Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

12 Rejab / 5 Julai (Ahad)

Sunday, July 05, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 12:12 PM

Hari ini, aku bertemu 'bakal; adik iparku di Kg Baru. Sesi berkenal antara keluarga. Sekali imbas - dia seperti orang baik-baik. Mak dan abah tak ada sebarang bangkangan.

Abah akan pegi ke Putrajaya Selasa pagi, menghadapi peperiksaan untuk melayakkannya menjadi Pesuruhjaya Sumpah. Dalam hatiku dah ada 80 peratus kembali ke desa, apatah lagi setelah aku mendengar penemuan emas di Pendang, daerah pertapaanku.

Lagipun, kalau boleh bertapa di Langgar, mungkin mudah aku berguru dengan Pak Su Mid dekat Kuala Nerang. Tapi, aku rasa laluanku menuju ke Selatan, kenapa dengan tiba-tiba aku bergerak dan terpaksa kembali ke Utara?

Apakah aku perlu takluk kawasan di Utara kembali? Jeng, jeng, jeng ...

Apa pun...kalaulah tanah di Langgar berjaya aku rebut, itu bererti, ia adalah daerah pertapaanku selepas SPKB, Gunung Jerai dan Tanjung Tuan.

Arwah Tok Langgar dari Yala, mestilah tanah itu keluarga kami pertahankan daripada serangan dan cerobohan. Kalau aku gagal dalam kes sekecil ini, jangan harap aku dapat takluk negara yang lebih besar wilayahnya kelak.

Dalam perjalanan ke rumah Mak Ndak, terbongkar kisah perebutan tanah Tok kat Langgar dan aku rasa, aku perlu ambil pot dalam hal itu.

"Ali dok la kat Langgar tu," kata mak dan abah kepadaku dalam kereta, sepanjang perjalanan ke rumah Mak Ndak di PJ.

"Tapi, bagi Ali tempoh dok kat Kg Baru sampai Ramadhan ni," pintaku lagi. Alang-alang mandi, biar basah! Alang-alang berebut tanah pusaka, biar sampai berdarah! Alang-alang dok kat Jalan Raja Alang, biarlah sampai Ramadhan ni supaya aku sempat merasa bubur lambuk di sini.

Biarlah hingga muka aku masuk paper ketika beratur mengambil bubur lambuk di Masjid Jamek Kg Baru, he... he... Ini tidak... dah 4 tahun aku di sini, tak masuk-masuk paper lagi ni, apa kes?

"Ya, lah.. dia nak rasa bubur lambuk kat sini," pintas emak pula. Sebenarnya, kenangan di sini, amat sukar kulupakan. Daerah mengurat lagi dikenang, inikan pula daerah sembayang terawih.

Sebenarnya, petang-petang di Jalan Raja Alang, dengan riuh-rendah di sepanjang jalan, bazaar Ramadhan di sini, memang berbeza. Aku suka betul dengan suasana Bazaar Ramadhan di Jalan Raja Alang ini. Hatiku, jiwaku telah lama menyatu di daerah ini. 4 tahun beb! (2005 - 2009)

Kemudian, selepas balik dari membeli juadah di bazaar, aku akan berteleku depan TV, menonton Jejak Rasul, Syahadah sehingga tibanya waktu Maghrib untuk berbuka puasa. Fuh! Syahdu...

Laskar Pelangi part 6


Langgar, tempat bersejarah!
Rumah arwah Tok Langgar tidak jauh daripada Makam Diraja Langgar. Dekat dengan pekan dan tidak jauh dari Hospital Sultanah Bahiyah yang baru dibina itu. Tanah di situ memang bernilai.

Barangkali, inilah ujian terawal yang harus kutempuh untuk melayakkan aku merebut kawasan tanah di Negara Champa, wilayah Selatan Thai dan dan wilayah Selatan Filipina di Nusantara ini.

Jika tanah di Langgar pun aku tak boleh pertahankan daripada diceroboh orang, maka sukarlah aku buktikan bahawa aku ada kebolehan untuk membuat taklukan demi taklukan.

Ada beberapa tempat yang bernama Langgar di Malaysia ini. Selain Kedah, ada juga Langgar di Kelantan. Bila kusemak, rupanya Langgar ini dalam makna lain, maksudnya ialah 'Pondok'.

Ketika aku dijemput menyertai acara Mastera-DBP pada Julai-Ogos 2007, di Kalimantan Timur, aku perhatikan surau dan madrasah di Kota Samarinda itu dinamakan sebagai Langgar.

"Jadi, kalau kecelakaan dan kemalangan jalan, dipanggil apa di sini pak?" tanyaku kepada Acep Zamzam, seorang penyair mapan Indonesia, yang ada pertalian darah dengan orang-orang yang soleh di sana.

"Oh, kita panggil tabrak," jelasnya ringkas. Orangnya jelas memang tidak banyak berbicara, dan sikap seumpama itu kerap terpancar pada setiap orang yang baik-baik sikapnya.

Aku kena 'explore' dengan lebih jauh dan mendalam lagi. Kata orang yang pernah aku dengar - di Langgar ada sebuah masjid terpencil yang dibina tanpa paku. Wallahu'alam ...

Jejak-jejak dan kesan peninggalan lama ini sepatutnya kita kena gali sedalam-dalamnya, dedah dan seterusnya hebahkan untuk manfaat umum.

Kisah burung helang
Kakti bercerita mengenai 'hiking' di Muka Head, Penang. Di beberapa tempat yang tidak dilawati orang, ada burung helang di situ. Adikku membuka cerita itu ketika kami makan Char Koteaw di Vista Angkasa ketika menunggu Mashi dengan 'bakal' adik iparku itu.

"Lepas kami tangkap gambar burung helang tu, tiba-tiba gambar tu hilang bila kami transfer dalam PC," kata kakti. "Gambar kami tak hilang, gambar burung helang saja yang hilang."

Aku terus jadi panasaran dengan kisah mistik itu. Di Malaysia ni, Langkawi adalah tempat helang singgah. Lang (helang) dan kawi (merah). Sebab itu, pulau itu dinamakan Langkawi.

Burung Helang ini barangkali waris kepada burung garuda, sejenis burung purba yang sangatlah terkenal dengan kesaktian dan kesombongannya. Pernah hidup di era Nabi Sulaiman kononnya.

Hal ini pernah diriwayatkan dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Menurut makcik dan pakcik, ada seekor 'raja' yang tinggal di Tanjung Tuan.

Semua burung helang ini akan turun ke selatan menuju Indonesia melalui Tg Tuan. Kemudian kalau semua helang ini mahu ke utara, mereka ini akan melalui Tanjung Tuan juga.

Ini kerana, ada seekor 'raja' yang tinggal bertapa di situ. Dan, mereka ini perlu mengadap 'raja' mereka apabila sudah cukup haulnya.

Maka, jika di Muka Head, Penang itu ada kawasan yang jarang dikunjungi orang dan ada burung helang yang kita nak ambil gambarnya tiba-tiba hilang dari kamera, aku rasa depa tu bukanlah sekadar burung-burung helang!

Currently have 0 comments: