Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

22 J. Akhir / 17 Jun (Rabu)

Wednesday, June 17, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 8:58 AM

Malam
"Kau bacalah Berita Harian esok," kata NY. "Esok ada cerita sikit tentang kau."

Ketika itu, aku dan NY sedang makan-makan di D'Naim, kat Pantai Dalam. Aku sentuh isu politik dan memang ada beberapa perbezaan pendapat. Itu perkara biasa.

"Laporan positif tentang aku atau sebaliknya?" tanyaku lagi kepada rakan wartawanku itu.

".. Nanti kau bacalah sendiri," dia menjawabn acuh tak acuh. Aku percaya, dalam hatiku, 80% ia adalah laporan yang menggelapkan reputasi aku. Ah! Biarkan. Aku dah jawab dalam HARAKAH DAILY dan nanti aku cuba jawab sekali lagi kalau Harakah Daily tak sekat lagi.

Sekarang, kita bercakap mengenai isu Kerajaan Perpaduan pula. Aku cuba 'attack Ustaz Tantawi atas isu perpaduan, tapi NY 'defend' dia atas dasar KP Pas itu mendapat tarbiyah Ikhwan Mesir. Kononnya, Tantawi ada wala'. Aku rasa, Tantawi pun tak faham dan gagal nak huraikan apakah itu Kerajaan Perpaduan.

Kalau TG Hj Hadi mengeluh tentang ahli-ahli tak faham dan tidak membiasakan diri dengan istilah politik, ini bermaksud usrah Pas ada masalah. Silibus usrah Pas sudah tidak dikemaskini.

Siapa yang bertanggungjawab - menyemak kurikulum dan silabus usrah Pas sebelum ni? Dewan Ulamak? Jadi, ulamaklah yang perlu dipertanggungjawabkan jika ahli-ahli Pas tak faham apa itu Kerajaan Perpaduan.

Petang
Dari Kg Melayu, Ampang, markaz operasi sementara Abim, saya ke Pangsapuri Sri Nilam ketika NY sedang asyik sms dan menelefon berulangkali lagi untuk berjumpa kat Pantai Dalam malam ini. Saya sempat bermaghrib di sana lalu menegur seorang jemaah.

"Kalau nak cari unit rumah untuk dijual, atau sewa, abang cuba cari kat lif," katanya. "Itu satu cara yang mudah kalau nak cari."

Aku berterima kasih kepadanya kerana telah menyumbangkan sesuatu kaedah yang sempurna, lengkap dan memudahkan. Lain kali aku akan datang lagi menunggu masa yang sesuai.

Di Kg Melayu tadi, R orang kuat Abim dan A, berborak-borak denganku darihal ehwal dalaman parti dan jemaah. Ada beberapa perkara hal yang aku mesti pendamkan kerana maklumat itu masih bersifat rahsia, 'top-secret' dan maklumat bertaraf 'second-hand'.

Kalau 'first-hand', iaitu aku sendiri yang mengalaminya, maka barulah aku berani bercakap dan mengulas, membuat analisanya di sini.

Apa-apa pun, rumusannya adalah seperti berikut:-

1. Haji Abdul Hadi tak boleh jadi PM dengan sebab kelemahan beliau. Beliau adalah guru agama, pemidato yang baik, tetapi untuk pemerintahan, memang tak lepas.
2. Kalau Anwar jadi PM, menurut hematku, semua ahli Abim, pendokong PR kena ambik sikap 'reserve'. Alhamdulillah, syukur...bukan tiada ahli-ahli Abim yang menaruh curiga dan marahkan Anwar di atas kesilapannya yang lalu. (masuk Umno).
3. Media mesti bebas jika PR memerintah.
4. Mesti ada kuasa ketiga yang diwujudkan selepas PR memerintah untuk menjadi pemerhati ke atas PR sendiri. BN dijangka menjadi pembangkang yang paling dan cukup lemah pada saat itu.
5. Cikgu Pa dengan sikapnya tu dalam Pas, akan mendatangkan banyak masalah kepada Pas dan Harakah sendiri. Maka, mesti ada pelan bertindak menjatuhkan beliau. Kita bukan Umno kalau menjatuhkan beliau itu.

Sori kengkawan yang tidak suka membaca coretan gelap seperti ini. Sayta pun tak suka menulis seperti ini, tapi terpaksa. Ada situasi yang kita tak suka membuat keputusan mengenainya, tapi, kita terpaksa membuat keputusan itu. Keadaan ini, kita menggelarnya sebagai DILEMA!

Currently have 2 comments:

  1. D'Rimba says:

    Perpaduan dengan mereka yang telah lama dan selesa dengan acuan barat? Huhuhu............Asalkan Islam diutamakan sudahlah.

  1. Saya cuba nak mengelakkan bicara ttg politik, tapi apabila melihat topik ini mengundang keresahan ramai pihak maka mahu tak mahu saya terpaksalah juga turut campur tangan.

    semoga akan tiba saatnya kelak, ahli politik berada di bawah kekuasaan pemikir, pengarang dan penulis.

    Tapi, hal itu memerlukan pengarang berkembang menjadi suatu kuasa yang kuat - KUASA KETIGA yang akan menyatu suara dengan kuasa rakyat!