Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

17 Rejab / 10 Julai (Jumaat)

Friday, July 10, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 10:36 AM

Hari ini berjaya selesaikan beberapa penulisan dari tengah hari sehingga ke malam. Syukur, baru rasa hidup ini semakin bermakna.

Ibah dan Syukor balik, sempat aku melihat keponakanku yang kedua; Amirul Hakim. Kemudian, mereka dan emak pergi ke Sik. Tinggal aku sendirian di rumah. Aman dan tenteram rasanya.

Malam ini, ketika mengarang, baru saya dapat kesan, sudah ada ruangan Sastera sebenarnya di Daily. Hal ini mengingatkan saya kepada ketabahan Pak Zahari Hasib, seorang penulis puisi yang sudah lanjut usianya dari Teluk Intan.

Petang tadi, Syeikh Taufiq call dari opis Jalan Pahang Barat. Dia membawa khabar mengenai hal Pak Zahari itulah. Ada bungkusan gula-gula sehingga menyebabkan aku jadi segan.

"Dia sengaja datang dari jauh nak bagi benda tu pada enta," kata En. Taufiq. "Kerap juga dia tanya, adakah ana dah bagi kiriman puisinya kepada enta tu."

"Habis... apa enta kata?" tanyaku kembali.

"Ana kata kat dia yang ana dah bagi dah gula-gula tu pada enta, padahal enta masih lagi di kampung.." jawabnya kembali. "Jadi, kalau dia call, cakap je yang enta dah terima."

Pak Zahari ini aku mengenalinya ketika aku masih lagi bekerja di Siasah. Kegigihannya mengirim puisi dan kemudiannya mengirim gula-gula kepada ALO menyebabkan aku kerap rasa terpukul.
Dia barangkali sama seangkatan dengan Pak Razali Endun, Hj Amin Nordin yang gigih, tabah dan pantang menyerah kalah jika didapati tulisannya tidak tersiar. Mereka telah hidup dengan suatu sikap yang paling agung.

Dan kalimat itu terangkum dalam ucapan Pak Harfan kepada murid-murid Laskar Pelangi yang dicetak dari madrasah Sekolah Dasar Muhammadiyyah di Pulau Belitong, Indonesia.

"Hidup ini, kalian jangan pernah mengalah, dan pantang menyerah... Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya dan bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya."

Laskar Pelangi 11


Pak Zahari dan Pak Razali mungkin adalah antara contoh ikutan dan teladan hidupku sepanjang usiaku di dunia. Mereka ini telah mewakafkan masa untuk mengarang dan menulis. Demikianlah aku ini. Jadi, ruangan sastera di Daily telah wujud, ekoran desakanku bertalu-talu.

Sepanjang hidupku, dengan izinNya aku telah berjaya mendesak agar diwujudkan kolum Sastera edisi cetak dan edisi internet. Juga politik kampus edisi cetak dan internet.

Saya mesti berbangga dengan semua ini. Berbangga itu 'proud', 'pride' dan hal itu tiada salahnya. Yang salah itu adalah berlagak, sombong, congkak, bongkak dan pongah atau 'arrogant'.

Ada bezanya proud, pride (bangga) dengan berlagak sombong, bongkak (arrogant).

Jadi, tiada masalahnya dengan puisi Imra al-Qais, "Laisal fata man yaquulu kana abi, wa lakinnal fata, man yaquulu ha ana za."

(Bukanlah pemuda jika dia hanya bercerita tentang keagungan nenek moyangnya. Tapi, pemuda itu ialah mereka yang berbangga ketika bercerita mengenai hebat dirinya.)

Semoga aku termasuk dalam kelompok manusia yang sepanjang hidupnya tak pernah mengenal apa makna kalah, hidup dengan pantang menyerah kalah kepada keadaan dan nasib malang dan bernafas di sini hanyalah untuk memberi dan bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya.

SPKB mahu buka wacana Perbandingan Agama
Apabila timbul kisah Natrah (Maria Hertogh) meninggal dunia, aku teringat kembali ke era silam yang penuh pancaroba. Ketika Aisyah Bukhari dimurtadkan. Pantang betul kalau ada orang yang ada mirip namanya denganku membuat onar. Rasa nak betulkan keadaan itu hadir tiba.

Pada zaman ini, orang yang selalu bikin onar ialah Saiful Bukhari dan Mustapha Ali. Ish, samalah juga namanya dengan diri ini. Sebab itu, aku memerangi mereka sedaya upayaku.

Perihal kemurtadan Aisyah Bukhari itu akhirnya membawa daku ke Alur Setar; untuk membeli Bible. Tiba di rumah, ayah terperasankan Bible. Aku kena marah teruk petang itu.

"Lepas Maghrib, bakar Bible tu di belakang rumah!" demikian kata abah.

Pabila usiaku menginjak dewasa, ayah tidak lagi marah-marah apabila dia melihat aku mengelek bahan-bahan bacaan Kristian dan agama-agama lain. Mungkin dia sudah faham dan mengertilah dia akan tabiat pembacaanku ini.

Dalam masyarakat Melayu kita, sememangnya mereka dengan cepat menaruh sangsi kalau ada kedapatan antara anak-anak mereka memegang Bible. Perasaan khuatir itu ada faedahnya juga. Aku tak menafikannya. Tapi, dengan kebijaksanaan, dia harus atasi masalah itu melalui debat.

Ibu bapa pada zaman ini perlu lengkap ilmu dan sempurna pengetahuannya sebaik mungkin dan rapi dengan jalur fikiran serta kemas tersusun pula falsafahnya.

Pernikahan bukan sekadar mengejar keindahan malam pertama dan malam-malam seterusnya. Saya sekadar meletakkan sebuah video klip 'Battle of the Angels' untuk tatapan rakan-rakan.

Battle of the Angels

Jesus Christ - Battle of Angels - Funny video clips are a click away

Sebenarnya, ketika menonton tv tadi, saya terjumpa drama Thailand, Battle of the Angels. Oleh sebab para pelakon wanitanya comel, cun lagi bergetah adanya. Maka, saya pun mengetuk pintu, menggodam ke dada pengetahuan Syeikh Abu Yahoo wal Ibnu Google.

Hasilnya, terbitlah klip video versi Kristian ini. Dan, tiadalah saya bertemu sampai ke sudahnya, klip video Thai tersebut. Saksikan beberapa 'nas-nas' dalam Bible yang mungkin mirip al-Qur'an. Dan bermula dari situlah SPKB akan melancarkan wacana Perbandingan Agama, insya Allah.

We Are The World Performed Michael Jackson Memorial 7.7.2009


Saya sekadar ingin bertanya... Sejak akhir-akhir ini... berikutan kematian Michael Jackson serta berakhirnya tempoh penantian Maria Hertogh (Natrah) di dunia ini sejak menderita leukimia, di sana, apakah sudah ada kepastian untuk kita berterus-terang, berbicara langsung terhadap para penganut agama lain, khasnya dengan tujuan ilmiah ini?

Lihat saja paparan klip video ini. Sudah ada simbol-simbol perlambangan agama yang sudah pun dikembangkan tanpa ada masalah lagaknya.

Tetapi, cubalah hal yang semacam ini dikembangkan dalam negara kita. Harus bermandi darah!

Saya cuma mampu berdoa semoga akan tiba pada suatu saat nanti, saya dapat berdebatlah juga dengan penganut agama lain tanpa batasan sehingga tiada sebarang kuasa pun yang memotong, menyekat debat tersebut. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

Currently have 2 comments:

  1. Aku Azman says:

    Salam,

    Abg ali, mohon wujudkan juga ruangan sastera di harianmalaysia.com.

    mungkin ia boleh memberi ruang yg lebih maafaat kpd pengiat sastera tanah air kita.

    Saya menggesa agar kanda Ali dapat meluluskan harapan ini.

    usah lupa update harianmalaysia.com ya! hehehe

  1. tq, insya Allah boleh saja. Tapi, di kampung ni kekadang internet ni ada problem.

    Jadi, ada sedikit kesukaran nak update. Harap, kalau masing2 kita boleh update sekurang-kurangnya 3 news sehari dah oke.

    1. tolong ikhtiar untuk masukkan jumlah pelawat, Hi-Stat ..

    2. tolong masukkan gambar. tang bab ni a.ali tak reti.