Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

9 - 15 Jamadil Awwal / 4 - 10 Mei

Monday, May 04, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 2:49 AM

IKLAN RM10 SEMINGGU!
Oleh kerana ada permintaan daripada rakan-rakan, maka inilah diperturunkan kaedah-kaedah untuk beriklan di blog ini. HANYA RM10 SEMINGGU. BLOG UPDATE EVERYDAY!

1. Hantar banner lewat ibnuamir@gmail.com dengan subjek IKLAN KARYA FANSURI.
2. Pindahkan biaya sewa iklan banner ke akaun Maybank2u 164025914329 (ALI).
3. Sahkan pembayaran anda melalui:
- Mel-e kepada ibnuamir@gmail.com & cc kepada ibnuamir@yahoo.com.
- Call atau SMS ke nombor 014-3233287
- Yahoo Messenger: ibnuamir
4. Banner akan diaktifkan setelah pengesahan pembayaran telah kami terima daripada anda.

Aturan Banner
1. Ukuran Banner harus sesuai.
2. Format gambar harus GIF atau JPG atau JPEG.
3. Pemilik banner bertanggungjawab penuh atas isi banner.
-----------------------------------------------------------------------------
15 Jamadil Awwal / 10 Mei (Ahad)
Hj Amin sms, mengucapkan terima kasih. Saya memberi nombor telefon editor di daily, agar beliau hubungi editor. Bahan dah dikirim, tapi yang ada peluang untuk up bahan tidak sempat mungkin. Asyik-asyik, wartawanlah mereka cari.

Akmal sms, menyatakan bahawa minggu depan seelok-eloknya bertemu Prof Bakar Hamid. Dan mesyuarat Kumpulan Prihatin lambat lagi kalau aku berhasrat bertemu di rumahnya menjelang mesyuarat itu berlangsung.

"Dia buat umrah nanti," sms Akmal. "Jadi, ada baiknya berjumpa minggu depan."

Dr A sms bertanya kedudukan wawancara dan artikel ilmiahnya. Ini saya tak pasti. Siapa orang yang wawancara beliau? Saya bukan orang dalaman daily.

Tapi, bila terbaca sms mengenai artikel ilmiah, saya terpaku sejenak. Orang Pas ni minat sangat ker segala isu yang bercorak ilmiah?

Fahmi datang ke PWTC, mengiringi Abul mendaftar OUM. Mereka rancang mau minum, makan di Kg Baru. Mulanya saya mahu pergi. Tapi, ada bahan tulisan yang perlu disegerakan, jadi saya bantutkan pertemuan bersama mereka itu.

Akhirnya, siap bahan. Agak kontroversi jika silap tafsiran pembaca. Bahan mengenai kedudukan Buddha yang rapat dengan Islam di Nusantara berbanding Hindu. Adakah akan tersiar? Saya menulisnya sempena sambutan Hari Wesak.

Jadi, kalau artikel dan wawancara ilmiah Dr A ini tidak tersiar di media Pas dan bahan mengenai perbezaan antara agama ini tak tersiar juga, paham-pahamlah. Pertama malas. Kedua, mungkin terkait dengan mazmumah. Inilah ujian daripada Allah..

Semoga hatiku tenang menerima ketentuanNya.. Ameen..

Malam
Malam ini, Isu di RTM membawa tajuk mengenai larangan berkempen pada hari terakhir. Ada beberapa tokoh politik memberikan pandangan bahawa tidak payah lagi berkempen pada hari-hari terakhir.

Dalam agama kita, pemimpin adalah khadam dan rakyat itu majikan. Pemimpin itu buruh dan rakyat itu 'boss'. Kenapa SPR tidak beri hamba, buruh rakyat (BN & PR) ini peluang untuk memberi 'resume' (kempen) dan CV kepada majikan mereka (rakyat)?

Berilah peluang kepada majikan (rakyat) kita untuk memilih hamba dan buruh (BN, PR) untuk dijadikan budak suruhan mereka selama 5 penggal berkhidmat kepada majikan ini. Ini antara maklumbalasku terhadap acara TV1 ISU: larangan berkempen pada hari mengundi. (10 Mei, 2009, RTM, TV1)

Dato’ Haji Wan Ahmad (SPR) berkata, memang SPR larang media cetak dan media elektronik daripada berkempen pada saat-saat terakhir.

Saya fikir, kempen ini perlu dikembalikan kepada yang asal, iaitu dipanjangkan, bukan dikecilkan. Pondok panas bukanlah benda yang tak elok. Pondok panas bukan jenayah! Mereka yang membuat pondok panas pula bukanlah penjenayah!

Mufti Perak yang patut dipertanggungjawabkan!
Haidi call. Sembang panjang juga.Tetiba, dia bangkitkan isu di Perak. Aku pun apa lagi.. Tetiba, aku jadi hangin satu badan..

"Kalau orang tanya isu Perak abang Ali jawab satu saja," demikian aku memancing minat guru muda di Bentong, Pahang itu.

"Apa dia abang Ali?"

"Ini semua salah Mufti Perak!" demikian tegas aku menyatakan. Kemudian, aku huraikan satu persatu. Ada hadis menyebut lebih kurang, jika ada dua khalifah yang berebut kuasa, maka bunuhlah salah seorang daripadanya.

Dia kemudiannya menyarankan aku menulis surat kepada Mufti Perak itu.

Karya cerpen di Harakah
"Bang ada format tertentu ke untuk hantar karya kreatif ke ruangan sastera harakah?" sms daripada seorang adik menyinggah di telefon bimbit saya.

Maka.. di sinilah saya perturunkan bagi sesiapa yang berminat mengirim karya ke sastera.harakah@gmail.com. Selepas itu, kirim sms ke 014-3233287.

Bila buat kerja untuk lidah rasmi Pas ini, aku teringat juga bahawa sesekali, ALO kerap juga mengeluh kepadaku mengenai wartawan-wartawan yang tidak mencapai kemajuan dalam menulis laporan. Agak keras juga dakwaan ini.

Aku rasa, kena ada 'usrah' kalangan wartawan ini untuk menghadam buku-buku agar teranjak sedikit pemikiran dalam menulis laporan nanti.

Perlu baca buku dan kemaskinikan ilmu daripada semasa ke semasa. Bukan kita berlagak ketika menulis di sini, macamlah kita hebat banget. Tapi kita cuma bagi syor agar kebaikan mengunyah ilmu itu dapatlah kita ratah bersama.
-----------------------------------------------------------------------------
14 Jamadil Awwal / 9 Mei (Sabtu)
Dinihari
Di Jalan Yap Ah Shak. Kuperhatikan lagi gelagat anak-anak muda kita berpesta. Seorang wanita cantik, tinggi lampai, langsin
g memakai jeans yang sengaja dikoyak di bahagian punggungnya telah menarik perhatian ramai di Restoren Buharry.

Astaghfirullah..Begini keadaannya setiap minggu di sini, acara clubbing..takkan nak tunggu Imam Mahdi nak datang baru nak mula banteras kot?

Tadi, aku layari internet dan melihat Ratib al-Haddad serta segala macam ratib, wirid dan zikir yang berkaitan. Menurut catatan, ratib itu disusun untuk membanteras ajaran sesat di Hadralmaut, Yaman. Maka, datang suatu ilham, menyinggah dalam fikiranku..

Aku perlu susun semua ratib, gabung al-Ma'thurat, Hizbul Bahri dan lain-lain hiz
b, wirid, aurad dan segala macam tarekat untuk dijadikan aurad baru.

Ini kerana, aku melihat Ratib al-Haddad, al-Ma’thurat dan lain-lain memiliki ciri-ciri yang sama. Aku fikir, jika Ratib al-Haddad digunakan untuk membasmi ajaran sesat, maka gabungan jalinan auradku yang baru ini mungkin boleh digunakan untuk basmi sikap-sikap liar orang-orang muda pada hari ini, insya Allah Ta'ala..

Pagi
Haji Amin dah mula call, sms mengenai artikelnya.. Inilah masalahnya.. mereka tak tahu artikelku disekat, diperam dalam mel-e untuk beberapa lama. Jangkaan awalku ini tidak pernah meleset, bahawa orang akan tanya sama ada suara hati mereka dikeluarkan atau tidak di daily, dah mula terjadi. Apa yang harus kulakukan?

Takkan aku nak beritahu pak haji itu bahawa aku dah hantar artikel, tapi mereka tak siar? Sedangkan, dia itu peminat setia akhbar lidah rasmi Pas. Nanti, apa pula katanya?

Aku rasa, perlu aku beritahu Hj Amin hal yang sebenarnya. Artikel tentang bukunya dah siap, tetapi mereka tak siarkan. Mungkin dia boleh call sendiri editor.

Mr R dah sms menyatakan rumahnya dah ada pembeli lain di Damanasara. Ini bererti aku dah ada pesaing. Dia selaku broker rumah pun melepaskan semuanya itu di atas bahuku.

Tuhan..bagaimana aku nak selesaikan perkara ini? Dokumen tak kuat dalam tafsiran bank, walaupun aku mampu.

Malam ini, aku perlu bercakap dan selesaikan dengannya lalu membuat beberapa keputusan. Atau, perlukah aku berbincang dulu dengan agen Flora?
-----------------------------------------------------------------------------

13 Jamadil Awwal / 8 Mei (Jumaat)
Mak kirim sms, menyatakan adik perempuanku sudah bersalin pada 4:05 pagi tadi. Berat anak saudaraku itu 3.28 kg. Lahir hari Jumaat, hari yang baik!

Cuma, adikku itu bersalin melalui pembedahan kvl? Apa kvl tu?

Ibu beritahu, doktor kata bahawa aku sepatutnya lahir pada 13 Januari, 1977 (Khamis). Tapi, hari lahirku teranjak sehari; 14 Januari, 1977 (Jumaat).

Aku fikir, Jumaat is my lucky day, kerap sangat aku boleh beli dinar emas pada hari itu atau nak mulakan proses penguratan pun boleh juga pada hari itu!

Kini, aku dah punya dua anak saudara! Sarah yang comel dan seorang lagi yang tak aku tahu apa nama yang mereka mahu berikan kepadanya.

Misteri Angka 13
Syukur. Tuhan tidak zahirkan kelahiranku pada angka 13. Paklah letak angka 13 di Proton Perdana; WCH 13. Aku rasa Umno yang letakkan 13 calon bebas di Bukit Selambau tempoh hari. Siapa lagi yang minat dengan angka 13 ni?

Err..kebetulan pula hari ini, 13 Jamadil Awwal pula..Hari ini aku perlu gandakan banyak perkara seperti uruskan surat gadai di Pesuruhjaya Sumpah, jumpa Prof Bakar Hamid di UM jika sempat ke sana, jumpa PTS (entah sempat ke tidak).

Semoga berjaya Fansuri walaupun banyak idea dan tulisan hang kena peram dalam mel-e depa dan kena cantas selalu. Hang kena buat website baru ni..

Aktivis Sasterawati dari Singapore datang
Cik Saripah datang bersama keluarganya. Pagi tadi, dia sms, menyatakan ketibaannya di Hotel Legend. Aku mengenalinya di Samarinda ketika DBP mengirim aku, Sahrunizam, Saif DBP dan Dr (lupa namanya) di sana.

Selalunya, apabila mereka sekeluarga tiba di KL, memang cik akan sms aku. Mereka suka betul dengan hotel yang berhampiran dengan PWTC itu. Aku fikir, sebab ada dapur agaknya yang menyebabkan keluarga Melayu Singapore gemar berlibur di sini.

Lepas Jumaat
Pi The Mall, berurusan dengan Pesuruhjaya Sumpah. Sambil menunggu, aku sms cik. Akhirnya dia beritahu lokasinya. Dia datang bersama anaknya berlibur di sini.

Syukur. Kena RM5 saja. "Kalau tidak, saya kenakan RM10," kata cik Zul, pesuruhjaya sumpah itu. Dia dulunya kerja di mahkamah. 2004 dia pencen.

Setahun selepas itu, 2005 dia kerja di sini sehingga tahun ini. "Dah 4 tahun kerja sebagai pesuruhjaya sumpah," katanya.

Teringat abah. Dia nak kerja sebagai Pesuruhjaya Sumpah lepas pencen. Pegawai kerajaan pada tangga jawatannya, melayakkan dia memikul kerja itu.

Selesai bab 'sumpah emas', bergegas ke Maybank. Selesai isi borang kehilangan debit kad. Hilang lagi RM12. Tadi 'shopping' di Mydin. Fuh.. wang bagai air mengalir!

Sementara menunggu proses penguratan, minum di restoren Hamid. Seorang mualaf Cina yang cedera kakinya dibalut kain beri salam. Aku jawab salam dan beri RM2. "Itu duit dia, aku cuma tolong simpan duit dia saja," kata P. Ramlee.

Lelaki tua di TTDI itu manusia atau malaikat?
Ketika minum, tetiba ingatanku menerpa ke arah 'orang tua daif' di TTDI beberapa bulan lalu. Bajunya lusuh, tua renta, lemah tak berdaya sehingga terduduk di jalan bertar dan dia kelihatan terbongkok-bongkok ketika berjalan.

Tawakalnya sungguh kuat. Dia menolak pemberian wangku dan pertolonganku. Apakah dia kini dihukum Tuhan atau malaikat yang menjelma sebagai manusia?

"Jantung pakcik bergegar kalau naik motor anak," begitu katanya kepadaku ketika aku pelawa dia naik motor. Aku mahu hantar ke Puduraya kalau dia nak balik rumah. Aku masukkan duit di dalam poketnya, tapi dia menolak tanganku.

"Habis, takkan nak biarkan pak cik di sini?" kataku lagi. "Tengok.. tak ada yang nak bantu pak cik pun di sini. Pakcik nak balik ke mana sebenarnya?"

"Pakcik nak ke Muar," katanya ringkas. "Kalau anak susah, jangan susahkan diri."

Ingatanku terpancung seketika melihat Cina mualaf itu menadah tangannya kepada pengunjung restoren itu. Muar? Macam mana dia nak balik Muar? Adakah Muar akhir hidupku? Ahlul bait Hadralmaut, Yaman ada di Muar ker?

Jadi, pakcik yang pelik kutemui dia yang mahu pulang ke Muar ini betul-betulkah 'orang'? Rasa mustahillah ada orang macam ni lagi.

Ini kes yang paling pelik dan aneh sepanjang aku bertemu dengan orang daif. Hatiku percaya 80% yang dia ini sama ada bukan manusia atau pun manusia yang tinggi martabat jiwanya. Aku fikir Pas kena wujudkan pegawai berkebajikan! INI WAJIB!

Seusai minum, aku pulang setelah peoses penguratan gagal. Tiba di SPKB, saya terima panggilan cik. "Jumpa di Secret Recipe, dekat The Mall," kata cik.

Malam ini akan aku cuba menggali seberapa banyak pertanyaan kalau-kalaulah ada kerja-kerja sampingan dengan kalangan kelompok sasterawan - Asas 50 Singapore.

Hidup ni kena ligat beb! Eh.. silap ayat.. Hidup ni kena ligat syeikh! Kena cari peluang sebanyak-banyaknya. Ruang menulis di daily dah banyak tersekat. Sekarang, mesti cari ruang di tempat lain pula. Okeh! Tuan-tuan.. Adios!

Bualan dengan cik
Banyak juga berbual dengan kawan dari Singapore tadi. Cerita rumah terbengkalai di Malaysia dan beza dengan Housing Development Board (HDB). Kami makan di Secret Recipe The Mall, 8 pm bersama seorang anak perempuannya.

"Apa dah jadi di Perak?" kata cik. "Kami selalu ikuti perkembangan Malaysia. Rancangan TV Singapore pun, bukannya menarik sangat."

Syahadan.. antara isu-isu yang menarik perhatianku ialah:-

1. Menteri Air Singapura masih Melayu. Yang lain, semuanya bukan Melayu.
2. Tak puas hati dengan menteri mentor Lee Kuan Yew, tapi kena pendam juga.
3. Daun Selasih.. cik tau bau daun, rupa walhal aku pun 'blur' dengan daun tu.
4. Cik offer aku temubual Surat Markasan, seorang sasterawan Singapura. Dia dapat membantu kalau aku bersedia ke sana. Masalahnya, kat mana aku nak tidur?

Berdasarkan semua ini, rasanya perlu wujudkan Pas Singapura. Dengar kata, dulu ada. La ni ada ke tidak, tak tahulah aku. Tapi, Arqam masih ada di Geylang Serai.

Pemikiran seorang Don di dalam fikrahku sedang bangkit. Sebagai Don, aku perlu tawan semula Singapura untuk jatuhkan dia semula dalam genggamanku.

Ada 'plan rahsia' dan protokol yang tidak boleh kudedahkan kepada sesiapa!

Kesal sikap pimpinan Pas!
Wanto of Johor call sekitar jam 11 lebih. Bualan kami terputus beberapa kali dan kami bergurau, "Jangan-jangan SB Bukit Aman yang pantau dan putuskan talian kita tak?"

Dia beritahu aku apakah yang dikesalkannya itu. Ada seorang exco Pas Kelantan, turun ke Johor untuk 'melobi' sempena muktamar Pas yang bakal menjelang kali ini.

"Ana tak puas hati syeikh," kata rakanku yang menjawat jawatan Prof di Sekolah Pemikiran Kg Baru (cawangan Johor @ SPKB Johor) itu.

"Pasai pa enta tak puas hati?" tanyaku semula.

"Depa dah tanggalkan jubah Melayu hanya nak undi bukan Melayu," katanya. "Silap-silap kita akan dilabel Umno pulak kalau terlebih, terlajak cakap soal Melayu ni."

Jika demikian, aku beritahu Wanto, Pas dah kalah pusingan pertama lagi. Awal-awal lagi, dia dah berikan kemenangan kepada Umno. Pas tak boleh perintah negara kalau macam ni. Mereka tak menang dalam erti kata yang sebenarnya!

Sabtu lalu di Inspem (Institut Penyelidikan Matematik) UPM, ketika menghadiri bengkel kajian prasasti (batu bersurat), aku jelaskan kepada Aqil - Pas perlu ubah nama.

"Pas merosakkan nama Islam secara tak sengaja," kataku. "Dan ketika kita ungkapkan hal ini, kita bukan Umno, kita nyatakan hal ini atas nama akademik."

Umno nak Pas gugur nama Islam kerana nama itu menyebabkan ramai orang Islam sokong Pas. Walhalnya, 'ahli akademik' seperti aku nak Pas gugurkan nama Islam kerana Islam itu tercemar dengan sikap ahli-ahli Pas itu sendiri.

Aku lihat Aqil angguk-angguk tanda bersetuju banget dengan usulku itu. "Saya setuju.." katanya tanpa mengulas panjang, "Sepatutnya kena tukar nama."

Aku teringat Hizbul Muslimin. Kalau diterjemah dalam Melayu-Parti Orang Islam. Ada bezanya Parti Islam dengan Parti Orang Islam. Ada beza Islam dan Muslimin.

Maka, berbalik kepada kisah Wanto. Perjuangan kami masih panjang. Aku tak mahu Wanto dan rakan-rakan lain 'menghina'ku sebagai tong sampah di mana telingaku ini adalah tadahan suara hati mereka yang menyampah terhadap persekitarannya.

(Perhatian! Menurut seorang pengkaji bahasa bernama Al-Fansuri, kalimat
Menyampah itu datang daripada istilah Sampah adanya. Wallahu 'Alam..)

Kalau nak mengadu, silakan, tetapi please, mesti ada tindakan. Jangan luah perasaan marah dan kemudian selepas reda perasaan marah itu, kalian mula tidur lena.

'School of thought' vs 'school of action'
Sekolah pemikiran (school of thought) dah jadi sekolah bertindak (school of action).

Panjang ceritanya. Aku terus pergi kepada resolusi 'syura telefon' antara kami saja.

1. Wanto kuwajibkan menulis pengalamannya itu dalam blog beliau. Nanti, aku akan panjangkan tulisan itu di dalam Detik Daily, insya Allah. Kalau nak tulis dalam daily, memang sukar nak up. Semoga Tuhan menguatkan hatiku membela kebenaran!
2. Sebagai 'jawatankuasa pengelola' GARAP TV, Wanto akan kuberikan tugasan menulis skrip Drama Radio yang terkait dengan sesi soal jawab tadi. Mungkin boleh dirakam di dalam bentuk forum juga, dan diup ke internet dalam format Winamp atau Real Player. Ada sapa-sapa yang boleh tolong SPKB tak ni? Angkat tangan please!
-----------------------------------------------------------------------------
12 Jamadil Awwal / 7 Mei (Khamis)
Hari yang tidak produktif. Kerap berada di SPKB untuk terjemah. Tak dapat pergi UM, PTS dan banyak tempat lagi, gara-gara sibuk dengan terjemahan.

Nazmi BH sms, bertanya perkembangan sidang Dun Perak. Aku jawab ala kadar. Tak dapat nak cerita semuanya kerana aku juga tunggu laporan orang.

Maklumat selanjutnya berhubung Sidang Dun Perak boleh didapati di sini.

Juga, boleh didapati maklumat mengenainya di Harakah Daily.
-----------------------------------------------------------------------------
11 Jamadil Awwal / 6 Mei (Rabu)
Aku uruskan beberapa perkara yang tak selesai hari ini. Yang berjaya ialah bank-in cek Bank Islam (Bangunan Mara) Jalan Raja Laut, Mara. Yang gagal ialah, percubaan membawa surat gadai emas loket di Pesuruhjaya Sumpah, The Mall.

Turut gagal ialah percubaan mendapatkan semula kad debit Maybank. Tak pasai-pasai hilang RM12 disebabkan caj untuk mendapatkan kad debit tersebut.

"Pesuruhjaya Sumpah dah balik, 4 petang tadi," kata kerani. Aku terlewat kerana ralit berbual dengan seorang anak muda Haluan Siswa. Padan muka aku..

Kakinya sudah berada di syurga!
Sebenarnya, di Bangunan Mara itu, aku terserempak dengan mereka yang membuat road show di sana. Air mataku tumpah berderai saat Syakir menyebut, "Ada kalangan mereka yang berkata, sepotong kakinya kini telah pun berada di syurga!"

Aku mengirim esak tangisku di SPKB dan selesaikan sebuah bahan mengenainya. Entah akan tersiar atau pun tidak di daily, tiadalah daku tahu.

Akhirnya, aku hantar ke emel ALO dengan sedikit pesanan agar dapat disiarkan..

Malam
ALO call, minta aku pi Dataran Merdeka. Konon, ada perhimpunan di sana -> Mat Sabu ditahan SB, 3 petang tadi di Restoren Haslam, berhampiran Jalan Pahang Barat.

"Tengok la apa yang patut. Orang Pas ni kalau demo tak bersungguh macam Cina," katanya. "Mungkin sebab Mat Sabu dah biasa kena tangkap, depa anggap tak pa."

Aku diminta oleh ALO untuk membuat tinjauan di Dataran Merdeka sekarang. Adios..

Kumpulan Prihatin
Opss.. Baru nak keluar, Akmal (Kump Prihatin) call. Katanya, Prof Bakar Hamid tanya, bila nak jumpa & bincang? Aku bagitahu Akmal, mungkin esok ok, (walaupun baru teringat - esok perlu siapkan terjemahan novel untuk Harakah..)

Peghh.. Sapa suruh aku berjanji macam-macam?? Padan muka aku sekali lagi..

Oke, mahu keluar ke Dataran Merdeka sekarang..

Oh ya.. antara kegagalan hari ini-gagal jumpa Ikram PTS untuk meriwayatkan hal yang terbaru mengenai projek buku.. Gagal.. (3x).. bila nak berjaya nih?

Okeh.. bergerak ke Dataran Merdeka sekarang.. Adios sekali lagiks..

Dinihari
Sudah balik SPKB. Rupa-rupanya, tiada orang sangat di Dataran Merdeka. Mereka berhimpun di IPD Brickfield, demikian kata ALO. Aku keletihan dan separuh kerisauan membelah dadaku ketika bos aku itu meminta aku ke sana.

"Nak cari mampus," bisikku sendirian, "Aku dah lah road tax tak ada. Geran motor pula nanti orang tua datang bawa dari kampung."

Abah dan mak akan datang menjenguk adik menerima ijazah di UiTM. Masa itulah dokumen-dokumen penting akan dibawakan. Mungkinkah penyata bank yang menunjukkan aliran wang pencen abah, mak akan membantuku membeli rumah?

Bila aku story kat teman-teman bahawa dokumen aku tak kuat, depa buat lawak, "Kena sokong dokumen tu dengan besi keluli.. baru kuat." Lepaih tu, depa pakat bantai gelakkan aku. Cis! Tak pa.. Nanti aku buktikan.. Chaiyo!

(Tak pa.. jangan bimbang.. aku paham hangpa saja buat lawak saja..)

Ramai yang tidak tahu kesulitanku. Ah! Untuk apa kuceritakan semuanya? Aku cuma kesepian, sendirian, keseorangan di sini. Tiada girlfriend dan tiada bini. Lindsay Lohan, Shania Twain, Paris Hilton nun jauh di sana; Las Vegas dan Beverly Hills!

(Aku rafakkan kesyukuran kepada Tuhan kerana sehingga saat ini, tiada mana-mana papa razzi dan mama razzi yang bisa mengesan cinta gelap antara kami!)

Selain mereka bertiga, blog inilah tempat yang masih setia menungguku. Ini medan terapi untuk kuluahkan segala pahit, perit derita menyabung nyawa di ibu kota. Di sini tempat kumuntahkan rasa 'kaciwa'ku terhadap manusia yang tiada perikemanusiaan.

Apa masalahnya? Dulu, hobi kumpul setem, memancing. Hobi sekarang->merakam kekecewaan ke atas sikap, sistem dunia hari ni. Mungkin 20 tahun akan datang, ada orang akan melihat jatuh bangunku lewat blog ini.

Mereka akan kenal mana jerung dan bilis. Saat susah, siapa kawan, lawan. Siapa sialan, dan siapa bajingan! Huh! Jangan tension ya Fansuri. Silahkan tonton (Battle For Terra, klik pautan di bawah untuk keterangan..)

Syukur. ALO dah up bahan. Sepotong kakinya telah berada di syurga! TQ bos!
----------------------------------------------------------------------------
10 Jamadil Awwal / 5 Mei (Selasa)
Sahrunizam call. Dia bertanya sama ada sudah kuhantar salinan kertas kerja atau belum kepada pihak jawatankuasa Pena. Dia baru terima surat itu hari ini.

"Hari ini baru aku terima. Mana boleh nak hantar hari ini?" kata beliau. Dia juga cuba hubungi si Saif, DBP. Tapi, aku rasa Saif berada di luar negara sekarang.

Berdasarkan tajuk yang diberi kepadanya, mungkin kami diganding bersama. Entahlah..Dia kata antara pembentang adalah Nasriah dan al-Kurauwi.

Pergi ke Jalan Pahang Barat. Berjaya jumpa Pak Jawahir. Ketika itu, kebetulan dia mahu bersiap keluar ke Kelang atas urusannya. Dia memberiku dua buku untuk disunting - Dinar Soulusi; satu lagi - Kebijakan Ekonomi Umar.

"Saya mahu bulan 7 ini siap," kata Pak Jawahir. Ketika menapak jalan menuju ke opis Harakah, aku rasa aku dah jadi macam Fahri. Duniaku bergelut dengan suntingan buku. Seronok berangan ni. Satu-satunya nikmat teragung yang Tuhan bagi.

Tapi, Fahri berpoligami. Apabila masuk ke pejabat, aku disapa Nordin dan Irwan. Depa bagi aku soalan 'direct'. Aku pun apa lagi! Poligami tiba-tiba meletus dari bibirku. Pecah seketika polemik itu. "Huh! Seorang pun tak dak, nak berpoligami," kata Nordin.

"Hang dengan .. bila nak .." tanya Irwan. Ish! mujur daily tiada ruangan gosip. Aku pulak teruna sunti, jejaka pingitan. Pasai pa la depa tanya aku soalan lagu tu?

Masuk ke bilik ALO, Masri ada sama. Dalam gurauannya, dia kata aku rendah-rendahkan Ka'ab, seorang sahabat nabi. Ini ada kaitan dengan tulisanku mengenai pementasan teater Dinsman itu agaknya. Alah, depa ni bergurau saja tu.

"Enta bagi balik tulisan tu, single spacing, 150 halaman, ditulis dalam Ms Word," kata Masri. "Khasnya, artikel enta tentang pokok tu."

"Pokok?!"
aku kebingungan. "Pokok yang mana satu?"

"Alah.. pokok semasa krisis polis di Perak tu"
balas Masri.

Aku berjanji aku buang semua artikel yang mengarut di daily. Hanya yang tak mengarut sahaja yang aku akan hantar kepada Masri.

"Ya, yang mengarut enta buang, yang ok saja yang enta hantar," katanya. Memang betul. Ada juga tulisan yang aku rasa tak sesuai dibaca sebagai bahan bacaan umum.

Masri balik. Akhirnya tinggal aku bersama ALO. Kami tak banyak bercakap. Hanya aku diminta menyantuni ego seseorang. Yang ini sukar betul untuk aku buat.

Editor akhbar S pun aku diminta menyantuni egonya dahulu. Aku sukar nak jumpa. Tak dapat la nak berunding dengan ego seseorang. Rasa meluat dan menyampah. Bersembang biasa-biasa tu bolehlah. Itu pun kalau boleh bersembang.

ALO perasan ada tiket free di tanganku. Pecah rahsia tingkat 2! Bila bawa beg Queen Langkasuka, kaum ibu tegur, "Cantik beg!" Akhirnya, pecah rahsia di tingkat 1.

Kita perlu hargai ketelusan, kejujuran dan selalu berkata benar walau pahit. Semua ini kupelajari daripada Ka'ab bin Malik, seorang sahabat Baginda s.a.w yang hebat peribadi. Dia yang bercakap benar, maka terungkap kisahnya dalam al-Qur'an.

Koh Tsu Koon, ISA dan Harakah
Anis beritau, isu Koh Tsu Koon bantah ISA itu dihebahkan dalam perjumpaan tertutup. Ada juga idea nak saman Harakah gara-gara tersiarnya laporan tu. Tadi petang, dia call Johari, setiausaha akhbar Tsu Koon.

"Saya pun bekas wartawan.. tak pa.. saya faham.. tapi tolong siarkan dulu.. nanti dia 'cool'.. dia tak saman," kata Johari. Susah betul jadi wartawan. Puncanya, pemimpin politik ni yang takut sangat. Jadi, mulalah nak salahkan wartawan.

Ini semua dikutip dari blog Kak Laila. Utusan pun quote dari blog Nik Abduh tentang isu unity government. Mazlan Nordin pernah tegur sikap wartawan yang kutip dari blog. Apa hukum kita ambik kenyataan dari blog? Al-Fansuri berfatwa, hukumnya HARUS!

Utusan pun kutip dari blog Nik Abduh, tak kutip pula daripada blog Tok Guru ketika nak sahkan sikap dan pendirian sebenar Tok Guru berhubung kerajaan perpaduan tu.

Aduhai Malaysia yang tercinta..Apa nak jadi dengan pemikiran orang hari ini?

Sebenarnya menurut hematku tak salahnya mengutip daripada mana-mana pun, janji mestilah benar-benar kita sah bahawa orang itu ada menyebutnya. Wallahu 'Alam..

Lega dapat cek
Ke bahagian kewangan. Syukur, dapat cek hari ini. Bolehlah tebus emas dinar lagi, i'Allah. Dapat juga kubeli laptop nanti. Tadi, kuhantar salinan tulisan April. Hanya 12 tulisan, mungkin ia bernilai RM600 saja. Mati kebuluran aku jika ALO saja yang up.

Balik SPKB. Aku call Don F dan Don S untuk tengok filem malam ini. Rupanya, Don S akan balik rumahnya di Taiping sebagai langkah persediaan membuat umrah. Aku nak kirim doa untuk dia baca di Multazam (pintu Kaa'bah) kelak, i'Allah.

Abah pun akan pergi juga ke Mekah penghujung bulan ini. Entah-entah mereka bertemu di sana atau tidak? Bersiap-siap ke Cathay Cineplex di Damansara. Adios!

ALO call pulak dah. Kena patah balik ke Sekolah Pemikiran Jalan Pahang Barat.

Malam
Berbual dengan SA, ALO dan Irwan di Restoren Haslam. Dekat muktamar, beberapa pimpinan PAS makin akrab dengan Harakah, Siasah nampaknya. Hmm.. sedikit sebanyak, aku sudah mula faham dengan sikap dan gelagat mereka ini.

Akhirnya aku tidak pergi ke Cathay Cineleisure Damansara. Don F silap faham dan bawa rombongan ramai ke sana. Dia ingat, satu salinan iklan di Malaysian Today itu boleh juga ditebus untuk dua orang. Sebenarnya, satu iklan untuk satu orang sahaja.

Ia jadi rezeki rakan-rakan si Don F. Sebab itu, aku teringat pesanan seseorang, iaitu apa-apa yang kita usahakan itu akan jadi rezeki orang lain. Aku berusaha jawab soalan untuk dapatkan tiket free, akhirnya ia menjadi habuan orang lain.

Aku teringatkan pakcik yang mengajar aku 'falsafah lauk kita menjadi habuan kucing'.

"Kalau ada kucing datang ketika kita makan nasi, bagi dia lauk itu dan kita makan nasi kosong dengan kuah saja,"
demikian pesan pakcik. Aku rasa, aku hanya bagi ikan kepada kucing itu sikit saja. Bagi banyak, takut kucing tak makan habis. Membazir.

(Yang aku tak boleh amalkan lagi setakat ini ialah falsafah rezeki Abg Nash Malaysiakini, "2/3 daripada duit gaji kita adalah hak milik orang lain." Juga, termasuk kepercayaan P Ramlee bahawa kita sebenarnya, simpan duit orang miskin saja. Apabila tiba masanya, kita kena juga serahkan balik hak itu kepadanya.

Aku cuba cabar diriku sendiri untuk beli piza kat kaum ibu di Harakah. Kak Sal dah tunjuk pizza Domina. Nantilah aku cuba usahakan, insya Allah Ta'ala.)

Melihatkan perangai kucing yang tak mahu makan lauk yang aku berikan, aku teringat perangai manusia yang tidak bersyukur kepada pemberian Tuhan. Sebab itu, Tuhan tak bagi dah rezeki sebab kita tak bersyukur.

Seperti sikap kita yang enggan beri lauk lagi jika kita lihat kucing itu sudah tak makan lagi lauk pemberian kita. Kekucingan dan Ketuhanan-melengkapkan kemanusiaan dan menyempurnakan diriku kekhalifahanku di atas muka bumi ini.

Apabila aku memikirkan ALO mahu berbual denganku panjang lebar lagi, aku putuskan untuk memberikan bahagian tiketku kepada Don F. Kasihan.. dia mengorbankan sesuatu sehingga dia tak dapat bahagiannya. Aku fikir, aku perlu korbankan sesuatu untuknya dan Tuhan memberikan aku sesuatu yang lain pula.

Don F seperti gembira. Lewat sms tadi, dia mendoakan keberkatan dan semoga rezekiku bertambah. Itu yang aku dapat, doa daripada seorang sahabat.

Sebenarnya, ada manisnya berkorban demi orang lain. Itu baru kes kecil. Filem free Saus Kacang (Bunga Citra Lestari) akhirnya menjadi habuan rezeki orang lain.

Akibatnya, dapat kutonton acara Hujah di DBP bersama ALO malam itu.

Queen of Langkasuka di YouTube
Selain Star Trek, aku tidak sempat menonton Paul Blart dan Queen of Langkasuka (QOL) juga. Maka, sesiapa yang nak layan QOL, boleh menonton di sini..

Selepas Maghrib, berbual dengan ALO. Memikirkan dia nak berbual, ada baik juga kukorbankan peluang berfoya-foya sambil mesyuarat pada malam ini.

Bualan itu tak lama kerana rakannya mahu jemput dia ke sebuah masyuarat bersama Dr Lo' Lo'. Entah mesyuarat apa, tidaklah diketahui. Aku balik ke SPKB.

Tiba-tiba, ALO call semula. Dia batalkan pertemuan dengan rakannya itu. Aku tertanya-tanya juga kenapa dia batalkan.

"Pasai malam ni deadline kot yang enta tolak ni?" kataku kepada ALO.

"Kalau bukan pasai deadline pun ana akan tolak," kata ALO. "Ingat makan-makan saja. Dan borak-borak. Rupa-rupanya nak tambah beban satu lagi. Kerja kita yang sebenar pun kita tak sempat nak buat."

Memang la ni, zaman untuk kita kena berani menolak apa-apa kerja untuk menaikkan reputasi orang politik. Kalau nak letih, ada baiknya hal itu untuk umat dan jangan menjadi perkakas kepada politik seseorang.

Jurnalis yang tiada kualiti, terpaksa bergayut menyandarkan diri ke bahu politikus. Wartawan yang berkualiti, sebaiknya tak payah rapat sangat dengan politikus. Bahaya lebih banyak daripada kebaikannya.

Bualan di opis ALO itu berakhir di Rafiyya. Akhirnya kami pun capai keputusan untuk tulis buku KAMI (Kumpulan Aktivis Media Independen). Antara penulis yang ada dalam catatanku, hasil bualan bersama ALO adalah.. (RAHSIA!)

Ini rezeki yang aku dapat setelah kukorbankan tiket filem kepada Don F!
-----------------------------------------------------------------------------
9 Jamadil Awwal / 4 Mei (Isnin)
Lutfi sms, ulasan teater hantar hari ini. tk - 11:39:04 a.m. Aku juga mengirim bahan Haji Amin.. Tapi, sebelah petangnya masih belum up juga di daily.

Amy Seacem call, meminta aku hadir di Bangsar untuk bertemu Sean. Aku hadir pada 3:30 p.m tadi. Ada beberapa hal yang mesti aku uruskan. Bayar hosting dan URL.

Sean beri nombor seorang wartawan video Astro. "Mungkin boleh bantu anda kemudian nanti," kata Sean. Katanya, dia amat mahir dalam penggambaran.

Hasni sms menyatakan bahawa ada sidang media di Rumah Pena esok. Turut hadir SN A Samad Said dan SN Muhammad Haji Salleh.

Pegawai PTS call. Aku jadi serba-salah kerana tak dapat hantar apa-apa bab lagi.

Fathi balas sms aku mengenai duit claim di Malaysiakini. Dia belum proceed borang claim. Agak aku, kerana dia sibuk barangkali.

Singgah di La Tha Cafe. Kalau jumpa Nazmi, mungkin dapat berbual-bual mengenai seminar itu. Aku pulang. Gagal menemui Pak Jawahir hari ini.

Pulang ke SPKB, aku terjumpa lelaki Cina penjual akhbar lama. "12 sen untuk 1 kilo," kata lelaki itu. Tempoh hari, 15 sekilo yang kutolak kepada lelaki India di Jalan Chan Sow Lin. Dia akhirnya beri aku RM2 setelah kutolak banyak kilo akhbar juga.

"Saya bagi u 20 sen sekilo tadi," katanya. Dia tak pakai alat penimbang pun. Lantak dia la. Yang penting, menjual akhbar lama jauh lebih jujur daripada menjual berita, menjual fikiran di daily. Lebih tangkas dapat duit berbanding Malaysiakini.

Currently have 0 comments: