Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

11 Rejab / 4 Julai (Sabtu)

Saturday, July 04, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 6:13 AM

Ke Sogo, ada sidang media mengenai pemansuhan ISA hari ini di sana. Saya tiba ketika mereka dah masuk ke bahagian tertentu untuk mengedarkan risalah mengenai aktiviti masa depan; 1 Ogos.

Aku dimaklumkan ALO tentang perkembangan hari ini. Kita lawan ISA ni lama jugak. Tapi, dalam tempoh melawan itu, anak-anak, isteri tahanan ISA masih miskin dan menderita dan tiada sokongan kewangan.

Kita masih 'round Malaya' untuk mengirim gambar kepada pembaca akhbar, bahawa kita sudah memberikan duit kepada mereka. Aku fikir, kita masih memberi 'ikan' dan bukan 'pancing', 'jala'.

Aku fikir GMI, Harakah dan kita semua mestilah bertindak lebih dari itu - membeli tanah serta mengupah orang-orang kita sendiri mengusahakan tanah-tanah tersebut. Keuntungannya, boleh menampung keluarga tahanan ISA, menyokong pelajaran dan pembelajaran anak-anak mereka.

Ada beberapa perkembangan hari ini ...

Seorang rakan telah berjaya mendapat master di UM. Dia dapat biasiswa RM1700 sebulan. Rasa gembira bagi pihaknya, rezekiku belum tiba lagi buat masa ini.

Yong sudah merdeka dari minggu 'ragging' dan orientasi di Upsi. Dalam celotehnya dia bercerita mengenai tempat barunya, ketiadaan wireless dan sebagainya.

"Tak de wireless di sini," kata Yong lagi. "Lepas tu, depa siap warning, jangan terlibat dengan aktiviti politik, buat blog yang biasa-biasa tak apa la, jangan buat blog berkaitan politik."

Aku angguk-angguk. Itu amaran biasa. Kita semua sudah melalui detik begini. Hari ini aku mahu bercerita mengenai perkembangan dan hasil dapatanku berhubung kerajaan Melayu Champa.

Barulah aku faham nama-nama Champa yang aku lihat dalam Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) itu; Pau Gelang, Pau Bania, Pau Gama dan pelbagai gelar 'pau' lagi. Aku tak tahu, adakah 'pau 'ini yang memberi nama kepada kuih penganan Pau Madura, kuih pau yang kita kenali hari ini?

Wallahu'alam..Bagaimanapun, semenjak debat antara Nai Champa semalam, termasuklah bualan dengan Dr Ali, bersama Aqil dan Hanif, aku mengenali sosok yang bernama Po Dharma.

Siapakah Po Dharma?
"Dia masih hidup," kata Setiausaha Asasi yang berusia sekitar 40-an itu. "Namanya klasikal, itu yang menyebabkan kita fikir dia dah tiada."

Tadi, aku terima mel-e dari Aqil. Ada bahan makalah untuk di'upload' dalam Kesturi.net. Aku pun terjumpa catatan pensyarah UKM, Mohamad Zain bin Musa yang dianggap pakar di dalam sejarah Champa. Memang ada dicatatkan nama Po Dharma itu.

Jadi, jika sejak dulu ada nama Pau Gelang, Pau Bania, Pau Gama dan lain-lain Pau yang menjadi keturunan diraja Champa, maka Po Dharma ini, namanya masih kekal mengikuti nama dahulu.

"Dia Muslim?" tanyaku kepada pensyarah itu.

"Bukan... dia atheis," jawabnya ringkas. Po Dharma kini menjadi EFFO, sebuah badan di negara Peranchis dan beliau mahir bahasa dan tulisan Cam, begitu aku difahamkan oleh NaiCham.

Sejak semalam, telah aku dapat gambar-gambar Po Dharma yang aku anggap sebagai 'guru'ku dan akan kupastikan untuk berguru dengannya sebagak mungkin. Dia di Peranchis. Ya, sehingga di Peranchis, aku tetap akan mengejarnya, kalau diizinkan Allah.

Laskar Pelangi (5)


Anak-anak miskin di Pulau Belitong pun boleh ke Universioti Sorbonne, kenapakah pula aku tak boleh sedangkan ini semua untuk keperluan menggali khazanah bangsa sendiri!

Laskar Pelangi berani bermimpi, dan mimpi itu, bak bait kata lagu kumpulan Nidji - adalah kunci untuk kita menaklukkan dunia!

Nidji - Laskar Pelangi


Aku rasa.. Po Dharma amat sesuai jadi guruku lantaran bawaan sikapya yang low-profile seperti T. S. Lanang, Prof Shaharir dan beberapa orang yang low-profile.

Di Siasah dulu aku sempat temubual Dr Shaharir dan aku terkejut ketika melihat perawakannya yang lebih kurang T. S Lanang. Mereka inilah pensyarah yang patut diangkat, bukan pensyarah hari ini yang takut-takut, suka mengampu dan sebagainya.

T S Lanang, Prof Shaharir, Tok Kenali, Al-Attas, dan lain-lainnya termasuk yang terkini, iaitu Po Dharma, sudah kumasukkan dalam senarai aku.

Emas ditemui di Pendang?!
Ketika menggodek-godek di internet, aku terbaca laporan menyatakan bahawa ada emas yang telah ditemui di Pendang. BACA DI SINI - Penduduk Pendang sibuk cari emas

Tetapi, dengan tetiba Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak dan buat kenyataan baru tentang penemuan emas di Tobiar, Pendang itu. BACA DI SINI - Jika sah emas, kerajaan negeri arahkan PTG tutup kawasan kuari: Azizan)

Mak dan abah dah tiba di rumah pakcik di Gombak. Esok pagi, aku dijadualkan pergi ke sana. Di sini, hatiku dah berbelah bagi, apakah harus aku kembali ke Pendang, meninjau kawasan emas?

Padahal, di ibu kota masih ada banyak pekerjaan yang perlu aku lakukan. Kalau ada banyak mas yang aku dapat, boleh beli tanah, rumah dan bla, bla, bla...

Kalau ada tanah di Texas, semua mineral; gas, petrol, emas dan berlian adalah milik kita. Tapi, di Malaysia, keadaan tidak seperti di Amerika. Jadi, kalau jumpa emas di tanah anda, jangan heboh kepada sesiapa, lombong sendiri lagi baik!

Tiba-tiba aku teringatkan kata-kata Tok Kenali, sesiapa masuk ke hutan mencari rotan, tetapi di tengah jalan bertemu emas, maka hendaklah diitinggalkan emas dan terus mencari rotan.

Dalam kes aku, jangan-jangan Tok Kenali sedang berbicara dengan roh aku sekarang ini. Tak apa lah Tok Kenali, cucu balik Pendang dulu. Mohon maaf kerana melanggar pesanan tok yang cucu anggap sebagai salah seorang guru-guru cucu! (10:10 p.m)

Currently have 0 comments: