Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

24 J. Akhir / 19 Jun (Jumaat)

Thursday, June 18, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 11:45 AM

Malam
Plan ke UM gagal lagi. Mungkin ditunda esok, kata Akmal. Hari ini penuh dengan kegagalan. Tapi, aku gembira juga kerana orang lain gembira. Contohnya, Yong.. Hari ini dia betul-betul yakin.

"2 Julai ni saya akan daftar," katanya. Petang tadi selepas makan, beli 3 bungkus nasi lemak kat ALO. Bila aku tiba di opis, kawan-kawan sedang turun.

Aku tengok ada angin yang kurasakan tak baik, maka aku tidak berhasrat nak duduk lama-lama di situ. Masuk ke bilik bos, kulihat dia tak ada lalu kuletakkan nasi lemak. Terus balik, singgah di Court, bertanyakan status leptop. Aku kaciwa lagi.

"Tak approve leptop tu bang," kata petugas di situ.

"Jadi, duit saya tu?" tanya aku kembali, dengan rasa sedih sekali. Zaman kemunduran telah pun berlaku. Daya kreativitiku terbunuh perlahan-lahan. Aku berusaha agar tidak lagi dihina dengan menggunakan komputer orang lain. Tapi, tak berjaya untuk keluar dari belenggu kehinaan ini.

"Dalam tempoh tiga hari bekerja, abang datang balik," kata beliau. "Mungkin Rabu depan."

Andainya aku mati di ibu kota ini sebagai gelandangan yang tak cukup makan, aku wasiatkan kalian yang berminat untuk mencetak bahan dalam blog ini sebagai bukti bahawa idea Negara Berkebajikan kita tidak akan ke mana-mana. Manakala idea Kerajaan Perpaduan itu akan hanya membunuh semangat kekitaan.

ALO call semula, "Pasai pa ada yang macam tak suka dengan enta?"

Soalan ini aku tak dapat jawab. Kita tak pernah tahu apa yang menyebabkan orang tak sukakan kita. Berita Harian pun 'serang' aku lagi baru-baru ni. Fuh, ramai betul orang tak suka. Nasiblah syurga dan neraka ni bukan hak depa. Kalau tak, parahlah kehidupanku, duniawi dan ukhrawi.

Bagaimana mahu memujuk hati, merawat perasaan akibat tersingkir, dipinggir dan permohonan ditolak? Jangan-jangan, permohonan belajar ke UM pun ada masalah tak nanti? Aku mesti sedia. Banyak yang kuhajatkan, tiba-tiba berkecai dan hampir semuanya terjadi kerana tiada sokongan orang di sekeliling.

NIKMAT
"Segala yang dihasrat,
tapi tak didapat,
adalah nikmat,
yang paling padat"

Puisi A Samad Said.

Moral: Jangan pernah berhenti mengalah berusaha walaupun disingkir, tersingkir dan dipinggir.

"Ibu kata, pakaian boleh dicuci, tetapi hati yang suci sukar dicari.." sedutan dialog iklan.

Moral: Selalu berdoa agar kita diberikan hati suci, tidak dengki dan khianat kepada orang lain.

Petang
Gagal ke UKM. Gagal memenuhi hasrat bosku itu. Malam ni kena la pujuk dia balik. Petang ini sebetulnya aku nak selesaikan urusan pengajian di Sekolah Pemikiran Pantai Baru.

"Abang cuba datang dalam 6:30 ptg nanti," kata Akmal kepadaku. Tadi, Kaktie call lagi, tetapi tiada sempat daku menjawab. Yong juga, ketika berbual tadi, menyatakan bahawa beliau sedang berusaha perbaiki 'Read More' di sebuah laman blog baru.

Aku masih fikirkan beberapa kaedah mencari iklan untuk kegunaan pelaburan emas. Siapa yang berminat menjadi agen pengiklanan boleh bertanyakan diriku ini.

Terbaca catatan Rosli Yaakob di HARAKAH DAILY tentang Kerajaan Perpaduan. Menarik juga. Kerajaan itu boleh dibentuk ketika darurat, negara diserang musuh. Tapi, Malaysia belum lagi di serang. Jadi, tak relevan dalam konteks sekarang.

Sebab tu, aku rasa, UG ini hanya sesuai jika Malaysia diserang musuh, let say Mongolia. Itu pun, masih ada beberapa pengecualian. Misalnya, jika Mongolia mahu Najib Razak atas kes Altantuya, maka serahkan saja Najib Razak kepada Mongolia dan lantik Muhyiddin Yassin yang mengidam lama jawatan PM ituu sebagai ketua kerajaan. Itu saja. (5:36 p.m)

Malam ke dinihari

Tanpa diduga, adikku dari LRT Jelatek nak pulang ke rumah kembarnya di Vista Angkasa. Asalnya dia nak turun ke LRT Universiti. Tiba di LRT Kg Baru, dia teringatkan begnya yang masih tersimpan di SPKB.

Aku mengambilnya dan terus bermotor ke Vista Angkasa. Maka, makanlah Char Koteaw tepi jalan kami bertiga beradik. Sedang makan, Yong call, menceritakan kekhuatirannya, kalau-kalau Arena Perguruan itu senasib dengan kes kesilapan nama pelajar-pelajar di USM.

"Risau hal yang sama berlaku ke atas saya," katanya. Lalu aku cuba mendamaikan jiwanya dan kucuba mententeramkan perasaan resah gelisahnya, "Jangan fikirkan yang tidak-tidak. Tunggu saja apa-apa yang berlaku."

Gelagat insan kerap begitu. Yang yakin ditendang, yang ragu-ragu, syak, waham dan kerisauan dibawa masuk ke dalam jiwanya. Yakin sudah diterima, tapi kenapa harus menerima kerisauan yang lazimnya terbit daripada bisikan roh gelap yang tentunya tidak jernih?

SYAK tidak boleh membatalkan / mengalahkan yang YAKIN
"Kita yakin kita dah wuduk, tetiba datang syak apakah kita dah buang angin atau tidak?" Nazmi Yaakob bertazkirah ringkas pada suatu malam bersama S.M Zakir, Shamsudin Othman, Zaid Akhtar, Sahrunizam A Talib pada malam deklamasi pena yang baru berlalu.

Kaedah ini dinamakan - entah apa pun aku tak tahu. Tapi, Nazmi menamakannya sebagai suatu yang bersifat SYAK, tidak boleh membatalkan yang YAKIN.

Ramai umat, masyarakat dan rakyat masih lemah falsafah dan kurang memahami kaedah fikir disiplin ilmu fiqh dengan lengkap. Sekatan untuk menulis semua hal yang bersifat ilmiah perlulah ditentang habis-habisan. Ya Rabb, singkirkanlah mereka yang tidak jujur menjadi pengarang!

Ke UKM besok, insya Allah
ALO menelefon, meminta bantuanku untuk mengirim bahan tugasannya di UKM esok petang. Dia keuzuran sekarang. Esok sebelum Jumaat, aku diminta ke rumahnya di Ampang.

"Perjuangan macam mana?" tanya ALO seperti biasa. Dan, daku pun menjawab secara kelolo, "Dok macam tu juga, perjuangan belum selesai."

Bagaimana harus aku lakukan? Esok kononnya mahu selesaikan urusan master di UM. Ya Rabb, aku merancang, dan biarlah ENGKAU yang memutuskan apa-apa yang terbaik untukku. Ikram Muslimin; mengutamakan orang lain, adalah antara prinsip Tabligh yang masih tersarung kukuh dan kemas di dalam jiwaku.

Apa-apa pun, aku menarik nafas lega dan 'gumbira', tidak lagi 'kaciwa' setelah kutukan ke atas Najib Altantuya sudah tersiar di HARAKAH DAILY. [KLIK SINI] (3:16 a.m)

Currently have 2 comments:

  1. D'Rimba says:

    Teruskan perjuangan kental...Rugi tidak saksikan Pak Samad baca puisi di Istana Budaya sempena acara HSKU bertajuk PELUDAH BAHASA. Secara kebetulanlah ada pula tetamu kehormatnya si pencetus PPSMI ketika itu. Aduhhhh....terasa macam muka ini pula diludah-ludah...Huhuhu....Saya beranikan diri bertemu Pak Samad setelah selesai acara mengucapkan tahniah dan menyatakan saya amat suka puisinya malam ini. Perasaan bahagia dan puas hati amat sangat malam tadi tiba-tiba menjelma tidak tahulah mengapa.

  1. Ya, saya sempat mendengar puisi pak Samad Said itu..

    Cuba-cubalah kita pakat-pakat ziarah dia, ajak sembang kat mana-mana. Dia sangat 'low-profile' dan boleh kita jumpa berjalan di kaki lima.

    Ada banyak pengalaman berharga yang masih belum dicungkil habis dari dlm dadanya.