Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

14 Rejab / 7 Julai (Selasa)

Tuesday, July 07, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 11:12 AM

Dinihari
Malam itu, saya bertemu ALO di opis Jalan Pahang Barat. Beliau pun memberikan buah fikirannya tentang cara-cara menamatkan tugasan projek ISA selepas atau sebelum 1 Ogos.
"Buku ini dikenang sampai bila-bila," katanya. "Biar lambat, tapi berkualiti. Jangan panjang. Jadi dalam sebulan ini, enta kena bergelut dan berenang dalam lautan kisah ISA saja."
Kami saling melagakan fikiran dan pendapat. Aku temui beberapa kesulitan terbaru juga setelah menyedari, bahawa tulisan Kak Laila Othman di halaman 31, Harakah terbaru telah memuatkan nama aku. Patutlah TMJ kata kat aku tadi ...

"Enta pi ke Geneva ker baru-baru ni?" tanya TMJ dengan penuh kesinisan. Bila aku semak lagi, rupanya ada kesilapan di pihak layout. Nama Kak Laila sepatutnya tertera, tapi, akibat kecuaian, mereka letakkan nama aku di situ. Fuh! Ada pulak peserta wanita yang peluk aku. Ha... ha...

Pagi - Tengah Hari
Selesaikan bahan dan abah pergi ke Putrajaya, menghadiri peperiksaannya sebagai pesuruhjaya sumpah. Hala nak pergi kena RM31.30, driver India dan elok pula layanannya, begitu kata abah.

Hala nak balik, 'terkena' RM50. Abah bayar juga. Nak buat bagaimana? Dah terpaksa. Aku pun terfikir juga. Abah dah tua-tua ni masih menyabung nyawa mencari rezeki dan kehidupan untuk anak-anak. Aku mesti bela tanah di Langgar tu untuk abah dan mak.

Ya Tuhanku, jadikanlah pembelaan ini sebagai salah satu amal soleh dan kebaktianku kepada ibu bapaku. Semoga amalan ini akan turut diperhitungkan sebagai salah satu syarat untuk mencapai keredhaanMu ya Rabb.
Laskar Pelangi part 8
Dalam perjalanan ke hotel, NY call aku, menyatakan bahawa beliau sedang menuju Jalan Pahang Barat. Aku terbaca 'posting' NY lewat Facebook dan blog Kawatnya bahawa Generasi Pengarang 2000 (GP2) perlu berbuat sesuatu bagi memaknakan perjuangan mereka abad ini.
"Aku tak dapat jumpa, orang tua datang dari kampung," begitu kataku. Mungkin dia perlukan teman berdebat dan rakan berbicara. Dan, aku pula, seperti biasa, perlukan rakan mengumpat, taulan yang dapat mengutuk kebiadapan Najib Altantuya.
Jika demikian halnya, aku tak dapat melunaskan segala hajat dan impiannya itu. Mungkin lepas aku pulang ke KL, barulah dapat menyambung semula bualan yang lalu.
"Oh, jumpa orang tua, kiranya kau dah jadi budak baik lah ni?" ... "Balik kampung buat apa? Cari emas?" demikian asakan soalannya bertalu-talu bagaikan molotov cocktail yang digunakan polis FRU dan telah meletup beberapa pertanyaan bagaikan letupan bom peledak C4 adanya.
Huh! Yang pastinya, dia dah selongkar habis blog aku ini. Biarkan, aku percayakan ketelusan.
Kami 'check-out' hotel lalu mengirim Masyi ke rumah sewa barunya di Kelana Jaya. Pergi Giant dan makan-makan di Food Court. Kemudian, kami bergerak pula, lalu tersesat kira-kira sejam di Rawang. Rugi masa, duit minyak dan tenaga!

PPSMI
Dalam perjalanan pulang, Maghrib tadi, Faisal PKPIM sms, "Salam, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan umum keputusan PPSMI pagi esok. Minta buat solat hajat dan doa agar perjuangan kita untuk mansuhkan PPSMI berjaya. [PKPIM] Sebarkan."

Aku tak berani nak komen apa-apa. Nak buat solat hajat pun entah boleh atau tidak. Aku macam tak yakin je yang Muhyidin Yassin akan mansuhkan PPSMI ni. Aku harap ramalanku ini silaplah hendaknya. Amin, ya Rabbal 'Alamin..
Kalau tidak, terpaksalah aku memerangi TPM ini habis-habisan. Aqil pula sms, "Sudah tahukah keputusan PPSMI esok?" Aduh! Banyak soalan yang tak terjawab sebenarnya dalam PPSMI ini.

Dalam perjalanan, kuterima sms bos yang menyatakan bahawa dah ada komplen daripada pihak tertentu yang menyatakan bahanku sudah banyak. Jangan banyak ulasan, begitu kata mereka.
Kalau aku tak menaip, nampak gaya tak banyak nak bergeraklah laman tu. Kalau aku masukkan bahan, ada orang bising pulak dah. Tapi, depa juga yang tak mahu masukkan bahan. Susah betul nak 'deal' dan berbincang dengan orang-orang macam ni. Tuhan... kurniakan daku kesabaran...
Bermalam dan berdinihari di Sungai Petani, Kedah
Ketika menaip ini, saya, abah dan emak sudah berada di rumah sewa adik lelakiku bersama adik iparku dan anak saudaraku Sarah yang comel. Dah lama tak pulang, dia pun tak kenal agaknya.
Tapi, dia asyik memandang wajahku berulang-kali. Aku jadi geram. Usianya sudah setahun lebih dan aku tidak berpeluang dan kurang berkesempatan melihatnya tumbuh membesar di depanku sendiri, lantaran kesibukan bekerja di ibu kota.
Keletahnya begitu menghiburkan. Alah, anak-anak itu adalah ahli syurga yang tak banyak dosa!
Malam tadi, selepas mak dan abah tidur, aku dan adik lelakiku berbincang banyak perkara juga. Tentang penerokaan kami ke Kampung Jelutong di Pendang, mencari emas. Perniagaan di Ebay termasuk pembelaan tanah warisan di Langgar.
"Abang ni mungkin dua minggu ada di Kedah dan dua minggu lagi di Kuala Lumpur," demikian aku jelaskan tentang rancanganku. Hubunganku dengan KL sebaiknya jangan diputuskan seperti hubunganku dengan Samarinda, Jakarta, Sulawesi, Guangdong, Champa, Texas dan California!
Opss! Terlupa satu lagi - Err.. Mongolia! (3:07 a.m, Sungai Petani, Kedah)

Currently have 0 comments: