Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

16 Rejab / 9 Julai (Khamis)

Thursday, July 09, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 7:14 AM

Hari yang mengharubirukan. Sibuk dengan terjemahan. Kebetulan di kala ini rumah saya wifi, bluetoothnya ada masalah. Akhirnya kini, saya berada di Open Internet di pekan Pendang.

Saya terpaksa cari CC di Pendang kerana tak dapat hantar bahan terjemahan dari rumah. Jadi, sekarang barulah saya dapat kirimkan bahan berkenaan dan saya dapat menunaikan kewajipan menulis blog ini dengan sedikit selesa.

Dah makin hebat dan maju nampaknya Pendang ni. Ketika keluar tadi, mak tengah perangat nasi. Tak sempat makan. Esok, mungkin balik ke Sik untuk ziarah tok dan tokwan. Dengar kata, tok di Sik dah demam-demam. Mereka teringin nak tengok cicit.

Kehidupanku setiap saat bergelut dengan internet sentiasa. Tanpa internet, tak boleh aku menulis dan mengarang sebagai biasa. Disiplin menulis ini kena tinggi. Jadi, sesiapa yang mahu menulis semata-mata nak mengejar glamor, memburu kemasyhuran, berenti sajalah.

Saya akan mula membawa dua isu 'mengarut' untuk men'tension'kan sesiapa sahaja yang berani mengunjungi blog ini. He.. he.. Tetapi, sebelum 'tension', silahkan menonton sambungan filem ini terlebih dahulu.

Laskar Pelangi part 10


Gamis adalah Pas di kampus?
Petang tadi, rakanku dari Johor call, berbual mengenai isu Gamis yang menjadi proksi Pas. Dia mungkin kurang bersetuju dengan pandanganku sebelum ini.

"Sekarang di bawah kepimpinan Gamis yang baru, nampaknya mereka nak ubah tanggapan itu," kata rakanku lagi.

Ada dua keadaan di sini-adakah Gamis mahu singkirkan tanggapan bahawa Gamis (PMI) adalah Pas kerana mereka mahu ada sedikit ruang kebebasan atau mereka takutkan dakwaan HEP dan Aspirasi ke atas mereka seperti yang kerap dilaungkan oleh Akhbar Api Perjuangan Mahasiswa yang cukup bedebah muatan isi fitnahnya itu?

Rumusan awal-saya bersetuju jika Gamis mahu bebas atas alasan mahu kebebasan dan tidaklah terkongkong dengan peraturan Pas. Tetapi, jika usaha penyingkiran imej Gamis = Pas itu kerana wujud kekhuatiran bahawa nantinya HEP akan kenakan hukuman ke atas mereka dengan sebab Auku, maka tak payahlah mereka berusaha keras menyingkirkan imej itu.

Panjang bahasannya nanti. Saya pula tengah menaip di CC kat Pendang ni. Mak tengah nantikan kepulangan saya ni. Adios...

(Isu ini akan saya cuba panjangkan kemudian jika ada ruang kesempatan, insya Allah.)

Kalau ditangkap ISA macam mana?
Rakanku di Tanjung Malim (saya mesti merahsiakan identitinya untuk keselamatan dirinya) ada membangkitkan perihal sikap saya yang kerap berterus-terang lewat penulisan saya ini. Dan tak tahu pula dia merujuk kepada gaya penulisan dan artikel mana yang disifatkan berterus terang sehingga khuatirkan saya ditahan ISA itu.

"Nanti, jika ditangkap, tak kasihankah kepada ibu bapa dan anak-anak isteri?" tanya beliau.

Pertanyaan seperti inilah yang mengundang kemarahan dan saya pun mengangkat suara malam tadi. Jadi, sebelum apa-apa, saya memohon maaf ke atas sikap saya semalam.

Ketika di kampus, tidak sedikit rakan-rakan yang berkata begini. "Nanti, kalau PTPTN ditarik macam mana? Kalau lawan HEP dan Auku, nanti dibuang universiti macam mana?"

"Tak takut ker kalau pengajian awak bermasalah dengan sebab penulisan dan kenyataan awak sebelum ini?" tanya seorang teman lagi.

Yang mendukacitakan ialah, semua pertanyaan itu terbit daripada pihak yang bertudung labuh dan berserban ketayap. PKPIM dan Karisma jangan cakaplah. Lagi takut dan tak banyak cakap.

Kekadang saya hairan dengan orang Cina, Dema dan PBT (Persatuan Bahasa Tionghua). Mereka ini tiada falsafah mengenai iman dan ketaqwaan kepada Tuhan.

Kita lengkap segala. Daripada sujud ke sejadah sehingga melempar batu jamrah di Mina. Semua amalan itu membawa roh kita kepada dua pengertian - takutlah kepada Allah dan jangan pernah gentar dalam memerangi kejahatan dan kemungkaran.

Sujud ke sejadah itu lambang atau asuhan jiwa, didikan rohani agar selalu takutkan Allah kalau kita tak berjaya hidup di dunia ini sebagai khalifah. Sementara melontar batu di jamrah bila kita menunaikan fardhu haji adalah lambang kepada semangat berani menentang kemungkaran.

Kenapa kemungkaran masih berlaku? Jangan disalahkan Umno 100%. Salahkan kita yang tidak berani mengubah kemungkaran itu. Kenapa di dalam universiti masih berleluasa perkara bodoh dan memenatkan fikiran kita, kerana pensyarahnya penakut dan siswanya tidak berani.

Kenapa Malaysia rosak begini? Kerana kita punya 13 mufti (lebih kurang) tapi araknya itu masih berleluasa dan mereka pun berdiam diri. Kalau bersuara, ceritanya masih di sekitar lingkungan fiqh haidh dan nifas.

Kenapa Perak bermasalah? Jangan salahkan Umno dan Najib 100%. Tanya kepada Mufti Perak, adakah beliau berani berbicara dengan Sultan Perak agar diadakan semula pilihan raya. Adakah beliau berani membawa suara kepada baginda supaya menyiasat kehilangan 3 adun hingga telah menyebabkan berlakunya lompatan parti sehingga rebahnya Pakatan Rakyat di sebuah negeri?

Kita pun tidak minta Mufti Perak memihak kepada Pas. Berpihaklah kepada kebenaran. Itu saja dan kalau berpihak kepada kebenaran itu (dalam konteks sekarang) bererti sokong kenyataan Pas, maka apa salahnya? Bukan dia memihak kepada Pas dalam semua segi. Pas pun tidak minta mufti-mufti memihak kepada parti mereka. Itulah yang aku percaya selama ini.

Jika dalam keadaan tertentu, memberi kenyataan tertentu atas nama kebenaran, maka bererti dia memihak kepada Umno, apalah salahnya? Tak kan semua yang Umno buat tu salah kot?

Jadi itulah masalah dan dillema dalam masyarakat kita hari ini. Singkat dan dangkalnya kita fikir tentang sesuatu. Kalau menyanggah kerajaan, lalu kita ditangkap, maka dengan sebab itu isteri dan anak-anak terabai, lalu kita pula dipersalahkan, bukan kerajaan yang dipersalahkan.

Saya tahu, ada yang 'tension' membaca coretan ini. Saya lagi 'tension' nak menjawab persoalan di sepanjang liku-liku hidup ini. Baiklah... dah lama ni, setakat ni bila internet di CC dan RM2:03.

Maaf cakap, masa makin singkat di CC ini. Saya perlu balik ke rumah segera kerana ibu sedang menunggu. Juga nak tonton DVD selepas 'tension' menterjemah, sambil makan French Fries.

Apa-apa pun, komen saya begini sajalah ya. Kalau di kampus saya tak melawan, Allah s.w.t tidak akan mengangkat darjat saya sehingga ke tahap yang seperti saudara/i lihat sekarang.

Kejahatan ini terjadi bukan dengan sebab ramainya penjahat. Menurut Einstein, kejahatan telah terjadi dengan sebab ramainya orang-orang yang baik, tetapi mereka tidak berusaha membuang kejahatan yang terjadi di depan mata mereka.

Alamak... dah RM2:10 dah! Sekian cukuplah saya berleter setakat ini, adios!

Sekolah Pemikiran Kg Baru
Cawangan Pendang
11:03 malam, 9 Julai, 2009.

(u/p: Harga RM2:20, pada masa 1 jam dan 06 minit.) --- Wassalam ...

Currently have 0 comments: