Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

10 Rejab / 3 Julai (Jumaat)

Thursday, July 02, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 5:59 PM

Petang - Malam

4 petang saya tiba di UKM. Ahli Asasi sedang bermesyuarat. Cuma satu hal yang saya rasa terkilan kerana hal itu tak dapat dibuat. Iaitu, Seminar Pertahanan Melayu, anjuran bersama Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM).

"Mereka tolak sebab mereka rasa sains pertahanan Melayu ni cuma keris saja," kata Prof Wan Ramli.

"Ya, sebenarnya, kalau tengok Queen of Langkasuka pun, ada meriam hebat," kata Dr Alinor.

Dalam mesyuarat, mereka bangkitkan hal 'claim' mileage. Ish, rasa segan pulak. Kalau pergi ke UKM, dapatlah habuan duit minyak atas urusan mesyuarat dan apa-apa yang berkaitan dengan Asasi. Banyaklah benda yang dibualkan tadi. Antaranya ...

a. Champa ada lima buah negeri yang berbeza raja dan mungkin berbeza loghatnya. Masalahnya, mereka tak bersatu dan asyik bersengketa sesama mereka dan akhirnya satu persatu tumbang.
b. Dalam chat bersama anak Champa-mereka menyebut mengenai Jrai; sebuah kawasan gunung sehingga aku menyangka bahawa Gunung Jerai di Kedah itu ada hubungannya dengan mereka.
c. Anak Champa diserang rasa lemah diri untuk menuntut kembali hak mereka. Jadi, di wilayah Asean kini, selain tuntutan ke atas wilayah Selatan Thai dan Selatan Filipina, maka ada tuntutan ke atas Champa yang hilang ditelan putaran tsunami ganas ekoran penjajahan Khmer yang disokong Peranchis, seperti mana gabungan Thai - British yang akhirnya menjajah Melayu Selatan Thai.
d. Dalam seminar Champa - Kelantan semalam, menurut Dr Ali, anak-anak Champa sudah tidak lagi memiliki keberanian untuk mendesak agar negara mereka dikembalikan. Dan, sebab itu juga tiada orang yang mengetahui nasib mereka ini.

Selepas tamat mesyuarat, Aqil mengajar aku dan Hanif, cara-cara upload bahan artikel, makalah dalam laman Kesturi.net. Mereka gunaWordpress rupa-rupanya. Kemudian, aku dan Hanif telah dilantik sebagai AJK dalam Facebook Asasi termasuk webmaster Kesturi.net

Bertambahlah bebanan dan tugasku. Tapi, tak apaalah. Bak kata Paf Harfan dalam filem Laskar Pelangi, jangan pernah menyerah dalam hidup ini... hidup untuk memberi sebanyak-banyaknya dan bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya.

Pulang SPKB, aku singgah Le Blanc tempat perfoyaanku. Rakan dari Johor masih tidak puashati ke atas sikapku menolak idea Kerajaan Perpaduan. Ideanya kali ini, ialah DAP Kedah ugut mahu keluar Pakatan Rakyat di Kedah.

"Jadi, sebab itu Haji Hadi dah nampak awal dah sikap DAP ni,.. bla, bla, bla.." katanya lagi.

Jawapanku terhadap situasi ini tidak panjang sangat.

ULASAN POLITIKKU
1. DAP memang macam tu. Samada mereka berada dalam PR atau tidak, kes babi ini tetap akan menjadi tajuk perjuangan mereka. Jika mereka bukan berada dalam PR Kedah, nescaya mereka akan kata, "Kami bantah MB Kedah." Tetapi, oleh kerana mereka berada dalam PR Kedah, lalu mereka berkata, "Kami nak keluar dari PR Kedah."
2. Isunya masih tetap sama, cuma lafaznya berbeza, iaitu kes pertama - mereka mungkin desak MB Kedah letak jawatan, etc. Tetapi, oleh sebab dah bergabung, maka mereka kata nak bercerai dengan PR Kedah.
3. Jadi, tidak boleh kata DAP ugut nak keluar PR Kedah, maka itulah alasan Hj Hadi nak bersatu dengan Umno untuk beri tekanan ke atas Cina DAP. DAP tak tertekan, bukan niat mereka mahu ambil kuasa pun. Saja nak kacau ja.
4. Dengan hal yang sama, kalau mereka bukan dalam PR Kedah pun, DAP tetap bikin onar dalam keadaan lain juga. Dan, lafaz kali ini, tidak lagi dalam bentuk ugutan untuk keluar dari PR Kedah.
5. Kalau Hj Hadi nak bergabung dengan Umno atas alasan, nak tekan Cina DAP, khasnya dalam hal babi ini, adakah Umno sebuah parti yang nak mengharamkan babi?
6. Dah lama Umno wujud dalam keadaan penternakan babi masih wujud. Apa ertinya Kerajaan Perpaduan dengan Umno yang masih mengekalkan penternakan babi. Umno pun jenis takut nak hapuskan penternakan babi. Kalau mahu bergabung Umno-Pas pun untuk membentuk kerajaan perpaduan, agak-agaknya Umno berani nak gertak MCA, Gerakan untuk hapuskan penternakan babi?
7. Pendirianku tetap jelas-bahawa Haji Abd Hadi nak teruskan Kerajaan Perpaduan ini bukanlah kerana nak memberi tekanan kepada bukan Melayu dan bukan Islam, tapi untuk mendapatkan kuasa. Dan paling menyedihkan, sikap ini menyebabkan Pas dianggap sebagai pengkhianat.
8. Kenapa aku anti Anwar Ibrahim? Hal ini tak pernah aku bercakap kepada ramai orang. Ramai orang mungkin ingat aku pro-Anwar sebab aku anak orang Abim dan kerana aku PKPIM. Anwar pernah dianggap pengkhianat sebab masuk Umno dan sebab itu ramai memusuhinya.
9. Sungguh mudah, begitu simplistik mereka membuat bacaan perhitungan politikku. Kenapakah mereka tidak bertanya, kenapa selepas 1998, aku terus isi borang keahlian Pas? Kenapa aku dah masuk Harakah dan corak penulisanku tak seperti orang Abim lagi?
10. Aku tahu ramai orang Pas, Gamis tak suka Anwar. Ini perkara biasa. Tetapi tahukah mereka bahawa ramai betul orang-orang Abim yang tidak sukakan Anwar. Tahu tak kenapa?
11. Satu sahaja - sebab Anwar masuk UMNO dengan sebab ajakan Mahathir. Itu jelas. Bukanlah semua orang Abim menyebelahi Anwar dalam hal ini. Ayah aku antara salah seorang yang tidak sukakan Anwar masuk Umno.
12. Bila aku masuk universiti, begitu dangkal budak-budak Pas menuduh PKPIM macam aku ini pro Anwar. Sesiapa pun tak tahu identiti dan cara berfikir aku. Aku rasa depa ni tak adil. Mudah sangat buat judgement. Tidak halus fikiran mereka dan tidak mendalam analisis mereka.
13. Sekarang, giliran Hj Abdul Hadi pula nak bersahabat dengan Umno. Dulu, orang kritik Anwar walaupun Anwar berhujah, nak basuh dari dalam. Jadi, orang benci Hj Hadi sekarang, sama juga dengan cara orang benci Anwar sebab masuk Umno. Itu jelas. Cuma hujah saja berbeza. Dulunya nak basuh kekotoran dari dalam. Sekarang, konon nak bagi tekanan kepada Cina pulak.
14. Sekarang, ada hujah nak bersama Umno (Kerajaan Perpaduan) untuk beri tekanan terhadap parti-parti bukan Melayu, khasnya Cina. Ini semua adalah hujah yang boleh dipatahkan.

Konflik 'kelas' bukan konflik 'perkauman'
15. Kenapa Melayu kita masih belum faham dan mengerti bahawa konflik yang berada di dunia ini bukan konflik antara kaum, ras dan keturunan sangat, tetapi konflik antara 'kelas'.
16. Kelas atasan tindas kelas bawahan. Ada orang kaya Cina tindas orang Cina miskin. Ada orang Melayu kaya menindas Melayu miskin.
17. Tetiba, ada 'Cina kaya' menindas 'Melayu miskin'. Dalam kes ini, orang tiba-tiba nampak KECINAAN yang menindas KEMELAYUAN, bukan KEKAYAAN menindas KEMISKINAN.
18. Kalau tidak, kenapa al-Quran kerap membawa slogan mustakbirin (kaya) serta mustadhafin (yang lemah). Ini kerana, perang kebanyakannya bersifat KELAS dan bukan PERKAUMAN.
19. Kenapa Firaun (bangsa Mesir) boleh bergabung dengan Qarun (Bani Israel, sepupu Musa a.s) untuk memperhambakan golongan Bani Israel itu sendiri? Firaun kaya dan Qarun kaya. Mereka itu setaraf; KAYA, datang dari kelas atasan. Jadi, mereka tidak bergaduh.
20. Ada Melayu, Cina dan India yang kaya dan boleh bermain golf sekali, tiada masalah lantaran mereka sama-sama kaya. Ada Melayu, Cina dan India miskin yang dapat makan minum, berbual berkongsi satu meja sebab apa? Sebab mereka setaraf kewangan ekonomi.
21. Orang Cina miskin nak datang rumah Cina kaya pun kena perambat. Begitu juga, Melayu miskin nak ke rumah Melayu kaya rasa segan. Perbezaan taraf kelas itu yang memisahkan. Dan, konflik kita bukan perkauman sangat, tetapi perbezaan kelas.
22. Hanya yang kerap terjadi dalam realiti hari ini, CINA KAYA tindas MELAYU MISKIN. Dan, tiba-tiba kita isytihar ini adalah 'perang' antara kaum dan bukan konflik antara kelas.
23. Betapa berjayanya Umno memandulkan fikrah Melayu, membongsaikan cara berfikir orang muda hari ini sehingga menyangkakan bahawa ada tekanan dalam bentuk parti dan perkauman, sedangkan tekanan yang sebenarnya hadir dlaam bentuk kelas.
24. Sebab itu, kita terlanjur 'menghalalkan' 'pemergian' sang presiden ke dalam BN dengan suatu anggapan, untuk mengenakan tekanan daripada pihak KAUM CINA dan bukan lagi isu KELAS.
25. Fuh! Hebatnya Umno dan bijaknya mereka menipu... Tak boleh nak salahkan Umno 100%. Kita sendiri malas membaca, kurang berdebat secara ilmiah. Yang lemah berfikir kerap ditindas pemikirannya oleh mereka yang licik, ligat tipu-dayanya seperti Umno ini.
26. Wallahu'alam ...

Nak cakap panjang-panjang pun tidak guna. Baca BN CUBA PECAH-BELAHKAN PAKATAN RAKYAT

Itu adalah kenyataan langsung daripada Haji Abdul Hadi sendiri yang mungkin telah menginsafi masalah yang ditimbulkannya gara-gara idea Kerajaan Perpaduan itu. Wallahu'alam ...

Terima panggilan dari abah. Mereka akan tiba di KL setelah menghantar adik bongsuku di UiTM Perak. Aku dah booking hotel Holiday Villa Isnin ini ketika hampir tiba di SPKB.

Malam ini di Yahoo konferen, aku saksikan pertarungan antara dua aliran anak Champa. Mazhab pertama, melihat 'sejarah' sebagai kaedah penyatuan bangsa Cham yang bertaburan ke serata dunia. Mazhab kedua, melihat bahasa sebagai alat penyatuan anak-anak Cham itu.

Aku di tengah-tengah menyaksikan debat mereka. Matlamat untuk menubuhkan NGO supaya anak-anak Cham ini menyatu di bawah NGO tersebut gagal malam ini.

Malam ini juga lantaran kesibukanku chat sambil menonton filem biografi mengenai penulis yang terkenal di Amerika Syarikat, Truman Capote (pengarang In Cold Blood) maka aku batalkan niat untuk berfoya-foya di Le Blanc, Jalan Yap Ah Shak.

###

Pagi
Bertolak dari Gombak, menuju SPKB. Syura antara Don-Don di Sabaking semalam telah merumuskan hal-hal berikut:-

1. Bantuan akan diberikan kepada buruan Najib selama dua tahun di perantauan.
2. Dalam tempoh dua tahun, ahli buruan Najib akan dilatih untuk mencari duit di perantauan.
3. Ada badan-badan antarabangsa di UN, UNHCR akan memberikan perlindungan kepada buruan Najib itu.
4. Dan lain-lain hal yang masih bersifat kerahsiaan tahap agung, rahsia sulit, rahsia pada Don.

Laskar Pelangi part 4


"Depa kata, sampai suatu tahap, mereka akan bantu kita hidup di luar negara kalau Najib ingin cari pasal dengan kita dengan sebab usaha kita ini," kata Don shy di Sabaking semalam.

"Pasai tu la Abg Ali cakap sebelum ni, kita kena beli tanah di Texas sebagai persiapan," kataku lagi mengingatkan mereka tentang kegilaanku yang lalu.

Bukan boleh kira sangat dengan Najib ni. Dia ni ganas orangnya. Kalau dia boleh culik 3 Adun sehingga rebah PR di Perak, apakah kalian fikir Najib tak boleh nak tangkap aku?

Hanya yang mendorong semangatku adalah lafaz yang terbit dari lidah Pak Harfan sendiri dalam Laskar Pelangi, "Hidup, jangan pernah menyerah! Hidup ini adalah untuk memberi sebanyak-banyaknya dan bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya."

Ini antara kalimat teragung yang membakar semangat sumpah kesetiaan hingga menyala terang daerah gelap sebelum ini yang bernama KEBENARAN. Daripada hidup mengendong kepalsuan dan kezaliman, lebih baik mati sebagai baja yang akhirnya menumbuhkan pohon KEBENARAN!

Kalian boleh teliti kalimah Pak Harfan ini pada minit ke 6:00 saat Pak Harfan mula berkhutbah mengenai perang antara 313 askar tentera, melawan 1,000 orang tentera Quraisy yang lengkap bersenjata. Mustahilkah ketiga-tiga pemuda yang berkualiti ini dapat menggoncang dunia? Janji, kita kena berani dan sanggup mati.

Selepas itu guru bangsa itu mengingatkan bahawa hidup ini perlu banyak memberi dan bukan perlu banyak menerima. Tapi, dalam kes di HD, aku nak memberi sebanyak-banyaknya pun ada sekatan sesekali, apa kes? Orang nak bagi, depa tak mau nak terima pulak dah.

Pagi ini juga sebelum berpecah; menuju haluan perjuangan masing-masing kami berbual tentang perancangan masing-masing selepas ini.

Saya akan terus bertindak, kami sudah berjuang, berbual, berbincang dan bermimpi sudah lama. Dan, impian itu akan hampir menjadi kenyataan. Berawal dengan mimpi, bermuara dengan kisah tindakan bodoh, kami berani mencuba.

Jikalau Laskar Pelangi meriwayatkan 10 putera, puteri Pulau Belitung, Indonesia yang akhirnya telah membawa salah seorang anak muridnya yang tercetak di SD Muhammadiyyah ke Paris...

Apakah Sekolah Pemikiran Kg Baru tidak berhasil mencetak murid-muridnya menjelajah serata benua!? Mereka memang suka bermimpi dan memburu mimpi dan mengejar impian tersebut.

Persamaan antara kami dengan Laskar Pelangi, ialah kami anak-anak yang dicetak SPKB sangat berani bermimpi dan mengejar apa-apa yang telah kami putuskan lewat mimpi kami itu! (10:14 a.m)

Currently have 1 comments:

  1. Anonymous says:

    WL
    情趣用品

    提供上千種成人商品線上購物服務--專營情趣商品、男女自慰用品、性感睡衣、情趣用品批發、自慰套、SM商品、逼真情趣娃娃、跳蛋、按摩棒、同志用品、TENGA飛機杯..,可線上刷卡及貨到付款。 ... 收到的東西會有情趣用品的字樣嗎? 轉帳之後,如何通知這筆款項是我付的
    導航