.

Elly Kasim - Ayam Den Lapeh

Tidak kuketahui apakah yang sebenarnya ingin disampai lewat lagu ini. Semuanya berkisarkan nama-nama tempat yang pernah aku kunjungi di Padang dahulu.

Payakumbuah, Pandaisikek, Andaleh, Pagar Ruyuang, Batu Sangka dan lain-lain. Apakah isi lagu ini terkait dengan sikap orang-orang Melayu Minangkabau yang gemar berjudi dengan sabung ayam? Ada juga babak sekilas mengenai ayam sabung di situ. Wallahu'alam ...

Pengajaran dari filem Glory Road (True Story)
Saya mula mengenali apa itu 'nigger lover' ketika berkenalan dengan novel To Kill A Mocking Bird, karya Harper Lee ketika menuntut di Matrikulasi USM, 1997. Harper Lee adalah rakan baik Truman Capote, pengarang novel In Cold Blood yang terkenal itu.

Maka, malam ini, ketika menonton tayangan larut malam di TV3, saya menyedari ada lagi karya filem; Glory Road yang turut menyiarkan kisah yang sama - diskriminasi perkauman yang amat hebat di Amerika Syarikat.

Ada satu babak di mana salah seorang pemain basketball membaca dan membelek buku Elijah Muhammad. Elijah ini guru kepada pemidato terkenal, pejuang Islam berkulit hitam; Malcolm-X dan akhirnya Malcolm-X menjadi guru kepada peninju lagenda yang terkenal; Muhammad Ali.

Texas Western vs. Kentucky 1966

Saya rasa perlawanan di atas adalah perlawanan teragung yang mengangkat Texas Western dan selepas itu pasukan itu telah menjadi terkenal, menjadi lagenda pasukan bola keranjang. Sebagai pasukan yang memiliki ramai orang kulit hitam, mereka dihina dan disisih dari masyarakat.

Dalam novel To Kill A Mockingbird saya mula mengenali watak seorang lelaki budiman, peguam Atticus yang membela nasib seorang pemuda berkulit hitam.

Atticus disisihkan oleh masyarakatnya sendiri dan dicop sebagai 'nigger lover'. Ketika 'arwah MJ menukar rupa parasnya supaya kelihatan putih, hal itu barangkali bukan didorong oleh perasaan malunya menjadi orang kulit hitam, tetapi dia didorong oleh rasa ingin kelihatan cantik.

Para peminat MJ bukan hanya kulit hitam, malah yang berkulit putih pun tetap sukakan MJ.

Moral: Amerika perlukan berapa tahun untuk bebaskan diri, jiwa dan pemikiran mereka dari perangkap diskriminasi. Tetapi, kita mungkin terlepas pandangan terhadap diskriminasi USA ke atas negara-negara lain.

Mana boleh filem dan kebudayaan kita nak lepas masuk dalam pasaran Amerika ni. Boleh lulus ke? Tetapi, berapa ramai sangat yang nampak benda ni? KFC, Burger King dan Mc Donald boleh masuk Malaysia. Ketupat rendang, dan produk kita yang lain kena ada MS ISO dan pelbagai lagi jenis sekatan. Apa...?? Yang ini bukan diskriminasi ker?

Currently have 1 comments:

  1. Teman-teman sekalian, jemputlah ke laman saya...

    http://harianmalaysia.com