Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

21 J. Akhir / 16 Jun (Selasa)

Tuesday, June 16, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 5:11 AM

Kaktie call, esoknya dia akan datang KL untuk interview kerja. Ertinya, dalam sehari dua ini aku akan sibuk secara tak langsung.

Yong call, dan dalam bualan tadi, dia berharap sangat agar dia dapat Arena Perguruan. Aku baru tahu apa itu Arena Perguruan.

Dia berharap sangat agar dapat. Aku takut dia kecewa kalau tak dapat. Beri sedikit ruang untuk berdepan dengan kenyataan kalau-kalau tak dapat. Banyak kali dalam hidup ini, aku tak dapat apa-apa yang aku nak.

Jadi, aku berhibur dengan puisi A Samad Said, "Segala yang dihasrat, tapi tak didapat, adalah nikmat yang paling padat."

Sebenarnya ada banyak benda yang Allah tak bagi kerana kalau kita diberi, nanti kita mendapat susah daripada kesusahan yang ada sekarang.

Ibu saya seorang guru misalnya. Ketika dia masuk peperiksaan untuk naik pangkat, akhirnya dia terpaksa banyak menaip surat dengan menggunakan pc. Sebagai guru lama, dia lebih suka mesin taip. Kami pula yang terpaksa membantu urusannya.

Suatu ketika, pakcik pernah memberiku 'bekalan' untuk keselamatan diri. Tidak lama selepas itu aku kerap membawanya berjalan sehinggalah aku menemui kecelakaan kecil. Aku mula ragukan 'bekalan' itu.

Hari berganti hari. Aku bekerja kontrak di M'siakini. Tiba-tiba suatu hari, abg Nash berkata, kita mesti bersyukur hatta dapat kemalangan.

"Mujur kita jatuh sikit di depan," kata beliau. "Kalau kita pergi selangkah lagi ke depan, kereta akan melanggar kita."

Apa yang dia kata itu masuk akal. Sebab, aku jatuh apabila motor hampir masuk ke jalan besar. Jadi, Tuhan jatuhkan aku buat sementara supaya tidak pergi ke depan sehingga terjebak dalam kemalangan yang lebih besar.

Jadi, yang kita tak dapat, misalnya loan rumah tidak diluluskan pihak bank, maka ada baik juga. Ini kerana, tidak lama selepas itu, aku mendengar kisah gelap mengenai perumahan itu.

Tapi, selepas makan di KFC, Ana Flora sms, "U nak buat slip gaji tak?" Bagaimanakah aku mahu menolak dengan baik? Tuhan... beri aku petunjuk guna menongkah arus masa depan.

Aku tak jawab sms, sebaliknya terus ke Ampang, mencari Pangsapuri Sri Nilam. Dah dapat juga kedudukannya. Agak baik dan menarik. Balik dari sana, entah macam mana, termasuk kawasan Ampang Jaya, Pandan Indah dan terus sesat! Mujur akhirnya dapat cari jalan pulang.

Istana Budaya
Sebelum ke Ampang, saya pi Istana Budaya, nak lihat pementasan teater, Mana Setangginya? Yang menarik perhatian saya adalah ayat-ayat di bawah ini:-

Taman indah, buah-buah delima tersenyum, limau mengkar bersorak, anggeris mengilai, mawar berpantun. (Sejarah Melayu, kisah Tun Mamat dan Hang Tuah mahu meminang Puteri Gunung Ledang)

Ada lagi yang dirakam di beberapa aras, di mana Tun Mamat dan Hang Tuah bertemu Dang Raya Rani?? di sebuah balai yang bertulang dan berambutkan manusia.

Aku rasa PGL ni mungkin bukan watak putih - bagi syarat membunuh dan tempat balai pun ada tulang-temulang manusia dan rambut manusia. Mungkinkah PGL seorang ahli sihir?

Paling menarik pada lukisan itu, si pelukis cuba buat gambaran berhubung hal tersebut dengan gambaran yang terangkum dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) itu.

Menjelang Maghrib, aku gagal, tak sempat ke Masjid Baitul Aman untuk hadiri Ratib al-Haddad. Di samping kegagalan itu, aku gagal ke Court untuk bertanyakan hal leptop dan gagal bertemu Akmal UM untuk selesaikan urusan master.

Kekisah politik
Abang Amidi Abd. Manan sms, "Yusri akan ditawarkan kerja kat Pejabat PM." Pabila kutanya, rupa-rupanya abang Yusri Abim. Patutlah depa kata PKPIM - Abim - Umno.

Najib masih nak budak-budak PKPIM di Putrajaya. Ada orang-orang Abim bersetuju dalam hal ini kerana, pada mereka, ruang dakwah masih terbuka luas. Tak tahulah aku. Dalam Pas, sudah kita pening kepala dengan isu Kerajaan Perpaduan.

Haji Hadi, Mustafa Ali nak sangat rapat dengan Umno. Ada pula orang-orang yang 'non-partisan' ni yang nak bekerjasama dengan Najib dan Umno lagi.

Pakatan Rakyat rebah di Perak, Nizar dah lilit bengkung di kepala. Mana mungkin aku nak diam diri. Aku pun 'anak Perak' juga sebab pernah duduk di Pengkalan Hulu (nama asalnya Keroh).

Walaupun, aku lahir di Kangar, Perlis, menetap di Pendang, Kedah, merantau kat Kg Baru, Kuala Lumpur (Sekolah Pemikiran Kg Baru), keturunan Raja Yala, titisan darah Melayu Champa, tapi aku tetap 'anak Perak' jugak.

Janganlah hendaknya Pas nak bergabung lagi dengan Umno di atas nama Kerajaan Perpaduan. Jangan pula Abim yang 'non-partisan' itu nak kukuhkan kuasa Najib atas nama dakwah.

Cis bedebah kau Yop! Sungguh pantang aku sebagai 'anak Perak' @ keturunan Raja Yala @ anak Champa menyerah kalah kepada Najib de Bugis. Menggelegak darah Yala dan Champaku ini.

(Dah, rasa nak mengarut dah nih.. he.. he..)

Sebenarnya, masa ni, saya tengah borak dengan seorang buddy yang ada pertalian darah dengan kerajaan Melayu Champa, sebuah kerajaan purba dahulu.

Kejayaan ari ini-bahanku diapungkan di Harakah Daily - Memang perlu celupar kepada pembuat dasar PPSMI dan juga di Detik Daily.

Currently have 8 comments:

  1. Hehe orang Champa dah mengamuk. Jangan marah li. sekadar singgah dan mengunyah apa yang aku mahu. Memang PAS era Hadi Awang mengecewakan ramai orang. Tak mustahil PRU ke-13, PAS bungkus. Bungkus nasi lemak.

  1. D'Rimba says:

    Alamak segeralah ubati PAS dengan penawar cekal hari ini............Hang orang Kedahla Che oi....Huhuhu....

  1. cikgu sahrunizam,

    jom gabung dengan kami, dalam jawatankuasa seminar masa depan PR, kaji kelemahan Pakatan Rakyat dan Pas khususnya.

    kalau berminat, nanti kita bincang.

  1. D'Rimba,

    Bukan senang nak merawat penyakit orang2 parti yang dah lama terkena penyakit-penyakit hati ini.

    Susah depa nak dengan pandangan org bawahan.

    Ye, saya anak Kedah, saya anak M'sia

    (Juga anak Perak, Yop! He he)

  1. Korakora says:

    ni bergaduh pasal keturunan ke pasal pemikiran dan tindakan politik?

    kalau kebenaran, si hamba yang hitam legam pun perlu disokong. kalau kebatilan, si kaya yang putih melepak perlu ditentang.

  1. Nazmi Yaakub,

    Terima kasih atas Kongres Pemikiran Jalan Riong di Pantai Dalam tadi.

    Aku pertimbangkan beberapa rumusan, hasil pendapat kau itu.

    Dan, aku harap, kau pertimbangkan juga beberapa saranan aku tadi.

    Aku nantikan laporan Berita Harian esok yang terkait dengan isu aku.

    Terima kasih kerana sudi memberi maklumat-maklumat awal dalam BH.

    H Fansuri
    Sekolah Pemikiran Kg Baru.

  1. Nazmi,

    Lupa nak menjawab pertanyaan kau td.

    Ini perang ttg pemikiran (yg terkait dengan rasa kedengkian) dan tindakan politik yang tidak adil.

    ttg si hitam legam perlu disokong jikalau dia benar dan putih melepak ditentang jika dia batil, maka hal itu aku bersetuju.

    Tetapi, hari ni kita bukan perang isu perkauman hitam dan putih, dan bukan isu Champa dan Bugis.

    Ini perang antara kelas, kasta, elit melawan marhaenis, orang miskin yang cerdik akan kalah (tepatnya, dikalahkan) oleh orang kaya, (ada pangkat, jawatan) yang bodoh (tepatnya bengap).

    Maaf, atas kekasaran bahasa. Ini lebih baik daripada mencarut dan maki hamun tak tentu pasal.

    Hanya kepada Allah tempat mengadu dan berserah..

  1. muhammad says:

    H Fansuri n ahli sidang, komen ni dh lama saved sbb aritu takleh send komen. skg dh bleh dh. komen ni ditulis ikut versi che det.

    1. mungkinkah kmasukan 23org bbudak PKP n abg2 Abim ni ke dlm pntadbiran krajaan pusat sama dgn kmasukan shamsiah fakeh, Abdullah C.D n dll ke dlm PKM wlaupn entiti mereka adlah rejimen ke-10 TNPM? sbnarnya bbudak ni n abg2 ni masuk UMNO ke, ke masuk kerajaan?

    2. sy tringat kata2 Al-Ustaz Dr.Wan Salim (USM) dlm kuliah dia yg sy sndiri hadir n dgr sndiri di masjid gelugur, p.pinnang suatu masa dulu, yg lbih kurg bgini bunyinya: "kdg2 trdpt jgk bbrapa kbaikn dlm fahaman komunis..tp bila kita ckp mcm ni ja(ada kbaikan dlm komunis), org akn ingat n kata(baca: tuduh) kita ni plk yg brfahaman komunis..susah lah mcm tu".

    3. psl bbudak PKP n abg2 abim tu, wallahualam. sy xtahu niat sbenar dorg. apa2 pn, sy tujukn lg kata2 al-ustaz wan salim, jgk dlm salah satu kuliahnya yg sy hadir dulu2: "enta nk masuk sana(tlibat dg umno@krajaan), masuk lah. ana tak mau kata papa. tp 'enta kena ingat', kami yg duk kt luaq ni akn sllu duk perati(perhati-pantau) apa yg enta duk buat kt dlm sana". Dmikian kata ustaz wan kpd sahabat dia-dato' nakhaie ahmad-suatu masa dulu. ---Allah berfirman, dlm surah at-Taubah, 105: "Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat(melihat: menilai, mghukum, menjustifikasi samaada baik@buruk -pengkomen) apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan"

    ---utk point no3 td, sy trpengaruh dg ayat surah al-Maidah, 8 : "...dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum (parti, psatuan, pertubuhan, kelab,grup dll -pengkomen) itu menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan".