Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

23 J. Akhir / 18 Jun (Khamis)

Wednesday, June 17, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 11:23 AM

8:15 malam-Baru lepas mengirim terjemahan, merdeka rasanya. Tetapi, kena pergi uruskan bagasi adikku pula. Tak apalah, dalam ruang keterbatasan waktu ini, saya mahu berbicara kepada anda mengenai pandanganku mengenai ujian, musibah yang menimpa ke atas PR mutakhir ini.

Baca berita MAHFUZ, SALAHUDIN MINTA USTAZ NASHARUDIN JUMPA TOK GURU

1. Cikgu Pa pernah berjumpa Nik Aziz selepas Nik Aziz marahkan Cikgu Pa kerana keluar suatu kenyataan di muka depan, berhubung 16 September tidak akan berlaku. Tak tahulah kali ini Ust Nasharudin mahu jumpa Nik Aziz atau tidak.
2. Aku rasa seelok-eloknya Pas berpecah buat sementara. Pas Hj. Hadi bergabung dengan Umno dan Pas Nik Aziz masih setia berkiblatkan pemerintahan bersama PR.
3. Antara benda halal, tapi Allah tak suka ialah 'talak'. Jadi, bila kita syor Pas berpecah, bukanlah kita pun seronok tengok Pas berpecah. Tapi, sebagai yang disabdakan Nabi sendiri, antara benda yang halal, tapi Tuhan tak suka, ialah talak, bercerai, berpecah dan berpisah. Faham betul-betul maksud saya ini.
4. Nabi Muhammad pernah berdoa mengenai tiga perkara. Tapi, doa terakhirnya tidak makbul; iaitu jangan umatnya berpecah-belah. Kalau Nabi sendiri Tuhan tidak makbulkan doa mengenai perpaduan, maka siapa pula kita nak satukan orang ni?
5. Virus, bakteria Kerajaan Perpaduan ini Haji Abdul Hadi sendiri yang cipta secara tidak sengaja dan kita nak tahu juga apakah sebabnya maka dengan tiba-tiba idea ini terlongsor dari lidahnya? Ust. Tantawi tak dapat nak datang untuk memberikan penjelasan lewat Kopitiam dan akibatnya orang-orang bawahan akan meraba-raba dalam kegelapan, sesekali terlanggar dengan spekulasi sehingga menyebabkan kita terjebak dengan tribulasi.
6. Yang mencipta virus bakteria ini perlu bertanggungjawab meminta maaf kalau dia silap. Tapi, kalau dia yakin bahawa apa yang dibuatnya itu adalah betul, apatah lagi dia mengkritik ahli-ahli Pas sebagai kelompok yang tidak faham konsep Kerajaan Perpaduan, maka menjadi kewajipan di atas pundaknya untuk berjuang memberi penjelasan mengenai apakah Kerajaan Perpaduan guna memahamkan ahli-ahli Pas itu sendiri.

Syarat menerima Kerajaan Perpaduan->negara diserang musuh
7. Saya hanya boleh menerima Kerajaan Perpaduan itu jika Malaysia diancam negara musuh. Hal ini pernah terjadi pada zaman arwah Ustaz Fadhil Noor ketika Dr Mahathir diserang Amerika. Di situ, DAP, Umno, Pas dengan tiba-tiba bersatu di belakang Dr Mahathir ketika berdepan dengan Amerika.
8. Jadi kalau negara diserang oleh negara luar seperti Mongolia misalnya, maka barulah Kerajaan Perpaduan itu relevan.
9. Tapi, itu pun ada pengecualian juga. Misalnya jika Mongolia berkata, "Kami tak nak bermusuh rakyat Malaysia, tapi kami nak tangkap seorang saja - Najib Razak."
10. Maka, tatkala itu Kerajaan Perpaduan mungkin tak relevan juga. Penyelesaiannya, serahkan sahaja Najib Razak kepada Mongolia jawatan PM diserahkan kepada Muhyiddin Yassin yang nak menunggu Najib jatuh.
11. Dan kita pun pulang kepada sistem perang yang asal->BN vs PR sehingga pilihan raya umum ke-13. Tak perlu lagi langkah mundur ke belakang untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan itu.
Wallahu'alam... (9:06 p.m)

6:52 petang - Sedang melakukan terjemah, mengarang dua tiga buah puisi, dan tetiba Yong call, menyatakan bahawa dia telah pun berjaya mendapat kursus Arena Perguruan.

"Saya minta di XXX, tapi akhirnya dapat di YYY," katanya. "Mengajar subjek biasa-biasa. Sejarah saya nak belajar dari awaklah."

Dengan selamba aku jawab, "Kalau nak belajar sejarah, saya ajar awak sejarah komunis!"

Kami berbalas ketawa. Dia kelihatan sungguh riang, sejak pagi tadi dia call, aku pula tertinggal hp kerana mengurus hal adikku. Apa yang penting wahai Yong, pertamanya jangan lupakan Tuhan dalam kegembiraan memuncak ini. Itu pesanan orang tua-tua kita.

Kedua, paling penting, tolong forward amalan mendapatkan rezeki murah-Al-Waqiah, Yaasin dll yang diamalkan setiap hari. Ketiga, jangan lupa belanja makan kepada diri ini. (6:58 petang)

10:30 pagi - Jam 8 pagi, ambil adik di Masjid Jamek Kg Baru. Sarapan pagi dan terus hantar dia ke tempat interview. Jam 11 pagi dia ada interview.

Tadi, aku belek-belek Berita Harian, tak ada pulak laporan yang kritik pandangan aku. Confuse aku. Andaian awal, mungkin mereka tarik laporan itu pada saat-saat akhir. NY sms dan call aku kelmarin, sekitar 4 - 5 petang. Mungkin, ketika itu dia dan nampak laporan kritik aku tersiar.

Mungkin dia nak bagitahu aku sesuatu pada masa itu. Jadi, dia bercakap benar. Tambahan pula, aku lihat laporan itu masih disiarkan dalam BERITA HARIAN EDISI ONLINE.

Tak apalah. Apa yang penting, ketika melayari blog-blog dan Detik Daily, laporan dan kenyataan, ulasan dan analisis di sana ternyata lebih maju dan laju ketimbang HarakahDaily. Kenyataan dari Mustapha Ali masih di takuk atas.

Mungkinkah Harakah Daily akan laporkan kenyataan Nik Aziz yang meminta Nasharudin keluar Pas dan masuk Umno? Ketika menghantar adikku tadi, akhbar-akhbar seperti 'berpesta' dengan liarnya dalam menyiarkan laporan yang mempunyai nilai berita tinggi itu.

Ada beberapa kemungkinan di sini. Pertama, wartawan termasuk editor takut kepada panggilan Cikgu Pa dan lain-lain pimpinan parti yang meminta agar mereka tidak menyiarkan laporan Nik Aziz vs. Ustaz Nasha. Kedua, mereka sendiri dah terima panggilan seperti itu.

Atau, ketiga-wartawan dan editor sendiri lambat 'pick-up'. Tapi, aku rasa kemungkinan ketiga ni mustahil berlaku kot. Tak kan mereka lambat pikap? Tapi, kalau mereka betul-betul lambat nak pikap, hatiku rentung, dibakar hangus oleh api kekaciwaan! :( {11:26 pagi}

4:45 pagi-Adik saya call dari Jalan Duta. Kami terus ke Jalan Yap Kwan Seng, kerana adikku nak lihat tempat dia nak interview jam 10 pagi nanti. Minyak habis dan motor kami tersadai di Restoren Kg Pandan. Mujur ada teksi yang bawa kami stesen Petronas Kg Baru.

"Hati-hati dengan jalan ini," kata pemandu teksi berbangsa Tionghua itu. "Waktu cam ni, kalau ada India nak tumpang, saya tak berhenti."

Serta-merta ingatanku menerpa kepada dua lelaki India yang pernah menyamunku dahulu. Apa tindakanku sekarang? Rabb, banyak hal pergolakan di dunia ini, walhal mereka yang jujur mahu menyelesaikan segala masalah umat itu terlalu sedikit bilangannya.

Betapa banyaknya masalah umat yang tergendala, sedangkan ramai penulis dan pengarang la ni sedang asyik berpesta menggondol anugerah dan kalau pun ada penyunting, kerja mereka asyik nak sekat idea, penulisan dan pemikiran penulis lain saja. Aduhai...

Rabb, jangan golongkan aku dalam kalangan pengarang yang tidak jujur dan hanya ghairah hidup mengejar populariti, bukan mengarang untuk rakyat, umat dan masyarakatnya sendiri...

Arakian, adalah pemandu Tionghua itu sangatlah baik hati dan bertanggungjawab. Setelah kami dibawa semula ke restoren tempat kami tinggalkan motor tadi, dia pun berkata, "You pergi dulu, sampai you selamat sampai restoren sana, baru saya pergi."

Dia sendiri pernah dirompak dan disamun. Dan, dia pun tahu ada ramai pemandu teksi yang dah mati ditetak dengan parang oleh empat lelaki India. Dia tahu bagaimana kaedah penyamun cuba memerangkap mangsanya. Teksi itu HCW 6345?? (Lupa pula nombor platnya).

Aku tinggalkan adikku di Masjid Jamek Kg Baru. Jam 8 pagi nanti dia mahu keluar dan aku akan berada di SPKB untuk terus menterjemah. Entah dapat jumpa Akmal, UM atau tidak hari ni tak tahu lagi, kerana sibuk dengan urusan menjaga keperluan adikku dan terjemahan. (6:52 a.m)

Awal Dinihari
Saya sedang terjemah novel. Akhirnya, inilah yang terhasil. Silahkan membacanya...

Kreativiti mampu robohkan 'tembok' (BERITA HARIAN)

Kreativiti mampu robohkan 'tembok' (DETIK DAILY)

Memang perlu celupar kepada pembuat dasar PPSMI (HARAKAH DAILY)

Sedang hati didakap resah gelisah, namun ada juga yang menghiburkan lewat YM ...

shabab_82: salam
shabab_82: kutuk apa syeh
ibnuamir: ana pun tak tahu lagi apakah kutukan ke atas ana tu
shabab_82: hahahha
shabab_82: ok lah tu
ibnuamir: tunggulah keesokannya
ibnuamir: member kat BH cerita tadi
shabab_82: tak ada masalh lah kertas kerja nta tu
shabab_82: rileks lah
shabab_82: nasha di suruh kuar pas
shabab_82: hahahhaha
ibnuamir: ya, tgh rileks lah ni
ibnuamir: bersabar je la
ibnuamir: tapi jawab mesti jawab

shabab_82: Wartawan bebas, Ali Bukhari, pada Perhimpunan Penulis Muda Nasional (PPNM) Kedua: Arah dan Cabaran di Melaka, baru-baru ini, membelasah media cetak arus perdana dan editor sastera kerana takut menyiarkan karya satira sehingga mereka terpaksa berkarya mengikut acuan mereka.

Ali bimbang sekiranya keadaan itu berlarutan dalam tempoh lama, akan lahir generasi pengarang muda yang ‘berhati-hati’ mengarang agar karyanya tersiar dan sekali gus membunuh ketajaman fikiran mereka.

Beliau juga berharap badan penulis seperti Pena dapat menyusun lebih banyak program yang membabitkan dialog dua hala dengan editor sastera media arus perdana dan kumpulan pengarang muda bagi menyelesaikan kemelut berkenaan.
shabab_82: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Sastera/20090611070645/Article/
ibnuamir: aik, dah siarkan ke syeikh?
shabab_82: dah lah syeh
shabab_82: nta ni
shabab_82: kan dah hari khamis ini
shabab_82: dia cover nta lah
shabab_82: penulis awal tu terlalu kolot
shabab_82: nta tulis lah surat kat penulis rencana awal tu
shabab_82: tapi nta telah berjaya timbulkan mood yang baik buat tatapan pengarang arus perdana
ibnuamir: ya ya..
ibnuamir: ana nak update sat kat Detik Daily
shabab_82: ok
shabab_82: url muatkan di blog
shabab_82: ok ?
ibnuamir: inso Alloh
ibnuamir: tunggu laporannya kelak
ibnuamir: roger, roger
shabab_82: dah send ke
ibnuamir: in progress ya syeikh
ibnuamir: http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=2366&mode=&order=0&thold=0
shabab_82: apa komen nya ?
ibnuamir: komen ana?
ibnuamir: nanti ana komen balik, insya Allah
shabab_82: ya
shabab_82: hahaha
ibnuamir: malam ni belum sempat
shabab_82: ok
shabab_82: BIARKAN KAU DI KUTUK
shabab_82: BUKAN ALLAH YANG KUTUK KAU
ibnuamir: ya, syeikh
ibnuamir: tapi ana mesti jawab
ibnuamir: baru2 ni dah jawab dalam Harakah Daily
shabab_82: APA URL ?
ibnuamir: sekejap
ibnuamir: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=021279&Itemid=35
shabab_82: syeh nta berjaya
shabab_82: depa tak ada idea lain
shabab_82: media perdaan memanipulasi kan kenyataan nta
shabab_82: tahniah
shabab_82: sekarang ana menganugerahkan
shabab_82: PROFESOR EMERITUS
shabab_82: kepada nta
shabab_82: PROF. EMERITUS ALI BUKHARI AMIR
ibnuamir: ha ha
ibnuamir: tq ya prof
shabab_82: ATAS kajian ilmiah nta di ayer keroh
shabab_82: sebagai ucapan Penganugerahan Profesor
shabab_82: lalu BH , mensensasikan ucpan
shabab_82: nta
shabab_82: bagus2
ibnuamir: ha ha, ini semua ada hikmahnya
shabab_82 has signed out. (6/18/2009 2:31 AM)

Ada lagi yang menghiburkan; Cik Pyan dan Wardah Asrar, tetapi kalau siarkan semua, nanti jadi panjang pula catatanku ini. Apa pun, terima kasih la kepada kengkawan yang sudi mendamaikan perasaan.

Malam ini, saya perlu siapkan terjemahan. 5 pagi nanti kena ambik adik di Pudu Raya atau Jalan Duta. Fuh! Bz giler. Kepada Yong - semoga namamu tersenarai dalam Arena Perguruan. Amin...

Currently have 2 comments:

  1. D'Rimba says:

    Saya juga teringin mahu ceburi bidang pendidikan tapi masih tidak dapat jalan. Tahukah bagaimana ustaz?

  1. Alamak, saya kurang arif dalam bab-bab seperti ini D'Rimba. Mungkin ada orang lain yang arif mengenainya yang boleh memberi maklumat kepada saudara ...

    maaf, tak dapat membantu..