Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

13 Rejab / 6 Julai (Isnin)

Monday, July 06, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 5:17 AM

Hari ini abah dan mak dah masuk hotel Holiday Villa. Saya masih berkurung di SPKB, menghabiskan tulisan-tulisan penting.

Hari ini, saya mendapat beberapa perkara yang penting.

1. ALO mahu jumpa untuk segerakan perbincangan mengenai ISA.
Ulasan: Tak sempat jumpa lagi.

2. Saya menerima kiriman sms D'Rimba yang katanya, mahu berbincang hal penting.
Ulasan: Tak sempat jumpa, tak sempat balas sms.

3. Dr Ali, UKM mengirim sms meminta saya membentang kertas kerja untuk Seminar Ahli-Ahli Muda Asasi yang akan diadakan di sekitar Lembah Klang.
Ulasan: Tak sempat nak membalas sms.

4. Dapat surat jemputan untuk hadir ke Majlis Penyampai Hadiah Sastera Berunsur Islam Ke-12 pada 17 Julai depan.
Ulasan: Belum sempat sahkan kehadiran. Bila masa aku hantar karya? Ke, cuma jemputan saja kot? Okaylah kalau gitu.

5. Surat dari KBI, mengesahkan bahawa aku telah didaftarkan sebagai ahli.
Ulasan: Nanti bila dah banyak, boleh buat pinjaman. He he.

Tengah mancatat ini, tetiba abah panggil untuk di Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru. Mutakhir ini, saya tak dapat buat banyak perkara kerana bebanan tugasan dan karangan. Kepada rerakan yang pernah call, tapi saya tak jawab dan buat mereka yang sms saya, tapi tak sempat saya nak 'reply', harap maaf. Nanti, saya akan menjawab kemudian.

Sebelum kalian memarahi diri ini, maka silahkan berhibur dengan Laskar Pelangi... he... he...

Laskar Pelangi part 7

Currently have 0 comments: