Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

16 - 22 Jamadil Awwal / 11 - 17 Mei

Sunday, May 10, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 11:47 PM

22 Jamadil Awwal / 17 Mei (Ahad)

Hiburan dan Berita

Hari ini ke Mid Valley, menonton Angels and Demons di GSC bersama Don F. Terserempak pula dengan Pak Samad. Sempat juga aku bersalam dengannya.

Teringat dalam mesyuarat GMP bersama Anwar Ibrahim dahulu bahawa beliau menonton filem Bohsia. Agak-agaknya, dalam kegiatan kepengarangan, Pak Samad memang akan tonton filem. Aku fikir, mahu menulis buku mengenai dia.

"Bila tonton filem, kita dapat maklumat lebih cepat," katanya dalam mesyuarat tempoh hari. Itu hujahnya yang mahu menyelami kehidupan anak-anak muda lewat filem Bohsia.

Selepas tamat tayangan, kami borak di Food Junction. Kisah mengenai Ketuhanan dan bahaskan hal-hal yang bersangkutan dengan Angels and Demons tadi.

Dalam borakan tadi, kusalin beberapa hal yang menarik perhatian dalam filem itu:-

1. Partikel of God (Unit Tuhan) - asal-usul letupan Big Bang, saintis cuba buktikan kewujudan alam ini melalui letupan Big Bang.
2. Illuminati dan Church Catholic di Vatican, saling bermusuhan. Illuminati akhirnya tubuhkan masyarakat rahsia dan membawa diri ke Constantinopel (Turki). So, ada dua kuasa gereja, iaitu pertama di Vatican City, Rome, keduanya di Constantinopel.
3. Filem ini mengukuhkan kefahaman peribadi saya - kenapa Freemason, Illuminati berkembang kuat di Turki dan kenapa Khilafah Uthmaniyyah boleh runtuh terus.
4. Carmelenggo rancang penculikan, pembunuhan 4 paderi (fathery) Vatican untuk merampas kuasa gereja Katolik di Vatican City. Maka, Carmelenggo seperti watak Najib yang menculik lalu membuat rampas kuasa di Perak!
5. Dan, banyak lagi..

Kami sama-sama mengantuk. Lalu, kami pergi ke Masjid Abu Bakar Bangsar untuk berehat. Sungguh tenang, tidur kami di sini. Menjelang Maghrib baru terjaga. Actually, bangkit banyak kali juga. Tapi, tidur semula, iktikaf di situ.

Pas dah terjebak amalan rasuah?
Tengah makan nasi lemak ayam dekat NSTP, Bangsar tadi, tertengok Buletin Utama. Ada suatu petikan kenyataan daripada Nik Aziz tadi berhubung amalan rasuah menjelang muktamar Pas.

Sukar nak dianggap hal ini sebagai mainan media, sebab ini adalah petikan TGNA. Aku nyatakan kerisauanku berhubung perangai orang-orang Pas yang semakin menjadi-jadi ini.

Memang makin kuat ingatan menerpa dalam fikiranku; menyeru supaya nama Pas itu diubah segera. Kalau tidak, fitnah besar boleh berlaku ke atas Islam.

Jaga dalam tidur/mimpi
Aku cerita pada Don F, tentang pengalamanku terjaga dalam tidur/mimpi (walhal masih lagi dok tidur). Dalam keadaan 'jaga dalam tidur/mimpi' itu, aku terdengar suara pakcik dan nampak kedudukan Pulau Tuan.

Asal-usulnya, Tanjung Tuan adalah sebuah pulau. Tiba-tiba, ia bertukar wajah jadi sebuah pulau pada zaman ini. Begitu juga Gunung Jerai. Kata orang, asalnya sebuah pulau, kemudian menjadi gunung pula. Wallahu 'alam..

Jadi, kalau keadaan 'jaga dalam tidur/mimpi' itu boleh diterima, maka aku pergi dalam keadaan Tanjung Tuan berada dalam keadaan asalnya. Ada sebuah lubang di situ, ketika hulurkan tangan di dalamnya, ada air mengalir dengan tiba-tiba.

Air tawar dan bukan air masin walaupun pulau kecil itu dikelilingi laut. Rumusan awal - aku pasti batu bersurat, prasasti Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan tu ada kaitan dengan orang tua dari Sumatera; pengembang agama Islam di Melaka.

Dia datang dari Sumatera dalam keadaan ajaran Buddha, tulisan Kawi dan Pali masih terpahat di batu surat prasasti itu. Dia mati dibunuh. Dibunuh oleh siapa?

Fuh! Aku dah jadi macam Profesor Robert Langdon dalam Da Vinci Code dan Angels & Demons. Tapi, sekatan di daily inilah yang meresahkan aku. Tak dapat nak dihuraikan segala fenomena dan teka-teka tentang kedatangan Islam dan hubungan Buddha, Pali, Kawi dan Islam di rantau Nusantara ini.

Di MPH Bangsar Village, aku temui buku-buku bertaraf rujukan yang menarik. Ia mengenai hal kebudayaan, sikap falsafah kehidupan Amerika dan lain-lain bangsa. Ghairah nak beli. Walaupun ada offer, namun sen yang tidak menentu, ditambah dengan sekatan di daily, memaksa aku pun hidup berjimat cermat!

Resolusi:-
1. Beli leptop - masa aku banyak terbuang. Kalau keluar mana-mana dan ada leptop, tidak buang masa banyak sangat.
2. "Kemiskinan itu membahayakan," kata Don F. Sejak Semalaman dia banyak berbual topik ini bersama teman serumahnya. Dalam beberapa siri keluhan itu akhirnya kami tukar pemikiran; semua ahli jemaah jangan hanya kalut dengan idea saja tanpa fikirkan strategi kewangan di kampus.
------------------------------------------------------------------
21 Jamadil Awwal / 16 Mei (Sabtu)
Ke Hotel Equatorial, Bandar Baru Bangi. Dalam perjalanan, saya jual 5kg akhbar lama dan 1kg tin aluminum. Semuanya, RM3. Dalam congakan rawak, 1kg tin aluminium mencecah RM2.25 untuk 1kg. Lumayan juga.

Sebab itu, saya jadi geram ketika dalam perjalanan ke Bangi, apabila terserempak banyak tin-tin aluminium yang bersepah di sepanjang jalan.

Hari ini ada Seminar Perubahan Iklim anjuran Asasi, IKD. Pak Khalid (Khalid Jaafar) juga hadir. Banyak juga rumusan yang boleh dibuat. Tapi, apa yang aku nampak, Pak Khalid nak wujudkan semacam pasukan 'pelobi' pejuang alam sekitar di Malaysia.

Tujuannya, adalah untuk menggerakkan kempen kesedaran dalam kalangan pimpinan, pembuat dasar kerajaan.

"Selalunya kempen kesedaran ini hanya berlaku di sekolah-sekolah, melibatkan pelajar-pelajar di sekolah rendah," katanya ketika seminar hampir tamat tadi.

Ketika minum petang tadi, saya sempat tanya apakah ia seperti GMP. "Ya," ringkas dia jawab. "Tengok kepada berapa ramai yang berminat."

Doa ikan-ikan
Di hotel itu, aku tapau kuih banyak juga. Ada majlis perkahwinan Cina Kristian dan minah-minah salleh berbikini di tepi kolam renang. Bagaimanapun, tabiat ikan-ikan yang jinak di kolam ikan tu yang paling menarik perhatianku.

Di mana aku pergi, di situ mereka datang. Mungkin mereka menyangka aku bawa makanan kot? Sebuah hadis ada menyebutkan, ikan-ikan di lautan, sungai berdoa ke atas orang yang menuntut ilmu? Kalau aku bagi mereka makan dan aku 'berbual' dengan ikan-ikan ni bagus juga.

Selain dapat menenangkan fikiran, doa ikan-ikan ini tentu makbul. Mereka ni tiada dosa apa pun pada Tuhan. Kehidupan mereka hanyalah zikrullah.

Harapanku kepada ikan-ikan
Wahai ikan-ikan.. berdoalah kepada Tuhan. Hari ini masuk hari ke-16. Tapi, artikelku di daily, 2 sahaja. Aku ada 15 hari lagi untuk tulis 20 artikel supaya dapat sekitar RM1,000 bulan ni. Tapi, sebelum ini pun, aku sudah mengarang wahai ikan.

Tetapi, mereka tak nak up-up juga bahanku di daily. Tadi, semasa seminar berlangsung, bos aku sms, call. Dia pun bercerita mengenai dirinya yang sudah seminggu tak buka internet. Kerisauan mendekam di hatinya, membelit jiwa dan membelenggu fikirannya.

Anaknya masih terlantar di hospital dan bosku itu pernah kehilangan anaknya sebelum ni. Sebab itu dia cukup risau sehingga tak dapat up bahanku di daily.

Jadi, wahai ikan, mohon kalian semua berdoalah sebanyak-banyaknya kepada Allah agar bahan yang aku tulis itu dapat mereka up ke internet kelak. Minta kepada Tuhan agar dilembutkanlah hati mereka untuk tidak menyekat bahan-bahanku.

Wahai ikan-ikan, berdoalah semoga Ahmad Syafiq bin Ahmad Lutfi segera sembuh dari demam denggi. Supaya bosku itu tidak susah hati lagi. Dan, selepas itu dapatlah kami berjuang seperti biasa.

Wahai ikan-ikan, segeralah berdoa, sampaikan salamku kepada Tuhan di syurga!

Ameen..

Aku jalan-jalan sekitar hotel mewah itu, apabila melihat ikan-ikan berenang dalam kolam yang mengelilingi hotel tersebut, dan ketika kulihat kolam itu di bawah kakiku, aku teringat gambaran Tuhan mengenai syurga yang terlalu kerap Dia firmankan dalam al-Quran.

Jannatu adnin, tajri min tahtihal anhar - syurga adnan, mengalir pada bawahnya sungai-sungai!

Memuncak kerinduanku kepada syurga! Orang Palestin, sepotong kakinya telah berada di syurga.

Kulihat minah-minah salleh berbikini di kolam renang, bermandi-manda. Apakah gambaran ini wujud di syurga? Mengikut 'fatwa' cik Pyan as-Sohavat di Siasah, kita boleh pilih bidadari kita di syurga macam pelakon Hollywood, Bollywood.

Aku rasa senang dan tenang sekali mendengarkan 'fatwa'nya itu. Aku mohon pada Tuhan, biar yang ada muka macam Shania Twain, Lindsay Lohan, Meg Ryan, Amisha Patel sebagai peneman dan bidadariku di syurgawi!

Oh, Indahnya tidak terperi. Teringatkan hal ini, rasa tak sabar menunggu mati. Tapi, hutang aku dan amal ibadatku tak cukup lagi.. waa...

Bak kata Fansuri, "Perjuangan ibadah belum masih selesai.. "
------------------------------------------------------------------
20 Jamadil Awwal / 15 Mei (Jumaat)
Dinihari
Di opis dinihari ini, aku terima nasihat daripada seorang rakan tentang cara-cara nak beli rumah. Harus bersifat tidak jujur. Apakah aku harus memakai nasihatnya? Dalam hati ini sudah ada 80 peratus untuk mengikuti pesannya itu.

"Kalau jujur sangat, susah," katanya. "Lagi pun, bukan kita tak bayar, kita bayar."

Aku cuba hidup jujur, berterus-terang walau pahit kedengaran. Ingat nak uji diri sendiri. Ramai politikus tidak jujur, tak jawab soalan, enggan mengulas saat disoal wartawan. Jika aku hipokrit, apa bezanya aku dengan politikus?

Petang
Hari yang berkualiti. Walaupun ada masalah di Maybank tadi akhirnya dah selesai bab kad debit yang tergendala dulu. Harapnya selepas ini dapat draw duit semula untuk beli emas kepada para Don. Oleh kerana terlewat, pembelian emas tertunda.

Ke Kelana Jaya, tebus tiket filem Power Kids. Sepanjang perjalanan dalam LRT, dapat selesaikan dua perkara; pertamanya selesai berbincang dengan pihak PTS mengenai buku, keduanya sudah berbincang dengan agen rumah.

Mereka setuju mencari pembeli baru. Semoga selepas ini tiada gangguan lagi mengenai hal ini. Fuh lega.. (buat sementara)

Wanto call, khabarnya Husam datang ke Johor selepas seorang exco Kelantan datang 'melobi' di sana. Sedikit sebanyak, aku dah fasih sedikit politik Pas.
"Walaupun Johor Umno 'punya', tapi dia luas dan ramai perwakilan Pas," katanya.

Saya fikir mahu reform dua perkara dulu mengenai Pas ini. Pertama, Pas kena ubah nama parti. Kedua, Pas jangan tanggalkan jubah Melayunya. Adakah aku perlu gunakan nama samaran kat akhbar aliran perdana? Tulis kat daily confirm tak tersiar.

Selesai mengarang kertas kerja Pena, tinggal cerpen GMP. Tinggal satu lagi tugasan dan selepas ini saya merdeka (sekali lagi, buat sementara).

Huh! Ada citer Melayu lama; Sumpitan Beracun. Hmm.. lepas tonton filem ni, mahu berfoya-foya di Jalan Yap Ah Shak pula. Yiihaa.. yariba yaribaa.. anggre anggree..

Wanto call sekali lagi, melayangkan bicara lain tadi yang tak sudah. Dia kata, nak 'jatuhkan' Pas. Aku tergelak memanjang. Aku nak jatuhkan Singapore dan Asean ini biar jatuh ke dalam tangan aku. Fuh! Tinggi aku memasang anganan ini.

Karya Fansuri bakal berubah gaya persembahan?
Apa yang Wanto pesan tadi mengenai blogku, menarik dan masuk akal juga.

"Enta jenis update tetiap hari, patutnya jangan masukkan semua aktiviti seminggu dalam satu posting," demikian pesannya. Dulu pun, ada orang nasihatkan. Tapi, aku tak endahkan. Sekarang dah ada pesanan kali kedua.

Aku fikir, nasihat dan pesanan itu boleh kuturuti. Pesan-pesan telah berkesan. Tapi syeikh. Enta kena la tunggu sampai ana habis menulis blog pada hari Ahad ni. And then, barulah ana menulis day by day menurut satu post, satu entry.

Nampaknya, blog ini akan berubah lagi corak dan gaya persembahannya. Ada sesiapa lagi yang nak bagi komen angkat tangan? Takkan tak dak kot?

Anak saudaraku yang kedua sudah pulang ke rumah!
Mak sms. Adik perempuanku dah balik rumah. Keponakanku itu lelaki, Amirul Hakim namanya. Jadi, mereka tak mewarisi cara menamakan anak-anak menurut tradisi keluarga kami. Tak apa, itu hak masing-masing untuk menamakan anaknya.

Kalau lelaki, kami letakkan Ali di pangkal nama. Kalau perempuan, kami letakkan di pangkal namanya sebagai Atikah. Nama penuh Sarah misalnya, Atikah Maisarah.

Kalau aku dapat kaum kerabat diraja, kaum kerabat ahlul bait; Syed, Syarifah, Megat, Nik, Nang, Wan, Tuan, Yang, Dang... hah! 'Mampus' aku. Macam mana aku nak pertahankan tradisi menamakan anak mengikut acuan tradisi keluarga kami ini?
------------------------------------------------------------------
19 Jamadil Awwal / 14 Mei (Khamis)
Ada masalah baru. Sebenarnya masalah ini berlangsung minggu lepas atau 2 minggu lepas. PC rumah kerap 'hang' tetiba. Ini mengganggu tumpuan menulis.

Aku melihat ini semua sebagai petanda supaya aku segera beralih menggunakan komputer riba @ dalam bahasa penjajahnya; leptop.

Aku pergi ke opis di Jalan Pahang Barat untuk menyelesaikan kerja-kerja terjemahan.

Wanto sudah tulis sedikit kisahnya 'berdebat' bersama seorang exco Kelantan di Johor. Dah ada kemajuan. Pas, jangan menanggalkan jubah Melayunya.

Ini isu yang penting juga. Entah kenapa.. Pas enggan sebutkan dirinya sebagai parti Melayu. Jika dilihat dalam Perlembagaan Persekutuan, Melayu adalah Islam.

Maka, jika Pas lebih banyak sebut Melayu untuk mengaut undi Melayu, mereka boleh berjaya, insya Allah. Saya fikir, nak kena kumpul penulis tertentu yang boleh menulis untuk perbaiki Pas kelak. Siapa nak join projek ni angkat tangan?

Kena ada circle yang saling bertemu, berbincang untuk pilih tajuk-tajuk bersesuaian.

Nampaknya, dalam tempoh sekatan di daily kali ini, saya perlu manfaatkan ruangan Detik Daily. Tapi, jangan tension-tension, lapangkan minda dengan Power Kids.
------------------------------------------------------------------
18 Jamadil Awwal / 13 Mei (Rabu)
Seharian daripada pagi sehingga ke malam, habiskan kertas kerja Pena. Patutnya semalam kena hantar. Tapi, malam ini baru selesai.

Dah selesai satu bebanan, lepas ni cerpen GMP. Selesai cerpen, maybe boleh siap urusan dengan PTS kot? Dunia dah nak kiamat agaknya.

Setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu, seminggu bagaikan sehari dan sehari bagai percikan api, demikian menurut satu hadis.

Tak sempat nak buat banyak perkara. Menulis pun dah tak tersiar di daily. Ujian apa lagi yang Tuhan nak duga aku ni? Kalau nak ikutkan hati, banyak nak tulis tentang perkembangan GMP kelmarin ketika mereka meeting dengan Anwar Ibrahim.

GMP akan serang Johor lepas ini. Tapi, kalau aku tulis bagai nak gila, bagai nak rak sekali pun, adakah akan tersiar? Sekatan... sampai hati diperlakukan aku begini.. Di mana keadilan? Tuhan.. kurangkan sekatan dan orang yang tak suka denganku.

Rabb.. elakkan aku menjadi orang yang tak jujur, khianat dan tak faham perjuangan..

Ok, dah.. stop.. kena buat terjemahan untuk esok pulak.
------------------------------------------------------------------
17 Jamadil Awwal / 12 Mei (Selasa)
Keluar ke UM, jumpa Datuk Bakar Hamid, bersama. Orangnya tak banyak bercakap. Kemudian, pergi ke pejabat PKR Pusat di Damansara. Teringat kata Amir Malaysiakini, tengok perabot itu hadiah daripada siapa.

Aku tak sempat check adakah taukeh Toto, Magnum yang hadiahkan?

Antara yang hadir meeting GMP itu ialah - Hasni Abbas, Suhaizan Kayat, Sani, Abdullah Hassan, Ainon Muhammad, A Samad Said, Hassan Ahmad dan lain-lain.

Antara yang menarik, serangan untuk jatuhkan kubu kuat Umno di Johor. Tengah bincang, nota tiba ke tangan Anwar; tentang Zambri Kadir yang mahu buat tindakan mahkamah untuk halang pembentukan kerajaan PR di Perak.

Banyak yang dibincangkan.. tapi biarlah rahsia.. Hajatku tak kesampaian, seperti gesaanku supaya Anwar berjumpa dengan semua imam masjid untuk minta mereka khutbah atas mimbar Jumaat untuk menyelar PPSMI.

Aku perlu hantar, tulis surat terbuka kepada Anwar berhubung hal ini.. insya Allah..

Aku kagum dengan Pak Samad Said yang boleh menonton filem Bohsia baru-baru ini. Dia cerita tadi dalam miting. Dia juga dihampiri orang muda yang rasa hairan, kenapa dia tengok filem itu. Memang ramai anak muda sukakan sosok tua ini.

"Saya mahu lihat bagaimana kehidupan anak muda," katanya. Novel Inggeris-Vampire dilihat sebagai simbol kuasa. Count Dracula - hantu bangsawan. Dan itulah yang aku faham mengenai bagaimana Pak Samad melihat kisah-kisah itu.

Saif DBP dah call, mengingatkan aku tentang kertas kerja. Mesti balik cepat.

Minum-minum dengan Akmal, Saifullah. Dengarnya Saifullah pun nak buat master. Harap lepas ni, ada usrah antara kami guna memugar semangat belajar. Memang perlu ada juga study group untuk naikkan (1) semangat dan (2) bertukar maklumat.

Balik ke UM, terjumpa dengan Azlan Zainal, dia pun tengah buat master jugak. Lupa nak tanya, Parti Mahasiswa Malaysia (PMN) apa khabar?

Berjumpa sekejap dengan Kak Wan, Pena di Bagus, belakang pustaka UM.

"Kalau boleh, malam ni selewat-lewatnya kena hantar kertas kerja," kata Kak Wan.
------------------------------------------------------------------
16 Jamadil Awwal / 11 Mei (Isnin)
Haji Amin call dan sms. Minta nombor ALO. Aku memberinya. Selebihnya kupasrahkan sahaja kepadaNya. Semalam, berhempas pulas lagi menyiapkan bahan tentang Hari Ibu. Altantuya pun seorang ibu juga. Dia mati ketika hamil.

Kepadamu Altantuya.. Selamat Hari Ibu..

Petang
Keluarkan duit di Bank Islam, tebus emas loket di Ar-Rahn. Kini, jumlah emas semuanya sekitar 72g. Syukur Alhamdulilah..

Pulang ke SPKB, nampak penggambaran Roda-Roda Kota Raya. Rasa nak tergelak tengok depa ni berlakon. Depa ni pun terasa malu jugak kot?

Sms Akmal, mengenai tarikh bertemu Prof Bakar Hamid. Akmal berjanji akan usahakan sebuah pertemuanku dengan bekas orang kuat Bernama itu.

Sms FAO, aku beritahunya bahawa KAMI (Kumpulan Aktivis Media Independen) mahu menulis buku. Dia akan dilibatkan sekali. Aku bertanya juga darihal borang claim.

"Akan diusahakan, tak lama lagi," katanya lewat sms.

Kak Wan dari Pena menghubungiku, bertanyakan tajuk kertas kerja.

"Esok saya cuba hantar, insya Allah," demikian aku berjanji.

Orang PTS call, sms, "YB kita di Perak dah menang, kita boleh usahakan buku cepat.."

Malam
Saya ke Cathay Cineleisure Damansara, menonton Battle For Terra. Tak best sangat. Cerita kartun. Kami menyelinap masuk ke dewan lain, menonton Star Trek.

Di Burger King, aku mengeluh depan Don F, bahawa hati, jiwa didakap kerisauan, semua fikiranku berbalut kebimbangan kerana banyak urusan tak selesai.

Aku membuka sejarah lama. Ketika Abim mula tubuhkan Taski, taski di Pendang itulah yang pertama sekali dan aku antara 'batch' yang pertama mendapat asuhan taski.

Orang yang paling patut menerima sanjungan dalam hal ini ialah arwah Ust Nikmat, mudir Pondok Dehrang, Kedah.

Don F bercerita mengenai kisah-kisah lama Ustaz Nikmat tentang bagaimana dia 'handle' orang samseng di Maktab Mahmud. Ada yang kena belasah terus dengan ustaz Nikmat dan terus jadi Ketua Badan Dakwah.

Ada yang nak bergaduh dengan Ustaz Nikmat. Then, ustaz terus pesan kat orang kantin supaya masak mee goreng dan jamu orang yang nak gaduh tu. Terus depa cair dan tak jadi bergaduh.

Fuh! Ini babak kenangan yang sesuai diangkat sebagai filem ni. Di Indonesia, depa angkat filem biografi seorang ustaz dengan judul Sang Murabbi. Aku rasa, ustaz nikmat pun boleh juga dibuat tajuk untuk filem-filem biografi juga.


Currently have 0 comments: